Salaam alaikum, dan salam sejahtera semua.

“Kullu nafsin dzaa iqotul maut” yang ertinya “Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati”. Adakah anda tahu bila anda akan mati? Hebat benarlah anda jika anda tahu bila anda akan mati hehe. Mengapa sepandai-pandai manusia tak ada seorang pun yang tahu bila dia akan mati? Haa, itu lah yang dinamakan perkara ghaib, kita mana la tahu tentang perkara-perkara ghaib ni, nama pun perkara ghaib, kita tak nampak. Ajal, jodoh, rezeki semua adalah termasuk dalam perkara ghaib yang berada di masa hadapan. Kita tak boleh nampak masa hadapan kita, kalau ada yang kata nampak itu semua adalah tipu daya dan mainan syaitan belaka, so jangan percaya benda-benda begitu yer :) Cuma ada sesekali tu Allah bagi clue, maknanya seseorang itu akan tahu bahawa ajalnya telah dekat, tetapi tak bermakna dia tahu bila tarikh dia akan mati dengan tepat. Semua itu adalah rahsia Allah S.w.t.

Kenapa kali ini ana bawa kan topik bagaimana keadaan kita masa nak mati nanti? Kerana ana pun nak minta tolong sebenarnya ni. Ya la, kan kita tak tahu bila kita akan mati dan bagaimana keadaan kita akan mati nanti. Untuk itu ana hanya nak minta tolong, agar kita sama-sama saling berdoa pada diri, keluarga, sahabat dan semua orang beriman dengan Allah agar kita dimatikan dalam husnul khotimah dan dalam keadaan yang tidak mengerikan. Seriau bulu roma ni kalau bercakap soal mati ni, tetapi itulah hakikatnya yang kita semua ni akan menghadapinya nanti. Nak ke tak nak kita dah tak boleh lari. Nak lari ke mana? Ke planet Pluto? Ke bulan pun kita tak mampu nak lari, nak lari ke planet Pluto macam mana? Tafakkaruuuu ya ayyuhal ikhwah.

Lagipun nabi ada pesan yang siapa yang sentiasa ingat mati ni adalah orang yang paling pandai. Kenapa dikatakan pandai? Antaranya kalau kita sentiasa ingat mati, maknanya kita akan takut buat dosa kerana terhalang dengan perasaan takut akan diazab selepas mati nanti. Apabila kita tak buat dosa maka kita akan jadi senang lah di akhirat nanti, tak ke pandai namanya tu? Kita kena berfikiran jangka panjang, kalau setakat wawasan 2020 itu belum panjang lagi, pendek ceteot je tu. Wawasan yang panjang adalah wawasan akhirat yang mana di sana nanti adalah negeri yang abadi dan unlimited. Tak macam kat dunia nih, kita berwawasan setinggi gunung pun akhirnya kita jatuh ke kubur jugak, tak bawa pun harta benda kita sama-sama, tak gitu? Kerana harta benda ini adalah dunia, dan dunia akan hancur so macam mana nak guna harta benda kat alam barzakh dan alam akhirat sedangkan harta ni akan hancur nanti? :)

Kalau kita tengok dengan hal ehwal dalam dunia sekarang, ada macam-macam bentuk kematian saban hari. Kalau kita tengok tanpa merenung dan berfikir dalam-dalam, mungkin kita merasakan yang ianya tiada kaitan dengan kita. Kita tak mungkin akan berada dalam situasi tersebut pasal kita sedang aman, mewah dan ramai kawan sekarang dan sebagainya. Tetapi sebenarnya bila-bila masa sahaja kita akan jadi seperti yang kita tengok kat kaca-kaca television, dengar kat radio, baca kat surat khabar, internet dan sebagainya.

Jika kita lihat para nabi, mereka semua bersusah hati dengan nasib umat mereka, mereka tidak senang duduk jika tahu ada saudara yang dalam kesusahan. Tidak macam kita sekarang, ada saudara sesama Islam kita yang susah dan menderita kat mana-mana kita buat dek je, dan masih lagi boleh berseronok dan berhibur tanpa ingat pada akhirat, sedih jugak kan? Di mana perasaan kasih dan sayang kita sesama saudara kita? :( Kalau kita imbas kembali pesan nabi dalam hadith sahih yang bermaksud “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya”. Hai, takut juga mendengarnya kan? Apakah kita ini sudah sampai tahap kasih pada saudara kita yang lain sepertimana kita kasihkan diri kita sendiri? Alamak!!!

Sebab tu ada doa yang ajar kita agar kita berfikiran seperti para nabi, tetapi bukanlah nak jadi nabi, jangan salah faham tau!!! hehe Sama lah macam kita disuruh meniru akhlak nabi, so begitulah juga dengan meniru pemikiran para nabi yang antara lainnya dalam soal ini mereka amat kasih pada saudara2 mereka dan akan susah hati jika ada orang lain susah. Dan akan berdoa pada Allah untuk kesejahteraan umat dia di dunia dan akhirat.

Doa yang saya maksudkan di atas tentang minta pada Allah agar diberi fahaman para nabi tu yang sambungannya berbunyi “war zuqnaa fahman nabiyyiin”. Maksudnya, “dan berikanlah kami rezeki kefahaman para-para nabi”. Apabila kita ada kefahaman para nabi, baru lah kita tak mudah terpengaruh dengan faham sosialis ke, fahaman komunis ke, fahaman racis ke dan sebagainya.

So berbalik tentang keadaan kita akan mati nanti, itu lah yang saya menyeru agar kita sama-sama berdoa sesama kita dan saling mengingat untuk berdoa. Doa untuk matikan kita dalam husnul khotimah dan memudahkan proses kematian kita. Yang saya rasa kebanyakan antum sudah tahu doanya, cuma amal je belum tentu huhu . Ana bagi dalam bentuk rumi sahaja di sini doa tu dan ana harap antum cari sendiri dalam arabicnya ya!!! Tanya la para-para ustaz yang antum kenal yaa :D

“Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wa laa takhtim ‘alainaa bi suu il khotimah” yang ertinya “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (kesudahan yang baik) dan jangan lah akhirkan hidup kami dengan suul khotimah (kesudahan yang buruk)”.

Dan satu lagi doa;

“Allahumma hawwin ‘alaina fii sakarotil maut” yang ertinya “Ya Allah, permudahkan kepada kami ketika sakaratul maut”.

Untuk itu sama-sama lah kita berdoa sentiasa ya, agar kita sama-sama mendapat rahmat Allah untuk mengakhirkan hidup kita dengan kesudahan yang baik dan dalam keadaan yang tidak begitu sukar. Semoga Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani mengabulkan doa kita, aamin, taqobbalallahu minna wa minkum, taqobbal yaa Kariim”.

Maksud hadith; “Setiap kebajikan itu adalah sedekah“. HR Bukhari dan Muslim.

Wallahu a’lam

About these ads