Salaam. Hhmm dah lama tak menulis pasal komputer kat blog ni. Rindu jugak rasanya nak menulis pasal komputer di sini huhu. Kali ni saja nak kongsi yang mungkin ramai dah tahu, cuma harap dapat membantu kepada yang masih tidak tahu.
Ini khusus jika serial number kita hilang dan sewaktu dengannya. Ada ketikanya nombor siri / serial number Windows kita ni penting untuk diketahui, terutamanya ketika kita mahu sahkan/Validate Windows kita dengan percuma. Lepas kita validate Windows, maka kita boleh update dan download perisian2 dari laman web Microsoft dengan sewenang2nya tanpa di cop sebagai Windows pirate hehe
Cara nak tahu serial number Windows kita mudah saja, hanya download software Keyfinder 2.0.1 dari magicalbelly.com . Ianya adalah perisian open source iaitu boleh diperolehi dengan percuma sahaja. Selepas download, unzip file tersebut dan buka Keyfinder.exe. Secara automatik dia akan paparkan serial number Windows anda, seperti gambar di bawah ni;

Maaf lah saya hitamkan serial number Windows saya tu , mana boleh bagi tengok huhu.
Program ini boleh cek serial number bagi Windows 95, 98, ME, 2000, XP, Vista, Server 2003, Server 2008, Office XP, Office 2003, dan Office 2007, juga beberapa perisian lain.
Tambahan
Jika anda ada masalah PC anda dikesan oleh Microsoft sebagai lanun, dan keluar notis ‘This copy of windows is not genuine’ pada desktop anda, maka cara untuk menghilangkannya pun mudah saja. Ikuti langkah di bawah;
1 – Reboot/restart Windows dalam Safe mode. Bagaimana nak masuk ke safe mode? Cuma tekan kekunci F8 ketika proses boot / restart tu (agak2 sebelum keluar logo Windows , jangan sampai keluar logo Windows baru tekan). Anda akan diberi pilihan boot dalam banyak mode. Maka pilih lah Safe mode.
2 – Setelah masuk Windows, pergi ke Start Menu – Run , taip regedit dalam kotak untuk membuka program Windows Registry editor. Kemudian delete folder yang bernama WGALOGON yang berada pada lokasi berikut;
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify
Sebaiknya anda buat back up dulu registry sebagai langkah keselamatan.

Gambar program Windows Registry Editor
3 – Kemudian masuk My Computer, pergi ke direktori Windows. Di dalamnya sila delete fail wga.
Itu sahaja dan kemudian restart PC dan tengok ada perubahan ke tidak.
Satu perkara lagi yang berkaitan dengan tajuk ni, jika anda mahu sahkan/validate kan Windows XP anda, tanpa membuat apa2 bayaran pada Microsoft malahan free sahaja walaupun Windows anda Windows pirate, maka pergi ke laman Youtube di bawah dan ikuti prosedur yang diorang tunjuk;
http://www.youtube.com/watch?v=e3voevHTut4
atau
http://www.youtube.com/watch?v=EHTYx-1LLkg
Tetapi ingat, jika Serial number yang ditunjukkan dalam video itu tidak berkesan , maka lakukan apa yang telah diberitahu di atas sana tentang bagaimana nak tahu Serial number / product key Windows anda.
Sekian dulu, semoga dapat membantu. Wassalaam



Jul 23, 2009 @ 17:34:14
Salam..
Nk tnya, Utk yg tambahan tu kn, blh ke guna pki utk Microsoft Office..?
Ada org kat sini t’kna..
Jul 23, 2009 @ 20:38:00
Salaam. hehe bagus pada yg bertanya, ambe pun tak pernah alami lagi situasi sebegitu, terima kasih
Saya sendiri pun tak pernah mencuba maka x pasti cara ni berkesan ke tidak. Tapi kalau ikut logik, insyaAllah berkesan
cara pertama paling mudah, RESTORE balik sistem PC ke tarikh sebelum kena gam tu. Tapi kalau rasa malas RESTORE dan sayang program2 baru yang telah diinstall, maka cuba cara kedua
cara kedua , melalui MS DOS Command Prompt. Nak masuk CP tu sila tekan butang Windows + R pada keyboard, atau pergi sahaja ke butang Start – Run, sama je tu.
kemudian taip cmd dalam kotak tu , nanti akan keluar la MS DOS Prompt tu
pergi ke direktori utama C: , contoh kalau dia prompt tu ke folder documents and setting tu, cuba taip kat situ cd.. kemudian ENTER, kemudian taip sekali lagi kemudian ENTER, sampai la ia jadi hanya prompt C:/
taip kat situ msiexec.exe /uninstall {B148AB4B-C8FA-474B-B981-F2943C5B5BCD} , nanti dia akan tanya nak uninstall betul ke? jawab YES . ia akan uninstall program OGA notifier 1.7.0105.35.0 , iaitu update bagi Office tu.
Hhhmmmm try la dulu yer, kalau tak menjadi nanti cuba cara lain pulak keh3. selamat mencuba
Jul 23, 2009 @ 22:36:04
Salam..
Huhu~ Ambe dh cube la bos smpi kat yg ni
‘msiexec.exe /uninstall {B148AB4B-C8FA-474B-B981-F2943C5B5BCD} , nanti dia akan tanya nak uninstall betul ke? jawab YES . ia akan uninstall program OGA notifier 1.7.0105.35.0 , iaitu update bagi Office tu.’
-Dh uninstall.. tp xde pape pun perubahan??
Tp xpe la bos terima kasih byk2… susah2 je taip penerangan tu (wlupun ambe x brp phm & pndai, tp ambe buat2 pandai, tau2 je keluar uninstall tu, ambe accept je) Ambe hargai sgt2..
Terima kasih byk2…
Mac 30, 2010 @ 04:27:40
salam, nak tanya kalau windows belom pna activate blh ke gne software tu tuk dapatkan siri key ..
sy baru saja reformat windows xp gne pirates punya..hehe
harap blh tlg dgn kadar segera..
Mac 30, 2010 @ 12:15:19
Salaam. X pernah activate pn boleh dapat kan serial numbers tu insyaAllah .
Mac 31, 2010 @ 00:15:58
tak boleh juga dia paparkan key yang tak dpat digunakan masa sy masukkan masa mula2 install, key tu sy dapatkan kat cd yg sy beli..nak tanya nak validate key nie kne ada line tnet kan? tanpa tnet takleh ke nak activate windows kita kalau da ada key yg boleh diguna
Mac 31, 2010 @ 11:22:50
Salaam. Harap maaf Azli, tulisan di atas berkenaan nak dapat CD key kalau x ada atau x jumpa je. Saudara dah ada cd key pada cd yg saudara beli maka sudah selesai kes tentang tulisan di atas
ttg validate, ada byk cara, saya pun dah lama tak cakna perkara ni, harap saudara boleh seacrh Google. Harap maaf dan maklum
Apr 03, 2011 @ 15:17:51
aku jumpa jew cd windows xp tu .pastu mcm mana aku dak tau no siri dia ………..