Assalaamu’alaikum w.b.t….. Setelah lama saya mengidamkan dan berdoa pada Allah agar menunjukkan pada hambaNya ni nama Dia pada langit, maka alhamdulillah, termakbul lah petang kelmarin di sebuah bukit yang kecik di Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia hehe.
Maha suci Allah, amat kagum hambaNya ni melihat terpampang di langit kelmarin, dan gambar foto di bawah ni tak jelas sangat kerana angin sudah mula meniup, tetapi alhamdulillah, sepupu saya yang kecil pun dapat membacanya. Ini bukan untuk menunjuk ke apa, tak ada guna pun menunjuk, tetapi hanya sebagai perkongsian bersama. Semoga semakin memantapkan IMAN kita terhadap Allah S.w.t. Allahu akbar!

Lihat pada awan belah kiri



Dis 15, 2008 @ 18:54:27
SUBHANALLAH…
Sesungguhnya kami terjaga di pagi / petang hari dgn kesedaran bahawa kerajaan ini seluruhnya adalah milik ALLAH dan segala puji bagi ALLAH, tiada sekutu bagi-NYA, tiada Rabb selain DIa dan kepada-NYA kami akan dibangkitkan.
Kami terjaga di pagi/ptg hari dalam fitrah Islam, dan kalimat ikhlas dan dalam agama Nabi kami, Muhammad s.a.w. dan dalam ajaran bapa kami Ibrahim yg hanif sedang dia bukan seorang yg musyrik.
Ya ALLAH , aku terjaga oleh-Mu dalam nikmat, selamat dari mara bencana dan terjaganya rahsia2(dosa2) ku, maka sempurnakanlah nikmat-MU dan penjagaan-MU keatasku dunia akhirat.
Ya ALLAh, nikmat apapun yg aku peroleh dari seseoarang diantara makhluk-MU adalah dari-MU Yg Esa dan tak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur
aku berlindung pada kalimat ALLAH yg sempurna dari kejahatan makhluk-NYA.
Dis 16, 2008 @ 09:04:22
Tidaklah jelas sangat. 30% kejelasan. Apapun banyak kalimah ALLAH sudah diperlihatkan. Yang hairannya, ayat itu dalam tulisan jawi. Kenapa tiada pula dalam bahasa selain jawi? Siapa boleh menjawab.
Dis 16, 2008 @ 22:17:37
Salaam. RIngkas je jawapannya. Bahasa syurga adalah bahasa AlQuran , iaitu Arabic. Ahli syurga nanti akan speaking arab, walaupn dia tak pandai di dunia ini. Allah Maha Kuasa
Jan 03, 2009 @ 00:46:53
Salaaam..kif .haluk..ya boh…MasyaAllah…Takbir..
ente pegi naik bukit sorang2,tak jumpa puteri bukit batu rakit ke..well.ana harap ente gumbira with that experience…search more n more lagi deh..tanda2 kebesaran Allah sgt kasiratun…tapi org Islam duk tahap tu jugak…palestin lepah kena serang,kena lg…apa kuasa2 besar Islam buat..hampeh…we are very frusted with all this…just doa ku iringkan…
Jan 07, 2009 @ 00:05:42
Huh! inilah orang kita, duk mencari benda yang pelik. macam aku dengar. kalimah Allah SWT pada pokok, batu, ikan dan sebagainya. Tapi korang sedar tak berapa ramai orang islam kat negara kita ni jarang melihat kalimah Allha SWT dalam Al-Quran. Di situlah kalimah Allah SWT yang paling agong sekali. Dan aku nak tanya sebab aku jahil ni dalm bab bahasa ni, Bahasa Arab ngan Bahasa Al-Quran tu sama ke. Setau aku, ada orang kafir yang berbahasa Arab. Dan aku sangat bengang ngan orang Arab yang kononnya Islam dan antara negara yang terkaya didunia, tapi apa yang diaorang buat untuk membantu orang islam terutama Palestin. Cakap je lebih diaorang ni. Orang Arab ni tak peduli pada orang lain, sebab diaorang asyik mengejar syurga untuk diorang sendiri. Dia tak peduli orang islam lain kena serang ke. Cuba bayangkan kalau orang melayu kena serang, agak orang islam kat Indonesia atau kat Arab datang bantu tak? Aku jamin 100% diaorang takkan bantu. Jadi ingatlah satu Hadis ni (betulkan kalau aku salah) “Allah (SWT) tak akan membantu sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri”. Jadi, janganlah kita mengharapkan orang lain. Sama2 lah kita membantu bangsa kita sendiri.
Jan 07, 2009 @ 08:33:06
Menurut temubual satu tokoh di tv1 semalam, negara arab tidak sependapat dengan pemimipin Gaza kerana PG lebih keislaman dan anti israel. Andaian saya, pemimpin hamas sengaja cari nahas. Dengan kata lain: ingat kisah: AWAS KAU MONYET itu..
Jan 07, 2009 @ 09:06:00
Salaam…
Selamat pagi Alexious….
Kalau hak negara awak dirampas dan negara awak katakan lah dari mula sebesar Msia dan skrg dah tinggal sebesar Spore dan penindasan sentiasa berlaku. Teman2 dan keluarga awak mati dibunuh secara beramai2. Oppression berlaku dimana2. Adakah awak akan sayang sangat2 dengan penindas tu? Adakah awak akan berdiam diri dan peluk tubuh jer Alex.
Terima lah kenyataan. Ketidak adilan secara terang2 berlaku di negara Palestine. Sebarang puak atau negara yang cuba mempertahankan dan membela nasib Palestine digelar TERRORIST. TERRORIST my dear Alex.
