Salam Ramadhan 1430H

9 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t….. Di kesempatan ini ambe ucapkan selamat menyambut Ramadhan AlMubaarak 1430H bersamaan 2009 Masehi. Semoga kita diberi kekuatan untuk lebih beramal baik, semakin diteguhkan iman, semakin ditabahkan hati untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup,  semoga amalan baik kita semua diterima oleh Allah S.w.t.  amiin.

Baarokallahu lakum :)

Alhamdulillah, jumpa blog tok guru hari ni

13 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t… Alhamdulillah, ambe baru terjumpa blog Tok guru Nik Abdul Aziz hari ni. Dah tertinggal kapal terbang dah ambe ni. Rupa2nya dah bikin blog bakal pok mertua ambe ni yer huhu (pandai2 aku jer, dia pun x sudi dengan aku ih ih ih). So apa lagi, dengan sukacitanya ambe mahu kongsi link ke blog dia. JANGAN!! Jangan tak bookmark, bookmark dan ikuti kisah lagenda ini :D

Di harap dapat mengikuti tulisan2 dan perspektif pemikiran yang dibawanya dari dekat dan menghayati jiwa dakwah dan matlamatnya. Jangan asyik dengar dari pihak ketiga yang selalunya suka corner sana corner sini. Perhatikan dengan sendiri, dengar dengan sendiri, hayati sendiri pola pemikirannya. Semoga mendapat manfaat bersama.

Ini link nya  http://www.blogtokguru.com

Baarokallahu lakum :)

p/s : Katakan TIDAk kepada perpecahan,  bersatulah di bawah panji2 Islam dan meletakkan AlQuran dan AsSunnah di tempat paling tinggi.

Sombong setelah ditiup angin kus2

15 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t…. Penyakit sombong juga adalah warisan dari Iblis sejak turun temurun. Sama dengan penyakit2 lain seperti hasad dengki, pemarah, balas dendam, batu api dan sebagainya.  Penyakit itu berjangkit bukan melalui virus, bukan seperti H1N1 sekarang ini, tetapi ia berjangkit secara yang lagi halus, sehinggakan virus pun tidak dapat melihatnya.

Sungguh sifat takabbur / sombong ini sangat tidak disukai Allah , “Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.” Surah An Nahl : ayat 23

Antara sombong yang paling dibenci ialah sombong dengan apa yang diturunkan melalui perantaraan Jibril iaitu AlQuran AlKarim. Sombong apabila tidak meyakini dan merendah2kan kandungannya yang cukup padat dengan pencerahan dan bukti2 tetapi masih mengatakannya sebuah kitab dongeng.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Apakah yang telah diturunkan Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Dongeng-dongengan orang-orang dahulu” Surah An Nahl : ayat 24

Dengan terjangkitnya penyakit sombong ini, maka akan merebak lah penyakit2 lain pula termasuk lah hasad dengki, keras hati, membuat kezaliman, melakukan fitnah dan camam2 lagi. Contoh kesombongan yang paling glamour dan paling hangat ialah sombongnya Firaun yang menjadi raja di Mesir suatu ketika dulu. Cuma yang menjadi bezanya dengan insan2 lain ialah tahap kesombongan masing2 dan sama ada sombong kuno dan sombong moden. Tetapi penyakit itu masih ada sampai ke hari ini dan tidak akan pupus hingga ke Hari Kiamat insyaAllah.

Lagi

Mengapa hanya biarawati sahaja yang menutup aurat dengan betul dalam Kristian sedangkan orang awam tidak?

72 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Oleh kerana Stephen nampaknya suka berceloteh di blog ini, maka saya dengan ini ingin bertanya lagi kepada dia tentang perkara yang disebutkan dalam topik di atas. Ini kerana kita lihat rata2 mereka yang menganut Kristian, yang perempuannya langsung tidak menutup kepala / menutup aurat dengan betul.  Yang menutup kepala dan menutup aurat dengan betul hanya lah para biarawati.

Tetapi jika kita lihat penganut agama Islam, majoritinya menutup aurat walaupun mereka itu adalah orang2 awam, bukan hanya para guru agama dan ustazah.  Dan kita tahu perintah menutup kepala dan aurat2 lain itu adalah WAJIB. Sebagaimana yang diperintahkan dalam AlQuran;

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab : ayat 59

“Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur : ayat 31

Begitu juga dalam kitab Bible juga ada memerintahkan agar kepala wanita ditutup / menutup aurat, seperti dalam  1 Korintus, Bab 11:

[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menhina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

Lagi

Dialog tentang teknik2 pernafasan untuk membangkitkan tenaga dalam

78 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Terlebih dahulu saya ingin beritahu, saya bukan guru tenaga dalam dan sewaktu dengannya. Di sini saya hanya ingin membuka satu ruangan untuk kita berdialog tentang ilmu tenaga dalam serta teknik2 pernafasan yang betul dan bagus.  Di samping saya sedang mahu mendalaminya semula (kerana dah lama tinggal) , saya juga mahu menjadikan ruangan ini sebagai perkongsian bersama.

Tergerak nya hati saya untuk mendalami teknik2 pernafasan ini semula kerana sudah berbelas tahun saya mengalami masalah urat belikat condemn :D . Tak perlu saya cerita panjang lebar, cukup sekadar saya cuba untuk tambah stamina semula kerana dah jadi semakin malas dan kurang stamina sekarang huhu. Itu yang menjadikan saya terpanggil untuk membuka ruangan ini dan mengharap ada insan yang dapat membantu insyaAllah.

OK stop tentang intro tujuan diadakan ruangan ini. Kita teruskan pada topik kita.

Sejarah tenaga dalam

Ada yang mengatakan bahawa ilmu tenaga dalam  berasal dari Indonesia. Sebenarnya mengikut beberapa sumber yang saya kaji, ianya berasal dari Mesir kuno dan kemudian barulah tersebar ke negara2 lain termasuklah Indonesia. Ilmu itu dibawa masuk oleh orang2 Cina ke Indonesia dan kemudian baru lah Malaysia.

Sedikit intro tentang tenaga dalam

Lagi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers