Rumah > Haiwan > Labah2 betina makan labah2 jantan yang kecil setelah mereka berkawan

Labah2 betina makan labah2 jantan yang kecil setelah mereka berkawan

Kebiasaannya manusia yang berjantina lelaki yang menjadi pemangsa kepada manusia wanita. Tetapi ini berlainan sekali dengan labah-labah.  Labah-labah betina biasanya menjadi pemangsa kepada labah-labah jantan, terutamanya yang lebih kecil. Banyak hipotesis telah dibuat yang menunjukkan bahawa labah-labah betina memakan labah-labah jantan sama ada sebelum mereka berkawan atau selepasnya.

Dalam satu kajian di Universiti Miami terhadap sejenis spesis labah-labah iaitu  Hogna helluo, biasanya labah-labah jantan yang lebih besar dari labah-labah betina tidak menjadi mangsa. Sedangkan labah-labah jantan yang lebih kecil, 80% nya akan dimakan oleh labah-labah betina.

Dan keputusan-keputusan ujian terhadap spesis-spesis labah-labah lain pun menunjukkan hasil yang sama. Para pengkaji mendapati bahawa saiz labah-labah jantan adalah relatif kepada labah-labah betina menentukan berapa kerap kanibalisma seksual berlaku dalam sesuatu spesis itu. 

 

Sumber dari Jurnal Universiti Chicago

 

 

Categories: Haiwan Label:,
  1. anis
    Januari 6, 2009 at 3:29 pm | #1

    kenapa dia makan ha sedangkan mereka berkawan

  1. No trackbacks yet.