Assalaamu’alaikum w.b.t……. Terlebih dahulu saya ingin beritahu, saya bukan guru tenaga dalam dan sewaktu dengannya. Di sini saya hanya ingin membuka satu ruangan untuk kita berdialog tentang ilmu tenaga dalam serta teknik2 pernafasan yang betul dan bagus.  Di samping saya sedang mahu mendalaminya semula (kerana dah lama tinggal) , saya juga mahu menjadikan ruangan ini sebagai perkongsian bersama.

Tergerak nya hati saya untuk mendalami teknik2 pernafasan ini semula kerana sudah berbelas tahun saya mengalami masalah urat belikat condemn :D. Tak perlu saya cerita panjang lebar, cukup sekadar saya cuba untuk tambah stamina semula kerana dah jadi semakin malas dan kurang stamina sekarang huhu. Itu yang menjadikan saya terpanggil untuk membuka ruangan ini dan mengharap ada insan yang dapat membantu insyaAllah.

OK stop tentang intro tujuan diadakan ruangan ini. Kita teruskan pada topik kita.

Sejarah tenaga dalam

Ada yang mengatakan bahawa ilmu tenaga dalam  berasal dari Indonesia. Sebenarnya mengikut beberapa sumber yang saya kaji, ianya berasal dari Mesir kuno dan kemudian barulah tersebar ke negara2 lain termasuklah Indonesia. Ilmu itu dibawa masuk oleh orang2 Cina ke Indonesia dan kemudian baru lah Malaysia.

Sedikit intro tentang tenaga dalam

Ilmu Tenaga dalam dikenali sebagai ‘Qi Gong’ dalam masyarakat cina, ‘Rei ki’ dalam masyarakat Jepun, ‘Kundalini’ dalam masyarakat India dan sebagainya lagi. Tenaga dalam itu sendiri dalam bahasa cina = ‘Qi’ atau ‘Chi’ , bahasa Jepun = ‘Ki’ , bahasa Sansekerta = ‘Prana’ , bahasa Polynesia = ‘Mana’ , bahasa Ibrani = ‘Ruah’ dan macam-macam lagi.

Tenaga dalam adalah getaran2 yang disalurkan melalui saluran2 darah dan urat. Getaran2 itu berbeza sama ada tenaga panas (positif) atau tenaga sejuk (negatif).  Kaedah2 untuk menghasilkannya terdiri dari sama ada melalui pernafasan, latihan jurus dan juga meditasi. Tetapi di sini, saya harap saudara2 dapat bincang yang berkaitan dengan latihan pernafasan sahaja, sesuai dengan topik.

Pusat tenaga dalam ialah 2 – 3 cm di bawah pusat kita. Saya pernah buka buku ilmu kesihatan, dan saya lihat gambarajah organ2 dalam tubuh manusia, di situ letaknya saraf tunjang yang bersambung dari otak. Maka ada logiknya untuk disedut oksigen agar sampai ke situ bagi merangsangkannya untuk mewujudkan medan elektromagnet.

Berbagai teknik pernafasan

Ada pelbagai teknik pernafasan yang sudah saya ketemui.  Di bawah ini adalah teknik2 pernafasan oleh Tenaga Dalam Asma’ul husna;

1 –  Menurut jalan keluar / masuk nafas;

a) Pernafasan hidung – iaitu bernafas keluar masuk udara melalui hidung sahaja.

b) Pernafasan hidung & mulut – tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut.

2 – Menurut tempat penampungan nafas;

a) Pernafasan perut – tenaga nafas diarah dan dipusatkan ke dalam perut tepatnya di bawah pusat, hingga perut kembung sedikit.

b) Pernafasan dada – nafas masuk hingga ke dada iaitu dada sahaja yang kembang manakala perut tidak.

3 – Menurut ritma pernafasan;

a) Pernafasan perlahan – bernafas semakin lambat iaitu sedikit demi sedikit udara masuk adalah lebih baik.

b) Pernafasan cepat

4 – Menurut posisi pernafasan;

a)  Pernafasan setempat – bernafas ketika pegun iaitu sama ada duduk, berdiri atau baring.

b) Pernafasan gerak – bernafas yang disertai jurus2 tertentu.

Ada perguruan yang mengajar agar bernafas melalui hidung dan menghembus melalui mulut. Ada yang kata itu sebaiknya, tetapi ada pula yang kata itu tidak penting. Ada juga yang mengamalkan bernafas 3 kali kemudian yang terakhirnya baru hembus melalui mulut.  Pendapat2 tentang ini sahaja dah cukup banyak dan saya pun tak pasti yang mana terbaik.

Kebiasaannya, seimbang (balance) dititikberatkan, iaitu masa menarik nafas, menahan dan menghembus itu mestilah seimbang. Sebagai contoh tarik nafas selama 7 saat, tahan selama 7 saat dan hembus selama 7 saat dan tahan balik sebelum menarik nafas juga selama 7 saat. Lagi lama kadar masa yang diambil lagi bagus tetapi menurut kemampuan masing2. Saya harap ada yang dapat menerangkan lebih lanjut mengapa keseimbangan itu penting dan apa fungsinya pada organ2 tubuh?

Ada juga yang mengajar Power breath, di mana cara menarik nafas nya tidak lembut dan perlahan2 seperti kebanyakan latihan2 yoga. Tetapi cara   menarik nafas dengan Power breath adalah dengan sedaya upaya sedalam2 yang boleh, begitu juga menghembusnya.

Posisi ketika bernafas

Posisi ketika bernafas juga ada pelbagai, sama ada sambil duduk, baring, berdiri , berjalan, melakukan jurus dan sebagainya.

Pernafasan yang bagus adalah bernafas hingga ke perut bukannya setakat dada sahaja. Pernafasan ke perut pula ada 2 cara yang biasa digunakan, iaitu;

1 – Normal breathing – Menarik nafas sambil mengembungkan perut ketika udara masuk dan mengempiskan perut ketika nafas keluar.

2 – Reverse breathing – Menarik nafas tetapi mengempiskan perut ketika udara masuk dan mengembungkan perut ketika nafas keluar.

Pernafasan kedua itu lebih kuat dan bagus tetapi saya masih tidak reti2 lagi :D.

InsyaAllah akan bersambung di ruangan komen di bawah …….

Rujukan:

1 – Buku Tenaga Dalam Asma’ul Husna

2 – Risalah2 mengenai Qi Gong

About these ads