Salaam alaikum w.b.t.. Amacam puasa anda semua? Harap-harap mencapai target hehe. Saja je mahu coretkan sedikit karangan ringkas di sini. Berkenaan dengan sifat kita kaum manusia yang amat suka mencari-cari dan membuka kesalahan orang lain. Sama ada kita sedar atau tidak, kita sememangnya bersifat suka menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri.

Cuba anda cari, adakah manusia yang selalu menyalahkan dirinya sendiri? Sedangkan orang yang bersalah sentiasa pun tidak mengaku dia bersalah, dan asyik menyalahkan orang lain. Ibarat polis menyalahkan penjenayah dan begitu juga penjenayah pun seringkali menyalahkan polis.

Apa lah salahnya kita bersifat mahu membaiki dan membetulkan sesama kita. Sama-sama mahu melihat ummah semakin mantap dan bersatu padu. Jika asyik salah menyalah sesama sendiri, sampai bila pun kes tidak akan selesai. Adakah kita ini maksum dan tiada apa dosa? Fikir-fikirkan ya ayyuhal ikhwah.

Apa yang buruk tetap buruk dilakukan oleh seseorang yang bernama manusia. Tetapi kita tidak perlu hanya menyebut keburukan seseorang itu, melainkan dah ternyata dia menentang Islam ataupun orang fasiq dan munafiq. Tetapi jika tidak nyata, apa lah salahnya kita menyebut juga kebaikan saudara kita itu. Sekurang-kurangnya kita dapat pahala kerana bercakap perkara baik tentang orang lain. Dan semoga kita juga akan ditutup aib kita oleh ALla S.w.t di Mahsyar nanti kerana kita menutup aib saudara seIslam kita.

Oleh itu sama-sama lah kita muhasabah diri sebelum menyalahkan orang lain, kerana kita tidak akan dihormati jika kita sentiasa bersikap memata-mata kesalahan orang lain. Nasihat ana pada diri sendiri dan semua yang rasa mahu mendengar, sama-sama kita perbaiki diri kita, akui kesalahan kita yang bergelar insan, amar makruf lah dengan berhikmah, agar usaha kita ibarat gula yang menarik semut, bukan ibarat ubat nyamuk yang menghalau nyamuk.

Sama-sama kita hayati firman Allah ini;

Allah Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka jikalau keburukan itu merata di kalangan orang-orang yang beriman, maka orang-orang yang bersikap demikian itu akan memperolehi siksa yang pedih, baik di dunia mahupun di akhirat.”

 

Dan sama-sama kita hayati hadith-hadith Nabi di bawah;

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Tiada seseorang hambapun yang menutupi cela seseorang hamba yang lainnya di dunia, melainkan ia akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat.” (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. lagi, katanya: “Nabi s.a.w. didatangi oleh sahabat-sahabatnya dengan membawa seorang lelaki yang telah minum arak.. kemudian beliau bersabda: “Pukullah ia-sebagai hadnya.” Abu Hurairah berkata: “Di antara kita ada yang memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukulnya dengan terompahnya, bahkan ada yang memukulnya dengan pakaiannya. Setelah orang itu pergi, lalu sebahagian orang banyak itu ada yang berkata: “Semoga engkau dihinakan oleh Allah.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan berkata demikian itu, janganlah engkau semua memberikan pertolongan kepada syaitan – untuk menggodanya lagi.” (Riwayat Bukhari)

Wallahu a’lam :)

About these ads