Jalankan Windows XP dalam Linux Mint 7

2 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t… Hhhmmm ambe baru try install WinXp dalam Linux Mint 7 sehari dua ni, tetapi nampaknya tidak begitu memuaskan hati sangat setakat ni. Harap2 ada yang pakar Linux dapat membantu ku di sini. Ingatkan pada mulanya ia dapat baca semua partition yang ada dalam hard disk, tetapi rupa2nya ia dapat baca partition yang dibuat ketika mahu create Virtual machine tu sahaja.

Program yang digunakan untuk install Windows XP ke dalam Linux ini sudah tentu lah saya gunakan VirtualBox OSE.  Ianya lebih kurang sama dengan VmWare cuma VirtualBox adalah open source (bermakna ianya percuma).   Tetapi malangnya saya terpaksa install balik semua program Windows yang ingin digunakan di dalam tu. Bermakna, penggunaan ruang hard disk yang lebih lagi huhu. Di bawah ini adalah snapshot virtual machine tersebut ;

Tetapi yang menariknya, kita boleh jalankan program2 Windows dalam Linux menerusi mesin virtual (virtual machine) tu. Dan jika kita mahu restart / reboot windows dalam tu, tak perlu restart linux. Kita dapat lihat windows reboot dalam kotak VirtualBox tu atau minimize kan dia sambil boleh buat kerja lain dalam Linux OS.

Lagi

Bagaimana nak tahu serial number atau product key Windows anda dengan mudah

8 Komen

Salaam. Hhmm dah lama tak menulis pasal komputer kat blog ni. Rindu jugak rasanya nak menulis pasal komputer di sini huhu.  Kali ni saja nak kongsi yang mungkin ramai dah tahu, cuma harap dapat membantu kepada yang masih tidak tahu.

Ini khusus jika serial number kita hilang dan sewaktu dengannya. Ada ketikanya nombor siri / serial number Windows kita ni penting untuk diketahui, terutamanya ketika kita mahu sahkan/Validate Windows kita dengan percuma. Lepas kita validate Windows, maka kita boleh update dan download perisian2 dari laman web Microsoft dengan sewenang2nya tanpa di cop sebagai Windows pirate hehe

Cara nak tahu serial number Windows kita mudah saja, hanya download software Keyfinder 2.0.1 dari magicalbelly.com . Ianya adalah perisian open source iaitu boleh diperolehi dengan percuma sahaja. Selepas download, unzip file tersebut dan buka Keyfinder.exe. Secara automatik dia akan paparkan serial number Windows anda, seperti gambar di bawah ni;

Lagi

Kita semua akan mati dan dibangkitkan dari mati di akhirat kelak, maka adakah kita ini Tuhan?

189 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. dan salam sayang serta sejahtera. Semoga sihat dan bahagia belaka hendaknya. Tulisan ini khas ditujukan kepada saudara2 Kristian di luar sana. Bukan mahu mengutuk, bukan mahu menghina, bukan bukan bukan hehe. Ini sekadar mahu mengajak berfikir. Kepada yang faham Bahasa Melayu tentu tahu membezakan yang mana menghina, yang mana mengutuk. Baca baik2 tulisan ini sebelum menuduh apa2 ya ;)

Tulisan kali ini ringkas sahaja, just straight to the point. Kristian mengatakan Yesus telah mati disalib, dan dibangkitkan semula selepas wafatnya dan diangkat ke langit.  Manakala Islam pula mengatakan Yesus tidak mati disalib, tetapi Allah telah mengubah rupa seorang pengikutnya menjadi rupa Yesus, dan orang itu yang disalib, sedangkan Yesus terus diangkat ke langit.

* Kristian mengatakan Yesus bukan manusia biasa kerana dia dilahirkan tanpa ayah , dibangkitkan semula selepas mati dan diangkat ke langit.

Saya pula mengatakan, Nabi Adam a.s pun dilahirkan tanpa ayah, dan tanpa ibu lagi (ini lagi pelik). Dia diciptakan terus dari tanah sedangkan kita semua menjadi manusia setelah melalui beberapa peringkat termasuklah sperma dan sebagainya dan keluar dari rahim seorang wanita, bukannya lelaki.

Nabi Muhammad S.a.w pun telah diangkat ke langit pada peristiwa Israk dan Mi’raj, menghadap Allah Tuhan sekelian alam.  Dia dapat menceritakan kejadian di tempat lain yang sangat  jauh dari tempat tinggalnya pada malam itu di mana ada saksi yang membenarkan peristiwa yang dilihatnya itu. Sedangkan di zaman itu masih tidak ada kapal terbang. Peristiwa ini berlaku dalam satu malam sahaja (ini lagi pelik). Maka apa bezanya kejadian2 itu dengan kejadian terhadap Yesus?

Lagi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers