……. Sambungan dari PBB tiada makna bagi Palestine selagi kuasa Veto digunapakai
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sememangnya kita digalakkan berdoa untuk kesejahteraan semua umat Islam sama ada yang telah mati ataupun yang masih hidup, apa lagi berdoa kepada umat Islam yang dizalimi. Tetapi kita mesti ingat, di dalam Islam bukan hanya ada konsep DOA. Tetapi kita ada DOA, USAHA dan TAWAKKAL.
Adakah anda boleh mencari duit hanya dengan berDOA? Adakah anda akan kenyang perut hanya dengan berDOA? Maka berDOA pun kena tengok tempat dan kaedah juga. Dan adakalanya bukan hanya DOA yang patut kita lakukan selagi ada jalan untuk berUSAHA.
Biasa kita dengar apabila orang bercakap mengenai Palestine maka ada orang akan kata, “kita doa je la buat mereka”. Bukannya saya katakan berdoa sahaja itu tidak boleh, malah kita digalakkan berdoa untuk mereka. Tetapi sebenarnya ada lagi USAHA dan IKHTIAR yang kita boleh lakukan dan bukan hanya berDOA.
Antara contoh USAHA yang boleh kita lakukan iaitu;
1 – Pertama sekali umat Islam perlu BERSATU di bawah Tauhid yang murni. Dan bersatu mentaati AlQuran dan AlHadith. Tetapi adakah kita semua telah mentaati perintah2 Allah S.w.t dalam Alquran? Itu yang sama2 kita perlu fikirkan kembali.
2 – Manusia keseluruhannya perlu bersatu hati atas nama kemanusiaan. PBB sudah tidak boleh diharapkan kerana hanya berfungsi pada nama sahaja. Selagi kuasa Veto diteruskan selagi itu lah keadilan tidak dapat ditegakkan. Satu mesyuarat sedunia perlu diadakan bagi rundingan damai yang mengikut suara majoriti.
3 – Berilah kerjasama kepada usaha memBOIKOT produk2 keluaran dari Israel.
4 – Boikot lah produk2 dari syarikat2 yang mengeluarkan dana dari keuntungan mereka yang disalurkan kepada Israel. Untuk keterangan lanjut mengenai produk2 sila rujuk ke inminds.co .uk.
Antara produk2 yang tersenarai iaitu produk dari syarikat telefon Nokia. Sebagaimana kita tahu handphone Nokia amat popular dan digemari ramai di negara kita ini. Maka yang sudah terbeli yang lepas tu lepas lah, tetapi untuk akan datang , haramkan diri kita dari membeli handphone jenama sekutu Israel itu.
5 – Boikot lah produk dan syarikat2 yang dimiliki oleh Illuminati termasuklah Freemasons, seperti banyak syarikat minyak dan petroleum, kerana Illuminati adalah sekutu kepada Israel.
6 – Bagi mereka2 yang ada blog di internet, tulis lah di blog2 kita berkenaan dengan kezaliman Israel dan mengecam mereka. Bagi dunia semua lihat betapa ramainya manusia mengecam kerajaan Israel laknatullah itu.
7 – Sebarkan apa sahaja yang bagus2 yang dikira dapat membantu untuk menonjolkan keganasan dan kezaliman kerajaan Israel terhadap Palestine.
Dengan usaha2 tadi insyaAllah sedikit sebanyak dapat membuka minda penduduk dunia, juga dapat membantu mengurangkan dana Israel yang membelanjakan ke arah persenjataan dan ketenteraan. Ketahuilah bahawa secara sedar atau tidak, selama ini dana yang mereka dapat untuk membeli senjata dan kelengkapan perang itu ada juga yang datang dari kita sendiri, na’uzubillah.
Kerana itu lah ramai orang2 Yahudi yang memegang kuasa ekonomi dunia kerana kekayaan mereka disalurkan kepada tanahair tercinta mereka. Dan ramai orang Yahudi yang membuka bisnes dan syarikat2 besar yang mana bisnes dan syarikat2 itu sendiri disokong dan dilanggani oleh umat Islam sendiri sama ada secara sedar atau tidak. Antara taktik Yahudi adalah mengumpul dana dari umat Islam sendiri yang akhirnya dana tersebut digunakan untuk membunuh umat Islam sendiri di Palestine.
Maka kerjasama dan komitmen yang tinggi perlu dibuat oleh kita sendiri bagi membantu sedaya yang mungkin. Jangan lah sikap sambil lewa atau acuh tak acuh menyelubungi diri kita. Ingatlah bahawa umat Islam di Palestine sana adalah saudara kita juga.
Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Imam Bukhari).
“Ibarat seorang mukmin dengan mukmin yang lain ialah sebuah binaan daripada bahan yang saling kukuh-mengukuh antara satu dengan lain sehingga tercipta sebuah binaan.” (Riwayat Bukhari)
“Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam.” (Riwayat Bukhari)
Setelah kita berDOA dan berUSAHA setakat yang kita mampu, maka akhirnya TAWAKKAL lah kepada Allah S.w.t. Kita serahkan semua kepadaNya dan kita mesti ingat bahawa, setiap kejadian yang berlaku itu ada HIKMAH nya.
Semoga Allah mengampuni segala dosa2 kita dan dosa2 umat Islam di Palestine. Ya Allah rahmatilah umat Islam di Palestine, berkatilah mereka, berilah bantuan kepada mereka dari dizalimi oleh manusia2 yang zalim. Amiin.
Bersambung ke Israel meminta maaf?



Jan 13, 2009 @ 23:25:11
Salaam,
Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Muslim akan memerangi orang Yahudi. Maka mereka pun ditumpaskan oleh kaum Muslimin sehingga apabila org2 Yahudi itu bersembunyi dibalik batu dan pepohonan, maka batu itu akan berkata ‘ wahai kaum Muslimin, wahai hamba Allah, ini org Yahudi ada dibelakangku, datanglah kesini dan bunuhlah dia. Kecuali pohon gharqadah (kaktus), dimana sesungguhnya ia adalah pohon kaum Yahudi” (HR Muslim dari Abu Hurairah)
Mereka tahu akan terjadinya perkara ini. Sebab tu lah mereka bersungguh2 untuk menghapuskan rakyat Palestine dari muka bumi ini. Mereka terdesak, mereka takut. Mereka desperate.
Semuga Allah memberi kekuatan yang lebih kental pada saudara2 kita di Palestine itu untuk terus menegak kan agama Allah dan mempertahankan kedaulatan negeri mereka. Amiin.
Jan 14, 2009 @ 12:11:50
Isreal bukan menyerang gaza kerana takut tapi israel geram. Israel hendak menguasai gaza pula. Hamas pun satu hal, kesian orang awam menjadi kancil mati di antara dua gajah berperang.
Ramalan saya, israel tidak akan berhenti sehingga seluruh palestin dikuasai mereka.
Petikan hadis di atas sangat berbahaya. Inilah propaganda yang menyebab islam tidak akan berhenti berperang dengan yahudi.
Jan 14, 2009 @ 12:46:49
Israel TAKUT kebangkitan Islam di akhir zaman, itu antara sebabnya. Sebab2 lain termasuk lah
- memang mereka nk biakkan manusia keturunan mulia sahaja, kononnya keturunan nabi2 dan rasul2.
- kemudian nk bg hasil bumi pada keturunan mereka sahaja, kaum lain biar berada di bawah telunjuk mereka.
- dan yg pasti, yahudi skrg bukan mcm yahudi dulu. Walaupun mungkin bukan semua Yahudi itu jahat. Israel ada kaitan dengan Illuminati, tujuan mereka utk kuasai dunia. Mereka mahu tegakkan pemerintahan Lucifer di muka bumi ini nanti.
Dan untuk pengetahuan Alex, hadith di atas bukannya PROPAGANDA. Ianya adalah pemberitahuan dari Allah S.w.t sendiri melalui nabi Muhammad S.a.w tentang peristiwa di akhir zaman. Mahu ke tidak mahu, semua itu AKAN TERJADI. Kerana Allah Maha Mengetahui …….
Jan 14, 2009 @ 12:51:55
Allah S.w.t sudah tahu perangai kebanyakan orang2 Yahudi terutamanya yahudi di Israel macam mana. Kerana itu, walaupun Islam tidak bersiap sedia, Yahudi di sana tetap akan menunaikan matlamat mereka.
Islam bukan mahukan peperangan, tetapi sudah dasar Yahudi begitu. Mahu ke tidak mahu, mereka akan cuba menguasai bumi ini dan menjadikan milik mereka. Bumi ini milik Allah, bukan milik Yahudi, maka Islam akan cuba menyelamatkan Bumi ini dari dinodai oleh mereka insyaAllah.
Dan tunggu lah nanti, di mana Yeshua / Yesus / Isa a.s akan turun, dan memperjuangkan apa2 yang telah diperjuangkan oleh Nabi Muhammad S.a.w. Dan akan menghancurkan Yahudi dan sekutu2nya termasuk Dajjal dan Yakjuj wa Makjuj insyaAllah
Jan 14, 2009 @ 23:27:33
salaaam,
sejak berpuluh tahun rejim yahudi menzalimi rakyat palestin, dan seperti yang sudah2 begitulah dunia menyaksikan, dengan mngutuk israil, bantahan sana-sini & tidak kurang juga sms & email yang dihantar…..
saudara hikamtun, ambe sokong sangat pandangan saudara mengenai usaha2 untuk keamanan palestin.& kehancuran rejim yahudi
bukan sahaja serangan hari ini malah kita sama2 pakat pk untuk menghancurkan terus yahudi dari muka bumi….
Jan 15, 2009 @ 00:00:19
Salaam buat semua teman2,
Ini untuk Sdra kita Alexious.
Tolong tafsirkan ayat ulangan (Deuteronomy 7: 1-2 dan
20:10-18
Harap dapat jelaskan dengan sejelasnya.
Terima kasih.
Jan 16, 2009 @ 00:52:51
Salam untuk semua.
Ya saudara Alex, saya juga berminat untuk mendapatkan penjelasan dari saudara tentang ayat yang dipost oleh al-Hikam di atas.
Salam hormat.
Jan 16, 2009 @ 09:23:17
Tugas berat bagi saya ini wahai al hikam.
