Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Manusia telah dianugerahkan akal dan fikiran, yang mana alat untuk berfikir ialah otak, bukan hidung, gigi, ketiak dan sebagainya. Ke arah manakah kita semua menggunakan otak untuk berfikir? Itu yang sepatutnya ditanya ke atas setiap individu agar kita saling bermuhasabah diri, bukan hanya muhasabah orang lain sahaja. Kerana sudah menjadi adat, manusia ni asyik nampak kesalahan orang lain semata sedangkan kesalahan diri sendiri buat-buat tak perasan. Kebaikan orang lain dia tidak nampak, malah yang nampak hanya keburukan. Dan juga ada yang hobinya pandang buruk terhadap orang lain semata, dirinya dirasakan sempurna. 

Perangai2 buruk sebegitu lah yang menyebabkan ada sesetengah manusia menganggap orang2 yang beragama kononnya juga tidak baik. Saya bagi contoh berkenaan wanita yang tidak bertudung dengan wanita bertudung. Sememangnya wanita yang bertudung itu sudah bagus kerana menutup aurat, tetapi ada yang tidak bagusnya dia tidak menutup mulutnya yang celupar. Sehinggakan wanita yang tidak bertudung melihat bahawa wanita bertudung itu pun buruk pekertinya. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Maka bagaimana wanita bertudung mahu tarbiyah dan dakwah wanita tidak bertudung? Sedangkan diri sendiri pun busuk hati, buruk mulut, suka pandang buruk pada orang lain, bermulut celupar dan suka mengumpat dan sebagainya? Wanita bertudung sepatutnya menjadi contoh bukan hanya pakaiannya tetapi yang paling penting adalah hati dan budi pekerti. Ketahuilah, bukan semua wanita yang tidak bertudung itu buruk perangainya. Ada di antara mereka itu perlu di SETTING sedikit lagi, insyaAllah dengan cara yang berhikmah akan dapat membimbingnya untuk turut sama bertudung. Kita sepatutnya kasihankan mereka dan cuba membimbing mereka dengan baik. Jika mereka tidak dengar juga maka mereka juga yang akan susah di kemudian hari nanti.

Dan begitu juga lah kepada wanita tidak bertudung. Jangan kerana segelintir wanita bertudung yang buruk perangai maka anda menghukum semua wanita yang bertudung. Anda betul2 kerugian di situ, kerana wanita bertudung sekurang2nya dia telah lepas dari dosa tidak menutup aurat. Ingatlah, dosa tidak menutup aurat amat berat seksaannya di akhirat nanti, sehinggakan ada Rasulullah S.a.w melihat hukuman yang dikenakan iaitu menggantung rambutnya dengan api neraka, na’uzubillah.  Tetapi wanita yang tidak bertudung dah lah berdosa kerana tidak menutup aurat, tidak lagi dicampurkan dengan dosa2 lain? Adakah anda boleh jamin bahawa anda tidak pernah mengumpat? Tidak pernah lalai dari solat? Tidak pernah buat dosa pada manusia lain, dan sebagainya?

Maka masing2 wanita bertudung dan wanita yang masih lagi belum bertudung perlu memainkan peranannya masing2 di situ. Tetapi pentingkan yang lebih penting dahulu, apa dia?  Tutup lah dahulu aurat2 mu baru kita bicara selanjutnya, ngerti?  :)

Hhmm, saya nak bercerita tentang topik pemikir tetapi telah terlajak kepada topik wanita bertudung dan wanita yang tidak bertudung pulak. Tak apa lah, itu hanya sebagai peringatan bersama. Kerana apa? Kerana saya sayang anda semua!

Ya, manusia dikurniakan akal fikiran yang mana mediumnya ialah otak. Otak adalah satu anggota badan yang dimuliakan, lebih2 lagi ianya terletak di bahagian paling atas tubuh kita. Menampakkan betapa penting dan besarnya peranan otak. Dan manusia sememangnya mempunyai kreativiti yang tersendiri, masing2 mempunyai kelebihan masing2. Sebab itu lah wujudnya banyak pemikir2 yang meluahkan idea dan pandangan masing2. Ada yang mengkategorikan pemikir2 tersebut, seperti pemikir barat, pemikir Islam, pemikir liberal, pemikir komunis dan macam2 jenis pemikir lagi. Tetapi ke mana hala tuju dan wawasan pemikir2 ini sebenarnya?

Kerana itu lah pemikiran sepatutnya mempunyai panduan. Panduan dari mana dan dari siapa?  Sudah tentu lah dari pencipta kita sendiri. Di sini pun kita dapat lihat, bahawa setiap apa yang kita fikirkan mesti ada panduan dari pencipta. Barulah jalan yang akan kita lalui nanti tidak akan tersasar dari yang sepatutnya kita lalui. Semua kita ini menuju arah yang sama, iaitu akhirat, cuma jalan sahaja yang berbeza2. Ada jalan yang diredhai Allah dan begitulah sebaliknya. Maka di sinilah pentingnya ingatan ini kepada mereka2 yang suka berfikir atau dengan kata lain ahli2 fikir.  Lihatlah isi pemikiran kita, apakah tujuan dan matlamat kita berfikir? 

Betapa pentingnya kita berfikir , kerana dengan berfikir maka kita boleh nilai yang mana baik atau buruk. Jangan hanya sekadar menjadi pak turut, mentang2 ayah dan ibu kita sudah lahir dalam agama yang kita anuti sekarang, maka kita ikut sahaja secara membuta tuli, tanpa mengetahui ianya betul2 benar atau bathil. Perhatikan maksud firman2 Allah S.w.t di bawah ini;

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?”.”   Surah Al Baqarah : Ayat 170

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”  Surah AL A’raf : Ayat 179

“Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka? Maka kepada berita manakah lagi mereka akan beriman sesudah Al Qur′an itu?”   Surah AL A’raf : Ayat 185

Kepada yang beragama Islam dan merasakan kita sudah betul2 selamat, sebenarnya kita masih silap. Belajar lah dan terus belajar kerana Nabi Muhammad S.a.w suruh kita menuntut ilmu sejak kita dilahirkan sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir nanti. Dengan ilmu lah dapat memantap kan pemahaman kita terhadap agama. Dengan ilmu lah akan semakin memberi kefahaman kepada kita tentang hakikat Ketuhanan dan Penciptaan. Dengan ilmu lah juga insyaAllah dapat menambahkan PENGENALAN kita terhadap Tuhan dan menambah KEIMANAN kita terhadap Allah S.w.t.

Walaubagaimana penting pun proses berfikir itu, tetapi akal TETAP tidak boleh dijadikan semata2 PEMIMPIN. Akal hanya alat untuk menilai mana yang baik mana yang buruk dan menilai kebenaran dan kebathilan. tetapi ia tetap tidak boleh ditempatkan di tempat teratas. Akal mesti mempunyai panduan, dan panduan itu adalah panduan yang telah digariskan oleh PENCIPTA iaitu AlQuran dan ALHadith. 

Agama Islam datang dengan membawa hidayah kepada akal dalam beberapa permasalahan seperti;

- Perkara2 di luar tabi’e iaitu persoalan2 aqidah yang khusus mengenai Allah, rasul, hari kiamat dan perkara2 ghaib.

- Perkara2 ibadah iaitu mengabdikan diri kepada ALlah S.w.t mengikut apa yang telah dicontohkan oleh Rasulullah S.a.w. 

- Perkara2 akhlaq iaitu berkaitan dengan kebaikan dan kelebihan (fadhilat) yang perlu kepada seseorang untuk menjadi muslim yang shalih.

- Perkara2 perundangan (hukum islam) yang mampu memberi kedamaian kepada masyarakat.

Sesungguhnya Agama Islam datang sebagai hidayah kepada manusia dalam persoalan2 di atas. Ini kerana jika dibiarkan manusia menggunakan akal semata2 dalam menyelesaikan persoalan2 itu, sudah pasti manusia akan bertelagah kerana lain orang maka lain cara berfikir nya. Kerana itu lah jalan perpaduan dan ketenangan yang hakiki hanya dengan mengikut dan berpegang teguh dengan Agama Islam dengan sebaik2nya secara keseluruhan. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah S.w.t;

“Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”  Surah Aali Imran : Ayat 101

Banyak ayat2 AlQuran yang diakhiri dengan “…..apakah kamu tidak berakal?” ,   “…… apakah kamu tidak berfikir? “  , “……. apakah kamu tidak melihat?”. Ini jelas menunjukkan bahawa AlQuran mengarahkan manusia agar menggunakan akal fikiran. 

Wahyu2 dari Allah iaitu AlQuran tidak pernah meminta nasihat dari manusia dalam setiap persoalan yang dikemukakan. Wahyu tidak pernah menganggap manusia sebagai hakim pada sebarang prinsip yang dikemukakan dan tidak pernah bermesyuarat dengan manusia. Ini kerana ianya datang dari PENCIPTA manusia sendiri yang Maha Tahu apa yang terbaik bagi manusia.  Orang2 yang betul2 beriman dengan Allah hanya akan mengucapkan “kami dengar dan kami patuh“.  Hanya orang2 yang engkar akan mencipta pelbagai alasan untuk tidak patuh dan tidak selesa dengan perintah2 dari Allah.

“Rasul telah beriman kepada Al Qur′an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta′at.” (Mereka berdo′a): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”  Surah AlBaqarah : Ayat 285

Samalah halnya dengan undang2 yang Allah telah berikan panduan agar manusia melaksanakannya, semuanya itu adalah yang terbaik yang mana untuk kesejahteraan manusia keseluruhannya juga. Begitulah indahnya Islam yang dapat mengatur dari sebesar2 perkara hingga kepada sekecil2nya.  Semuanya telah ditunjukkan contoh dan tauladan oleh Nabi Muhammad S.a.w, alhamdulillah.

Sekarang mari kita cuba tanya pula diri kita, adakah kita mahu menjadi pemikir dunia atau pemikir akhirat semata2 atau pemikir dunia dan akhirat? Haa soalan cepu emas ni. 

Pemikir yang hanya sentiasa berfikir kerana dunia semata adalah mereka yang tidak mahukan kesenangan di negeri abadi iaitu akhirat. Berfikir kerana dunia semata2 adalah hanya mengikut nafsu semata. Kerana nafsu lah yang mendorong kita untuk bersenang lenang dalam dunia yang fana ini. Nafsu mendorong agar kita bersenang tanpa terikat dengan perintah2 dari Pencipta. Nafsu mendorong kita agar berusaha untuk menjadi bebas dan tidak suka terkongkong. Sedangkan nafsu manusia adalah berbeza-beza, dan jika masing2 mengikut nafsu masing2 maka akan berlakulah pertelagahan dalam memuaskan nafsu masing2.

Sedangkan pemikir yang berfikir tentang akhirat semata2 sudah melepaskan tanggungjawab2 dalam dunia ini, kerana dunia ini perlu dibangunkan dengan sebaik mungkin asalkan berteraskan kepada Islam. Nabi pun ada berpesan kepada kita, jika kiamat berlaku esok hari pun dan ditakdirkan ada sebiji benih kurma di tangan kita, maka hendaklah kita menanam benih tersebut. Itu melihatkan betapa pentingnya dunia ini dimakmurkan dan jangan sekali2 menjadi perosak dan penghancur dunia. Dunia perlu dibangunkan , TETAPI biarlah SEDERHANA. Kerana jika melebih2 akan membawa kesan buruk pula di kemudian hari. Banyak keburukan jika melebih2 dan ianya sesuai dibicarakan di dalam topik lain pula. Tak cukup ruangan di sini :)

Dan ketahuilah bahawa pemikir yang terbaik adalah mereka yang berfikir tentang dunia dan akhirat dengan sebaik2nya. Oleh itu sentiasa lah monitor apa yang kita fikirkan, apakah ianya telah menepati pemikiran dunia dan akhirat?

Ini kerana yang paling penting adalah akhirat. Dan dunia ini hanya lah tempat untuk bercucuk tanam sedangkan hasilnya akan dituai di akhirat. JIka anda tidak mempunyai ilmu dunia, bagaimana anda mahu bercucuk tanam ( beramal soleh) ? Kerana proses bercucuk tanam ini masih berada dalam dunia. Kerana itu lah pentingnya juga berfikir tentang dunia ini, tetapi matlamatnya tetap untuk akhirat. Belajar ilmu dunia tetapi natijahnya untuk akhirat, itu lah yang sebaik2nya. Sesuai dengan hadith nabi yang bermaksud;

“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang menghendaki kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.” Hadith riwayat Tirmidzi

 

 

Rujukan :

1 – AlQuran AlKarim

2 – Alhadith

3 – Islam dan akal – As Syeikh Abdul Halim Mahmud

 

 

About these ads