Jadi mesti ke kita berdiam diri? Orang Palestine sudah cukup menderita tanpa dibela. Sudah tiba suara jeritan mereka di dengar dunia. Israel yang angkuh dan sombong harus sedar diri yang mereka itu bukan kaum yang terpilih.
Jan 07, 2009 @ 09:53:35
Syukriah berkata : “Huh! inilah orang kita, duk mencari benda yang pelik. macam aku dengar. kalimah Allah SWT pada pokok, batu, ikan dan sebagainya.”
Ulasan –> ALlah S.w.t. suruh fikir tentang apa2 yang diciptakannya, dan itu termasuk dalam IBADAH.
Hadith nabi yang bermaksud , “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan jangan kamu fikir tentang zatNya …..”
Orang2 Arab sana tu bukan pentingkan akhirat yang jadi begitu, itu kerana pentingkan dunia. Sayangkan jawatan, harta benda dan takut MATI. Cuba lah tengok kebanyakan orang2 besar Arab sana yang hidup mewah, dan berfoya2 di sana sini. SO macam mana mereka mahu tolong rakyat palestine? Jika kebanyakan mereka pentingkan akhirat, mereka dah turun berjihad fi sabiilillah kerana mereka hanya berjiran dengan Palestine!
Syukriah berkata : “Jadi ingatlah satu Hadis ni (betulkan kalau aku salah) “Allah (SWT) tak akan membantu sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri”.”
Ulasan –> Maaf saudari / ra, itu bukannya hadith nabi, tetapi itu adalah terjemahan dari ALQURAN. kamu ni ayat AlQuran dan Hadith yang biasa gitu pun masih tertukar, sedangkan kamu suruh orang kita duk kaji Quran, kamu dah kaji ke??
Cakap biar la serupa bikin , jangan main belasah tetapi diri sendiri terbengkalai. Sesama Islam pun mahu cari gaduh, bagus kah tabiat kamu itu wahai Syukriah??
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah
bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua
saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
mendapat rahmat.
Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu
kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi
mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang
mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita
(mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi
wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari
wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela
dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil
dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk
panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman
dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim.
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah
kebanyakan dari prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah
sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging
saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa
jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang.
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Terjemahan Surah AL Hujuraat : Ayat 9 – 13
Jan 09, 2009 @ 16:42:34
Kan aku dah kata, betulkan kalau aku salah. Jadi, terima ksih la sebab betulkan aku.
Jan 09, 2009 @ 20:34:42
Salaaam. Syukriah, saya nak tau awak orang mana?? Saya nak berjumpa dengan awak bole??
Jan 09, 2009 @ 20:37:22
Oh ya, saya nak tahu, ajaran apa awak guna sehingga awak datang ke sini marah2 x tentu pasal?? JIka awak marah pada Israel sekali pun, tetapi ada kah sesama Islam pun mahu cari gaduh? Elok sangat ke tu? Dan sila jawab soalan2 saya di topik Putar belit filem2 barat, terima kasih …….
Jan 09, 2009 @ 20:45:07
Syukriah berkata : “Dan aku nak tanya sebab aku jahil ni dalm bab bahasa ni, Bahasa Arab ngan Bahasa Al-Quran tu sama ke. Setau aku, ada orang kafir yang berbahasa Arab.”
Ulasan –> Kalau Bahasa AlQuran bukan bahasa Arab then bahasa apa?
Bahasa Melayu pun ada orang kafir guna, bahasa apa2 pun ada orang kafir guna. Pokoknya Bahasa AlQuran adalah Bahasa Arab, diturunkan dalam lidah arabiyyah. Tetapi bukan semua orang yang berbahasa Arab itu Islam. Sekian dimaklumkan.
Syukriah berkata : “Kan aku dah kata, betulkan kalau aku salah. Jadi, terima ksih la sebab betulkan aku.”
–> Oleh itu jangan cakap x serupa bikin! Suruh orang kaji AlQuran, tetapi diri sendiri terjemahan AlQuran yang amat biasa dan diketahui ramai itu pun sampai boleh bertukar. Sedar la diri tu skit! Jangan ingat kamu je ada sifat MARAH. Saya dah cek IP address kamu.
Jun 16, 2009 @ 10:05:26
Korang nak gaduh pasal bahasa Quran,
Bahasa quran tu adalah bahasa Islam yang maha tahu adalah Rasullullah, Orang Arab sendiri tak faham makna ayat quran tu.
Feb 05, 2009 @ 15:51:36
Salam Hikmatun,
Mashaallah… beruntunglah kamu dapat melihat kebesaran Allah. Bukan semua orang diperlihatkan olehNya.. kakak sehingga kini mohon diperlihatkan kalimahNya walau cuma sesaat….
Feb 05, 2009 @ 15:55:40
Salam buat adik Syukriah,
Jangan persoalkan apa yang Allah perlihatkan kepada hambaNya. Kerna semua sesuatu yang Allah perlihatkan itu ada hikmahnya dan wajiblah kita mengambil iktibar dari apa jua yang Allah perlihatkan. Bersyukur dan muhasabah adalah yang terbaik dari kita mempersoalkan sesuatu yang tidak kita ketahui.
Wallahualam…
Apr 11, 2012 @ 09:10:27
hebat nya kuasa allah!
\
Sep 22, 2012 @ 12:41:19
itu lah kebesaran allah . sungguh menakjubkan
Dis 13, 2012 @ 01:04:40
jika aku dapat melihat kebesarannya yang sebegini rupa betapa syukurnya aku dilahirkan didalam islam ALLAHHUAKBAR ALLAHUAKBAR