Beginilah. Saya jawab dengan kabur-kabur sebab bukan orang teologi kristian:
1. Ini adalah kisah Zaman Nabi Musa.
2. Orang Nabi Musa diarah ke suatu tempat yang dijanjikan.
3. Orang-orang disana mengamalkan kekejian Allah.
4. Golongan di sana mungkin ada yang boleh terima kedatangan mereka dan ada yang akan melawan.
5. Allah arahkan Nabi Musa dan rombongannya memerangi golongan yang engkar.
6. Nabi Musa diseru untuk menegakkan kebenaran yakni perintah Allah.
7. Tambah jika ada tambahan..
8. Beri komen jika salah…
Jan 16, 2009 @ 23:31:28
Saudara Alex. Ayat dari Perjanjian Lama di atas lah yang digunakan oleh rabbi Yahudi dan mengerahkan umat Yahudi agar memerangi rakyat Palestine habis2an. Mereka akan membuatkan rakyat Palestine dan selain Yahudi PUPUS di muka bumi ini dan akan membiakkan keturunan mereka sahaja (yang kononnya HANYA umat yang MULIA di dunia ini). Tahukah saudara tentang itu?
Jan 18, 2009 @ 10:00:23
Salam hormat buat anda Alex.
Ayat yang disebut oleh al-Hikam itu terdapat dalam Bible anda iaitu Perjanjian Lama.
Apakah nilai Perjanjian Lama itu? Mengikut Jesus Perrjanjian Lama harus diakui dan dilaksanakan. Jesus berkata “…Aku datang supaya hukum Taurat itu berlaku…”. Maka jelas Perrjanjian Lama wajib diikuti.
Jika anda menilai ayat yang disebut itu hanya nilai sejarah Musa, saya katakan anda silap. Kerana apa? Kerana Bible adalah Kitab Kirsten anda. Bible mengandungi Perjanjian Lama, Perjanjian Baru dan Surat Kiriman Rasul.
Secara logiknya, ketiga-tiga kitab itu wajib anda imani dan lakukan sesuai dengan kata-kata Jesus itu tadi.
Ayat itu jelas menyatakan tata cara melakukan musuh ketika berperang. Ia menyatakan “jika musuh tidak menyerah, babatlah mereka rata-rata tidak mengira wanita, kanak-kanak, orang tua. Hanya pokok kayu jangan dibabat”. Wah kelihatannya pokok kayu lebih bernilai dari nyawa manusia.
Anda setujukah dengan tata cara peperangan ini? Saya percaya anda sebagai seorang Katholik akan menolaknya, kerana Katholik hanya menganggap Perjanjian Lama hanya sejarah. Jika demikian bagi saya Perjanjina Lama tidak harus berada di dalam daftar dan isi kandungan Bible. Ya, mengapa ada jika hanya sejarah yang tidak perlu diambil jadi amalan.
Mungkin ia boleh dijadikan pengajaran. Namun apakah pengajarannya. Yang jelas pengajaran bagaimana menangani musuh yang akan ditawan iaitu babat rata.
Saya menunggu komen yang sewajarnya dari anda.
Salam hormat
Jan 18, 2009 @ 18:05:34
Salaam. Amat bagus penjelasan dan persoalan yang dikemukakan oleh akhi Shahil itu. Semoga saudara Alex dpt menjawabnya pada hari Isnin ini atau bila2 dia senang laa. Kerana persoalan ini amat penting sekali
Jan 18, 2009 @ 21:09:40
Salaam buat semua,
Alhamdulillah. Nampak nya Sdra Hikmatun dan Sdra Shahil telah dapat memberi penjelasan dan persoalan yang ade dibenak saya. Terima kasih. Saya tertinggal keretapi.. huhuhu..
Temanku Alex. Memang penjelasan anda kabur2. Saya disini telah berjumpa dgn beberapa teman2 kristian dan katolik disini. Jawapan mereka pun samar2, tidak dapat menjelaskan dengan jujur dan terang. Mereka agak gugup.
Dan apabila saya tanyakan kenapa Rabbi Eliyahu menukil Psalms dan ayat2 seperti Genesis: 34; Deuteronomy 7:1-2; 20: 10-18 ‘to justify’ >> alasan untuk membela atau membenarkan perbuatan mereka menebas habis rakyat2 Palestine yang tidak mahu menyerah, jawap mereka “Oh those are the Jews >> mereka orang Yahudi, bumi Palestine itu yang telah dijanjikan Tuhan pada mereka..
Jadi kesimpulan nya, memang lah ada suruhan Bible untuk menghapuskan kaum selain Yahudi di bumi Palestine tu iyyyerr – hapuskan terus dari muka bumi ini.
Disini saya lampirkan sedikit petikan dari surat Rabbi Eliyahu pada Perdana Menteri Ehud Olmert yang disiarkan di Jerusalem Post.
Mereka lakukan serangan udara (carpet bombing) keatas Palestine supaya nyawa askar2 Yahudi (IDF) tidak dikompromi. Nyawa orang Palestine tidak diambil kira kerana mereka dipertanggung jawap kan kerana mereka tidak berbuat ape2 untuk menentang serangan rocket Kassam (Hamas) ke atas Israel.
“Jika mereka tidak menyerah selepas kita bunuh 100, kita bunuh 1000. Jika mereka tidak menyerah jugak, kita bunuh 10,000… 100,000 dan satu juta . Ape pun asal kan mereka menyerah.
Dalam surat itu, Eliyahu sambil menukil Psalms berkata “Saya tidak akan berhenti sehingga saya hapuskan kesemua nya.” Bagus nya ketua Rabbi tu iyyyerr.. Patuh benar pada Old Testament tu.
Akhir ayat kedua dari Deuteronomy 7 : ‘You shall make no covenant with them and show no mercy to them’
Akhir ayat 16 & 17 dari Deuteronomy 20 : ‘But in the cities of these peoples that the LORD your God is giving you for an inheritance, you shall save alive nothing that breathes, but you shall devote them to complete destruction.. (MAAF TEMAN2. TAK RETI SAYA NAK TERJEMAHKAN. TAKUT TERSALAH)
Di White House tu, mereka lebih bersimpati diatas kematian INDIA, kucing kesayangan keluarga Bush, baru2 ini, daripada bersimpati pada ribuan nyawa2 rakyat Palestine yang terkorban di Gaza.
Alexious said pada komen saya sebelum ini:
“Petikan hadis di atas sangat berbahaya. Inilah propaganda yang menyebab islam tidak akan berhenti berperang dengan yahudi.”
>>> Saya rasa petikan ayat dari Bible awak tu lebih2 lagi merbahaya Alexious. Pikirkan lah wahai teman. Dan bandingkan lah cara adab dan tata cara Islam dalam peperangan.
Jan 19, 2009 @ 20:34:55
Salaam. Amat bagus sekali penjelasan dari saudari alhikam, alhamdulillah. Betul2 jelas dan sangat penting untuk difikirkan , jazaakillahi khoirol jazaa’
Jan 19, 2009 @ 23:04:09
Assalaamualaikum dan salam hormat.
Nampak jelas perbezaan antara Perrjanjian Lama itu dengan Islam dalam peeprangan.
Dalam peperangan, Islam memberikan tawaran damai terlebih dahulu, atau membayar jizyah tanda jaminan damai.
Jika terpaksa berperang, Islam memberikan tatacara berperang. Jika musuh menyerah tidaklah menjadi persoalan lagi. Namun jika musuh tidak menyerah dan mengambil keputusan berperang, Islam tidaklah semberono. Walaupun musuh telah kalah, Islam tidak membenarkan membunuh tawanan tidak kira askar, wanita, kanak-kanak mahupun orang tua.
Islam tidak membenarkan membabat rata musuh yang telah kalah.
Al-Hikam kelihatan “advance” dan boleh tahan…
Salam hormat.
Jan 25, 2009 @ 21:17:14
Salaam pada semua teman2 blog,
Kemana Sdra Alexious yer? Nak tau gak apa ulasan beliau tentang komen saya sebelum ni.
Semuga awak dalam keadaan sihat2 belake yer Alex.
Saya tunggu tau…
Jan 28, 2009 @ 20:42:38
Salaam. Ntah, Alex dah HILANG pulak. Saya nak tambah tentang produk2 yang support Israel di pasaran, yang mana banyak dari kita pun guna. Iaitu antara yang paling glamour di pasaran, iaitu INTEL. INTEL ni adalah syarikat yang mengeluarkan produk hardware komputer.
Siapa yang tidak kenal dan pernah dengar INTEL Pentium dan seumpamanya kan? Maka kita pun kalau boleh boycott mereka dan tidak menggunakan produk2 INTEL, kerana mereka juga antara penyumbang terbesar kepada Israel. Wallahu a’lam
Jan 31, 2009 @ 18:34:26
Saya mau kasih koment nih.. Kami umat Kristen jelas mendoakan dan memohon berkat kepada Tuhan Yesus Allah Abraham, Ishak dan Yakub, Bapa kami di sorga agar Israel/Bangsa Yahudi diberkati dan dilindungi Allah Tuhan Raja Semesta Allah. Siapakah yang dapat melawan Allah Israel? Bangsa Mesir dan prajurit-prajurit Firaun dibinasakan Tuhan karena melawan TUHAN ALLAH ISRAEL. Saya mau bertahu bahwa oleh keturunan Abraham, Ishak dan Yakublah yaitu bangsa Israelah bumi ini mendapat berkat dari Allah Sang pencipta. Jadi bagi mereka yang mengutuk Israel adalah anti Kristus/musuh ALLAH/Iblis. Dan tempatnya akan terkutuk di Neraka Jahanam. (Bdk Bil 24 : 9, Kej 3:12, Roma 11). Israel adalah kekasih ALLAH/YAHWEH/TUHAN ALLAH RAJA SEMESTA ALAM. Israel adalah umat pilihan, Biji mata TUHAN. Hanya Tuhan Yang dapat menghukum hamba-Nya Israel, biji mata-Nya..
Feb 01, 2009 @ 00:36:16
Salaam dan selamat sejahtera semua. Kepada Sahabat Gembala, saya mahu beri sedikit kata. Yahudi atau keturunan Israel itu lah dulu yang telah MENYALIB Yesus / Isa a.s. Dan mereka lah yang menuduh Yesus SESAT! Adakah kamu masih mahu membela mereka? Mereka menuduh yesus sesat dan berbangga dengan keturunan mereka sahaja dan menzalimi umat lain.
Israel asalnya bagus, kerana ia adalah gelaran kepada Nabi Yaakub. Dan anak2 nya semua bagus, sehinggalah lama kelamaan, cucu cicit mereka telah sombong dan berbangga dengan keturunan. Sehingga telah jauh tersesat dari ajaran asal.
Tidakkah kita perasan bahawa kita semua ini berasal dari ayah dan ibu yang sama iaitu Adam dan Hawa? Peace and justice for all
Feb 01, 2009 @ 09:12:47
Salaam,
Sahabat Gembala said:
“Israel adalah kekasih ALLAH/YAHWEH/TUHAN ALLAH RAJA SEMESTA ALAM. Israel adalah umat pilihan, Biji mata TUHAN. Hanya Tuhan Yang dapat menghukum hamba-Nya Israel, biji mata-Nya..”
>>> Adakah TUHAN ALLAH ISRAEL yang memerintahkan kekasih nya, Israel umat pilihan, Biji mata TUHAN tu melakukan kekejaman dengan merampas hak orang lain dan membunuh dan menghapuskan semua yang mempertahankan bumi Palestine tu? Dan kemudian memutar belit keadaan agar mereka yang kelihatan dizalimi? Umat pilihan dan Biji mata ape ke tu?
Allah Tuhan Sang pencipta itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Awak tahu apa makna ayat ini wahai Sahabat Gembala? Fikirkan lah.
Allah TIDAK akan memberkati, merestui dan melindungi kaum Israel/Yahudi/Zionist yang sombong, zalim dan kejam itu . Sebalik nya siksaan yang amat pedih yang pasti menanti mereka.
Memang benar. Allah yang akan menghukum mereka dan juga mereka yang buta hati nya.
Feb 02, 2009 @ 14:46:13
Sampai sini dah pula perbincangan kalian. Saya tidak perasan topik ini sudah berjalan. Kerana blog ini sangat perlahan sejak akhir-akhir ini. Jadinya saya tertinggal bas.
Saya sedikit sibuk jadi saya mahu ulas begini dahulu:
1. Saya sangat terkejut apabila al hikam kemukakan ayat bible itu pada masa itu.
2. Saya tidak pernah membaca ayat itu sebelum ini.
3. Saya sangat terperanjat ada ayat itu dalam bible kami.
4. Saya lebih fokus ten komenment dan kata-kata Nabi Musa yang lain hampir-hampir kami tertinggal kecuali apabila diguna dalam bacaan harian (ada petikan harian dalam gereja katolik). Kami lebih fokus kepada perkataan Yesus.
5. Tuduhan shahil adalah mengelirukan. Itu pendapat memerangkap. Shahil sedang bertipu muslihat. Shahil harus bertobat kerana buat kenyataan seperti itu.
6. Saya pun takut Yahudi. Saya berpendapat ego Yahudi sama dengan ego islam. Yahudi boleh sekejam itu, dan islam boleh sekejam itu. Bergantung ajaran/dalil agama mereka. Itulah keperluan ajaran Yesus yang ditolak yahudi dan islam dalam injil 4. Ajaran Kasih Yesus tidak dikenal dua agama ini kerana islam dan yahudi tidak membaca injil 4.
7. Shahil, tentu Nabi Musa akan ikut perintah Allah. Nabi Musa adalah yahudi, tentu begitulah mereka kerjakan musuh mereka. Jadi saya percaya tentu Nabi Musa ikut perintah perang itu 90% atau lebih 90%. Perintah perang itu dianggap betul untuk diikuti. Tentu ada logik kenapa membunuh semua. Lebih baik mencegah dari mengubatinya. faham maksud saya?
8. Al hikam, petikan itu memang berbahaya. Tapi kenapa saya tidak tahu tentang itu? Kerana ada ajaran Yesus! Inilah perlulah ajaran Yesus. Inilah kelebihan ajaran kristian berbanding ajaran agama lain di muka bumi ini. Kelebihan ajaran Yesus dalam injil 4. Inilah yang islam dan yahudi tidak tahu tentang kasih ajaran Yesus.
Feb 02, 2009 @ 14:52:13
Al hikam berkata:
Dan bandingkan lah cara adab dan tata cara Islam dalam peperangan…
>>> Apakah ini ialah teknik promote islam? Ada hal yang perlu diketahui tentang perbezaan islam dengan kristian. Orang kristian mengimani injil 4 yang mana tidak diimani oleh islam. Kristian terdiri kerana 1 perkara: 1. Perjanjian lama, perjanjian baharu dan tulisan para rasul = bible/alkitab kristian.
Feb 04, 2009 @ 12:34:17
Assalaamualaikum dan salam hormat untuk semua.
Alex:
Tuduhan shahil adalah mengelirukan. Itu pendapat memerangkap. Shahil sedang bertipu muslihat. Shahil harus bertobat kerana buat kenyataan seperti itu.
Shahil:
Mengapa anda katakan saya memerangkap? Saya membuat rumusan dari apa yang anda yakini dan yang Bible anda katakan.
Tulisan saya jelas dari permulaan hingga tujuan. Apa itu Bible? Gabungan Perj. Lama dan Perj. Baru serta Surat Kiriman.
Bible wajib diimani dan dilakukan. Dalilnya “…Jangan kamu menyangka aku datang untuk menghapus hukum Taurat tetapi supaya ia berlaku” (Bible Berita Baik Cetakan Malaysia). Dalil perkataan Jesus diperkuat oleh 2Timotius 3: 16-17 “SETIAP KALIMAH DALAM AL-KITAB adalah bermenafaat untuk memberi pelajaran…supaya semua orang bidup mengikut kehendak ALLah”.
Maka bab peperangan dalam ulangan ayat ulangan 7: 1-2 dan 20:10-18 amat jelas bagaimana ia dilakukan “jika musuh tidak menyerah, babatlah mereka rata-rata tidak mengira wanita, kanak-kanak, orang tua. Hanya pokok kayu jangan dibabat”. Maka jika musuh telah ditangkap, maka diikat kemudian dipancung tengkoknya dalam keadaan tidak berdaya.
Apakah tidak jelas keterangan saya dan apakah yang saya mahu perangkap? Anda bukan pelanduk atau rusa yang mahu saya perangkap.
Saya pasti anda tidak akan setuju jika saya hanya memetik satu atau dua ayat Bible. Anda akan kata tidak boleh mengerat / memotong ayat Bible. Nah, saya mulakan tafsiran hala tuju ajaran Bible dari perkataan “Tuhan” anda Jesus. Kemudian saya perkuatkan dengan perkataan Timotius murid Rasul legenda Paulus.
Anda boleh membantah tetapi harus dengan hujah dan analogi, atau logika tepat dan wajar. Jika anda membantah hanya dengan berkata “Shahil memerangkap, Shahil harus bertobat” saya kira anda hanya ngawur. Apakah saya harus bertaubat hanya kerana menafsir Bible anda secara hubung kait ayat “Tuhan” anda dengan ayat “RasulNya”?
Jadi jelas perrbezaan sikap berperang antara Islam dan Kristen. Islam memerintahkan jika musuh menentang hendaklah diberi pilihan berdamai atau berperang. Jika berperang wanita, anak-anak, orang tua, binatang dan tanaman tidak boleh dibunuh. Jika lawan telah tidak berdaya ia tidak boleh dibunuh. Pernah Khalid Al-Walid “terbunuh” seorang tawanan, dan dia dimurkai Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.
Maka saya telah memberikan hujah dari Bible anda. Anda harus komen dari situ. Jika anda membawakan ayat yang lain yang menunjukkan maksud berbeza, maka ia bererti pertentangan nyata.
Salam hormat
Feb 04, 2009 @ 13:29:02
Shahil:
Bible wajib diimani dan dilakukan. Dalilnya “…Jangan kamu menyangka aku datang untuk menghapus hukum Taurat tetapi supaya ia berlaku” (Bible Berita Baik Cetakan Malaysia). Dalil perkataan Jesus diperkuat oleh 2Timotius 3: 16-17 “SETIAP KALIMAH DALAM AL-KITAB adalah bermenafaat untuk memberi pelajaran…supaya semua orang bidup mengikut kehendak ALLah”.
>>> Ini bidasan saya. Yesus terang-terang mempertikaikan perbuatan ahli-ahli taurat. Banyak hal yang dipertikai Yesus. Satu contoh, tidak boleh bekerja pada hari sabath tapi Yesus buat mukjizat pada hari tersebut. Dan Yesus menjadi kemarahan ahli-ahli taurat sampai merancang pembunuhan Yesus.
Shahil:
Kemudian saya perkuatkan dengan perkataan Timotius murid Rasul legenda Paulus.
>>> Timotius bukan nama orang tapi tempat: nama tempat. Shahil sudah salah fakta. Tidak perlu gelakkan beliau. Saya sedang andaikan shahil mengkaji alkitab hanya lewat internet bukannya melalui alkitab fizikal itu sendiri.
Feb 04, 2009 @ 15:42:34
Salam hormat buat anda Alex.
Alex:
ni bidasan saya. Yesus terang-terang mempertikaikan perbuatan ahli-ahli taurat. Banyak hal yang dipertikai Yesus. Satu contoh, tidak boleh bekerja pada hari sabath tapi Yesus buat mukjizat pada hari tersebut. Dan Yesus menjadi kemarahan ahli-ahli taurat sampai merancang pembunuhan Yesus.
Shahil:
Anda tidak peerlu membidas saya, memadai anda menjawab dengan hujah yang konkrit.
Saya bertanya kepada anda, jika Jesus berkata “…supaya (hukum Taurat itu) berlaku” mengapa Jesus melanggarnya?
Saya menegaskan bahawa anda silap memahami hari sabtu. Hari sabtu ialah hari yang hanya tidak dibenarkan berkerja tetapi dibenarkan diisi hanya dengan ibadah. Maka itu sebabnya Jesus mengajar di rumah Tuhan pada hari sabtu. Jika anda kata Jesus melanggar arahan melaksanakan hukum Taurat maka saya mengatakan ia mustahil kerana “Tuhan” tidak mungkin melanggar janjinya, dan ia adalah pertentagan ayat.
Tentang rancangan pembunuhan Yahudi itu, ia tidak menghairankan kerana Yahudi memang suka kepada kejahatan. Isa sebagai Nabi itupun mahu dibunuhnya. Apa yang hairannya?
Anda saya kira tidak meneliti Bible anda. Cuba anda buka Timotius dan bab sebelumnya. Timotius dikatakan telah disunat oleh Paulus. Bengung apa anda ini, nama tempat disunat. Timotius juga ibunya Yahudi (Yunani-jika tidak salah). Apa nama tempat mempunyai ibu?
