Gen-gen yang membuatkan mata seekor lalat buah menjadi merah juga menghasilkan corak-corak sayap merah pada rama-rama Heliconius yang dijumpai di Amerika Selatan dan Tengah, menurut satu kajian baru oleh ahli entomologi UC Irvine.

Bob Reed, penolong profesor ekologi dan biologi bersifat evolusi, menemui bahawa gen-gen yang terlibat dalam terjadinya pigmen mata serangga berkembang sepanjang masa juga membuat pigmen sayap pada rama-rama. Penemuan-penemuan ini menampakkan lagi pada genetik yang menyebabkan corak-corak sayap dan mengapa, pada Heliconius, corak-corak itu boleh jauh berbeza dari kawasan ke kawasan.

“Pihak kami mendapati bahawa evolusi adalah dicapai terutamanya melalui kitar semula gen-gen lama ke dalam fungsi-fungsi baru, berbeza dengan berkembangnya seluruh gen-gen baru dari permulaan,” Reed berkata.

Di dalam satu-satu spesies rama-rama jenis Heliconius, lebih daripada 20 corak sayap berbeza boleh wujud dalam kawasan-kawasan geografi yang berlainan. Sepanjang masa, Heliconius berkembang menjadi seperti spesies rama-rama tempatan yang tidak berkaitan yang adalah beracun terhadap burung-burung, satu fenomena yang dipanggil pemimikan (mimicry).

“Ia adalah satu buku nota yang sangat asas menjadi contoh pemilihan semulajadi,” Reed berkata. “Jika anda kelihatan seperti anda adalah beracun, anda tidak akan kena makan dan boleh menghasilkan anak.”

Kajian Reed juga menjelaskan di bawah keadaan mana gen-gen tertentu akan menyebabkan satu jalur pada sayap Heliconius untuk menjadi kuning atau merah.

Laporan kajian dari Universiti California , 25 October 2007

About these ads