Kisah Nabi Ilyasa’ a.s

.

Al-Yasa’ / Ilyasa’ (Arab:اليسع, Al Kitab: Elisa, Eliseus) hidup sekitar 885-795 M,  adalah seorang Nabi yang tertera dalam AlQur’an . Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM dan ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Namanya disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran dan dia wafat di Palestine.

Ilyasa’ adalah anak dari Safet dan penerus Nabi Ilyas.  Dia menghadapi sikap penyangkalan Raja dan Ratu Israel terhadap agama sepeninggalan Ilyas. Ilyasa’ menunjukkan banyak mukjizat untuk menunjukkan kekuasaan Allah, tapi mereka malah menyebutnya tukang sihir, sama seperti ketika mereka menyebut Nabi Ilyas sebelumnya. Mereka terus membangkang sepanjang hidup IlYasa’.

Ilyasa’ adalah rasul dari kalangan Bani Israel dari garis keturunan yang sama dengan Musa, Harun serta Ilyas. Nama Ilyasa’ disebut dalam kisah Ilyas, saat rasul itu dikejar-kejar kaumnya dan bersembunyi di rumah Ilyasa’. Maka besar kemungkinan Ilyasa’ juga tinggal di sekitar lembah sungai  Jordan. Ketika Ilyas bersembunyi di rumahnya, Ilyasa’ masih seorang belia. Ketika itu dia tengah menderita sakit. Ilyas membantu menyembuhkan penyakitnya. Setelah sembuh, Ilyasa’  pun menjadi sahabat Ilyas yang selalu mendampingi untuk menyeru ke jalan kebaikan. Ilyasa’ melanjutkan tugas tersebut walaupun setelah Ilyas meninggal. Ilyasa’ kemudian mendapati bahawa manusia ternyata begitu mudah kembali ke jalan sesat. Itu terjadi tak lama setelah Ilyas wafat. Padahal masyarakat lembah sungai Jordan itu sempat mengikuti seruan Ilyas agar meninggalkan pemujaannya pada berhala. Pada kalangan itulah Ilyasa’ tidak putus asa menyeru ke jalan kebaikan. Dikisahkan bahawa mereka tetap tidak mahu mendengar seruan Ilyasa’, dan mereka kembali menanggung bencana kekeringan yang luar biasa.

Mukjizat Nabi Ilyasa’ / Elisa  juga banyak dan antaranya dia pernah menghidupkan kembali seorang budak lelaki anak perempuan Sunem, setelah berdoa kepada Allah.   2 Raja-raja 4:32 – 35

Dan ada juga diceritakan di dalam kitab Perjanjian Lama, bahawa pernah suatu ketika satu mayat di campakkan ke dalam kubur Nabi Ilyasa’, maka mayat tadi itu dapat hidup semula hanya kerana bersentuh dengan tulang-temulang Nabi Ilyasa’ itu.  2 Raja-raja 13:21  . Ini sekaligus menepis dakwaan umat Kristian bahawa hanya Yesus / Isa a.s yang pernah menghidupkan orang mati.

Dan ada diceritakan dalam Perjanjian Lama juga, bahawa Nabi Ilyas juga pernah menghidupkan orang mati.  1 Raja-raja 17:17 – 22

About these ads