Assalaamu’alaikum w.b.t….. Cinta. Semua orang mengetahui tentang cinta, tetapi adakah semua memahaminya? Di kesempatan ini saya akan membicarakan tentang perkara yang berkaitan dengan cinta. Dan saya khususkan kepada cinta sesama manusia. Dan saya lebih khususkan lagi kepada cinta antara lelaki dan wanita. Kerana sudah menjadi lumrah, lelaki cintakan wanita dan begitu juga sebaliknya. Yang menjadi bukan lumrah ialah lelaki cintakan sesama lelaki sehinggakan soal nafsu pun dilepaskan sesama jantina. Itu bukan lumrah lagi tetapi parah. Sayang sesama lelaki boleh tahan lagi kerana kita digalakkan sayang menyayangi antara saudara kita, tetapi tidak lebih2 sepertimana cinta seorang lelaki terhadap wanita yang memerlukan kepada hidup berumahtangga dan beranak pinak.
Baiklah , kita tinggalkan dahulu tentang cinta sesama jantina kerana bukan itu yang saya mahu ceritakan di sini. Anda mesti selalu mengikuti perkembangan tentang pelbagai cerita cinta sesama manusia bukan? Di mana sejarah cinta masing2 berlainan sama sekali antara satu sama lain. Ada yang mendapat cinta pandang pertama, ada yang dapat pandang ke seratus, ada yang bercinta kerana jatuh hati melalui chatting di internet, ada yang kerana diuruskan oleh kedua orang tua. Ada pula yang bercinta seikhlas hati, ada yang separuh ikhlas, ada yang kerana rupa, kerana harta, kerana pangkat, dan macam2 kerana lagi.
Maka di dalam kategori manakah anda berada? Benarkah anda betul2 ikhlas dalam mencintai pasangan anda? Sejauh mana keikhlasan anda itu? Mari kita cuba lihat kebarangkalian2 ujian yang mungkin berlaku dalam cinta. Bagaimana sekiranya ;
- Anda mendapat kemalangan atau penyakit dan hilang rupa paras anda yang dianggap cantik atau handsome oleh orang biasa.
- Anda kehilangan harta benda anda , mungkin kerana dikhianati, kemalangan, kebankrupan dan sebagainya.
- Anda kehilangan pangkat anda sebagai seorang yang berpangkat.
- Anda mendapat kemalangan dan terus mendapat kecacatan fizikal yang mana mengubah langsung peribadi anda.
- Anda mendapat satu penyakit yang betul2 kronik sehinggakan anda tidak mampu lagi untuk menjaga pasangan anda, malah diri anda sendiri pun tidak terjaga dengan baik.
Maka di saat itu, adakah anda yakin orang yang anda cintai yang menyatakan cinta sepenuh hati terhadap anda juga akan berada di sisi anda dan terus menemani anda buat selama2nya? Yakin kah anda dengan perangainya yang selama ini anda sendiri tahu macam mana, akan masih bersama anda, dengan keadaan anda yang serba kekurangan itu? Ingat, musibah atau ujian akan datang bila2 masa. Bukan kita yang menentukan segala nasib kita di dunia ini tetapi Allah S.w.t. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, Allah yang menentukan segala.
Maka di situ lah nanti akan terserlah mana yang betul2 ikhlas dalam mencintai diri anda, dan bukannya mencintai apa yang ada pada anda. Ingat, kedua2 maksud itu amat berbeza sama sekali. Iaitu mencintai diri anda seadanya dengan mencintai apa yang ada pada anda. Tetapi biasanya kedua2 keadaan ini tidak dapat dikesan ketika anda masih mempunyai apa2 yang diinginkan oleh orang yang mencintai anda itu. Ianya akan mula dapat dikesan setelah anda kehilangan apa2 yang diinginkan oleh orang tersebut. Dan inilah yang biasanya amat sukar untuk dikesan, lebih2 lagi oleh mereka yang sedang kemaruk bercinta. Apa yang dilihat pada pasangannya hanya yang indah2 belaka.
Maka oleh kerana itu lah dalam Islam, perkara pertama yang perlu di lihat sebelum seseorang itu ingin berkahwin adalah AGAMAnya. Dan ramai lagi yang masih salah faham tentang konsep tersebut. Pemilihan dari segi AGAMA itu bukan bermakna seseorang itu apabila solat wajib dia tidak tinggal, dan apa2 yang wajib dia tidak tinggal maka sudah memenuhi syarat. Tetapi kita kena ingat, AGAMA / Ad DIN itu adalah satu cara hidup. Maka yang perlu dilihat adalah secara menyeluruh, bukannya hanya pada yang zahir dan biasa sahaja.