Anda jangan memandang orang tak ada mata haaa (P Ramlee). Saya mempunyai Bible Berita Baik Cetakan Malaysia yang dihadiahkan oleh sahabat saya Johny, Sabahan. Saya menyusun manuskrip Pembatas Kepalsuan dan Kebenaran itu melalui rujukan kepada Bible saya itu.
Saya fikir lebih baik anda meneliti Bible anda dari kulit hadapan hingga ke kulit belakang supaya anda lebih mengetahui Bible itu. Saya agak hairan masakan anda terkejut dengan ayat yang diberikan oleh al-Hikam.
Jika tidak nanti saya akan tergelak membaca bidasan anda.
Salam hormat.
Feb 04, 2009 @ 16:02:12
Timotius ialah orang?.. Ooo iyakah? (Sambil menggaruh kepala, malu.)..
Feb 04, 2009 @ 23:43:40
SAlaam. OO rancak gak sini yer. Ijinkan hamba mencelah hehe
NI huraian AlHikam kat atas tu
Itu adalah kandungan dalam Perjanjian Lama. Dan Alexious masih tidak menjawab sebaiknya ayat itu malah hanya memberitahu dia tidak tahu dan tidak perasan.
Alex, tahukah anda makna IMAN?? Iman itu adalah kamu YAKIN dalam hati kamu, bermakna jika kamu berIMAN pada BIBLE kamu, maka kamu mesti yakin dengan kandungan BIBLE kamu. Dan semua tahu, BIBLE terdiri dari perjanjian Lama dan Baru, dan jika kamu tidak yakin salah satunya, maka itu namanya IMAN setengah2.
Bagaimana kamu mengatakan kamu beriman sedangkan ada ayat dalam perjanjian lama yang kamu tidak mahu pakai? Apakah itu namanya IMAN??? Terlalu goyah dan rapuh bunyinya. Kami sebagai orang Islam, mesti beriman 100% dengan AlQuran, tidak boleh ragu2 walaupun sedikit.
Itulah sebabnya jika sesuatu ajaran itu ada ragu2 dan was2, maka masih tidak tetap kedudukannya. Masih di dalam terumbang ambing, dalam erti kata yang ringkas , masih dalam kesesatan. Orang yang sesat di dalam hutan adalah ragu2 di mana jalan pulang, tidak yakin dengan jalan yang dilalui. Maaf lah memberi perbandingan tetapi itulah hakikatnya. Sama2 kita fikirkan
Feb 04, 2009 @ 23:48:37
MEmang kamu mengatakan kamu beriman dengan ajaran Yesus. tetapi ingatkah kamu wahai Alexious, Yesus datang bukan untuk mengubah ajaran lama, tetapi hanya melengkapinya. Maka jika kamu tidak pakai ajaran dalam perjanjian lama , maka itu sudah namanya kamu berpaling tadah terhadap perkataan Yesus sendiri.
MEmang yesus datang membawa ajaran kasih, Yesus adalah nabi ALLAH, sama dengan Muhammad S.a.w, dia juga datang membawa ajaran CINTA. malah lebih tinggi tarafnya dari KASIH. Yang pertama mesti CINTAKAN ALLAH, kedua CINTA kan Rasul, kemudian ibu bapa, suami isteri dan seterusnyaaa.
Dan kisah Muhammad S.a.w sendiri banyak mengajar tentang CINTA hinggalah CINTA terhadap isteri, sayangkan makhluk seperti manusia, tumbuhan, binatang dan sebagainya. Adakah kamu fikir dalam Kristian sahaja yang ada ajaran KASIH?
Feb 05, 2009 @ 08:58:48
Ahmad nizam, saya sudah menjawab pun. Sila rujuk semua tulisan saya. Malah ditambah dengan bonus lagi.
Siapa kata kami tidak ikut ajaran Yesus di kitab taurat musa?
Feb 06, 2009 @ 09:47:28
SAlaam. Maka Ayat dalam Surah Deutronomy itu ada dalam kandungan Perjanjian Lama. Dan itu merupakan ayat yang diikuti oleh Zionist Israel di negara Israel sana skrg. Saudara masih tidak menjawab dengan lengkap di situ? Cuba saudara baca kembali tulisan saudara di atas. Saya sudah baca kesemuanya.
Maka jika saudara beriman dengan ayat tersebut, saudara mesti juga menyokong tindakan Israel sekarang ini. Maka apa jawapan saudara?
Feb 06, 2009 @ 14:25:08
Ahmad nizam:
Maka jika saudara beriman dengan ayat tersebut, saudara mesti juga menyokong tindakan Israel sekarang ini. Maka apa jawapan saudara?
>>> Saya akan menjawab begini: Kami bukan pengikut Yesus jika mentah-mentah menyahut cabaran saudara. Yesus sendiri sudah dicobai iblis semasa puasaNya selama 40 hari 40 malam. Kata pedaya iblis: Jika Engkau Tuhan, terjunlah dari tempat tinggi ini, pasti malaikat-malaikat akan menyambutMu kerana tidak mahu membiarkan Anda cedera sedikitpun.
Perhatian: Saya guna nickname stephen mulai sekarang.
Feb 06, 2009 @ 14:25:38
Stephen : Alexious.
