Dialog antara muslim dan kristian 1
Salaam alaikum w.b.t…. Oleh kerana komen pada posting yang lepas sudah terlampau panjang, maka saya terpaksa membuka posting baru sambungan kepada tajuk ini untuk memudahkan pembacaan. Harap maaf dan maklum
Sambungan tajuk ini di



Dialog antara muslim dan kristian « Blog Hikmah
Mac 09, 2008 @ 19:08:34
Mac 10, 2008 @ 08:12:10
Selamat pagi…
Saya belum dapat beri komen kerana sibuk sikit & tiada internet sendiri. Apabila ada kesempatan, baharulah dapat masuk di forum ini. Begitulah…
Mac 11, 2008 @ 09:21:10
Apa topik sekarang?
Kita mula dengan zaman moden. Bolehkah kami guna perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan. Kami beriman kepada Allah. Yang bezanya ialah: Kami percaya kepada konsep triniti dan islam tidak. Jika saudara islam tidak setuju dengan konsep triniti itu, anggap sahaja kami beriman kepada Allah Bapa (pencipta langit dan bumi), Yesus (Idola iman), Roh Kudus (pembimbing mengajar yang baik). Kristian moden sekarang memang merujuk kepada Tuhan yang sama dengan Tuhan islam. Cuma berbeza Nabi iaitu, Nabi Isa dan Nabi Muhammad.
Mac 11, 2008 @ 11:17:13
kpd alexious
dimanakah pertama kalinya kalimah Allah dicetak didalam Bible? Bible yg mana? adakah dari terjemahan Indonesia ?
Mac 11, 2008 @ 11:48:24
Saya tidak pernah membaca bible lain selain dalam tiga terjemahan iaitu bahasa indonesia, bahasa ibunda kami dan BM. Oleh itu kajian tentang itu tidak ada. So, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu dan yakin, Tuhan yang disebut Allah oleh kami adalah sama dengan Tuhan yang disebut Allah oleh kamu sekalian. Dakwaan mungkin cetakan Allah tidak pernah diguna/ditulis sebelumnya. Mungkin benar dan mungkin juga tidak benar sebab saya belum kaji.
Diulangi, Tuhan yang disebut islam sebagai Allah, begitulah juga kami kristian ini. Terjemahan Allah dalam bible tidak akan dilakukan jika majlis tertinggi tidak benarkan. Maka oleh kerana perkataan Allah sudah dicetak, bermakna perkataan Allah itu memang dimaksudkan untuk nama Tuhan itu. Kami tidak tahu tentang orang Yahudi pada perkataan Yahweh. Mungkin juga maksud Yahweh dan Allah itu sama. Diulangi, Tuhan yang disembah islam sebagai Allah, kami pun menyembah Tuhan itu juga. Tiada tuhan lain yang berkuasa atas (syurga dan neraka).
Mac 11, 2008 @ 12:46:24
Ketauhidan Islam dan Kristian jauh berbeza,
Kristian dengan Trinity nya. dan Islam ketauhidan kepada Allah yg Esa.
manaboleh Tuhan yg satu boleh menurunkan kalam yg berbeza-beza tentang ketauhidan.
dari segi ini sahaja sudah boleh menyangkal.
jikalau terjemahan Bible yg alexiuos baca adalah dari Indonesia. Bagi saya indonesia mmg diketahui tentang Islam dan Kristian yg dirojak di sana.
Mac 11, 2008 @ 12:46:44
Contoh ayat:
1. Tuhan mencipta cakrawala dan bumi dan segala isinya dan mencipta manusia pertama iaitu Adam dan selepas itu Hawa dari tulang rusuk Adam. Siapa menciptanya. Tentulah Tuhan itu ialah Allah.
2. Siapa berbicara kepada Nabi Nuh, Nabi Harun, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Salomo dan semua nabi sebelum Yesus lahir. Sudah tentu Tuhan itu ialah Allah. Tuhan itu bukan merujuk kepada dewa-dewi apapun.
3. Siapa yang menyuruh Abraham meninggalkan tanahair ke tempat baharu yang dijanjikan Tuhan jika bukan Allah yang berkata.
4. Siapa Tuhan yang membantu Nabi Musa dan rakyat israel kalau bukan Allah itu.
5. Siapa yang memBAHkan manusia zaman nabi Nuh kalau bukan Allah itu.
Kesimpulan:
Jikapun hanya disebut TUHAN, LORD, GOD ATAU YAHWEH, orang islam percaya bahawa kisah bahtera Nabi Nuh itu ada kaitan dengan Allah dalam quran islam. Nabi Adam dan Nabi Musa juga ada dikaitkan dengan Allah dalam quran. Maka dapat difahami bahawa Tuhan itu merujuk kepada Tuhan yang disebut Allah oleh islam juga. Maka, inilah yang kami tegaskan bahawa Allah islam itu bermaksud yang sama Allah kami juga.
Mac 11, 2008 @ 12:58:02
Hukum pertama dalam Taurat Musa ialah:
Kata Tuhan yakni (Allah): Akulah Tuhan Allahmu walau manusia sekalian, jangan kamu sembah tuhan lain selain Aku sebab Aku penyemburu. Sembahlah Aku dengan segenap akal budimu dan segenap kekuatanmu kerana Aku Tuhan kamu akan membalaskan pahala kepada kamu yang menturuti perintah pertama ini.
Apa yang terjadi? Zaman berzaman ada sahaja manusia menyembah berhala. (Patung binatang, matahari, bulan, emas dan perak dan segala ukiran). Semua ini adalah kemurkaan Tuhan yakni Allah itu.
Maka? 10 perintah Allah (yakni hukum taurat ini) adalah inti ajaran kristian moden. Kami mentaati hukum taurat dan mentaati ajaran Yesus juga (yakni yang disebut GURU/PENGAJAR) semasa hayatNya kerana mengajar tentang iman dan memberitakan hal-hal akhir zaman, syurga dan neraka.
Mac 11, 2008 @ 13:01:39
Nabi Musa dan kaumnya telah lama menyembah Allah sebelum Yesus dan Muhammad lahir. Oleh kerana bible ada ajaran musa dan ada ajaran Yesus, maka itulah yang berlaku kepada kristian moden zaman sekarang. Tuhan Abraham dan Tuhan Nabi Musa adalah Tuhan yang sama kami percaya.
Mac 11, 2008 @ 13:04:12
Allah itu tuhan kepada Nuh,Harun,Musa,Daud,Sulaiman,Ibrahim,
mereka semua adalah Rasul dan disebut didalam Bible dan Al-Quran.
kesemua mereka membawa ajaran “”[mentauhidkan Allah yg Esa]“”
esa=ahad=tauhid, menyembah Allah yg satu, tidak mempunyai anak, tidak diperanakkan, dan tidak menyerupai ciptaanNya.
Mac 11, 2008 @ 13:07:01
Nabi Ibrahim yg lahir SELEPAS Isa, mentauhidkan Allah, dan disebut didalam Bible.
adakah Ibrahim itu SESAT ?
Mac 11, 2008 @ 13:27:13
pembetulan post sebelum ini..
Nabi Isa lahir selepas Nabi Ibrahim, dan terdapat ramai Nabi di antara Ibrahim dan Isa.
Haraf maaf,
Mac 11, 2008 @ 13:54:37
Nabi Ibrahim @ Abraham tidak sesat. Kenapa kami sebut Araham sebagai Bapa Iman kami? Kerana Abraham patuh kepada perintah Allah. Abraham sanggup meninggalkan sanak saudaranya ke tempat yang Tuhan @ Allah maksudkan. Bagaimana kami jadikan Abraham sebagai Bapa Iman ialah: kami cuba patuh kepada semua perintah Allah seperti dalam hukum taurat dan patuh kepada perintah Yesus. Orang / agama yahudi tiada bible tentang Yesus sebab mereka hanya guna hukum taurat sahaja. Kristian moden guna hukum taurat dan ajaran yesus dan ajaran para rasul (murid yesus) dan ajaran gereja (penyambung para rasul)
Semua nabi membawa ajaran mentauhidkan Allah yang Esa. Ya semua nabi membawa ajaran mentauhidkan Allah yang Esa termasuk Yesus sendiri.
Mac 11, 2008 @ 14:01:29
Isa (a.s) membawa ajaran mentauhidkan Allah yg Esa.
Isa TIDAK membawa ajaran bahawa Isa adalah anak Tuhan.
Mac 11, 2008 @ 14:20:15
Ya. Yesus tidak membawa ajaran bahawa Yesus adalah anak Tuhan. Yang mengajar demikian ialah kristian moden bermula di Rome.
Mac 11, 2008 @ 14:30:38
Di mana Rome dapat ajaran baharu ini kalau bukan melalui ajaran Rasul Petrus dan Paulus.
Mac 11, 2008 @ 18:11:08
Wahai Alexious, anda perlu tahu, nabi ISa / jesus HANYA diutuskan kepada BANI ISRAEL. Sebab itu ajarannya belum sempurna. Dia tidak diutuskan kepada kaum selainnnya. Hanya Nabi Muhammad, The last prophet, penghulu kepada semua nabi yang diutuskan kepada manusia SELURUHNYAAA.
Dalam dialog awak di atas, awak ada juga menyebut NABI ISA, hehe mengaku pun awak bahawa dia tu nabi eh. Sebab itu, nabi hanya seorang manusia, BUKAN ANAK TUHAN!!!!!
“Janganlah kamu sanjung aku (secara berlebihan) sebagaimana kaum Nasrani menyanjung ‘Isa bin Maryam alaihisSalam secara berlebihan. Aku hanyalah seorang hamba Allah, maka panggillah aku dengan sebutan: hamba Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Abu Daud)
Jesus hanya lah UTUSAN ALLAH, atau pun RASULULLAH. Cuma kelahirannya adalah ajaib kerana tanpa bapa, tetapi jangan sekali2 mengatakan bapanya adalah ALLAH, itu adalah SYIRIK yang paling besar!! ALlah Maha pengampun, Dia akan mengampunkan segala dosa MELAINKAN dosa SYIRIK kepadanya. Kasihanilah kepada diri awak wahai Alexious, jangan lah menyekutukan ALLAH dengan segala suatu apa pun, saya sayangkan awak sebagai seorang manusia.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya.” (QS. An Nisa’, 48)
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)” (QS. Al Baqarah, 22).
Kelahiran JESUS yg ajaib itu masih tidak dapat melawan kelahiran ADAm, kerana ADAM tidak ada bapa dan emak, itu lagi ajaib, tetapi adakah ADAM itu ANAK ALLAH???? Fikir2 kan lah wahai Alexious.
“Orang orang yang beriman dan tidak menodai keimanan mereka dengan kedzoliman (kemusyrikan) , mereka itulah orang-orang yang mendapat ketenteraman dan mereka itulah orang orang yang mendapat jalan hidayah”, (QS. Al An’am, 82).
“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif (berpegang teguh pada kebenaran), dan sekali kali ia bukanlah termasuk orang orang yang mempersekutukan(Tuhan)” (QS, An Nahl, 120)
“Katakanlah: “inilah jalan (agama) ku, aku dan orang orang yang mengikutiku, aku berda’wah kepada Allah dengan hujjah yang nyata, maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang orang yang musyrik.” (QS. Yusuf, 108)
Ibnu Abbas r.a. berkata: ketika Rasulullah s.a.w. mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman beliau bersabda kepadanya:
“Sungguh kamu akan mendatangi orang-orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) maka hendaklah pertama kali yang harus kamu sampaikan kepada mereka adalah syahadat La Ilaha Illallah – dalam riwayat yang lain disebutkan “supaya mereka mentauhidkan Allah”-, jika mereka mematuhi apa yang kamu da’wahkan, maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka sholat lima waktu dalam sehari semalam, jika mereka telah mematuhi apa yang telah kamu sampaikan, maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat, yang diambil dari orang-orang kaya diantara mereka dan diberikan pada orang-orang yang fakir. Dan jika mereka telah mematuhi apa yang kamu sampaikan, maka jauhkanlah dirimu dari harta pilihan mereka, dan takutlah kamu dari doanya orang orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya tidak ada tabir penghalang antara doanya dan Allah” (HR. Bukhori dan Muslim).
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) “Beribadahlah kepada Allah (saja) dan jauhilah thoghut.” (QS. An – Nahl, 36).
“Katakanlah (Muhammad) marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmua, iaitu ” Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang tuamu, dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rizki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan perbuatan yang keji, baik yang nampak diantaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya). Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun dia adalah kerabat(mu). Dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat. Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al – An’am, 151- 153).
