Mari letak banner Stop The War
Assalaamu’alaikum w.b.t…… Jom sama-sama letak banner ‘Stop the war’ kat blog atau laman web kita. Walaupun mungkin tidak akan berkesan sangat, tetapi sekurang-kurangnya ini usaha kita untuk menghalang pihak tertentu dari menjadi gila kuasa dan mahu perintah dunia mengikut kepala otak mereka sendiri.
Mari kita sama-sama bayangkan nasib negara-negara yang menjadi mangsa perang. Mereka adalah saudara-saudara kita juga yang mempunyai hati dan perasaan. Janganlah keamanan di negara kita ini dijadikan landasan untuk kita terus leka dengan kehidupan dunia. Dunia-dunia jugak, akhirat jangan lupa!
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya itu mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya menjadi kuning kemudian manjadi hancur. Dan akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunaan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” Surah Al Hadid : Ayat 20
“Tidaklah kehidupan dunia ini kecuali permainan dan senda gurau. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” Surah Al-An’am : Ayat 32
Peperangan hendaklah kita elakkan seberapa dapat yang mungkin. Jangan sekali-sekali kita bercita-cita untuk berperang, melainkan jika Islam diserang maka kita tidak boleh lari. Di saat itu melarikan diri sudah menjadi HARAM. Tetapi apa-apa pun jangan kita merasa kuat, merasa megah, merasa terlebih yakin boleh menang untuk berperang, kerana itu semua bisikan syaitan agar kita sesama manusia berperang sesama sendiri.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, baginda Nabi menyebut: “Wahai manusia! Jangan kamu bercita-cita bertembung dengan musuh, mintalah daripada Allah keselamatan. Namun jika kamu bertembung dengan mereka juga, kamu hendaklah sabar (tetap jangan berganjak).”
Untuk itu, saya menyeru kepada sesiapa yang ada blog ataupun laman web, marilah sama-sama kita letakkan banner Stop The War ini , kerana internet ini GLOBAL, makin ramai yang letak maka insyaALLAH akan memberi pengaruh kepada golongan-golongan yang gila kuasa sana. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, ayoh! Sekurang-sekurangnya ini yang terdaya kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita yang teraniaya di sana.
“…… Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka. …. ” Surah Ar Ra’du : Ayat 11
Berikut adalah kod untuk banner ini
<img src=”http://farm4.static.flickr.com/3113/2609615155_c1fcc660f7_o.jpg” width=”150″>

ambe 

Komen terkini