Feb 06, 2009 @ 14:26:44
Pembetulan:
Jika Engkau Tuhan, terjunlah dari tempat tinggi ini, pasti malaikat-malaikat akan menyambutMu kerana tidak mahu membiarkan Anda cedera sedikitpun.
>>> Ayatnya lebih kurang..
Feb 06, 2009 @ 14:27:28
Pembetulan:
Jika Engkau Anak Tuhan, terjunlah dari tempat tinggi ini, pasti malaikat-malaikat akan menyambutMu kerana tidak mahu membiarkan Anda cedera sedikitpun.
>>> Ayatnya lebih kurang begitu..
Feb 07, 2009 @ 03:11:34
Stephen berkata : “Saya akan menjawab begini: Kami bukan pengikut Yesus jika mentah-mentah menyahut cabaran saudara. Yesus sendiri sudah dicobai iblis semasa puasaNya selama 40 hari 40 malam. Kata pedaya iblis: Jika Engkau Tuhan, terjunlah dari tempat tinggi ini, pasti malaikat-malaikat akan menyambutMu kerana tidak mahu membiarkan Anda cedera sedikitpun.”
–> Apa pulak Tuhan cedera ni wahai Alex. Dan Tuhan tidak perlu malaikat menyambutNya. CEDERA adalah sifat lemah iaitu sifat manusia, binatang dan makhluk2 bernyawa lain. Ianya tidak boleh disandarkan kepada Tuhan walaupun sedikit.
Dan Tuhan tidak perlu berpuasa, kerana perbuatan PUASA itu adalah satu IBADAH kepada Tuhan. Tanya diri anda, relevan kah Tuhan beribadah kepada Tuhan? Itu lah kenyataan yang betul2 tidak masuk akal.
Feb 07, 2009 @ 10:26:34
Komen kepada respon ahmad nizam di atas:
1. Orang kristian membaca injil 4 dan mengimaninya, jadi itulah yang kami cakap. Ahmad nizam baharu saja leave komen di sini.. Takkan kami ulang-ulang lagi pegangan agama kami.
2. Yesus dalam sifat manusianya dan ketuhanan. Ahmad nizam tiada hak mengadili kami dalam pendirian iman kami. Itu yang kami imani. Yesus dalam sifatnya sebagai manusia berpuasa.
3. Harus difahami, orang kristian buat dua kategori untuk Yesus; 1. Sifat ketuhanan, dan ke-2: sifat manusiaNya.
Jun 23, 2009 @ 16:14:22
mmmm….nak buat mcmmana lg. memang sudah kepercayaan mereka begitu
hidupni bukjannya lama …sama2 lah kita tunggu yer
Jun 23, 2009 @ 16:34:27
Bagi kami orang Islam tidak ada perkara yg lebih penting melainkan mengutamakan ibadah kepada Allah, sementara masih hidup di atas dunia yg melalaikan ini. di sinilah tempat kami diuji dan di sini juga tempat kami menunjukkan ketaatan kami kepada Allah, Tuhan Seru Sekelian Alam.
Syariat Allah wajib diamalkan dan barang sesiapa yg ingkar (walaupun mereka orang2 muslimin) tetap akan dikenakan siksaan keatas mereka kerana tidak menurut ajaran sebenar dlm Al-Quran.
maaf Al-Hikam, Shahil, Ahmad Nizam …saya cuma singgah sebentar…
Jun 23, 2009 @ 17:11:53
Salaam wahai Kamarul. Semoga kita tidak lupa juga tanggung jawab utk berdakwah, selagi kita mampu. Islam pun tidak mengajar kita duduk sorang2 dalam gua dan beribadah semata2, tetapi Islam juga menyuruh membuat kebaikan dan melarang buat jahat, serta beriman kepada Allah
Tugas para rasul pun adalah mengajak manusia kepada beriman dengan sebenarnya kepada Allah. Tetapi pembahagian masa itu kena ada lah. Bukanlah beribadat 24 jam, atau berdakwah 24 jam. Walau bagaimana pn, dakwah termasuk juga dalam hal ibadah jika kena caranya.
Hehe saje ingat2kan kita ni, semoga kita merasa kasih kepada makhluk sepertimana yang disuruh oleh Tuhan. Jika tidak Nabi Muhammad tidak buat baik pada org Yahudi yang selalu mengejek dan memaki hamunnya, jika tidak Nabi Muhammad tidak bagi makan dan buat baik pada orang buta yang selalu memaki hamunnya juga. Tidak lain kerana tanggungjawab kita adalah mengajak orang lain agar beriman dengan sebenarnya kepada Allah.
Dan dalam melaksanakan tugas ini sememangnya pelbagai ujian akan ditempuhi. Ujian kesabaran, ujian kerajinan, ujian kesungguhan dan seumpamanya. Kalau kita mudah putus asa, mudah keciwa, mudah marah tak tentu pasal, habis lah peluang untuk mendapat kan kebaikan di sebaliknya
Jun 24, 2009 @ 05:21:10
Ahmad Nizam>>>>
Sangat bernas komen anda ya akh. Semuga Allah memberkati dan merahmati anda sekeluarga. Amiin.
Buat semua teman2 dan keluarga blog ni>>>
Selamat menyambut 1 Rejab. Semuga dilindungi dan dipelihara Allah dari segala kemungkaran dan sentiasa mendapat keberkahanNya. Amiin.