Mac 11, 2008 @ 18:37:02
Dalam Islam ada 4 sumber yang dijadikan sumber hukum, iaitu ALQURAN, HADITH, IJMAK ULAMAK dan QIAS. Islam tidak mengambil hukum hanya dari AlQuran dan hadith, tetapi diberi kelonggaran pada Ijmak Ulamak dan Qias (tetapi tetap mesti bertepatan dengan AlQuran dan Hadith).
Ini kerana zaman moden ini tidak sama keadaannya dengan zaman nabi dahulu. Sebab itu nabi kata “Ulamak itu pewaris para nabi”. Bermakna ulamak itu adalah pewaris kepada ilmu-ilmu yang disampaikan oleh para nabi. Nabi sudah tiada sekarang kerana Nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, The LAST PROPHET. Tetapi yang meneruskan dakwah, ilmu nya adalah para ulamak.
Mengapa Islam mengambil hukum dari 4 sumber perundangan? Kerana zaman moden berlainan sekali dengan zaman dahulu kala. Sebab itu apa2 yang tiada dalam AlQuran dan AlHadith boleh diletak hukum setelah berijmak antara ulamak ataupun Qias. Itu lah kesempurnaan yang dapat dikecapi dalam Islam, kerana ia nya sesuai untuk sepanjang zaman dari Nabi Muhammad S.a.w hinggalah ke akhirat nanti.
Contoh nya, hukum berjudi dengan SMS, zaman dahulu kala mana ada handphone utk ber SMS, Maka diberi kelonggaran untuk ulamak berijmak (berkumpul dan berbincang). Tetapi hanya ulamak2 yang diiktiraf sahaja boleh membuat hukum , contohnya kalau di Malaysia ni iaitu para mufti.
Sebab itu agama yahudi dan kristian masih tidak sempurna dan tidak sesuai bagi zaman sekarang. Masih banyak kelemahannya dan apa lagi sudah banyak diubah2. Dalam islam tiada perubahan!!!!!!!! Apa yang ada dalam AlQuran dan Hadith tidak diubah sama sekali!! Tetapi penambahan2 cuma ada apabila ianya tiada dalam AlQuran dan AlHadith seperti masalah SMS tadi. Tetapi, ianya mestilah bertepatan dengan syarak, dan tidak bercanggah dari AlQuran dan Hadith setelah dibuat penelitian dalam Ijmak Ulamak tersebut.
Secara ringkasnya boleh dikatakan, perkara-perkara asas agama sudah termaktub dalam AlQuran dan AlHadith dengan sempurnanya. Perkara2 tambahan seperti apa yang berlaku pada zaman moden sekarang dengan keluarnya berbagai alat yang canggih, teknologi2 tinggi, maka itu semua perlu kepada Ijmak Ulamak dan Qias.
Saya nak tanya Alexious, dalam Kristian ada ke tidak larangan membuat gambar makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan? Ini kerana ia dilarang dalam Islam, dan seksaan paling keras akan dikenakan kepada orang2 yang menggambarkan makhluk itu. ALlah tidak suka orang meniru2 ciptaan makhluk bernyawanya. Di akhirat nanti, akan diberi nyawa kepada gambar atau patung itu dan akan diperintah agar menyeksa orang yang membuatnya tadi. Cuma mengikut Ijmak ulamak, pembuatan gambar makhluk bernyawa itu dibolehkan dengan tujuan untuk belajar kerana untuk mudah memahami. Tetapi pembuatan PATUNG, tetap dilarang sama sekali!! Kerana syaitan amat suka meresap masuk ke dalam patung dan menggambarkan dirinya dipuja oleh manusia.
Ini kerana saya tengok dalam Kristian, hingga sampai membuat patung Jesus dan sebagainya. Harap dapat berikan penjelasan …….
Wallahu a’lam
Mac 12, 2008 @ 12:16:25
semua manusia sama derajatnya di dunia ini
jangan saling menghujat, intropeksi ke dalam diri
Mac 12, 2008 @ 13:43:24
Wahai Alexious, anda perlu tahu, nabi ISa / jesus HANYA diutuskan kepada BANI ISRAEL. Sebab itu ajarannya belum sempurna. Dia tidak diutuskan kepada kaum selainnnya. Hanya Nabi Muhammad, The last prophet, penghulu kepada semua nabi yang diutuskan kepada manusia SELURUHNYAAA.
Ini hanya pandangan manusia sahaja (umat islam yang mentafsir : salah tafsir) sebagai Yesus hanya diutus hanya kepada kaum israel sahaja. Kami ada asas untuk buktikan bahawa Yesus untuk semua umat di dunia pada masa kini. Rome bukan bani israel tetapi itulah ajaran gereja yang sampai kepada kami. Pada masa ini, Muhammad belum lahir, hanya selepas lebih 400 tahun baharulah Muhammad lahir.
“Sungguh kamu akan mendatangi orang-orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) maka hendaklah pertama kali yang harus kamu sampaikan kepada mereka adalah syahadat La Ilaha Illallah – dalam riwayat yang lain disebutkan “supaya mereka mentauhidkan Allah”-, …………………………….
Tauhidkan Allah: Sudah kami lakukan. Iblis atau syaitan kami tolak. Kami juga berpuasa cuma bukan pada bulan rahmadan. Kami juga berzakat cuma bukan nama istilah zakat.
Ini kerana saya tengok dalam Kristian, hingga sampai membuat patung Jesus dan sebagainya. Harap dapat berikan penjelasan …….
Hanya di gereja katolik ada imej pada salib. Jika anda katakan kristian, anda salah. Nampaknya pengetahuan anda tentang kristian tidak banyak. Adalah lebih baik saudara beri pendapat dari kaca mata kristian kerana jika anda beri pandangan dari segi islam, dialog ini tidak akan berjaya. Percayalah, demi iman katolik, patung Yesus dalam gereja tidak akan menyesatkan atau buat Allah marah. Saya berkata juga kepada gereja dinominasi lain bahawa patung itu tidak akan menyebabkan syirik yang dimurkai Allah sama seperti zaman2 lampau. Percayalah. Kami pasti itu.
Kelahiran JESUS yg ajaib itu masih tidak dapat melawan kelahiran ADAm, kerana ADAM tidak ada bapa dan emak, itu lagi ajaib, tetapi adakah ADAM itu ANAK ALLAH???? Fikir2 kan lah wahai Alexious.
Ini hanya pendapat saudara sahaja. Kelahiran Yesus lebih ajaib dari Adam. Adam memang untuk diciptakan sebagai (khalifah) kepada haiwan ternak, binatang, unggas dan gunung-ganang dan mengusaha bumi.
Sebab itu agama yahudi dan kristian masih tidak sempurna dan tidak sesuai bagi zaman sekarang. Masih banyak kelemahannya….
Ya masih ada banyak kelemahan harap pada masa akan datang kelemahan itu dapat diselesaikan.
Saya nak tanya Alexious, dalam Kristian ada ke tidak larangan membuat gambar makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan? Ini kerana ia dilarang dalam Islam, dan seksaan paling keras akan dikenakan kepada orang2 yang menggambarkan makhluk itu.
Larangan? Nyahlah iblis dan nyahlah manusia yang menduakan Tuhan.
Mac 12, 2008 @ 13:49:23
Larangan? Nyahlah iblis dan nyahlah manusia yang menduakan Tuhan.
Nyahlah iblis dan semoga Tuhan membalas kepada manusia yang cuba menyesatkan yang lain. Tuhan Allah pasti tahu dalam pengadilanNya.
Kami tiada masalah keluarkan imej dalam patung dari bangunan gereja kami. Jika ini dilakukan, apa akan jadi kepada generasi kristian 50 tahun akan datang? Mereka pasti dah lupa gambaran wajah Yesus. Jika ada gambaran itu, peristiwa penyelamatan Yesus lebih dekat kami rasai.
Mac 12, 2008 @ 20:46:59
Hehe Alexious, harap awak masih dapat kawal emosi awak. OK tentang patung Jesus itu, adakah awak tahu mengapa orang2 buat berhala pada zaman dahulu?? Sebenarnya berhala2 itu kebanyakannya bukan patung Tuhan mereka. tetapi kebanyakannya mereka buat patung ulamak2 atau, nabi atau orang yang mereka hormati dan sanjungi pada masa hidup mereka, Selepas orang itu mati, mereka membuat patung sebagai tanda peringatan kepada anak cucu mereka.
Lama-kelamaan, keadaaan semakin berlainan sekali apabila anak cucu mereka mula memuja2, dan akhirnya patung2 itu dibuat untuk menyembah, na’uzubillah. Betul saya tidak ketahui banyak tentang Kristian, begitu juga awak, awak tidak tahu secara menyeluruh tentang Islam, jika awak tahu banyak lagi insyaAllah, pasti awak akan akui kebenaran Islam. Awak baca tentang Islam pun dengan perasaan prejudis, itu tidak akan menyelesaikan masalah wahai Alexious
Tentang patung tadi, sebab itu ISLAM melarang keras pembuatan patung, kerana tidak mahu sejarah lama berulang, iaitu manusia kembali menyembah patung. Asalnya dari sejarah yang saya ceritakan tadi. Dan ALlah pun tidak tunjuk rupa dia di dunia ini, kita tidak perlu melihat ALLAH untuk menjadi orang2 yang beriman. Cukup lah kita tengok segala kekuasaanNya mencipta segala makhluk di muka bumi ini dan sains telah banyak membuktikan tentang KEKUASAANNYA. Dan ALLAH tidak tunjukkan rupa dia di muka bumi ini sebagai ujian terhadap manusia, siapa yang beriman dan siapa yang tidak. Dan ALLAH akan tunjukkan rupa Dia di akhirat kelak kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan ketahuilah, nikmat yang paling besar adalah melihat wajah ALLAH, Tuhan sekelian alam di akhirat nanti …….
Wallahu a’lam
Mac 13, 2008 @ 07:50:44
Dan ketahuilah, nikmat yang paling besar adalah melihat wajah ALLAH, Tuhan sekelian alam di akhirat nanti …….
Setuju. Nikmat paling besar ialah bersama2 Allah dalam kemuliaanNya di syurga/alam akhirat.
Tentang salib itu. Apa yang dimurkai Allah ialah menduakan Tuhan. Yang Allah marah ialah seperti yang saudara maksudkan itu. Kami tidak begitu. Mungkin ada segelintir yang salah anggap kegunaan atau pengertian patung itu sehingga mereka anggap patung Yesus itu sebagai azimat. Paderi telahpun tegur. Salib yang ada patung Yesus tidak boleh disembah. Mana boleh sembah pada objek seperti patung. Kami faham apa yang kami lakukan kepada salib berpatung itu.
Patung orang penyembah berhala ialah jenis binatang2 dari emas, tembaga, perak dll yang tidak berguna. Allah maha penyemburu, kami tahu.
Walaupun saudara tidak bersetuju tentang konsep kami melihat Allah. Hal ini perhatikanlah, kami dapat menggambarkan Allah itu adalah (seorang) yang baik tetapi tidak akan lupa kepada pengadilanNya. Yesus ada menyebut Allah sebagai Bapa. Kami dapat melihat Allah sebagai Tuhan yang sangat baik, berbanding pada zaman taurat Musa bahawa Allah itu penghukum jika manusia berdosa. Pada zaman taurat, manusia mengenal dosa berdasarkan hukum2 yang digariskan menyebabkan manusia tambah berdosa, apabila manusia telah berdosa, maka manusia itu semakin berdosa, lebih melakukan kedosaan dan dosa dan dosa lagi sehingga Allah sangat marah. (Cerita ini mengambil kisah zaman Nabi Musa dalam bible, iaitu lama sebelum Yesus lahir maupun Muhamad lahir).
Tentang Yesus sebagai nabi. Kami tahu Yesus sebagai nabi kerana saudara muslim katakan Yesus sebagai nabi. Bagi kami Yesus adalah lebih dari seorang nabi itu. Kata2 saya ini diambil berdasarkan pemahaman bible.
Saya tidak banyak tahu tentang islam. Ya. Cukuplah saya mengkaji quran untuk mencari sebab2 kenapa islam dan kristian tidak sependapat. Jika quran tidak pernah berubah, maka hadish pula bukan quran. Bolehkah kami kristian katakan bahawa hadist itu mungkin tidak sesuai dijadikan kitab islam? Tetapi saya percaya, umat islam akan lebih memahami ajaran Muhammad berdasarkan Hadish2. Mungkin inilah sebabnya kenapa ada golongan ahli sunnah. Ahli sunnah adalah golongan islam reformasi. Ahli syiah pula ada yang tidak iktiraf sunnah nabi. Hasilnya, golongan di sana lebih ekstrim, kan? (Golongan ahli syiah: Timur Tengah).
