1)      PENGERTIAN KHULU’

Dari segi bahasa arab ertinya: cabut, tanggal seperti menanggalkan baju, pakaian dan sebagainya.  Pengertian ini berdasarkan firman Allah:

Ertinya : mereka itu (isteri-isteri) adalah pakaian kamu dan kamu (suami-suami) adalah pakaian mereka.

(Surah : Al-Baqarah : ayat 187)

Dari ayat tersebut dapat difahamkan bahawa isteri-isteri itu dianggap pakaian untuk suami dan suami-suami merupakan pakaian untuk  isteri-isteri, oleh yang demikian sekiranya berlaku khulu’, seolah-olahnya suami isteri itu masing-masing  telah meninggalkan atau  mencabut pakaiannya.

Dari segi syara’ ertinya : perceraian yang diminta oleh isteri kepada suaminya dengan bayaran.

2)      DALIL HARUS KHULU’

1.    Firman Allah SWT :

Ertinya : Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka sesuatu, kecuali jika takut kedua-duanya bahawa   mereka kedua tidak menurut perintah-perintah Allah maka tidaklah berdosa kedua-duanya tentang barang yang  dibuat tebusan oleh perempuan itu.

(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

2.      Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Ambillah kebun yang dijadikan maskahwin itu dan ceraikanlah dia.

(Riwayat Al-Bukhari)

Hadith ini ditujukan oleh Rasulullah SAW terhadap Sabit bin Qais yang mana isterinya bernama  Habibah bte Sahal Al-Nasari memohon cerai di samping mengembalikan semua maskahwinnya kepada Sabit bin Qais, tebusan talaq yang dilakukan oleh isteri Sabit ini adalah merupakan tebusan talaq yang pertama kali berlaku di dalam Islam.

3)      HIKMAH KHULU’

Kalau talaq merupakan suatu perkara yang dibenci oleh syara’, begitulah juga khulu’, kerana kedua-duanya ini mempunyai erti yang  sama iaitu memutuskan ikatan perkahwinan, tetapi oleh kerana  beberapa sebab yang tidak dapat diatasi maka syara’ membenarkan  dan mengharuskan talaq, begitu juga tebusan talaq, cuma tebusan talaq itu selalunya adalah kemahuan isteri-isteri.  Di sini bolehlah dibuat kesimpulan tentang hikmah-hikmah yang diharuskan khulu’:

1.  Perbalahan atau pergaduhan yang berlaku di antara suami isteri itu tidak dapat diperbaiki lagi.

2.  Untuk mengelakkan kemudharatan yang diamali oleh isteri bila hidup dengan suami-suami yang tidak bertanggungjawab.

3.  Bila isteri tidak sanggup lagi hidup  dengan suami dan inginkan berpisah dari suaminya.

4.  Bila kedua-duanya tidak dapat lagi memohon syarat-syarat berumahtangga sebagai suami isteri, sebagaimana firman Allah dalam ayat:

4)      RUKUN KHULU’

1.      Isteri

2.      Suami

3.      Bayaran

4.      Sighah (lafaz).

5)      BEBERAPA PERKARA YANG BERHUBUNG DENGAN KHULU’

1.   Isteri yang menebus talaq itu tidak boleh dirujuk semula, kecuali dengan akad nikah yang baharu serta memenuhi syarat-syaratnya.

2.   Bayaran tebus talaq itu tidak dihadkan sedikit atau banyak, berhutang atau tunai, wang atau barang-barang lain, malah terpulanglah kepada persetujuan dan kerelaan suami isteri itu asalkan bayaran itu dari sesuatu yang berfaedah.

3.   Tebus talaq boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, boleh dilakukan di masa perempuan sedang suci atau haid, berlainan dengan talaq biasa, diharamkan di waktu haid dan di waktu suci yang disetubuhi di ketika suci itu, kerana tebus talaq ini adalah dari kemahuan dan kerelaan perempuan itu sendiri.

4.   Jika talaq secara paksa tidak sah, maka begitu juga tebus talaq tidak boleh dipaksa, malah mestilah dengan persetujuan  suami isteri, tetapi dalam pada itu kalau pihak suami berdegil dan berkeras tidak mahu sedangkan ianya mesti dilakukan, untuk mengelakkan kemudharatan atau  kesengsaraan yang dialami oleh isteri.  Dalam hal ini pihak qadhi boleh bertindak.

5.   Cara melafazkan  tebus talaq, seperti kata suami: “Saya ceraikan awak dengan bayaran dua ratus  ringgit” lalu isteri menjawab : “saya terima dengan bayaran tersebut,” atau kata isteri : “ceraikan saya dengan bayaran dua ratus ringgit” jawab suami: “saya ceraikan awak dengan bayaran tersebut”.


Wallahua’lam

Sumber : 1. http://www.unitagamakmb.com

About these ads