Erti aqidah secara etimologi

Aqidah berasal dari kata ’aqd yang bererti pengikatan. A’taqattu kadza ertinya “saya beri’tiqad begini”. Maksudnya, saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, “Dia mempunyai akidah yang benar,” bererti aqidahnya bebas dari keraguan. Aqidah merupakan perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu.

Adapun makna aqidah secara syara’ adalah sebagai berikut. Iaitu, iman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan kepada hari akhir, serta kepada qadar yang baik mahupun yang buruk. Hal ini disebut juga sebagai rukun iman.

Syariat terbahagi menjadi dua: i’tiqadiyyah dan ‘amaliyyah. I’tiqadiyyah adalah hal-hal yang tidak berhubungan dengan tata cara amal, seperti i’tiqad (kepercayaan) terhadap rububiyyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beritiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyyah. Benar dan rosaknya amaliyyah tergantung dari benar dan rusaknya i’tiqadiyyah.

Maka, aqidah yang benar adalah fundamen bagi bangunan agama serta merupakan syarat sahnya amal. Hal itu sebagaimana firman Allah SWT (yang ertinya), “Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh, dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Al-Kahfi: 110).

“Dan, sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: ‘Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi’.” (Az-Zumar: 65).

“Maka, sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik).” (Az-Zumar: 2–3).

Ayat-ayat di atas dan yang senada, yang jumlahnya banyak, menunjukkan bahawa segala amal tidak diterima jika tidak bersih dari syirik. Kerana itulah, perhatian Nabi saw. yang pertama kali adalah pelurusan akidah. Dan, hal pertama yang didakwahkan para rasul kepada umatnya adalah menyembah Allah semata dan meninggalkan segala yang disembah selain Dia. Allah SWT berfirman, “Dan, sesungguhnya Kami telah mengutus rasul tiap-tiap umat (untuk menyeru): ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut itu,’ ….” (An-Nahl: 36).

Dan, pada awal dakwahnya setiap rasul selalu mengucapkan, “Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya.” (Al-A’raf: 59, 65, 73, 85).

Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Saleh, Syuaib, dan seluruh rasul a.s. Selama 13 tahun di Mekah–sesudah bi’tsah–Nabi saw. mengajak manusia kepada tauhid dan pelurusan akidah, kerana hal itu merupakan landasan bangunan Islam. Para da’i dan para pelurus agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam berdakwah. Sehingga, mereka memulai dengan dakwah kepada tauhid dan pelurusan aqidah. Setelah itu mereka mengajak kepada seluruh perintah agama yang lain.

Sumber: Kitab Tauhid 1 terbitan Yayasan Al-Sofwa, terjemahan dari At-Tauhid Lish-Shaffil Awwal al-‘Aliy, Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan

Bacaan berkaitan:

Antara tanda-tanda kiamat dan peristiwa akhir zaman

Hakikat karamah wali Allah dan wali syaitan

Sifat 20 , Sifat Ketuhanan

Mengenal Allah S.w.t

Kajian Kristologi perlu dipelajari bagi mengelakkan kerosakan aqidah – Bahagian 1

Mengenal bid’ah

HAKIKAT SEKULARISME DAN KAEDAH PENYEBARANNYA

Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?

Pendapat dari Empat Imam tentang masalah Taklid dan Ittiba’

AQIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH

Dakwah Tauhid Terlebih Dahulu

Tauhid Asma’ dan Sifat

Tauhid Uluhiyah

Tauhid Rububiyyah Mengharuskan Adanya Tauhid Uluhiyyah

Tauhid Rububiyyah

Pentingnya Aqidah Islamiyah

Makna Aqidah dan kepentingannya Sebagai Landasan Agama

Sumber sumber Aqidah yg Benar dan Manhaj Salaf dalam Mengambil Aqidah

About these ads