Assalamu’alaikum w.b.t…..  Kali ini saya hanya mahu bercakap tentang 2 kategori manusia, iaitu orang kaya dan orang miskin. Tidak perlu saya terangkan maknanya dari segi bahasa dan istilah, kerana sudah tentu anda tahu apa itu orang kaya dan apa itu orang miskin.

Terlebih dahulu sebagaimana kita maklum, wujudnya orang kaya dan orang miskin adalah disebabkan kerana perbezaan tahap kewangan dan kepunyaan harta benda. Ini yang biasanya dinisbahkan kepada pembahagian kategori antara kaya dengan miskin.

Kepada si kaya

Ada orang kaya yang memandang rendah orang2 miskin, dengan pelbagai alasan antaranya;

- Baginya orang2 miskin adalah golongan mereka yang malas berusaha.

- Orang2 miskin malas belajar pada waktu remajanya dan kesannya menanggung kemiskinan harta benda pada usia tua.

- Orang2 miskin hanya suka menjadi golongan peminta dan mahu sesuatu hanya dengan cara mudah sahaja.

Maka dengan sangkaan2 buruk golongan kaya terhadap golongan miskin itu maka jadilah golongan kaya itu tidak mempunyai keazaman untuk membantu orang2 miskin, membiarkan sahaja nasib orang2 miskin, dan hingga ada yang ke tahap memandang hina orang2 miskin. Maka jadilah si kaya itu manusia yang kedekut dan terlalu berkira dengan harta benda yang ada padanya.

Dia merasakan dia layak mendapat harta yang banyak kerana waktu muda dulu dia rajin belajar dan berusaha. Maka harta2 yang ada padanya itu adalah ganjaran hasil kesusahan waktu mudanya. Sehinggakan dia lupa, tanpa izin dan rezeki dari Allah, dia tidak dapat mencapai kedudukan yang ada padanya sekarang.  Dia lupa bahawa harta itu adalah AMANAH, bukannya hak milik mutlaknya.

Dia juga lupa bahawa sahabat2 nabi termasuk nabi Muhammad S.a.w sendiri adalah golongan yang miskin dari segi harta benda dan tidak sesekali mengumpulkan harta untuk kepentingan diri sendiri. Asalnya mereka juga kebanyakannya kaya, tetapi mereka menghabiskan harta mereka demi membantu Islam dan ummah.

Mereka lupa bahawa sabit kerana golongan miskin lah dunia ini masih mendapat berkat dan rahmat Allah S.w.t.  Kenapa?  Kerana antaranya;

- Orang2 miskin yang biasanya sedar diri dan merasa begitu hina di sisi Allah S.w.t.

- Orang2 miskin yang banyak bergantung harap serta berdoa kepada Allah S.w.t.

- Orang2 miskin lah yang banyak menggunakan kudratnya untuk mengayakan golongan2 yang kaya.

Kerana itu lah sahabat2 nabi yang miskin dijanjikan masuk ke syurga lebih awal dari sahabat2 yang kaya. Itu petandanya orang2 miskin ada banyak kelebihannya di akhirat nanti. Tetapi mesti memenuhi syarat mengikut Islam lah, iaitu antaranya mesti betul2 bertaqwa, qana’ah, redha dengan segala pemberian Allah, beribadah dengan baik dan seumpamanya.

Kepada si miskin

Tetapi malangnya, kelebihan2 yang sepatutnya ada pada orang2 miskin ada juga yang tidak bersyukur. Malah dianggapkan miskin itu adalah satu kesusahan yang tidak patut ditanggung olehnya.  Malah sehingga ada yang sanggup menyalahkan takdir kerana dia menjadi miskin, na’uzubillah.

Tidak kurang juga si miskin yang memandang serong terhadap golongan2 kaya dengan alasan2 seperti;

- Orang2 kaya semuanya dianggap sombong dan tamak haloba.

- Orang2 kaya telah hidup senang di dunia, sehinggakan ada yang berharap orang2 kaya itu mendapat hidup susah pula di akhirat sana.

- Orang2 kaya tidak berlaku baik terhadapnya kerana langsung tidak membantunya dari segi ekonomi.

