
Salaam alaikum. Isu ini sebenarnya telah lama di war-warkan di sana sini, cuma ana saja nak mengimbas kembali memandangkan ada ramai lagi saudara-saudara kita kat luar sana masih lagi tak tahu dan tak sedar dengan perkara ini. Ini hasil dari penelitian ana sendiri la hehe.
Bagi yang masih tidak tahu lagi apakah dia gambar di atas ini, gambar di atas adalah gambar dari satelit, yang diambil menggunakan perisian Google Earth. Jika anda download, install Google Earth pada PC anda dan membuka perisian tersebut, anda sendiri dapat melihat gambaran tersebut yang di ambil dengan menggunakan satelit.
Gambar di atas adalah gambar bumbung KUSTEM. Siapa yang tak tahu apa itu KUSTEM angkat hidung!! Hehe KUSTEM tu adalah singkatan kepada Kolej Universiti Terengganu Malaysia yang terletak sudah tentulah di negeri Terengganu, Malaysia. Jika anda perhatikan betul-betul pada bumbung bangunan yang berwarna putih itu, apa yang anda dapat lihat? Yaa!!! Anda akan dapat lihat lambang salib yang besar. Haa, ini lah yang jadi kemusykilan sekarang. Dan untuk pengetahuan anda, arkitek kepada bangunan KUSTEM baru itu memang adalah orang luar negara, dari negara mana ntah, lufer plak ana.
Apa yang anda fikirkan sekarang? Mengapa sampai meletakkan lambang salib di bumbung bangunan tersebut? Di negeri yang bergelar Darul Iman. Mengapa sampai boleh berlaku sampai ke tahap ini? Tak ada orang cek ke masa mula-mula buat design dulu? Agenda siapakah itu? Ok pandai-pandai lah buat keputusan ya dan cuba fikir-fikir apa kesannya nanti. Saudara-saudara kita dah beratus ribu dah murtad, tetapi kerajaan masih pandang remeh
Apa lagi hal bumbung berlambang salib besar ni di negeri Darul Iman. Sampai sekarang nampak macam tak ada pun usaha untuk membuangnya. Haiiiii



Ogo 04, 2007 @ 23:28:03
Assalamualaikum wbt,
sy dh lama tau tentang nie tp sy x pasti waktu tu sbb sy x dpt lihat gambar sbnrnya. kini baru sy dpt lihat dgn jelasnya…Astaghfirullahalazim…memang x patut amik mane2 arkitek dr luar negara. ape? negara kita x cukup lg ke arkitek2 yg dilahirkan di negara sendiri? ish3x…
Ogo 05, 2007 @ 04:03:10
Wa’alaikumussalam w.b.t..
Betul tu wahai Era, negara kita dah melabur dan dah lahirkan ramai arkitek sendiri, tapi masih nak ambil arkitek luar dengan pelbagai alasan. Dah kalau sistem pendidikan selama ni pun berterabur, macam mana la nak lahirkan arkitek berkualiti sendiri, tu pun dah satu hal. Itu pasal duk pergi heboh2 ambil arkitek luar lagi. Tapi tak relevan la kan, pasal arkitek anak bangsa dah ramai, apa lah salahnya gather together and work together.
terima kasih atas komen anti, jazaakillahi khoiron katsiro.
Ma’assalamah
Ogo 05, 2007 @ 15:11:28
Apa nak heran. Salman Khan Islam pun pakai salib.
p/s: Ntah apa kena mengena.
Ogo 06, 2007 @ 02:09:23
kalau nak buang, masalah pulak tu. takkan nak buang bangunan berharga beribu-ribu ringgit? negara baru nak mencapai wawasan 2020 dah nak buang bangunan. kalau tak buang, masuk neraka pulak kita ye?
Ogo 06, 2007 @ 09:39:46
aku rasa perkara ini tidak disengajakan, tapi kalau nak diroboh nak pakai duit siapa pula? nanti ada pula yang membantah yang macam-macam. bukan mudah nak puaskan hati semua orang! nak kira bab salib ini, dalam kehidupan sehari-hari kita pun banyak, cuma sedar dengan tidak saja. cuba-cuba perhati keliling kita dan bukalah minda sedikit
Ogo 06, 2007 @ 09:47:53
tak sengajalah tu.. tapi, kalau ada tu pun…apa yang akan kurang nanti?
Ogo 06, 2007 @ 10:44:11
Rasanya tak payah nak belanja banyak kalau betul2 nak “hilangkan” lambang tu… Saya ni bukan la arkitek apatah lagi ir., tapi kalau tambah sikit bumbung kat bahagian atas lambang tu kiri & kanan (jadi huruf T), ok dah kot.. Tu pun kalau nak hilangkan lambang tu la…
Ogo 06, 2007 @ 13:49:31
xpvsvista : Salam. Anda memang pandai, itu lah maksud ana, bukan suruh buang bangunan tuu, huhu. X de keje nak buang bangunan tu, Islam bukan suruh kita membazir,. Tetapi x salah membaiki, so maksud ana, kita ubah la bumbung dia tuu.
Terima kasih semua kerna komen , bagus22
Jazaakumullahu khoirol jazaa’
Ogo 06, 2007 @ 14:01:04
godservant: Tak ada akan kurang apa2, cuma ia seolah mempersendakan umat Islam yang berada di negeri Darul Iman. Bangunan tu pulak penuh dengan pelajar2 Islam. Bagaimana sekiranya orang Islam pergi letak lambang Islam di atas bumbung gereja??
Ogo 06, 2007 @ 14:48:32
Assalamualaikum w.b.t. Saya seorang pengaturcara komputer. Walaupun saya selalu mengadap komputer tetapi saya sering mengikuti perkembangan di luar sana. Saya juga ada memasang Google Earth. Kebetulan terperasan lambang tersebut semasa melihat bangunan KUSTEM dari satelit NASA. Saya rasa tidak perlulah merobohkan bangunan tersebut tetapi sekadar menambah struktur bumbung agar kelihatan segitiga atau segi lapan ke… yang penting simbol tersebut hilang dari pandangan angkasawan. Adalah diharapkan pandangan bernas saya ini dipertimbangkan. Esok saya nak ke BERNAS. Elok juga mengambil arkitek tempatan seperti VERITAS yang telah membina banyak bangunan pencakar langit sehinggakan burung belatuk pun tidak berani mematuknya. Sekian, terima kasih. Wassalam…
Ogo 06, 2007 @ 15:44:30
Tambah dinding je memana
Ogo 06, 2007 @ 16:32:30
betul tu..tak perlu la meroboh…membazir pulak jadinya…sokong dengan idea tambah mana-mana bahagian supaya hilang bentuk salib tu.
Ogo 06, 2007 @ 16:54:14
maaf ikutan ni orang dr seberang. kita oarang islam harus bersatu. yang salah harus dikoreksi dan diluruskan. ingat biasanya masalahbesar datang dari yang kecil. harus ada kepedulian dari kita.
Ogo 07, 2007 @ 15:36:44
Fuzzy : Ya betul tu Fuzzy!! Apa2 pun Allah Maha melihat bukan sahaja yang nyata, tetapi yang terkandung di dalam hati kita. Bagi yang mempunyai hati yang busuk, amat payah untuk menerima kebenaran kerana angkuh dan sombong yang terpahat di hati
Terima kasih semua kerana komen, setakat ini majoriti mengatakan elok di ubah, dibaiki atau dimodified hehe, so ana pun berfikiran begitu, elok diubah dengan apa cara sekalipun!!!!!!!!!
Ada lagi pendapat lain?? Next!!
Ogo 08, 2007 @ 02:15:28
Assalamualaikum,
komen haritu masuk spam box mula-mula tapi saya dah baca malangnya masa tu busy nak reply, lama-lama terus lupa…minta maafla atas kenyanyukkan saya ni. saya ni saudari, nama saya Nasihat, itu kalau diterjemah dalam bahasa melayu la. salam ukhuwwah juga buat anda. rasanya tak layak content blog saya tu dipanggil karya. hanya coretan diari untuk mengisi masa terluang dengan bermuhasabah, mengubati hati, mengenang memori dan menasihati diri sendiri je. tak lebih tak kurang
apa pun pasal tanda salib tu. agak ironi jugak la kalau ada tanda salib di institusi pengajian tinggi kat negeri darul IMAN. mungkin tak disengajakan. saya sokong yang bangunan tu tak patut dibuang begitu saja semata sebab tanda salib tu. itu kerja tak bijak. patut tambah/tolak sikit sturuktur bumbungnya tu untuk menghilangkan tanda salibnya saja.
tapi itu tak seteruk sekolah saya dulu. saya masih ingat lagi di sekolah saya sendiri pun (convent) ada terpampang besar tanda salib secara jelas lagi nyata pada bumbungnya persis sebuah gereja. memang la sekolah tu dah lama dan memang bekas sebuah gereja pun masa memula dibangunkan pada zaman 30an. tapi sampai sekarang takde plak diorang nak buang. dengar cerita kononnya dulu diorang cuba nak buang tapi atas sebab-sebab yang tak diketahui tak berjaya buang/tak jadi buang saya sendiri tak pasti yang mana satu betul.
Ogo 08, 2007 @ 16:13:56
Salam Kenal dari Indonesia
Sep 20, 2007 @ 01:34:03
Ya Allah KAU lindungi la kami d bwh lembayung rahmat mu…aamiin.
Hal ini spatutnye tdk bole d pndg remeh oleh kte sbg umat Islam…perlu ade usaha utk mngubah design bangunan tu…hal ini juge kte perlu tujukn kpd phak pntadbiran UMT(dulu kustem).Merka prlu memainkn pranan sbg wadah utk m’perbaikinye.
Sep 20, 2007 @ 08:46:11
Salaaam dan terima kasih wahai Sha kerana sudi beri pendapat. Ana setuju dengan awak punya pandangan. Slmt berpuasa, bersahur , berbuka dan amal2 ibadah lain untuk semua.
Best regards
Sep 25, 2007 @ 20:41:26
Hidup ni penuh dengan kekuasaan Allah, tetapi manusia yang tidak menghargainya…………..
Sep 25, 2007 @ 20:42:57
Hidup ni kita kena pentingkan diri kita, tetap kita tidak boleh mementingkan diri sendiri………… renung-renungkanlah…………..
Sep 25, 2007 @ 20:48:22
Dalam diam kita dah nampak pengaruh asing untuk menjajah pemikiran manusia lagi. Ayuh,kita berusaha memartabatkan Islam yang suci ni…….kalau kita masih diam, kita juga tergolong dalam GENG-GENG yang nak menghancurkan kita sebagai umat Islam……….
Feb 11, 2008 @ 14:33:12
Ya Allah, apalah yang dihebahkan perkara remeh macam ni. kalau semua bende berbentuk salib diharam kan … elok guna saja tulisan Arab, kerana dalam tulisan rumi ini kan ada huruf “t” … berbentuk salib … haram ke?? apa la … dah takde perkara penting lagi ke nak pikir dalam Islam ni. Saya percaya bentuk itu dibuat bukan atas niat untuk membuat bentuk salib .. tetapi salah satu bentuk bangunan mengikut pelan dan kesesuaian ruang.
Masyaalah.
Feb 12, 2008 @ 18:12:21
Salaam. Kesesuaian ruang? Hehe tidak masuk akal langsung. Macam2 bentuk lagi boleh buat dan ikut logik dalam senibina pun tidak munasabah tiada bentuk lain yang boleh dibuat di situ. Cuba perhati baik2. Dan saudara perlu tahu siapa arkitek2 yang membina bangunan itu terlebih dahulu
Wallahu a’lam
Feb 16, 2008 @ 01:09:50
ish………….jangan gaduh sesama kita.tak dak faedah pun….sebagai umat islam,kita kena jugak bersifat sensitif.walaupun tidak disengajakan, pihak yang berkenaan perlu bertindak mengubahnya. sebabnya,kita dah sedar akan perkara tersebut.bahkan,lambang tersebut terletak di atas bumbung.mungkin pendekatan hadhari merelakan perkara tersebut.sebagaimana pemimpin kita tidak bertindak terhadap masalah murtad…maaf kerana melalut terlalu jauh…encik hezri, mungkin yang dimaksudkan encik adalah tulisan jawi.arab adalah bahasa dan bangsa.di Malaysia,tulisan dari bahasa arab disebut tulisan jawi.bukan tulisan arab. ada perbezaan antara kedua-duanya.
Mei 14, 2008 @ 16:21:07
Mungkin inlah yang dikatakan orang bahawa orang-orang kafir telah lama cuba menyesatkan kita walau dengan apa cara sekalipun. Bagi yang kat luar tu, hati-hatilah sebab dunia ni sekarang ni apa-apa pun boleh jadi. Tapi yang musykilnya kalau orang Islam buat apa-apa bantahan, dia orang akan kata Islam ni ganaslah, tak berperikemanusian lah dan banyak lagi. Tapi jika mereka yang lakukan, mereka akan cuba membelanya walaupun ianya salah.
Hidup Islam!
Dis 16, 2009 @ 20:18:12
huh… tak abis abis perkara nie… bagi saye mate saye dah kalis dah tengok salib nie… nak buat cam ne. 18 tahun dok sekolah kat sekolah saint ****.kalau lalu kat depan sekolah saye, dengan jelas boleh nampak dua salib putih kat atas bumbung. siap ade statue ** ***** gie. dulu pernah gak croses tu jatuh atas tapak perhimpunan sebab dah reput… dari bawah nampak kecil tapi sebenar nyer besar gile bile dah jatuh sampai rase boleh buat kayu ampaian plak… takut gak tengok…saye tak boleh comment pasal gamba kat atas tu sebab kat pc saye gaba takde…