Mac 13, 2008 @ 11:12:58
Selamat sejahtera wahai alexious. Mmm betul apa yang awak kata tentang Islam serba sedikit tuu. Dan umat islam juga berpecah kepada banyak puak, sama dengan umat yahudi, dan Nasrani. Sebab itu Nabi Muhammad S.a.w dah bagitahu, bahawa perselisihan pendapat itu suatu rahmat, asalkan tidak berpecah belah.
Masalahnya manusia ni kebanyakannya menegakkan pendapat masing2 mengikut emosi, merasa diri mereka sahaja yang betul, itu sebabnya sehinggakan berlaku perpecahan. Dan syaitan amat suka melaga2 kan Anak Adam sesama sendiri sehingga dunia menjadi rosak, na’uzubillah. Tetapi yang penting bagi syaitan adalah dalaman kita ini yang rosak.
Tentang hadith itu, sebagaimana kita tahu, mana2 kitab dari langit pun Allah turunkan tidak selengkap bagi rujukan manusia seluruhnya terutamanya bagi manusia akhir zaman ini yang serba maju. Sebab itu pentingnya kami jua merujuk pada hadith, dan juga 2 sumber lagi seperti yg saya bagitahu sebelum ini iaitu Ijmak Ulamak dan Qias. Dengan 4 sumber hukum tersebut barulah lengkap sebagai panduan hidup kita untuk mendapatkan keredhaan Allah dan kesejahteraan duniawi dan ukhrawi, amiiin. Allah dah tahu manusia (kita ) ini amat lemah, Allah nak uji kita, sebab itu kita perlu berbincang, bermesyuarat dan berijmak antara satu sama lain. Jika kita betul2 bermesyuarat, menunjukkan kesepakatan manusia tanpa ada perbalahan dan permusuhan. Tanya kepada yang ahli dan sebagainya. Tiada manusia yang pandai serba serbi, hanya ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA.
Kita lihatlah sekarang, mana2 peraturan selain dari HUKUM ALLAH semua tidak lengkap dan menimbulkan semakin banyak jenayah dan perpecahan. Kita tengok sahaja di negara barat, kadar jenayah semakin meningkat, Malaysia pun sama menurut jejak langkahnya.
Cuba kita pandang ke Arab Saudi, walaupun tidak sepenuhnya menjalankan HUKUM ALLAH, tetapi banyak HUKUM HUDUD yang dijalankan. Hasilnya, saya bagi contoh, kalau seorang pekedai mahu meninggalkan kedainya untuk pergi solat ke masjid, tak jadi masalah sedikit pun padanya. Kerana sudah tiada orang yang berani mencuri , kerana HUKUM MENCURI jika sabit kesalahan dan setelah disuruh bertaubat masih jugak diulangi , setelah cukup saksi dsbnya adalah “POTONG TANGAN”. Bermakna pekedai itu aman , tenteram tanpa resah gelisah. Nampak tak betapa aman dan sejahteranya kalau amalkan HUKUM ALLAH??
Dan mesti kita ketahui, tak semua kalau perbuatan mencuri itu akan dipotong tangan. Dalam Islam ada HUKUM TAKZIR pula, iaitu hukuman yang diringankan atas sebab2 tertentu yang boleh dipertimbangkan oleh pemimpin. Seperti kalau orang yang amat miskin mencuri roti , atau perkara2 asas kerana terlalu lapar, tak semestinya dia akan kena potong tangan. Dan seumpamanya, Islam tidak kejam seperti yang digambarkan oleh media barat. Malah jika betul orang miskin itu terdesak sangat, mungkin kita akan berikan mereka duit zakat bagi menyara hidup dan memberi pekerjaan kepadanya setakat kemampuannya.
Tetapi jika pencuri itu seperti perompak2 bank, yang mana akan membahayakan nyawa orang ramai, atau peragut2 yang tak berhati perut yang boleh membahayakan nyawa ramai orang, orang seperti itu lah mesti diajar, Mana bagus mengajarnya atau membahayakan nyawa orang ramai yang mungkin saudara atau kawan kita sendiri? Tetapi mungkin mereka diberi peluang bertaubat dahulu. Tetapi kalau degil juga, maka hukuman boleh dijalankan.
Tetapi Islam amat teliti dalam menjatuhkan hukuman, bukan main semberono sahaja. Seperti ada kisah pada zaman sahabat. Baju besi Saidina Ali telah dicuri oleh seorang Yahudi, pendek cerita kes itu dibawa ke mahkamah. Keputusannya yahudi itu bebas kerana Saidina Ali tiada bukti yang kukuh. Bermakna Islam ini adil, tidak pilih kasih walau sesama Islam.
Sama macam HUKUM ZINA, iaitu rotan 100 kali sebatan di hadapan orang ramai. CUba kita bayangkan kalau kita melihat seseorang dirotan di khalayak ramai, mesti kita takut dan x sekali2 berani untuk berzina kan??? Haa, kalau ikut undang2 sekarang, berzina hanya didenda, dan dibicarakan secara tertutup tanpa ramai orang tahu. Maknanya, orang yang KAYA tak ada masalah lah, Bayar je lepas, dah tu dia takut ke tidak untuk melakukan zina lagi di masa hadapan??? Sudah tentu tidak bukan??
Sebab itu maksiat, dosa, jenayah, manusia sudah tidak makin takut untuk membuatnya. Kerana manusia sudah sombong tidak mahu menegakkan HUKUM ALLAH yang ALLAH janjikan akan memberikan keamanan dan kesejahteraan. Tetapi manusia sendiri yang degil dan ikut kepala otak masing2 isy7. Bayangkan kalau semua HUKUM ALLAH dapat dilaksanakan, masyaALLAH, memang akan aman makmur tenteram bahagia dan sebagainya lah , dan amat tenang untuk beribadah kepadaNya tanpa banyak stress, tekanan hidup, terlampau sibuk dan sebagainya.
Saya hairan mengapa orang takut sangat kepada HUKUM ALLAH, pada hal natijah yang akan berlaku adalah kebaikan kepada orang2 yang baik. Lain lah kalau kita ni ada niat hendak mencuri, berzina, membunuh, merompak, meragut, menculik, meliwat, berjudi dan sebagainyaaaa.
Apa-apa pun saya hormati pandangan Alexious itu. Dan seperti biasa saya tegaskan, TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM. Saya harap Alexious dapat bertenang, dan tidak perlu rasa tidak selesa dengan orang2 Islam. Kerana orang Islam yang patuh pada AlQuran TIDAK AKAN MEMAKSA ORANG LAIN UNTUK MASUK ISLAM.
Wallahu a’lam
Mac 13, 2008 @ 12:27:20
Ayat tiada paksaan dalam islam diambil semasa di mekah di awal mula kenabian Muhammad. Betul tak? Kepatuhan yang sebenar dalam quran ialah bukan islam (yahudi madinah) harus membayar jigyah jika mahu terus menganut agama yahudi. Betul tidak?
Jika jatuh hukum undang-undang mahkamah termasuk dalam perlembagaan Malaysia, kerajaan perlu majoriti 2/3 untuk meminda perlembagaan. Betul tak? Kena tunggu 5 atau 10 tahun lagi untuk menunggu jika mahu mencadang laksana hukum ini. Kan?
Mac 13, 2008 @ 12:54:20
Jesus lebih dari seorang rasul ??
sehingga diangkat sebagai anak tuhan ??
apakah bezanya penyataan diatas dengan
“”menduakan Tuhan”"
tolong jgn memutar fakta,
Kristian itu adalah Trinity. tetapi mengangap tuhan marah apabila di duakan.
dua penyataan yg becanggah antara satu sama lain.
Mac 13, 2008 @ 13:23:25
Orang Yahudi ada peraturan Taurat. Yesus tegur ketaksuban orang yahudi yang menjadikan taurat sebagai tuhan. Faham tak dengan ayat ini? Taurat diturunkan untuk dipatuhi. Orang yahudi terlalu taksub sehingga lupa taurat itu dari Allah. Yesus hadir untuk mengajar cara patuh yang sesungguhnya. Selepas Yesus wafat, para murid yang mengajar. Ajaran murid Yesus itulah yang kami terima pada zaman ini. Kesimpulan: kami kristian ada tiga(empat) guru: Nabi Musa, Yesus, Petrus/Paulus dan Paus di Rome. Kehadiran islam membawa kesan yang mendadak kepada institusi kristian moden.
Istilah menduakan tuhan ialah seperti:
1. Percaya Tuhan wujud ataupun tidak
2. Pilih Allah ataupun iblis
3. Menerima ganjaran syurga ataupun neraka
4. Pilih kehidupan rohani ataupun manusiawi
5. Pilih rohani bermakna seluruh jiwa dan raga hanya untuk tujuan rohani dan pilih manusiawi bermakna hanyalah menurut keinginan daging
6. Menurut kehendak Allah ataupun kehendak iblis
Hanya ini pilihan yang ada dalam ajaran kristian keseluruhannya. Fahami ini dahulu baharulah anda belajar hal2 lebih daripada itu dalam kristian. semoga soalan sudah dijawab.
Mac 13, 2008 @ 15:25:46
nampaknya ada perbezaan “konsep” TRINITY yg saya faham dan alexious faham.
silalah alexious menerangkan konsep TRINITY yg difahami.
konsep TRINITY yg disampaikan oleh Saint Paul/Petrus.
Mac 13, 2008 @ 16:53:53
Asal konsep triniti bermula pada TM325 iaitu 290 tahun selepas Yesus meninggal. Hanya 30% yang menghadiri perhimpunan agong (konsili necia). 70% tidak hadir perjumpaan. Daripada ajaran 30% ini, Yesus adalah dalam tritunggal. Bukan sekadar nabi biasa atau manusia biasa. Mereka mengajar, Yesus adalah Firman (Allah) yang menjelma menjadi manusia untuk tujuan karya Allah sendiri. Selain ajaran ini adalah dianggap ajaran sesat. Sekian dahulu. Bersambung.
Mac 13, 2008 @ 18:50:00
sambungannya ?
Mac 13, 2008 @ 22:32:16
kembali kpd persoalan pangunaan kalimah Allah untuk penganut Kristian di Malaysia.
kalimah Allah hanya terdapat dlm terjemahan Indonesia.
adakah Kristian berasal dari Indonesia ?? tidak, olehitu kenapa perlu ikut ?
Tiada kalimah Allah didalam Bible terjemahan English, France, dan apa2 lagi bahasa didunia ini. Hatta kalau disemak manuskrip Bible yg pelbagai dan bermacam-macam itu pun mustahil wujud kalimah Allah.
tak tahu la pulak mcm mane pulak Indonesia boleh start gune kalimah Allah dalam Bible sebagai kata ganti Tuhan(God).
tapi tak hairan, sebab Indon memang terkenal dengan rojak buah, rojak satay, kahwin rojak, ROJAK AGAMA, dan pelbagai lagi rojak yg tak dapat diterima akal.
Mac 14, 2008 @ 08:08:20
Sila baca ini:
http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=News&file=article&sid=264
Kelak saya akan kemukakan bukti bahawa ada arahan rasmi dari vatican bagi panggilan Allah yang merujuk kepada tuhan.
Pedulikan tentang rojak buah, rojak agama. Apa yang kami tahu, tiada tuhan lain yang cipta dunia dan alam semesta ini kalau bukan Allah. Tiada tuhan lain yang berkomunikasi dengan Nabi Musa kalau bukan Allah. Memang ini menimbulkan kekeliruan pada peringkat awal. Kenapa? Apa yang ditakutkan jika kami guna perkataan Allah bagi merujuk kepada yang mencipta Adam dan Hawa? Orang muslim takut terkristian kah? Jangan takut wahai saudara sekalian. Undang2 Malaysia dan perlembagaan tidak akan benarkan orang islam murtad pun. Malah tidak akan mengurangkan bilangan islam. Kami tidak akan minta orang islam masuk agama kami. Agama islam sudah lengkap, takkan orang islam sanggup keluar dari islam semata-mata hal macam ini.
Mac 14, 2008 @ 13:39:21
Keakuratan al quran:
Benarkah Nabi Ibrahim Pernah ke Mekah?
Surat Ali ‘Imran (3): 96
“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dlbangun (untuk tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.”
Dan pada tahun 450 M, Ka’abah di Mekah tidak diketahui oleh seorang raja dari Yaman!
Sungguh aneh, padahal menurut Al-qur’an Kabah dibangun oleh Sayidina Ibrahim dan Ismail yang hidup sekitar 1900 SM – 2000 SM, kenapa tidak dikenal pada tahun 450 M??
Mac 14, 2008 @ 13:41:34
Keakuratan al quran:
Benarkah Nabi Ibrahim Pernah ke Mekah?
Surat Ali ‘Imran (3): 96
“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dlbangun (untuk tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.”
Terjemahan bebas :
Imam Ahmad mencatat bahwa Abu Dharr berkata; “Aku berkata, “O Rasulullah, masjid mana yang pertama dibuat didunia ini?. Dia berkata, “Al-Masjid Al Haram (di Mekah)”. Aku berkata, “Mana yang dibangun setelah itu?”. Dia menjawab, “Al-Masjidil Al-Aqsa (di Yerusalem)”. Aku berkata, “Berapa jangka waktu antara pembangunan kedua bangunan itu?” Dia berkata, “Empat puluh tahun”
Menurut perhitungan :
Sayidina Ibrahim dan Ismail hidup sekitar tahun 1900 SM – 2000 SM.
Raja Salomo (Sulaiman) yang membangun bait Allah di Yerusalem hidup sekitar 1000 SM – 950 SM.
Jadi ada beda waktu 1000 tahun antara Ismail (yang membangun Masjidil Haram) dengan raja Salomo (yang membangun Bait Allah di Yerusalem).
Jadi bagaimana bisa dikatakan beda waktu keduanya hanya 40 tahun?
Lagi-lagi, tampaknya nabi Muhammad telah mengalami disorientasi waktu saat merangkai cerita Sayidina Ibrahim dan raja Salomo!
Dan pada tahun 450 M, Ka’abah di Mekah tidak diketahui oleh seorang raja dari Yaman!
Sungguh aneh, padahal menurut Al-qur’an Kabah dibangun oleh Sayidina Ibrahim dan Ismail yang hidup sekitar 1900 SM – 2000 SM, kenapa tidak dikenal pada tahun 450 M??
Mac 14, 2008 @ 13:43:23
Ketiga :
Makanya tidaklah mengherankan jika ada pakar Islam sendiri yang meragukan kisah pembangunan Kabah oleh Sayidina Ibrahim . Lebih lanjut kutipan dari tokoh Islam modern tentang hubungan Ismail dan Arab sebagai berikut :
Dr. Taha Husayn, seorang profesor dari Mesir, pendapatnya dikutip dalam buku “Mizan al Islam karya Anwar Jundi”, halaman 170 :
“Dalam kasus cerita Sayidina Ibrahim dan Ismail membangun Kabah cukup jelas, cerita ini muncul belakangan disaat Islam mulai berkembang. Islam mengeksploitasi kisah ini untuk kepentingan agama/politik.”
Mac 14, 2008 @ 13:49:11
Ada yang berani-berani berkata oleh kerana banyak ayat bercanggah dalam bible maka bible dianggap palsu. Contoh: catatan 7000 tajun ataupun 700 tahun atau sebelum ataupun selepas pokok arah.
Jika contoh diatas diambil kira, maka: Sudah nampak kesalahan fakta. So, …. .
Mac 14, 2008 @ 16:04:39
Dipetik dari tulisan laman web indonesia:
Para Muslim tidaklah bodoh. Mereka bisa melihat bahwa Islam adalah salah. Mereka tahu ayat2 Quran bertentangan satu sama lain. Mereka tahu Islam bertentangan dengan kecerdasan manusia dan tidak masuk akal, tapi mereka begitu terjebak di dalamnya sehingga mereka tidak bisa meninggalkannya. Mereka memaksa diri mereka untuk percaya, karena tanpa itu, mereka bagaikan tersesat.
- Ali Sina
Mac 14, 2008 @ 16:13:51
dan apapula kategori kalam Tuhan yg telah diolah, ubahsuai, dikarang oleh tangan-tangan manusia ??
palsu? tidak relevan? boleh diguna asalkan betepatan dengan kepentingan kaum? terima sahaja sebab malas nak pikir? taksub, lantaklah salah atau tidak ?
Mac 14, 2008 @ 16:18:00
bekenaan hadis Abu Dhar bertanya Rasulullah kebenaan Baitullah Mekah.
dimana alexious dpt hadis tersebut ?
dan bekenaan kisah pembinaan yg diceritakan itu,
dimanakah sumbernya ?
Mac 14, 2008 @ 16:40:29
Saya sudah jumpa di internet, answering islam .org ..
akan mem baca lebih lanjut, secara keseluruhan web tersebut
Mac 14, 2008 @ 17:39:32
Alexious: Salam sejahtera wahai Alexious. Hehe , awak memang betul2 belajar tentang agama awak dan Islam melalui internet yaa, isy7. Ketahuilah wahai Alexious, bukan semua perkara di internet ini adalah betul, awak tidak boleh pakai semua.
Dan untuk pengetahuan awak, Kaabah bukannya mula sekali dibangunkan oleh Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail hanya meninggikan lagi bangunannya setelah diperintah oleh ALlah. Kalau awak mahu tahu, Kaaabah itu telah diasaskan pembinaannya oleh Nabi Adam A.s lagi.
Nasihat saya sebagai seorang kawan, semoga awak tidak mempercayai dan tidak dipengaruhi oleh internet sangat. Di internet ini ada macam2 fitnah dan tuduhan tanpa asas. Kita mesti merujuk pada yang ahli dalam bidangnya sebelum kita menuduh sesuatu dan percayainya bulat2. Allah bagi kita akal, bukan untuk mengikut melulu mengikut kefanatikan kita. Jika kita ikut fanatik kita, sampai bila tak akan selesai kes. Jika kita mahu berguru sesuatu kita mesti ada guru. Jika kita usaha sorang2 lebih2 lagi hanya mengkaji internet, dibimbangi ada sesuatu makhluk lain yang mempengaruhi kita. Hati2 ya wahai Alexious. All the best
Bagi kami orang Islam yang meyakini betapa ALLAH itu Maha Berkuasa hanya satu, tiada dua dan tiganya. Dari sekecil2 benda iaitu ATOM, kepada sebesar2 benda iaitu MATAHARI dan BINTANG, semuanya mengelilingi sesuatu. Seperti dalam Atom, elektron mengelilingi nukleus. Seperti planet2 mengelilingi matahari dalam sistem suria. Seperti Sistem suria mengelilingi Galaksi Bima sakti, semuanya dalam keadaan tawaf (seperti orang tawaf di Mekah apabila musim haji atau melakukan umrah). Semua itu telah terdapat buktinya dalam Quran, yang Allah mengatakan semua mahkluk di muka bumi ini memuji2 Nya.
Konsep tawaf itu ialah konsep memuji, segala zarah2 dalam tubuh kita ini memuji ALlah tanpa kita sedari dalam bahasa mereka yang tersendiri. Hanya manusia yang payah nak memuji Allah S.w.t. Dan iman kami akan tetap tidak akan bercerai dari badan walaupun kami di seksa, iaitu iman yang PALING TINGGI, “Tiada Tuhan melainkan ALLAh, dan Muhammad S.a.w itu Rasulullah”.
Wallahu a’laa wa a’lam bissowaab
Mac 14, 2008 @ 18:02:41
terdapat byk website di internet yg menyerang Islam.
tetapi alamat domain nya jelas membayangkan info tentang Islam.
tetapi bahan-bahannya/artikel Majoritinya membandingkan Islam dan Kristian. dengan bahan yg menyerang Islam.
tetapi sesiap yg pernah terjumpa perbandingan Islam dan agama Yahudi , atau Yahudi dan Kristian ?
dari sini kita boleh mengagak agenda musuh-musuh licik yg tidak kelihatan.
“”Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut mereka”"<< terjemahan lebih kurang sepotong ayat al-Quran.
Mac 14, 2008 @ 18:12:51
untuk alexious.
kerana ketidak relevan info-info di internet yg boleh disangkal kesahihannya.
tetapi info/bahan yg RELEVAN adalah yg berbentuk video.
seperti debat antara Ahmad Deedat dan (para ilmuan Kristian)
sekali dijelaskan
Siri-siri debat Ahmad Deedat dengan bukan seorang tetapi begitu ramai ilmuan Kristian yg di saksikan oleh orang ramai dan bahan tersebut adalah dalam bentuk video dan transkip tulisan.
Mac 14, 2008 @ 22:30:27
Kunam: Salaam ya akhi, terima kasih banyak atas komen2 awk. Saya pun setuju dengan awak tentang banyak laman web yang memburukkan Islam (tetapi menyamar sebagai web Islam), dan Alexious mesti mengikuti sepenuhnya debat2 Ahmad Deedat dan ilmuan2 Kristian itu (bukti video adalah lebih sahih dari bukti bertulis yang sumbernya ntah dari mana. Salam ukhuwwah yaa.
Berkenaan dengan Alexious, Alexious pernah berkata, Alexious tak mahir Bahasa Inggeris. Saya nasihatkan Alexious belajar lah bahasa Inggeris demi mencari kebenaran. Dan ikutilah debat Ahmad Deedat dan ilmuan2 Kristian dengan teliti dan baik. Semoga mendapat hidayah dari Allah S,.w.t… amiiiin
Mac 17, 2008 @ 07:47:29
Debat ahmad deedat itu tidak sesuai. Tetap berat sebelah.
Mac 17, 2008 @ 08:22:07
Mengapa dikatakan berat sebelah ?
beliau berdebat bukan dengan orang-orang biasa seperti kita, tetapi dengan ilmuan Kristian, dan penontonnya adalah dikalang Islam dan Kristian, dan dilakukan diserata dunia,
yg terakhir adalah jelajah Australia,
kemudian beliau rebah kerana strok ketika menyampaikan kuliah ditanah airnya, dan meninggal dunia dikatil hospital tidak lama kemudian.
sekali lagi dijelaskan, beliau berdebat bukan dengan orang biasa seperti kita, tetapi dengan para ilmuan Kristian.
Mac 17, 2008 @ 09:34:49
Debat ini adalah cerita lapuk dan sudah dijawab dalam anwering islam.
Mac 17, 2008 @ 09:41:45
Jika forum ini tidak mencapai kata sepakat, bagus tutup saja. Sekian terima kasih. Forum ini sudah gagal mencapai matlamatnya.
Mac 17, 2008 @ 10:11:32
Secara jujurnya saya tidak tahu tujuan utama saudara alexious, memberi komen diwebsite ini,
adakah
1. ingin survey jika kami bersetuju bible mengunakan kalimah Allah ( saya tidak setuju kerana, kalimah Allah hanya terdapat didalam al-Quran, dan kenapa Kristian tidak guna sahaja perkataan-perkataan asal dari manuskrip-manusrip Injil ? bagi saya pelik dan ada agenda jahat tersirat)
2. tidak faham Islam ? ( tanya sahaja insan-insan diluar sana yg bekelayakan) saya sendiri pernah bertanya paderi dan rakan2 yg alim tentang Kristian tentang Trinity dan perkara dalam Kristian. (bertanya sahaja, bukan berdebat)
3. tidak faham Kristian itu sendiri ? ( tanya sahaja insan-insan alim Kristian ditempat anda, tanya secara mendalam, dan saya pasti anda tidak akan berpuashati dengan jawapan mereka, kerana bagi saya konsep itu sendiri yg tidak memuaskan hati anda, bukan jawapan.
4. mencari-cari kebenaran ? ( tepuk dada tanya iman, dan teruskan mencari)
5. sebab-sebab lain yg saya tak ketahui.
Sesungguhnya terdapat beribu-ribu perdebatan telah berlaku yg membincangkan Islam dan Kristian dan Yahudi. dan perbincangan (kalau boleh diangap bincang) disini seumpama setitis air dari setempayan air sahaja.
dan kepercayaan dan keyakinan anda terhadap apa pun TIDAK AKAN merugikan atau menguntungkan saya,
“”dan bagimu agamamu dan bagiku agamaku”"
sekian.
Mac 17, 2008 @ 15:47:05
Salaam buat semua, sudah lama tidak bersama anda dalam forum ini.
Apa pun saya bersetuju dengan saudara Hikmatun dan saudara kunam….
Buat saudara alexoius pula, diharap anda persediakan diri dengan ilmu yang cukup sebelum mengikuti sebarang perbincangan/debat dan jangan berpandukan pembacaan melalui internet semata-mata.Ini bagi mengelakkan anda berbicara hanya mengikut hati dan perasaan sehingga membuat atau mengambil keputusan mengikut pendapat diri.
harap anda tidak kecil hati ataupun marah dengan tulisan saya, tapi melalui apa yang saya baca, anda menulis hanya berpandukan emosi dan perasaan. Dan banyak melibatkan perasaan MARAH.
alexious-
Jika forum ini tidak mencapai kata sepakat, bagus tutup saja. Sekian terima kasih. Forum ini sudah gagal mencapai matlamatnya.
bagi saya bukan forum ini yang gagal, tapi anda yang telah GAGAL.
Gagal mengawal EMOSI dan KEMARAHAN.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya
Mac 17, 2008 @ 16:07:32
hikmatun-
Ketahuilah wahai Alexious, bukan semua perkara di internet ini adalah betul, awak tidak boleh pakai semua.
saya menyokong kata2 saudara hikmatun dan seterusnya saudara kuban.apapun ilmu adalah penting bukan sahaja dalam perdebatan malah dimana2 pun.janganlah berpandukan “internet” semata-mata kerana bukan semua perkara di internet ini adalah benar.
kalau setakat copy and paste saya pun boleh tapi untuk berdebat agak susah, kerana ilmu yg ada belum cukup untuk diri sendiri apatah lagi untuk mengajar/berdebat.
Mac 18, 2008 @ 03:06:43
Alexious: Hehe sabar wahai Alexious. Sesuatu perbincangan mesti disertakan dengan hati dan dada yang lapang. Jesus mengajar awak supaya mengikut emosi ke? Tak bukan? Maka bertenang lah.
Alexious berkata :”Debat ahmad deedat itu tidak sesuai. Tetap berat sebelah.”
Hehe, itu bukan berat sebelah. Itu bermakna hujjah Islam lebih kuat, hujjah Kristian amat lemah. Yang akhirnya, membawa kepada kemarahan dan mengambil jalan mudah untuk terus membenci. Sabar lah banyak2, sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.
mh: ya betul tu ya akhi, salam ukhuwwah yaa. Jazaakallahu khoirol jazaa’
kuban: salam ukhuwwah juga buat saudara. Jazaakallahu khoirol jazaa’
Apa2 pun peace and justice for all
Mac 18, 2008 @ 10:03:25
“Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah”
“Kenali Diri maka akan kenallah dikau akan Tuhanmu”
dan “Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah”
Qur’an meliputi keseluruhan kitab-kitab lama termasuklah Zabur, Taurat dan Injil. Qur’an diturunkan Allah melalui lidah Rasul-Nya yang ummi dan Qur’an adalah mukjizat yang masih kekal hingga hari kiamat. Ianya terpelihara daripada sebarang pengubahsuaian tangan-tangan manusia sepertimana yang berlaku pada Injil.
Alexious perlu mengkaji segala fakta di dalam Al-Qur’an berpandukan Hadith Rasullullah dan bertanya pada yang ahli.. bukan menurut kesesuaian hawa nafsu sepertimana yang berlaku pada injil. Sesungguhnya setiap ayat di dalam Al-Qur’an mengandung berbagai hikmah dan maksud tersirat untuk menuju kebahagian dunia dan akhirat.
Konsep trinity di dalam ‘Bible’ sesungguhnya adalah pengubahsuaian paderi2 silam yang mengikut hawa nafsunya semata-mata. Ingin diingatkan di sini, hawa nafsu juga adalah lahir dari pengaruh akal fikiran manusia itu sendiri. Di sebabkan itu kemusnahan berlaku di bumi hasil dari akal fikiran manusia. Saya suka untuk mengajak Alexious berfikir akan konsep mudah ketuhanan antara Kristian dan Islam ini.
Kita pasti sedia tahu di dalam sebuah kapal hanya perlu ada seorang Nakhoda atau ketua bukan? Nakhoda ini dipatuhi arahannya oleh seluruh anak kapal. Apa akan jadi sekiranya terdapat tiga orang Nakhoda (trinity)? apa akan jadi pada kapal?
Dan lagi satu konsep asas ketuhanan. Sekiranya betullah konsep trinity itu, setiap Tuhan Bapa, Roh Khudus dan Tuhan Ibu itu pasti mempunyai kehendak tersendiri untuk mentadbir alam semesta. Apa akan jadi pada alam cakrawala ini sekira begitu adanya? Pastilah porak peranda alam semesta ini. Tapi sekarang?
Tuhan sesungguhnya tidak berupa. Kita tidak boleh membayangkan bagaimana rupa tuhan. Tak tercapai oleh akal fikiran kita. Alexious boleh menggunakan istilah Allah merujuk kepada tuhan bapa. Itu kepercayaan Alexious. Kami menghormati pendapat dan kepercayaan beragama. Tetapi mengikut logiknya, mengapa tuhan perlu ada bapa? mengapa tuhan perlu ada isteri (tuhan ibu) dan beranak (roh kudus)? mungkinkah kalau begitu adanya, tuhan bapa ini hendak mempunyai anak2 yang lain? Kalau konsep trinity ini benar, ia seolah-olah mengiyakan keserupaan tuhan itu dengan makhluk-Nya. Na’uzubillah.
Kita tidak dapat membayangkan bagaimana rupa tuhan. Bagaimana mungkin Kristian mengandaikan rupa Isa (Jesus) yang bersalib? Kami faham itu hanyalah perlambangan. Persoalannya betulkah begitu? Sedangkan di dalam Qur’an ada menyebut Nabi Isa AS diangkat ke langit dan akan turun ke bumi apabila hari Qiamat kelak. Bagaimana mungkin orang yang disalib mati boleh turun ke bumi? Kalau begitulah adanya bolehla kiranya moyang2 kita yang sudah mati turun ke bumi berupa jasad dan rohani? Saudara Alexious cubalah fikirkan dengan mendalam.
Saya cuma membawa saudara Alexious berfikir kejadian alam pun sudah cukup menerangkan dan menjawab persoalan2 yang ada pada Alexious. Kita berbincang secara ilmiah dan logik pun sudah cukup untuk menjawab persoalan yang timbul. Contoh sela masa 40 tahun sepertimana yang Alexious peroleh. Adakah 40 tahun yang Nabi Muhammad maksudkan sama dengan 40 tahun sekarang? Setiap yang terucap dari lidah Rasullullah SAW adalah hikmah dan dari Allah jua. Dia tidak tahu mereka-reka cerita kerana Rasullullah SAW adalah ummi (tidak tahu membaca dan menulis). Fikir-fikirkanlah Alexious.
Saya respect kepada Alexious untuk tampil memberikan hujah2 yang bagi saya ada benarnya. Tetapi masih banyak kekeliruan dan pengubahsuaian. Rajin-rajinlah mengkaji Qur’an kerana di dalam Qur’an tersimpan segala wahyu yang diturunkan bermula dari Adam AS hingga Muhammad SAW. Qur’an tidak pernah berubah sejak dari zaman para sahabat hingga sekarang. Dan sekiranya hendak dibandingkan dengan Injil (Bible), terlalu banyak pengubahsuaian dan terlalu banyak fasa hasil pengaruh Israiliat dan setempat.
Sesungguhnya penghulu segala jasad ialah Adam AS dan penghulu segala roh ialah Muhammad SAW… dan umat Islam sekarang ialah umat Muhammad SAW. Dijanjikan akan diberikan shafaat di Akhirat kelak kepada mereka yang bertakwa. Betulkan mana yang tersilap.
..di mana ada aku di situ ada DIA…
Mac 18, 2008 @ 13:05:07
Dipetik dari tulisan laman web indonesia:
Para Muslim tidaklah bod*h. Mereka bisa melihat bahwa Islam adalah salah. Mereka tahu ayat2 Quran bertentangan satu sama lain. Mereka tahu Islam bertentangan dengan kecerdasan manusia dan tidak masuk akal, tapi mereka begitu terjebak di dalamnya sehingga mereka tidak bisa meninggalkannya. Mereka memaksa diri mereka untuk percaya, karena tanpa itu, mereka bagaikan tersesat.
- Ali Sina
Mac 18, 2008 @ 15:41:17
Terjemahan dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :
‘Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.’
dan terjemahan Surah Al-Kafiruun ini saya tujukan khas untuk Alexious:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku” – Al-Kafirun, Mekah
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Luas Ilmu-Nya.
…di mana ada aku di situ ada DIA…
Mac 18, 2008 @ 15:57:18
dan Surah ini mencakupi apa yang terdapat pada Injil.
Terjemahan Surah Maryam:
[1]
Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad
[2]
(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
[3]
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
[4]
Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
[5]
Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
[6]
Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.
[7]
(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):”Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya”.
[8]
Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?”
[9]
Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya – janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; “Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.”
[10]
Nabi Zakaria merayu lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)”, Allah Taala berfirman: ” Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat”.
[11]
Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: “Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang”.
[12]
“Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
[13]
dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.
[14]
Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.
[15]
Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).
[16]
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.
[17]
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
[18]
Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
[19]
Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”.
[20]
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”
[21]
Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
[22]
Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
[23]
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
[24]
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
[25]
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
[26]
“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.
[27]
Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!
[28]
” Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”
[29]
Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”
[30]
Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
[31]
Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
[32]
” Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.
[33]
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.
[34]
Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
[35]
Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia.
[36]
Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul – lurus “.
[37]
Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.
[38]
Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata
[39]
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
[40]
Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
[41]
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.
[42]
Ketika ia berkata kepada bapanya:” Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?
[43]
” Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.
[44]
” Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.
[45]
” Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka”.
[46]
(Bapanya) menjawab: “Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa”.
[47]
Nabi Ibrahim berkata: ” Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
[48]
Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)”.
[49]
Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.
[50]
Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.
[51]
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.
[52]
Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami.
[53]
Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi.
[54]
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.
[55]
Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!
[56]
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi.
[57]
Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
[58]
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
[59]
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
[60]
Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -
[61]
(Iaitu) Syurga ” Adn ” yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.
[62]
Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa).
[63]
Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami.
[64]
Dan (berkatalah malaikat): “Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa, -
[65]
“Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?”
[66]
Dan manusia (yang kafir) berkata: “Apa! Apabila aku mati, adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?”
[67]
Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun?
[68]
Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.
[69]
Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka.
[70]
Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dangan api neraka itu.
[71]
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
[72]
Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.
[73]
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman: “Puak yang manakah (dari kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?
[74]
Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.
[75]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, – sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.”
[76]
Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.
[77]
Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan (wahai Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami serta ia berkata: “Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat?”
[78]
Adakah ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib, atau adakah ia telah membuat perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya?
[79]
Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya, dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda.
[80]
Dan Kami akan warisi (harta benda dan anak-pinak) yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada kami dengan seorang diri.
[81]
Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.
[82]
Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.
[83]
Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?
[84]
Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.
[85]
(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.
[86]
Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga.
[87]
Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!.
[88]
Dan mereka yang kafir berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.”
[89]
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
[90]
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -
[91]
Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
[92]
Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.
[93]
Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.
[94]
Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu.
[95]
Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.
[96]
. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
[97]
Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.
[98]
Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.
Tags: Maryam, Mekah
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 18, 2008 @ 16:05:52
Untuk Alexious, perhatikan terjemahan Surah Maryam ayat 17-41, dan 89-98… sekiranya mahu berfikirlah.
Jgn sewenang-wenangnya mengemukakan cakap-cakap org yang tidak berpengetahuan antara kamu. Sepertimana hujah Ali Sina yang langsung sesat dan tidak berasas. Siapa dia untuk menghukum?
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 18, 2008 @ 16:52:11
Ketahuilah kristian bukanlah kafir. Katolik pun bukannya kafir. Kepada saudara islam, janganlah berlebih-lebihan dalam agamamu, jangan sampai jadikan agamamu sebagai Tuhan pula. Jangan jadi seperti pengamal hukum taurat yang dilaknat Yesus kerana munafik terhadap agama mereka. Jangan sampai kami kristian mengganggap orang islam sebagai munafik.
Kaum yahudi awal akan mencucurkan air mata mendengar ayat2 quran dan cucu mereka tidak….kecuali yang benar2 bertakwa. Agama kristian yang kami anuti mengajar kami bertakwa kepada Tuhan. Tuhan yang disembah Abraham, Harun, Yakub, Yohanes, Yesaya dan semua nabi.
Tentang konsep anak tuhan yang diarah kepada Muhammad untuk beritakan:
Mungkin pada masa tersebut, Muhammad berjumpa golongan yang keliru tentang konsep anak atau ibu tuhan. Ini pada zaman sebelum 600TM. Ajaran yang kami terima sekarang ialah ajaran gereja selepas 1965 iaitu selepas banyak penambahbaikan dalam ajaran gereja (untuk melengkapkannya). Pada zaman 600TM, bible belum sempurna dibukukan.