Oleh itu , saya akan senaraikan beberapa panduan yang mungkin penting untuk kita lihat dan kaji sebelum kita memilih calon untuk dijadikan suami atau isteri, iaitu ;
- Pertama sekali mestilah dia itu betul2 Islam dan sentiasa melaksanakan perkara2 yang wajib seperti solat wajib, puasa Ramadhan, Zakat, dan akan mengerjakan Haji jika dia telah mampu, serta kewajipan2 lain.
- Dia seorang yang mencintai Allah S.w.t dan Nabi Muhammad S.a.w lebih daripada manusia yang lain. Maka anda sama2 mencintai Allah dan rasul bersamanya, itulah satu kemanisan yang sebenar dalam bercinta.
- Dia seorang yang benar2 beriman dengan rukun Iman yang enam. Kerana salah satunya adalah percaya kepada Hari Kiamat. Maka apabila dia yakin adanya Hari Kiamat di mana sebuah negeri yang kekal abadi, maka dia akan rela walaupun hidup dengan pelbagai ujian dengan pasangannya di dunia ini. Kerana dia tahu, hidup di dunia hanya sementara dan tidak kekal, sedangkan hidup di akhirat akan kekal. Jika sekiranya dia telah berkahwin dengan pasangannya, dan redha bahawa itu adalah pasangan sejatinya, maka insyaAllah mereka akan bersama juga di akhirat nanti, dalam keadaan masing2 serba cantik dan handsome dan sentiasa muda dan sihat buat selama2nya.
- Dia seorang yang sentiasa mempelajari ilmu agama, sesuai dengan pesan nabi agar belajar ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Dan dia mesti minat apabila diajak berbicara tentang permasalahan agama, bukan yang mudah bosan dan fade-up apabila berbicara tentang agama Islam.
- Dia seorang yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi menepati ajaran Islam, sesuai dengan antara tujuan nabi Muhammad S.a.w di utuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlaknya terhadap ibubapa, jiran tetangga, saudara mara, rakan taulan mesti diambil kira kerana di situlah terserlah peribadinya.
Tidak memadai jika dia hanya berbuat baik dan berbudi bahasa dengan anda sedangkan dengan orang lain dia suka cari pasal. Kerana di waktu bercinta semuanya akan berlagak dan berbuat baik. Sedangkan selepas kahwin nanti, setelah dia mula merasa bosan dengan anda dan sewaktu dengannya, barulah ketika itu layanannya terhadap anda mungkin akan menjadi sama dengan layanan terhadap orang lain yang tidak disenanginya.
Kerana itu amat penting memilih orang yang berakhlak mulia kerana ALLAH, kerana mentaati perintah dalam agama. Bukannya orang yang berakhlak mulia semata2 kerana mahu mencari kesenangan dunia dan keperluan peribadinya semata (mereka yang berpura2 dan riyak).
- Dia seorang yang sabar dan sentiasa taat pada ajaran agama. Sabar di sini dalam banyak hal, lebih2 lagi sabar apabila ditimpa musibah atau ujian berat. Sememangnya dalam mengharungi masalah rumahtangga, sabar adalah antara perkara terpenting dan jika ianya kurang diambil cakna, maka dikhuatiri rumahtangga itu tidak akan bertahan lama.
Biasanya orang yang betul2 faham dengan ajaran islam, kesabarannya akan tinggi. Orang yang faham betapa orang mukmin itu akan sentiasa diuji akan sentiasa sabar dan redha dengan ujian yang menimpa. Bukannya semata2 mengharapkan kesenangan dan keseronokan hidup duniawi yang menipu ini.
- Kemudian barulah anda lihat ciri2 tambahan padanya yang mungkin perlu di dunia moden ini seperti adanya pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga, adanya tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya.
Maka kesimpulannya, jika anda mahu bercinta dengan lelaki atau wanita idaman anda, maka berpada2 lah yakni bersederhanalah. Jangan terlalu melebih2 sangat seperti yang diajar oleh Romeo dan Juliet, sehingga sanggup membelakangkan Tuhan, melebihkan makhluk dari Tuhan, na’uzubillah. Cinta anda terhadap pasangan anda, suatu hari nanti mungkin anda atau dia terlebih dahulu meninggalkan anda. Perpisahan walaupun sementara pasti akan berlaku. Tetapi cinta kita terhadap Tuhan tidak akan berpisah, kerana Tuhan sentiasa wujud bila2 masa dan selamanya.
Dan yang terbaiknya adalah, cintailah pasangan anda kerana Allah. Semoga masing2 akan sama2 menyintai Allah , sama2 bermatlamat yang satu, iman yang satu, dan dapat bersatu selamanya di bawah rahmat dan berkat dari Allah, insyaAllah. Baarokallahu lakum …….
Bacaan berkaitan:
Mengapa terlalu sukar untuk kahwin sekarang ini?



Okt 29, 2008 @ 12:19:02
Benar itu wahai Saudaraku Hikmatun. Pada sayalah, hanya satu sahaja yang paling penting dalam istilah bercinta sesama manusia itu. Iaitu:
“JIWA”
Semua tingkat yang saudara sebutkan di atas akan diperoleh dengan senangnya jika yang ‘satu’ ini dia mampu jaga baik-baik. Kerana di situlah ikhlas terbentuk, di situ jualah agama terbentuk, dan di situ jualah pekerti terarah.
Sekadar pendapat…
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Okt 29, 2008 @ 13:36:24
Salaam semua,
Bercinta kerana Allah dan dengan keikhlasan hati pada seseorang itu lah yang membawa keberkahan dunia akhirat.
Rupa, pangkat, harta semua penjamin didunia. Ape yang menjamin akhirat kita?
Pun sekadar pendapat ni….
Okt 29, 2008 @ 14:02:28
Salaaam..
SABAR
MUHASABAH
POSITIVE THINKING
MOTIVATE
REFRESH
k
u
e
k
k
u
e
k
Okt 29, 2008 @ 18:31:58
betul tu ya akhi…Nabi da bagi panduan..pilihlah yang beragama dahulu..
pesan Nabi itu juga buat perempuan yg nak pilih bakal suami…bukan untuk lelaki jerr..
Okt 31, 2008 @ 20:30:09
Salaam pada semua …..
CINTA ??? suatu yang terlalu abstrak. Semua kita maklum tiada cinta yang abadi kecuali kepada Dia. Namun utk merungkai makna cinta sesama manusia juga agak kompleks. Ada yg sanggup bunuh orang ada yg sanggup bunuh diri kerana CINTA yg frust menonggeng jgn citer. Pada yg telah faham kehendak/hubungan antara manusia dan Tuhan mungkin dapat dicelikkan dengan makna cinta tapi pada yg tak faham jadilah cinta itu buta.
Cinta pernah mempermainkan diri ini dan diri ini juga pernah mempermainkan cinta. Inilah pengalaman saya sendiri. Nasihat saya kawallah, persisirkanlah rasa cinta dengan IMAN dan TAKWA jgn pergaulkan cinta dgn NAFSU. Bak kata saudara MahmudShah yg paling penting dalam cinta ialah “JIWA” tapi pada saya cinta itu adalah termasuk dalam “AKU”.
AKU taukah siapa diri AKU?
AKU taukah kekuatan atau kelemahan AKU?
AKU taukah ke mana AKU hendak pergi?
AKU taukah apa yg AKU cari?
AKU taukah apa yang AKU kehendaki?
AKU oh AKU …. kerdilnya AKU dalam duniaMU ya ALLAH….
Wahai saudara/i perteguhlah diri kita dalam penciptaanNya sentiasalah berselawat kepada baginda S.A.W. dan berdoalah untuk AKU untuk kedua ibubapa untuk sesama muslim sekalian agar diampuni segala dosa-dosa. Semoga ALLAH sentiasa memberkati dan sentiasa menunjukkan hidayahNya kepada kita semua.
Okt 31, 2008 @ 20:53:09
Nak tambah sikit lagi ….. orang kata “Tak kenal maka tak cinta” jadinya …… Berkenal-kenalanlah anda dengan AKU
Nov 03, 2008 @ 09:22:01
Alhamdulillah. Setiap orang mempunyai teori tentang Aku. Diri yang dikenal tidak semestinya dipengaruhi Aku, namun dalam tidak sedar Aku itulah yang menjana ke Diri an itu.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Nov 11, 2008 @ 17:51:50
AKU juga KAMU,
cinta AKU hanya pada AKU
sejati bukan?
Dis 06, 2008 @ 10:24:57
Alhamdulillah…….
Terima Kasih .