Maka alasan2 yang diciptakan itu sebenarnya merugikan orang2 miskin itu sendiri. Ketahuilah miskin harta di dunia adalah merupakan antara kelebihan2 dan ianya hanya lah ujian untuk menguji kesabaran kita dari Tuhan. Maka berbahagialah kepada mereka yang bersabar dengan kemiskinan harta. Biar miskin harta asalkan kaya dengan iman yang hak, hati dan akhlaq yang mulia dan amal2 soleh yang diberkati.

Kepada si kaya dan si miskin

Masing2 golongan kaya dan miskin boleh bantu-membantu antara satu sama lain. Dengan kerjasama akan mewujudkan keseimbangan, ibarat suami dan isteri dalam sesebuah rumahtangga. Anggaplah si kaya tu sebagai suami dan si miskin itu sebagai isteri, tak ke manis tu?  :D

Pertama2nya mesti dibuang pandangan2 rendah dan serong, yang mana pandangan2 itu sebenarnya adalah ‘sangkaan2 buruk’ semata. Inilah kelebihan Islam mengajar kita agar sentiasa berSANGKA BAIK. Ajaran ini bukan sembarangan dan ada hikmahnya. Apabila sangka baik sudah bertitik-tolak, maka akan memudahkan berlaku kebaikan2 lain pula.  Tetapi apabila sangka buruk telah disemai awal2 dan tidak diubah, maka akan sukarlah untuk dapat bekerjasama di masa hadapan.

Si kaya mestilah meyakini bahawa harta2 yang dimilikinya itu hanyalah PINJAMAN dari Allah S.w.t dan dia memikul amanah untuk menjaga dan mengagih2kannya. Harta tersebut bukanlah miliknya secara mutlak.  Manakala si miskin pula mestilah sentiasa redha dengan apa sahaja yang ia perolehi dan berusaha lagi untuk lebih berjaya.

Tetapi ingat, miskin tidak bererti seseorang itu malas berusaha atau seumpamanya, kerana begitu ramai orang2 miskin yang telah berusaha gigih malah lebih keras dari orang2 kaya tetapi tetap dia dalam keadaan miskin. Ini kerana itu sahaja rezeki yang mampu beliau capai dan semuanya juga adalah UJIAN dari Tuhan.  Dan tak kurang juga orang2 kaya yang menjadi kaya bukan kerana kegigihannya sangat, malah hanya mengutip hasil dari keringat orang2 miskin yang bekerja untuknya. Ingat tuu …….

Kesimpulan

Bekerjasama lah wahai si kaya dan si miskin. Sama2 kita berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaya dan miskin , kerana semakin jauh jurang hanya mengundang pelbagai keburukan dan kerosakan sahaja. Tidak guna mengumpul harta banyak2 jika berada dalam keadaan berisiko tinggi dan merbahaya dengan ramai perompak, pencuri, peragut, pengedar dadah, penagih dadah, lanun, pemeras ugut, penjudi dan seumpamanya. Ibarat membina menara di tebing bukit.

Sifat mahu menunjuk2 kerana ada barang2 mewah dan berharga juga perlu dikikis , kerana sifat itulah yang akhirnya menjadikan manusia semakin menjauhkan jurang perbezaan tahap ekonomi kerana masing2 sibuk mencari kemewahan dan harta benda untuk menunjuk2 dan bermegah2.

Kata2 “hendaklah bermula dari rumah” adalah tidak relevan lagi.  Tetapi kerjasama mesti bermula dari rumah dan juga dari atas sana. Maka pihak yang berkuasa juga patut mengambil langkah yang lebih drastik lagi demi mengelakkan keadaan dari terus buruk dan buruk dan buruk lagi. Media2 utama boleh digunakan untuk menyeru rakyat ke arah ini, maka kenapa tidak digunakan dengan sebaiknya?

Semoga kita sama2 dapat mencegah dari berlaku kerosakan dan ditimpa bala akibat perbuatan tangan2 kita sendiri. Dan kepada semua mangsa bencana alam sekarang seperti banjir dan tanah runtuh, semoga anda bersabar dan dibantu oleh Allah S.w.t. Itu semua adalah cobaan.

Kepada yang masih tidak ditimpa bencana itu, jangan merasa kita bebas dari mendapat ujian tersebut, kerana BUMI yang kita diami sekarang ini sudah begitu uzur dan bila2 masa sahaja boleh berlaku kejadian yang tidak diingini di tempat kita pula. Semoga kita sentiasa dilindungi olehNya, amiin.

Selamat Hari Raya Haji.  Peace and justice 4 all , wallahu a’lam :)

About these ads