Surah kafirrun itu untuk orang kafir bani quraish Mekah. Pada zaman ini, kristian pun mungkin ada di Mekah. Surah itu bukan ditujukan kepada kristian.
Mac 18, 2008 @ 17:30:10
Alexious, siapa anda untuk menentukan surah al-kafirun itu untuk orang kafir bani quraish mekah sahaja? Anda ada kitab anda yang diubahsuai sentiasa. Kami ada kitab kami yang merangkumi kitab2 terdahulu yang dipelihara Allah hingga hari Qiamat.
Buat pengetahuan anda, Al-Qur’an sesuai sepanjang zaman. Konsep mudahnya, siapa yang tidak mempercayai Ke-Esaan Allah adalah Al-Kafiruun. Baca terjemahan Surah Al-Ikhlas di bawah ini. Ini bukan pengubahsuaian manusia. Ini Qalam Allah.
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Tags: Al-Ikhlas, Mekah
Anda kemukakan hujah anda berdasarkan kitab anda yang sudah diubahsuai itu, sekiranya ada apa2 kalimat dari Allah Azzawajalla? Kemukakan pada kami. Maksudnya anda sentiasa ada ‘Nabi’ untuk mengubahsuai kitab anda mengikut peredaran zaman. Itukah yang dikatakan Iman dan kepercayaan pada Allah?
Kami orang Islam turut membenarkan agama-agama Nabi terdahulu seperti Yaakub, Isa, Nuh, Ibrahim, Yahya, Harun dll. Semua Nabi dan rasul ini kami imani kerana termasuk dalam rukun Iman dalam Islam; ‘Percaya kepada Nabi dan Rasul’. Semua mereka adalah penganut agama langit (Islam). Dan kami orang Islam sentiasa menjaga tauhid dan kepercayaan kami. Sebab itu pegangan kami adalah Qur’an dan Hadith. Kami tidak akan sesat selamanya… – itu sabda Rasullullah SAW.
Saya tidak keterlaluan. Anda menghukum orang Islam sebagai b*doh berdasarkan hujah salah seorang dari anda yang b*doh. Kami sebagai umat Islam cintakan kedamaian. Saling berkasih-sayang dan bertoleransi. Siapa anda untuk mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW keliru tentang konsep anak dan ibu tuhan? Anda siapa untuk menghukum? Betul ke konsep anda itu? Mana hujahnya? Mana buktinya?
Persoalan saya yang mudah dengan logik akal sahaja pun sebelum ini anda tidak dapat ungkaikan. Inikan pula memandai-mandai ‘memungkinkan’ Rasul akhir zaman. Dalam Injil turut diberitahu tentang kelahiran Muhammad SAW sbg penutup para Nabi bukan? Mengapa anda tidak mahu beriman kalau benar anda bukan al-Kafiruun?
Hanya Islam agama yang diredhai Allah. Itu Firman Allah. Mahu saya kemukan hujahnya lagi? Saya kira tidak perlu. Cukuplah saya katakan:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku” – Al-Kafirun, Mekah
Saya bukan ekstrem. Saya berhujah berdasarkan bukti yang kukuh. Berdasarkan wahyu Allah dan mukjizat yang Rasullullah SAW tinggalkan untuk umatnya. Apa yang terjadi pada Injil? Di mana Injil yang asal wahai Alexious? Kami bukan fanatik. Kami berfikiran dan berpen-Diri-an.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 18, 2008 @ 18:08:51
alexious, di Mac 18th, 2008 pada 4:52 pm Kata:
“Ketahuilah kristian bukanlah kafir. Katolik pun bukannya kafir. Kepada saudara islam, janganlah berlebih-lebihan dalam agamamu, jangan sampai jadikan agamamu sebagai Tuhan pula. Jangan jadi seperti pengamal hukum taurat yang dilaknat Yesus kerana munafik terhadap agama mereka. Jangan sampai kami kristian mengganggap orang islam sebagai munafik.”
Lupa untuk saya nyatakan di sini. Hujah-hujah kami berpandukan Qur’an dan Hadith. Bukan berlebih-lebihan. Siapa Yesus untuk melaknat? Dia bukan tuhan. Dia adalah Pesuruh Allah. Cuma dia diangkat ke hadrat-Nya. Itu mukjizatnya.
Siapa kristian untuk menghukum Islam munafik? Anda tahukah apa maksud munafik yang sebenar? Maksud kafir yang sebenar? Jangan berhujah bersandarkan hawa nafsu. Berhujahlah secara ilmiah. Kemukakan hujah dari kitab Injil anda yang bermacam-macam versi itu. Injil yang bermacam versi itu sendiri pun menunjukkan kepalsuannya. Yang asli tidak akan berubah hingga akhir zaman. Anda perlu terima kenyataan itu.
Kami turut mengimani Injil. Tapi bukan Bible yang sekarang. Kami mengimani Injil yang asal tanpa sebarang pengubahsuaian oleh orang-orang yang menurutkan nafsunya. Mengapa perlu penambahbaikan sekiranya ia kalimat dari Allah?
Injil telah dirangkumkan di dalam Qur’an. Itu yang asli. Kami berpegang pada Qur’an dan Hadith. Siapa yang berpegang kepada selainnya, adalah sesat. Itu sahaja. Jgn lihat umat Islam yang berkecamuk negaranya. Lihatlah pada negara Islam yang aman sentosa rakyatnya. Seperti Malaysia. Walaupun masih ada kepincangan dalam perlaksanaan hukum Allah di Malaysia, kami tetap menjadikan Islam sebagai agama rasmi kami. Kenapa? Kerana Islam adalah Nur dari Allah. Keberkatan melimpah ruah kepada sesiapa yang beriman kepada Allah. Itu hakikat ketuhanan.
Minta maaf kalau Alexious terasa hati. Saya berhujah berdasarkan ilmu. Bukan hawa nafsu. Kemukakanlah hujah anda. Saya akan setia menunggu.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 18, 2008 @ 18:14:58
lebih kurang 20,000 insan-insan terpilih memeluk Islam setiap tahun (di USA sahaja),
mereka tidak dipaksa, mereka tidak digula-gulakan dengan harta dunia, mereka tidak dipujuk rayu, konsep dakwah Islam jauh berbeza dari konsep missionary yg dianjurkan Vantican city.
jika debat Ahmad Deedat dikatakan lapuk, maka para ilmuan Kristian yg berdebat dengan beliau adalah lapuk juga.
siapakah penganut biasa yg berani mengatakan ilmuan mereka lapuk ? adakah mereka-mereka ini lebih ilmu dari pakar-pakar tersebut ? belajarlah menerima kenyataan.
Saya pernah membaca hasil-hasil tulisan Ali Sina,
Ali Sina tidak faham ajaran Islam, mengangap Islam adalah pengganas, dan sentiasa menyokong pembunuhan keatas muslim seperti yg berlaku di afghanistan, palestin, iraq, bosnia dan lain-lain negara.
siapa kenal Ali Sina ? ada biografinya ? ada gambar wajahnya ? sekali lagi, ini adalah satu dari beratus orang yg menyerang Islam dengan mengunakan nama pena seperti nama muslim.
Mac 18, 2008 @ 18:30:33
Kunam, bagi saya kewujudan Ali Sina ini hanya memngetengahkan falsafah kristianisasinya terhadap Islam. Dia tahu hakikat sebenar bahawa Islam adalah agama yang hak. Dia mungkin berjaya mempengaruhi orang-orang yang jahil tentang Islam. Tetapi, dia silap besar dengan orang-orang yang berilmu.
Secara halusnya penggunaan nama pena itu sendiri pun sudah menunjukkan dia mengakui Islam sebagai agama yang hak. Kerana hawa nafsunyalah dia menjadi begitu. Kerana apa? Kerana populariti… itu sahaja.
Tidak perlu berpaksikan Ali Sina. Saya mengajak Alexious berhujah fakta pun sudah cukup. Ali Sina punya hujah tak boleh diiktiraf sebagai pemikir yang bijaksana. Sebab apa, sebab dia pun berat sebelah… tidak faham akan bende yang dihujahkan… hanya tahu menghukum…
Kalau iman dan keyakinan kita teguh, sudah pasti tiada apa yang mampu menggugat keimanan kita. Berpeganglah pada Qur’an dan Hadith… kita tidak akan sesat selamanya…. – kata Baginda Rasullullah SAW. Allahhumasolli’alasaidinamuhammad. wa’ala alihi wasohbihi wassalam….
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 18, 2008 @ 21:53:53
ntah sampai kemana forum ini agaknya
(perkara biasa yg berlaku dalam forum internet perbincangan fahaman agama) akan berjela-jela dan hilang point.
kepada yg berpandukan Ali Sina atau insan-insan sepertinya.
berhentilah menadah info-info yg berpandukan fakta yg tak sah dan hanya mengikut emosi.
carilah yg relevan. carilah orang yg benar wujud.
berhenti mengejar hantu.
mustahil tiada perbincangan yg memihak kepada Kristian. tanya ilmuan Kristian di Sabah itu,
puaskan hati anda dengan sesuatu yg real. bukan yg hantu.
tapi yg memang pasti, Ahmad Deedat itu wujud.
ilmuan yg berdebat dengan beliau juga wujud.
perlukah saya senaraikan para ilmuan tersebut yg bermula dari Paderi Besar sebuah negara europe sehinga ke Dr phd biasa ??
Adakah anda lebih alim dari Paderi besar ?? tentu tidak
jadi kenapa pula jatuh hukum lapuk ??
pelik pelik
Mac 19, 2008 @ 08:21:45
Kunam, apa maksud anda sudah hilang point? Apa yang anda faham? Apa maksud anda ‘lebih alim dari paderi besar’? Apa kefahaman anda?
Mac 19, 2008 @ 08:30:57
Salam saudara mahmud shah,
adalah lebih baiknya anda membaca terlebih dahulu pucuk pangkalnya dan setiap komen-komen yg ada di sini, sebelum page ini, ada lagi 2 pages sebelumnya.
Mac 19, 2008 @ 08:48:46
Kerana saya sudah baca saya masuk di sini untuk perbetulkan keadaan. Hujah-hujah perlu konkrit. Perlu ada bukti yang kukuh. Silap info buruk padahnya. Kita ada pegangan. Mengapa anda mahu berpegang kepada kepalsuan?
Kenali Diri anda sekiranya anda berpen-Diri-an. Jangan menangguk di air keruh kerana akan membinasakan. Kerana ‘sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’. Anda mahu begitu?
Saya berbesar hati sekiranya saudara Kunam memahami pengertian dari surah Al-i-Imran, ayat 7 di bawah ini:
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Saya kira saudara Kunam berfikiran dan mampu mengambil dan menyuring pelajaran dan peringatan dari ayat-ayat Allah. Jangan bertuankan nafsu dan amarah.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 08:56:47
jikalau sudah dibaca semuanya
maka tidak timbul persoalan ini
“”Kunam, apa maksud anda sudah hilang point? Apa yang anda faham? Apa maksud anda ‘lebih alim dari paderi besar’? Apa kefahaman anda?”"
sudah tentu anda sudah tahu,
-apakah point website ini
-kepada siapakah komen saya, saya tujukan kepada siapa
-siapa yg saya maksudkan ‘lebih alim dari Paderi besar’
-sudah tentu anda tahu kefahaman saya
Mac 19, 2008 @ 08:59:19
Saya tahu Kunam dikurnai kebijaksanaan. Dengan itu renunglah sejenak kata-kata Allah di dalam Surah-Al-Hajj ayat 8-10 di bawah:
[8] Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
[9] Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
[10] (Dengan dikatakan kepadanya): “Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya”.
Saya minta maaf sekiranya anda berkecil hati. Tapi ayat ini adalah ayat tuhan. Saya mengajak anda berfikir. Itu sahaja.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 09:05:02
tak perlu minta maaf, saya tak kecil hati pun,
cuma perlukan penjelasan
boleh saudara mahmud quote komen-komen saya yg saudara rasa telah melangar batas-batas ??
dan saya akan jelaskan
Mac 19, 2008 @ 09:09:50
Kunam, anda berfikiran dan saya berpen-Diri-an. Saya tahu tujuan kebijaksanaan anda. Cuma anda perlu kawal nafsu dan amarah; kerana ia berpunca dari pemikiran.
