Assalaamu’alaikum w.b.t…. Tahukah anda berkenaan kedudukan negara pengeluar minyak dunia sekarang ini? Jika sekiranya anda mahu tahu ranking semasa negara-negara pengeluar minyak dunia (world oil producer), maka anda boleh lawati laman web yang disediakan servisnya oleh CIA (Central Intelligent Agency) melalui link di bawah. Tentang kesahihannya , wallahu a’lam. Tetapi nampaknya Arab Saudi masih berada pada ranking yang pertama, dan tidak dilupa Iran mempunyai kedudukan yang selesa di nombor 5 selepas Amerika Syarikat.

Jika sekiranya Amerika Syarikat berjaya menakluk Iran, na’uzubillah, maka akan jadi orang kaya baru lah Amerika Syarikat yang sedia kaya itu. Sekarang mereka sudah cuba untuk menjajah Iran  melalui askar-askar Israel dan latihan-latihan perang sedang rancak dilaksanakan. Sama-sama lah kita berdoa agar Amerika Syarikat tidak berjaya menawan Iran, walau bagaimana sekali pun keadaan Iran itu. Walaupun dalam hadith banyak menyebut keturunan ROme akan menakluki wilayah2 Syam itu di akhir zaman, tetapi sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berdoa untuk kebaikan sesama saudara kita. Jika sudah berlaku apa yang tidak diingini, itu namanya UJIAN dari Allah S.w.t.  Wallahu a’lam :)

Oil production’s rank order

About these ads