Rumah > Bicaraku, Haiwan > Senibina pada seekor lalat

Senibina pada seekor lalat

Assalaamu’alaikum w.b.t… Terlebih dahulu dimaklumkan, gambar ini bukan diambil sendiri oleh saya hehe. Ini sekadar iklan, untuk menambah keyakinan bahawa dunia ini ada penciptanya. Bukannya seperti yang ditekadkan oleh para atheist dan mereka yang tidak beriman. Mari kita cuba perhatikan gambar di atas, iaitu gambar seekor lalat. Dan sebelum itu sila klik gambar itu untuk perbesarkan dan perhatikan matanya.

Pada matanya itu ada susunan bintik2 bulat, yang tersusun kemas. Semua itu adalah kaedah MATEMATIK sebenarnya. Maka cuba tanya diri anda, adakah semua itu terjadi dengan sendiri?

Adalah sangat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali ianya terjadi dengan sendiri. Mesti ada yang menyusunnya dan mereka cipta senibina tubuh lalat tersebut. Kerana amat mustahil boleh terjadi dengan sendiri sesuatu yang tersusun sekata, sejajar, selari. Dan Pencipta itu ialah Tuhan kita iaitu Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Betapa Maha Seni dan Maha Halus ciptaan2Nya. Macam lalat ni, dah lah halus, dengan rekabentuk yang canggih (termasuk bulu-bulu dan warna-warna), pastu dapat bergerak dan terbang merata2, makan minum dan sebagainya pulak tu, ih ih ih. SubhanAllah  …….

Oleh itu wahai para Atheist, mereka2 yang tidak beriman dan tidak percaya bahawa dunia ini ada penciptanya,  marilah sama2 kita renung kembali, fikir sedalam2nya, jangan ambil mudah dan mahukan kebebasan semata2, mari lah kita beriman kepada ALLAH S.w.t, demi kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Yakinilah bahawa Allah itu ada, dan akan menghakimi kita di akhirat nanti dengan apa yang kita perbuat di atas dunia yang sementara ini. Maha suci Engkau ya Allah, tidak lah Engkau ciptakan semua ini sia-sia. Maha suci Engkau, jauhkanlah kami dari azab api neraka,  amiin …….

Crane Fly – Tipula sp. : Credit to Matt Cole

Horse fly – Tabanus sudeticus : Credit to Welsh.lensman

Fly species : Credit to Mundo Poco

Fly on a Nettle Leaf : Credit to Shutterclick.com

Green bottle fly : Credit to mzephotos.com

…….

…….

Bacaan berkaitan:

Gambar2 Macro terbaru ambe

Mata lalat – Bukti kukuh bahawa Tuhan itu wujud – Video

  1. Oktober 22, 2008 at 3:21 pm | #1

    salam..

    cantik ya gmbr lalat bila di zoom..Subhanallah Maha Pencipta atas segala sesuatu..fikirlah, biar ttg seekor lalat..

  2. Al Hikam
    Oktober 22, 2008 at 10:13 pm | #2

    Salaam pada semua kengkawan,

    Masya Allah. Boleh tahan gak si lalat tu bila dah close up yerrr..?

    Siapa sangka sang lalat yang suke hinggap pada najis tu berwarna warni gitu bila dah close up. Siapa sangka bila dah close up tu jadi kompleks sekali reka bentuk nya. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah ni..

    Tapi kesian sang lalat. Kebiasaan nya slalu kena “swipe” atau “spray”. Sigh…

  3. Oktober 25, 2008 at 3:14 pm | #3

    makluk yang cantik ciptaan Allah SWT. tapi sering di anggap penyebar penyakit oleh manusia. padahal seekor lalad juga ciptaan Allah SWT sama seperti kita manusia

  4. Syukriah
    Januari 6, 2009 at 11:50 pm | #4

    Alam semesta ini memang ciptaan Allah s.w.t. Tapi orang kita hanya memandang dan mengaguminya sahaja tapi tidak mengkajinya. Aku nak tanya, sape yang amik gambar tu? Orang islam atau bukan?

  5. Mac 25, 2009 at 6:51 am | #5

    Renongan untuk semua kaum muslimin dan muslimah! Allah Taala ada mencabar berhala berhala yang di sembah oleh hamba hamba nya yang kafir supaya menciptakan HANYA seekor lalat sahaja jika benar berhala berhala tersebut di anggap TUHAN oleh orang orang kafir yang terkutok tadi. Sudah pasti patong patong berhala yang mereka anggap tuhan itu tidak mampu untuk membuat walau hanya sekor lalat atau seekor nyamok sekalipon mereka bekerjasama untuk membuat nya. Dengan itu, bayangkan lah keadaan dunia dan segala isi nya, matahari, bulan dan semua alam semesta ini adalah ciptaan Allah Taala ia itu TUHAN yang sebenar nya yang berhak di sembah dan sebalik nya bukan patong patong berhala yang terlaknat! Penjelasan ini telah Allah Taala rakamkan di kitab suci kita ia itu Al Quran Al Kareem.

  6. Mac 25, 2009 at 7:15 am | #6

    Seperkara lagi, itulah sebab nya Allah Taala menggalakkan hamba hamba nya mencari ilmu pengetahuan yang sememang nya telah di sediakan oleh nya untuk mencipta secanggih yang mungkin semua peralatan peralatan di dunia ini supaya mereka dapat menyaksikan sendiri betapa agong nya tuhan mereka dan berbanyak banyak berzikir memuji dan memuja nya kerana itulah yang di kehendaki oleh tuhan kita semua.Keadaan di angkasa pon telah kita tatapi dengan peralatan modern kapal kapal angkasa kerana ilmu pengetahuan dari maknusia yang sengaja Allah Taala berikan.Itupun sedikit benar daripada mereka yang beriman.Tetapi sayogia di ingati, ilmu yang Allah Taala berikan kepada hamba hamba nya seumpama setitis air di hujung jarom yang di celupkan ke lautan yang luas.Manakala ilmu Allah Taala adalah tujuh kali lebih luas daripada lautan tadi.Dari itu, sebagai kaum yang beriman, perbanyakkan lah kita berzikir, bertasbih dan memuja muja Tuhan kita semua ( termasok tuhan orang orang kafir, tetapi cuma mereka sahaja yang telah berlaku syirik kepada Allah taala ).

  7. subhanallah
    Jun 20, 2009 at 11:11 pm | #7

    subhanallah…maha suci ALLAH betapa hebatny ciptaan ALLAH walau sekecik2 makhluk y dciptakn…mengajar diri meninsafi tntang keagungan Ilahi…

    ni mana anta dpt gmbar2 2??
    blh thu?

  8. Jun 21, 2009 at 2:08 pm | #8

    Salaam ya akhi. terimakasih atas komennya. Tu saya dah sertakan link2 dari mana saya dapatkan gambar2 tu dulu hehe. saya sendiri pun dah banyak ambil gambar2 macro lalat ni, tapi bukan gambar2 di atas la, waktu tu saya x ada kamera dan lense yang sesuai lagi.

    gambar2 macro yang saya shot sendiri pun ada kat website gambar saya. gambar lalat sedang bersetubuh pun ada keh3. sila ke link di bawah untuk melihat lalat sedang berjimak (melaksanakan tugasnya :D )

    http://www.e-picworld.com/2009/06/fly-mating-close-up.html