“Rasa”-kan yang hak. Maka kita akan me-rasa keagungan Pencipta yang tiada taranya. Saya sudah tegur anda. Anda cari di mana salahnya… di mana melampaunya. Kita bertoleransi dan berkasih sayang sesama makhluk.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 09:19:42
mahmud, keadilan yg sebenar ialah,
jika seseorang membuat salah dan anda tahu kesalahan itu,
anda kene jelaskan apa kesalahannya itu,
sila quote komen-komen saya yg kurang menyenangkan, dan saya sedia menerangkannya atau meminta maaf.
Mac 19, 2008 @ 09:39:41
Saudara Kunam, anda gunakanlah kebijaksanaan anda untuk berfikir mnaa yang tersurat dan mana yang tersirat. Saya ingin mengajak anda berfikir ayat Allah dari Surah Al-Hajj ayat 24, 46, 72 dan 78 di bawah:
[24] Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.
[46] Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
[72] Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! ”
[78] Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
Sudah cukup saya terangkan secara tersirat melalui ayat-ayat Allah di atas. Saudara Kunam bertujuan baik. Saya mengerti itu. Gunakan ayat Allah dan Hadith Rasullullah SAW apabila hendak berhujah dengan al-Kafiruun. Jangan mengakui ketuanannya terhadap Islam kerana telah nyata kita di pihak yang benar. Ingat itu.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 09:52:42
dimana komen-komen saya yg mengakui ketuanan mereka terhadap Islam ?
sila quote komen tersebut, dan saya akan jelaskan
Mac 19, 2008 @ 10:12:43
Baiklah. Saya kira saudara Kunam masih belum mampu membaca yang tersirat di sebalik teguran saya itu. Saya tidak mahu memalukan saudara. Jika itu yang saudara mahukan, saya senaraikan di bawah kata-kata saudara. Berhujah biar berilmu, berfikir biar berpen-Diri-an.
“siapa kenal Ali Sina ? ada biografinya ? ada gambar wajahnya ?
mustahil tiada perbincangan yg memihak kepada Kristian. tanya ilmuan Kristian di Sabah itu,
perlukah saya senaraikan para ilmuan tersebut yg bermula dari Paderi Besar sebuah negara europe sehinga ke Dr phd biasa ??
Adakah anda lebih alim dari Paderi besar ??”
Cukup sekadar itu. Terpulang pada saudara samada hendak memberi penjelasan atau tidak. Saya tidak memaksa. Ini permintaan saudara. Yang lain-lain belum saya senaraikan. Hanya ini sahaja sudah cukup.
Mengapa perlu mengakui mereka? Kita bertanya bukan mengakui. Kita belajar semasa berguru. Kita berserta Diri bukan akli. Fikir-fikirkanlah.
…di mana ada kau, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 10:25:09
Jangan mengakui ketuanannya terhadap Islam kerana telah nyata kita di pihak yang benar. Ingat itu.
Kamu dipihak benar, maka? Kami dipihak tidak benar? Apa boleh buat… Jika kamu benar, dan kami benar maka dialog ini boleh diteruskan. Tetapi kerana anda menganggap demikian, apa boleh buat. Cukuplah sampai di sini saja.
Saudara forumer muslim sekalian, jaga diri, hiasi peribadi.
Mac 19, 2008 @ 10:32:21
kenapa perlu saya malu, sedangkan saya tidak berbangga dengan diri saya.
begini penjelasannya.
“siapa kenal Ali Sina ? ada biografinya ? ada gambar wajahnya ?”
ayat tersebut menjelaskan tidak relevan untuk alexious berpandu kepada Ali Sina, kerana bagi saya Ali Sina itu tidak pasti kewujudannya, hanya bayang2 hantu.
“mustahil tiada perbincangan yg memihak kepada Kristian. tanya ilmuan Kristian di Sabah itu,”
kerana ketidak puas hati saudara alexious, saya mensyorkan agar bertanya kepada insan yg benar-benar wujud contoh seperti ilmuan Kristian di Sabah (jika dia tingal diSabah), dan berhenti mengejar bayang2 hantu diinternet. Saya pernah terdengar perbincangan nyata(bukan diinternet) dimana berpihak kepada Kristian, tetapi perbincngan itu hanya melibatkan perkara2 kecil.
“perlukah saya senaraikan para ilmuan tersebut yg bermula dari Paderi Besar sebuah negara europe sehinga ke Dr phd biasa ??
Adakah anda lebih alim dari Paderi besar ??”
Ini menyatakan betapa relevanya debat Ahmad Deedat dengan ilmuan kristian tersebut, komen sebelum ini alexious menyatakan debat-debat agung ini sudah lapuk, betapa beraninya dia menyatakan ilmuan Kristian yg mereka sanjung itu lapuk ?
diharap penjelasan diatas dapat memuaskan hati pembaca-pembaca komen.
jika ada lagi, sila quote dan saya sedia menjelaskan atau meminta maaf.
Mac 19, 2008 @ 10:45:32
alexious
kembali kepada asas ketauhidan,
Kristian tidak membenarkan Islam kerana Nabi Muhammad.
Islam tidak membenarkan Kristian kerana Trinity.
jadi, mana mungkin kita saling membenarkan sedangkan konsep asasnya sudah bercanggah.
jika alexious membenarkan Kristian dan disaling itu membenarkan Islam, itu lah yg saya maksudkan ROJAK agama.
atau mungkin saudara menganuti Kristian yg tidak saya fahami. ataupun Kristian yg telah berevolusi kesatu keadaan baru. kerana kita saling maklum Bible itu adalah hasil kerja tangan manusia.
Mac 19, 2008 @ 11:01:58
“Kamu dipihak benar, maka? Kami dipihak tidak benar? Apa boleh buat… Jika kamu benar, dan kami benar maka dialog ini boleh diteruskan. Tetapi kerana anda menganggap demikian, apa boleh buat. Cukuplah sampai di sini saja.”
Alexious, anda menyerah kalah? Kalau anda benar, kemukakan hujah anda. Kami berhujah bersandarkan pembuktian yang kukuh. Anda berhujah berdasarkan pengubahsuaian tangan-tangan manusia dan cakap-cakap manusia yang tidak berilmu. Semoga anda dapat cari kebenaran yang Sebenar.
Hanya ada satu sahaja kebenaran yang Hak. Bukan dua dan bukan tiga. Samalah tuhan menjadikan dunia ini berpasang-pasangan. Ada positif ada negatif. ada baik ada buruk. Ada perempuan ada lelaki. Ada betul ada salah. dan ada benar dan ada tidak benar. Pilihlah hala tuju anda.
Bersama-sama ini saya titipkan petikan Firman Allah di dalam Qur’an-Nya yang suci daripada Surah Muhammad ayat 2 dan 3:
[2] Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) ialah kebenaran dari Tuhan mereka, – Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).
[3] Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
Diharapkan Alexious mengerti akan kebesaran Yang Esa. Ambil masa belajar kebesaran Tuhan. Gunakan kebijaksanaan yang asli dan saksama, bukan gunakan kebijaksanaan yang direka-reka. Seluruh benda dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya, tersirat keagungan ciptaan Allah. Fikirkan kejadian Allah, maka anda akan nampak jalan kebenaran yang dicari.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 11:12:37
kunam-
ntah sampai kemana forum ini agaknya
(perkara biasa yg berlaku dalam forum internet perbincangan fahaman agama) akan berjela-jela dan hilang point.
kepada yg berpandukan Ali Sina atau insan-insan sepertinya.
berhentilah menadah info-info yg berpandukan fakta yg tak sah dan hanya mengikut emosi.
carilah yg relevan. carilah orang yg benar wujud.
berhenti mengejar hantu.
BILA DI BACA DAN DI AMATI ADA KEBENARANNYA KATA-KATA SAUDARA KUNAM BAGI YANG MENGIKUTI FORUM INI DARI AWAL.
Mac 19, 2008 @ 11:23:36
Wahai Saudaraku Kunam, di bawah ini persoalan saya terhadap anda yang bijaksana:
“ayat tersebut menjelaskan tidak relevan untuk alexious berpandu kepada Ali Sina, kerana bagi saya Ali Sina itu tidak pasti kewujudannya, hanya bayang2 hantu.”
Persoalannya: Kalau anda tahu mengapa anda bertanya? Kenapa anda memperkecilkan kewujudan makhluk Allah sungguhpun dia ‘bayang-bayang hantu’? Mana sifat Tawaddu’ anda?
“kerana ketidak puas hati saudara alexious, saya mensyorkan agar bertanya kepada insan yg benar-benar wujud contoh seperti ilmuan Kristian di Sabah (jika dia tingal diSabah), dan berhenti mengejar bayang2 hantu diinternet. Saya pernah terdengar perbincangan nyata(bukan diinternet) dimana berpihak kepada Kristian, tetapi perbincngan itu hanya melibatkan perkara2 kecil.”
Persoalannya: Betulkah anggapan anda itu terhadap Alexious? Siapa anda untuk menghukum? Anda kenal benar akan Kristian dan Bible?
“Ini menyatakan betapa relevanya debat Ahmad Deedat dengan ilmuan kristian tersebut, komen sebelum ini alexious menyatakan debat-debat agung ini sudah lapuk, betapa beraninya dia menyatakan ilmuan Kristian yg mereka sanjung itu lapuk ?”
Persoalannya: Mengapa anda menghukum begitu? Mengapa tidak anda sendiri yang menyenaraikan nama2 paderi yang anda tahu itu? Anda mengakui dalam memperakukan. Jangan begitu. Gunakan bukti yang kukuh dan berhujah secara ilmiah. Dan anda tidak menjawab sendiri persoalan yang anda bangkitkan.
“Kristian tidak membenarkan Islam kerana Nabi Muhammad.
Islam tidak membenarkan Kristian kerana Trinity.”
Persoalannya: Betulkah begini wahai saudara Kunam?
“jika alexious membenarkan Kristian dan disaling itu membenarkan Islam, itu lah yg saya maksudkan ROJAK agama.”
Persoalannya: Betulkah tohmahan anda itu? Mana perginya toleransi dan sifat pengasihan yang ada pada diri seorang Islam?
“atau mungkin saudara menganuti Kristian yg tidak saya fahami. ataupun Kristian yg telah berevolusi kesatu keadaan baru.”
Persoalannya: Sejauh mana kefahaman anda terhadap Kristian itu? Jangan berprasangka sekiranya tidak berilmu.
Saya titipkan di sini Petikan terjemahan dari Surah Muhammad ayat 14, 18 dan 19 untuk saudara Kunam fikirkan:
[14] Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar – derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!
[18] (Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka – apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?
[19] Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
Jadikan teladan kepada yang baik. Jadikan buangan kepada yang buruk. Kita dianugerahi jasad dan roh. Gunakan di antaranya untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
…di mana ada aku di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 11:38:44
Hanya 1 tujuan: Keselamatan selepas mati iaitu kehidupan di akhirat. Tujuan hidup ialah supaya dapat pahala kekal dan ada tempat di Syurga Allah Pencipta Langit dan Bumi. Bersama-sama dengan kaum beriman. Hidup ini hanya sementara sahaja. Purata umur hayat lelaki ialah 72 dan wanita 76 tahun. Yang kekal ialah selepas mati. Gereja sudah ada untuk mengajar tentang kebesaran Tuhan. Yesus adalah idola iman kami. Saya mahu supaya 100% serupa dengan Yesus dalam iman. Kata Yesus, Akulah Jalan, Kebenaran dan Hidup. Tiada siapa yang dapat datang kepada Bapa di Syurga kalau tidak melalui Aku. Saya mahu mengikuti semua ajaran Yesus. Saya mahu hidup seperti Yesus. Kata-kata Yesus adalah ajaib. Dia yang dijadikan bukan dari keinginan laki-laki dan diangkat ke syurga dengan mulia. Kedatangan Yesus yang ke-2 kali, kami nantikan. Amin. Kami mahu bertemu Yesus dalam keadaan tidak bercela dan tidak bernoda. Kami mahu Yesus merajai hati kami.
Mac 19, 2008 @ 11:47:11
Sudara Mahmud,
saya tidak layak untuk digelar bijaksana,
saya rumuskan komen anda diatas sebagai
tidak begitu suka dengan ayat pertanyaan yg saudara anggap bagi saya adalah pertanyaan sinis.
jawapan saya ialah, itulah hujah-hujah logik akal saya,
sila saudara baca dengan dada yg lapang.
saya mengaku ilmu saya tentang Islam dan Kristian adalah amat cetek, umpama lopak air berbanding lautan dalam.
saya minta maaf sekiranya sebarang komen-komen jihad saya disini menghiris hati saudara-saudara Muslim dan Kristian terutama kpd saudara alexious.
terima kasih saudara Mahmud kerana menegur, kerana sesungguhnya org yg menegur itu lebih berilmu dari yg ditegur.
Mac 19, 2008 @ 11:51:33
Hanya ada 2 destinasi akhir hidup manusia.
1. Syurga (Bersama-sama Allah)
2. Neraka (Bersama-sama Iblis)
Bible sudah cukup lengkap untuk jambatan ke syurga.
Mac 19, 2008 @ 12:24:47
Alexious, di bawah ini keimanan kami. Petikan dari Qalam Allah dari Surah Al-Furqan ayat 1,2, 56 dan 57.
[1] Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
[2] Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
[56] Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
[57] Katakanlah: “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah”.
Alexious, kami yakin kuasa Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tiada sekutu baginya. Jalan kami tidak sama dengan jalan anda. Jalan kami menuju kebahagiaan abadi di dunia dan di akhirat. Sejahteralah kepada sesiapa yang mendapat hidayah-Nya. Berbahagialah sesiapa yang mendapat nur-Nya.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 12:32:34
Saudara Kunam, hikmah ilmu adalah dari rasa hati terhadap nur Pencipta. Manusia dijadikan semuanya bijaksana. Cuma pengalaman menentukan sejauh mana kebijaksanaan seseorang manusia itu.
Saya puji anda kerana berani mengeluarkan idea berdasarkan logik akal semata-mata. Tapi percayalah, jalan anda masih samar-samar. Kembali semula pada Qur’an dan Hadith. Anda berilmu dan ber-Diri. Gunakan anugerah Allah. Gunakan nikmat Allah yang ada pada Islam dengan sebaik-baiknya.
Islam adalah nikmat tuhan yang PALING BESAR kepada manusia. Berpegang teguhlah pada ‘tali’ Allah. Maka kamu tidak akan sesat selamanya… Insyaallah…
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 12:33:02
Sekian terima kasih. Cara anda cara anda, cara kami, cara kami. Sekian terima kasih.
Mac 19, 2008 @ 12:40:28
Kami percaya kepada petikan berikut:
Cari dahulu kerajaan Allah dan kebenaranNya maka semuanya ditambahkan bagimu.
Mac 19, 2008 @ 12:53:19
Terima kasih kembali. Saya sudah nyatakan awal-awal lagi akan keteguhan iman kami terhadap agama yang lurus (Islam). Peringatan Allah terhadap anda (dari surah Al-Insan ayat 3, 4, 29 dan 31):
[3] Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
[4] (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.
[29] Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
[31] Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Semoga Alexious mendapat hidayah Pencipta Yang Hak. Insyaallah…
Mac 19, 2008 @ 14:06:58
Hidayah dalam kristian katolik ialah memberi diri mereka dibaptis dan dikuatkan dan bersatu dalam persekutuan penuh gereja. Di sini anda akan ditanya sama ada beriman kepada Allah ataupun tidak dan calon baptis perlu menjawab ya beriman. Mereka akan ditanya lagi, adakah anda menolak syaitan dan segala tipu dayanya? Calon baptis akan menjawab ya saya menolak syaitan dan segala tipu dayanya. Sebelum semuanya ini dijalankan (Hari Easther), calon baptis perlu mengikuti pelajaran2 selama setahun. Baptis tidak cukup hanya dengan mengucap dua khalimah syahadat dan baca kitab dalam quran yang tidak difahaminya.
Mac 19, 2008 @ 14:17:30
Neraka adalah tempat hukuman yang kekal. Tempat hukuman kepada manusia yang mendapat murka Allah. Kenapa kami mahu beragama? Kerana kami mahu memuliakan Tuhan. Kami mahu diperkenankan Tuhan. Kami mahu menjadi kesayangan Tuhan. Kami mahu buat semua yang disukai Tuhan. Tuhan gembira kami berbuat demikian. Tuhan suka dimuliakan. Tuhan suka diberi tempat yang tinggi oleh kami. Tuhan senang mendengar doa-doa kami. Doa memuji, memuliakan, bermohon, dan semua doa-doa yang menyenangkan Tuhan. Doa yang penuh kerendahan diri.
Mac 19, 2008 @ 14:27:01
Alexious mendapat petikan itu bersumberkan dari mana? Walau di mana sumbernya, saya ingin nyatakan bahawa yang ghaib itu adalah kepunyaan Allah. Kita tidak mampu walau sedikit pun untuk berfikir akan zat-Nya. Akal manusia punya had. Had itulah yang tidak terjangkau oleh manusia.
Bolehkah Alexious membayangkan perihal Syurga? Perihal Neraka? Dan bagaimanakah ‘wajah’ Allah itu? Tentunya kita sebagai manusia tidak tahu dan tidak dapat terfikirkan. Saya sertakan di bawah petikan dari Firman Allah Azzawajalla di dalam Qur’an-Nya yang mulia tentang kerajaan yang anda maksudkan itu. Di bawah ini adalah firman Allah di dalam surah As-Sajdah ayat 4,5 dan 6:
[4] Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
[5] Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.
[6] Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;
Ditambah lagi dengan ayat 3, 16 dan 17 daripada Surah Al-Mulk :
[3] Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
Dan di bawah ini adalah untuk renungan Alexious daripada surah Al-Maidah ayat 17, 40 dan 116:
[17] Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?” Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[40] Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[116] Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ‘ ” Nabi `Isa menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
Berfikirlah tentang penciptaan Allah dan bukan zat-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Allahhu Akhbar!
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 14:33:37
macam nak habis, tapi belum habis
menanti 3rd page …
Mac 19, 2008 @ 15:12:15
Hanya islam yang mendakwa kristian tuhan yang beranak sedangkan kami tidak berkata demikian.
Ayat yang anda pilih tiada kena mengena saudara.
Ini ayat yang sesuai:
Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
surah Al-Baqarah ayat 62
Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, Shabiin dan orang-orang Nasrani, siapa saja (diantara mereka) yang benar-benar saleh, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
surah Al-Maaidah ayat 89
Hal syurga dan neraka. Kenapa pula saudara tidak mengetahuinya? Sedangkan ada dalam quran anda dan saya pun sudah membacanya. Pada kami, syurga adalah tempat keselamatan dan neraka adalah tempat hukuman. Yang kekal.
Mac 19, 2008 @ 15:12:26
Alexious, Hidayah Allah itu adalah anugerah-Nya yang tidak terhingga kepada makhluk-Nya, bukan diberi oelh manusia (dibaptis dsb). Hidayah adalah milik Allah. Berikut adalah terjemahan Surah Al-Israa’ ayat 15:
[15] Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
Dan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 111, 120, 136, dan 143 berkenaan agama yang kamu anuti:
[111] Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.
[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Dan ini adalah keimanan kami terhadap Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah jua ayat 136 dan 143 untuk tatapan Alexious:
[136] Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.
[143] Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
Kami hanya mahu menjadi ummat yang bertakwa dan beriman terhadap agama Allah (Islam). Dan kami tidak akan sesekali berganjak dari pendirian ini walaupun kami dicincang, dipancung atau disalib. Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Pengampun.
Mac 19, 2008 @ 15:34:33
Saya puji Alexious kerana sudah mula membaca ayat bersumberkan Al-Qur’an. Dakwaan Alexious seperti di bawah ini:
‘Hanya islam yang mendakwa kristian tuhan yang beranak sedangkan kami tidak berkata demikian – Alexious’
Kalau anda tidak berkata demikian, mengapa anda berkata seperti berikut di bawah:
“Tiada siapa yang dapat datang kepada Bapa di Syurga kalau tidak melalui Aku. Saya mahu mengikuti semua ajaran Yesus. Saya mahu hidup seperti Yesus. Kata-kata Yesus adalah ajaib – Alexious”
…bukankah itu sudah cukup menerangkan konsep keimanan Alexious tentang Tuhan Bapa? Tuhan Anak? Trinity? Anda perlu banyak belajar. Gunakan Bible anda. Mengapa guna Qur’an kalau anda tidak percaya tentang mukjizat itu?
Mengenai perihal Syurga dan Neraka. Memang ada disebut di dalam Qur’an di banyak tempat. Tapi itu sekadar sifatnya bagi mewujudkan rasa takut terhadap Allah bagi menambah lagi ketakwaan kami terhadap Allah.
Akal manusia tidak tercapai untuk membayangkan Syurga atau Neraka yang sebenar. Itu adalah antara perkara ghaib yang wajib kami (orang Islam) imani. Antara contoh sifat Neraka di dalam Surah Al-Insan ayat 4:
[4] (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.
Menurut tafsiran ayat ini neraka itu apinya menjulang-julang. Terdapat belenggu dan rantai kepada mereka yang kufur.
Ini salah satu ‘sifat’ Neraka yang diwahyukan. Banyak lagi diceritakan. Tapi kita sebagai manusia membayangkan begitu. Hanya bayangan. Kita belum tempuh alam itu melainkan selepas Hari Qiamat.
Fikirkanlah Alexious.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 16:22:11
Sudah difikir.
Saya sudah cakap awal2, tujuan membaca terjemahan quran adalah untuk 1. Dari sumber mana kamu mengambil ayat itu (untuk pastikan sama ada kamu tidak menambah2 atau mengurang2). Dan ke-2: Melihat di mana kristian dan islam tidak sependapat.
Konsep triniti. Allah, Putera (firman) dan Roh Kudus (pembimbing dalam kebenaran). Allah adalah satu hal yang tidak dapat difahami oleh akal manusia. Allah itu kuasa, Kuasa itu Allah, Maha Besar itu Allah, Allah itu Maha Besar. Allah sama ada kelihatan ataupun tidak kita zaman sekarang pun tidak boleh jawab. Allah itu adalah SESUATU. SESUATU ITU BOLEH JADI FIRMAN. FIRMAN ITU BERSAMA-SAMA DENGAN ALLAH. FIRMAN ITU ADALAH ALLAH SENDIRI. Dan Firman itu telah menjadi manusia. Dan tinggal bersama manusia. Namun pada masa kehadiran FIRMAN itu, manusia tidak menyedarinya. Inilah awal mula kepercayaan kepada triniti kristian.
Mac 19, 2008 @ 16:52:29
Itu mengikut kepercayaan anda. Mana sumbernya? Firman adalah kata-kata Allah menerusi Qalam-Nya; melalui Rasullullah SAW; penutup segala Nabi.
Firman tidak boleh jadi putera kerana ia Kata-Kata yang Esa, yang Tunggal. Saya berhujah menggunakan kalimah suci dari langit. Hujah anda dari mana? Kalimah yang diubahsuai melalui tangan manusia? Itukah yang anda katakan BENAR?
Konsep ketuhanan yang asas. Allah adalah pencipta. Manusia adalah ciptaan-Nya. Manusia diangkat sebagai khalifah di muka bumi. Kerana apa, kerana manusia dikurnai akal fikiran melebihi makhluk-makhluk yang lain.
Mana asas anda untuk melihat kebenaran yang saya sandarkan pada hujah-hujah saya? Lihatlah. Saya amat mengalu-alukan. Biar anda temui kebenaran yang mungkin bagi anda telah perolehi menerusi gereja2 dan paderi2 anda.
Di bawah ini saya titipkan ‘Firman’ Allah melalui Qalam-Nya yang mulia dari surah Al-Baqarah ayat 165 untuk difikir-fikirkan olehmu wahai Alexious.
[165] (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
Allah bagi kami orang Islam ialah TUHAN YG SATU. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah bukanlah sesuatu. Allah adalah Tuhan semesta alam. Tidak serupa dengan makhluk kerana Allah mencipta makhluk yang dikehendaki-Nya. Hanya Allah tempat kami berserah. Bukan melalui apa-apa perantaraan. Sifat Allah ialah seperti yang digambarkan dalam surah Al-Baqarah ayat 255 ini:
[255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Renungkanlah. Kemukakan bukti anda sekiranya anda di pihak yang benar.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 16:54:40
Shallom Salam damai didalam kasih Yesus Kristus, terima kasih diatas perdapatan kamu haliluyah Puji Tuhan, kerana begitu besarnya kasih Tuhan sehingga ia mengeruniakan anak nya yang tunggal untuk menyelamatkan uamat yang percaya pada nya Amin
Mac 19, 2008 @ 17:04:49
Al-Baqarah ayat 256:
[256] Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
‘Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Mac 19, 2008 @ 17:05:08
mr E-L
saudara alexious memberi tahukami, tuhan tidak mempunyai anak,
Mac 19, 2008 @ 18:35:07
Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, keluarganya, dan sahabat-sahabat Baginda. Salam Maulidurrasul.
Admin : Bersambung ke http://hikmatun.wordpress.com/2008/03/09/2008/03/19/dialog-antara-muslim-dan-kristian-3/