Jan 31, 2009 @ 10:03:47
CINTA
Cinta sering diucapkan dengan kata-kata
Cinta sering dilakukan tanpa perbuatan
Cinta sering disebut tapi tidak dikenal
Cinta tidak mengenal cemburu
Cinta tidak mengenal pamrih
Cinta hanya memberi , memberi dan memberi
Cinta tidak dicari tapi mencari
Cinta tidak mengenal marah , sedih , benci , kecewa
Cinta itu bukan nafsu berahi tapi nafsu yang diberkahi
BISAKAH KITA MENCINTAI SEPERTI ALLAH MENCINTAI
by: KD
Jan 31, 2009 @ 10:05:51
Cinta adalah perasaan ingin disenangkan pasangan
Pasangan adalah milik pribadi yang harus menyenangkan
Pasangan tidak menyenangkan harus dimusuhi dan dicemburui
Itukah cinta ataukah ego yang terbungkus rapi…?
Egois adalah kalimat untuk orang lain , bukan untuk diri sendiri
Ketika orang lain memaksakan kehendak pada kita
Yang mengalahkan ego kita karena kalah daya dan kalah kuasa
Kita terlalu indah untuk disalahkan
Orang lainlah yang harus selalu salah dan egois
Tidak egoiskah itu…? Atau ego yang terbungkus kelemahan…?
Kelemahan adalah pilihan untuk selalu kalah
Ketika kalah , kita akan membuat alasan
Alasan dibuat untuk menutupi kesalahan
Ketika semua alasan tidak bisa diterima
Kesalahan akan kita buat indah dengan mengatakan : manusiawi
Manusiawi-kah manusia…? Mengapa saling berbeda…?
Manusiawi adalah kata yang diucapkan ketika melakukan kesalahan
Karena kesalahan kita harus terlihat wajar
Tidak diucapkan ketika melakukan hal dianggap benar
Karena benar yang dilakukan adalah kehebatan diri
Terlepas dari manusia yang lain dirinya lah yang hebat
Ketika kehebatannya tidak diakui orang lain terjadilah kekecewaan
Manusiawikah kalau kita selalu haus pujian…?
Kecewakah ketika orang tidak memuji kita…?
Kecewa muncul ketika keinginan dan kepentingan terhalangi
Kecewa muncul ketika gagal memaksakan apa yang kita mau
Bisakah untuk menutupi kekecewaan kita gunakan kata tawakal..?
Atau kita dengan memaksakan diri berusaha pasrah..?
Kekecewaan berkepanjangan akan menimbulkan perasaan marah
Marah muncul ketika kita merasa dirugikan
Marah tertuju pada siapapun atau apapun
Marah menimbulkan perlawanan
Perlawanan marah yang kalah akan menimbulkan ketidakberdayaan
Ketidakberdayaan menimbulkan kesedihan
Manusiawikah kita…?
Ketika Allah SWT berfirman orang beriman jangan bersedih hati…
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu…
Kita membangkang dengan selalu menikmati marah dan sedih…
Lebih tahukah manusia daripada Allah SWT mengetahui…
Manusiawikah kita…? Atau kita merasa tuhan untuk diri sendiri…?
Kesedihan perlu teman dengan alasan curhat…
Kemarahan perlu teman dengan alasan curhat…
Kebencian perlu teman dengan alasan curhat…
Curhat adalah sarana untuk berbagi kebencian , kesedihan , kemarahan
Agar teman membenci orang yang sama dengan orang yang kita benci
Agar teman marah pada orang yang sama dengan orang yang kita marahi
Agar terlihat indah curhat diberi nama lain yaitu ventilasi
Lalu apa bedanya sifat kita dengan sifat iblis…
Karena di kutuk ingin mengajak teman agar sama-sama di kutuk…
Benarkah kita khalifah di muka bumi…?
Khalifah yang mampu memimpin diri sendiri dan alam…?
Khalifah yang memiliki kesadaran manusiawi-Nya…?
Manusia yang hidup berdasarkan kacamata Sang Maha Mengetahui…?
Benarkah…?
Benarkah…?
Benarkah…?
BY: KD
Jan 31, 2009 @ 10:09:00
CURHAT = curahan hati ( kita menumpahkan segala keluh kesah kepada seseorang yang berempati kepada kita)
Feb 01, 2009 @ 00:27:16
Salaam. Bagus sekali saudara Rudi, sesuai utk muhasabah diri tu, alhamdulillah. Jazaaakallahu khoirol jazaa’
Jan 26, 2010 @ 12:45:27
bagaimana jika perasaan kagum itu muncul…
bagaimana kita membentengi agar fitrah ini tidak menimbulkan dosa….
tetap menjaganya….
tetep istiqomah