Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sungguh indah suasana di bulan Ramadhan. Lagi indah jika dilihat suasananya dari seluruh dunia. Islam agama suci dan tenang, ketenangan terlalu dapat dirasai pada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan lain.

Untuk perhatian, gambar2 di bawah ini bukan difotograf sendiri oleh saya. Saya sedang bercuti dari ambil gambar sekarang huhu. InsyaAllah nanti akan kembali beraksi. Hayatilah suasananya, jiwa yang ada di sebalik gambar2 ini. Bukan jiwang yer tapi jiwa. Kita semua bersaudara, ikatan silaturrahim sesama kita tidak kira kita berada di ceruk mana pun di dunia ini. Peace and justice for all …….  SubhanAllah

officers of malaysia's islamic authority perform rukyahPegawai Jabatan Agama Islam Malaysia menggunakan teleskop untuk melaksanakan ‘ruqyah’ iaitu mencerap anak bulan, di Teluk Kemang, Kuala Lumpur. (REUTERS/Bazuki Muhammad)


vendor of headscarfs

Control ayu ya kak. Peniaga skaf kepala sedang menunggu pelanggan di Jakarta, Indonesia pada 25 Ogos 2009. (Adek Berry/AFP/Getty Images)

The dome of the rock

The Dome of the Rock, atau Masjid Qubbat As-Sakhrah, salah sebuah tempat suci bagi umat Islam di Jerusalem, Palestine. (AP Photo/Bernat Armangue)

taxi driver reaches for a glass

Pemandu teksi mencapai segelas air jus epal selepas matahari terbenam di Kabul, Afghanistan pada hari Ahad, 23 Ogos 2009. (AP Photo/Saurabh Das)

palestinian potter

Pembuat pasu dalam proses terakhir menyiapkan pasu yang berukir ‘Ramadhan Karim’ dalam tulisan Arab.  Gambar ini di bengkelnya di bandar Gaza, Palestine, pada 17 Ogos 2009. (MARCO LONGARI/AFP/Getty Images)

palestinian boy plays with a sparkler

Amboi, syoknya dia main bunga api! Main elok2 dik oii. Budak Palestine ni main bunga api di bandar Gaza, 21 Ogos 2009.  (MOHAMMED ABED/AFP/Getty Images)

pakistani women line up

Wanita2 Pakistan ini beratur untuk mendapatkan tepung gandum subsidi dari kerajaan, kesiaan.  (AP Photo/Anjum Naveed)

pakistani muslim arranges food stuff

Muslim Pakistan ini menyediakan santapan untuk berbuka pada hari pertama puasa di Masjid Karachi, Pakistan pada 23 Ogos 2009.  (AP Photo/Fareed Khan)

muslim woman reads quran at istiqlal mosque

Wanita ini sedang mengaji di Masjid Istiqlal, Jakarta, pada hari pertama puasa juga. (ADEK BERRY/AFP/Getty Images)

muslim shop for iftar

Nah engko! Camam2 ada ni di Chalk Bazaar, Bangladesh.  Masing2 sedang mencari santapan untuk berbuka pada 23 Ogos 2009.  (AP Photo/Pavel Rahman)

muslim prayer at al akbar mosque

Semua sujud tunduk pada kebesaran Allah di Masjid Al Akbar, Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.  (REUTERS/Sigit Pamungkas)

muslim men break their fast

Majlis berbuka puasa di Masjid pelabuhan Laut Merah Saudi, Jeddah, Arab Saudi pada 23 Ogos 2009. (Omar Salem/AFP/Getty Images)

muslim man sit before breaking fast

Muslim duduk menunggu untuk berbuka puasa di sebuah masjid di Agartala, Tripura pada 24 Ogos 2009. (REUTERS/Jayanta Dey)

muslim man adjust his cap

Betulkan kopiah ya bang? Lelaki ini membetulkan kopiahnya di Kashmir, India.  (REUTERS/Mukesh Gupta)

muslim family eats

Bagusnya dia berbuka atas riba mak. Keluarga Muslim berbuka di Istanbul, Turki.  (REUTERS/Osman Orsal)

muslim children pray

Budak2 lelaki solat di sebuah masjid di Manila, Filipina pada 23 Ogos 2009.  (JUNIE DOCTOR/AFP/Getty Images)

muslim boy takes a nap

Ih ih ih kesiaan, dah ngantuk sangat la ni. Budak lelaki ni melelapkan diri di Masjid Gamal Abdel Nasser in Tripoli, Libya.   (REUTERS/Amr Abdallah Dalsh)

muslim attend friday prayers

Khutbah Jumaat di sebuah masjid di Beijing, China pada 21 Ogos 2009.   (REUTERS/Grace Liang)

musaharati dawn awakener

Tukang kejut sahur di Sidon’s Old City, Selatan Lubnan pada 26 Ogos 2009.  (REUTERS/ Ali Hashisho)

man arrives for the evening prayers

Hadir awal ke masjid di Masjid Merkez, Duisburg, Jerman pada 21 Ogos 2009.  (REUTERS/Ina Fassbender)

kenyan child reads verses from quran

Ngaji elok2 ya dik. Budak perempuan ni mengaji surah dalam AlQuran di sebuah Madrasah di Nairobi, Kenya pada 26 Ogos 2009.   (AP Photo/Sayyid Azim)

kashmiri muslim offer prayer on a street

Solat jemaah di jalanan, Srinagar, Jammu dan Kashmir, India pada 24 Ogos 2009.   (AP Photo/Mukhtar Khan)

jordanian workers make qatayef

Pekerja Jordan membuat qatayef, seperti pancake yang penuh dengan kacang dan keju, digoreng atau bakar dalam minyak, kemudian di rendam dalam sirap gula, macam apam balik jugak lebih kurang nampaknya ni.  23 Ogos 2009 di Amman, Jordan.   (AP Photo/Mohammad abu Ghosh)

iraqi baker prepares sweets

Tukang masak ni menyediakan manisan  di  Baghdad, Iraq. (AP Photo/Hadi Mizban)

indonesian muslim children parade

Satu upacara di Jakarta, Indonesia pada 21 Ogos 2009.    (Adek Berry/AFP/Getty Images)

egyptian women walk past paper lantern

Haii, dah besar panjang pun nak main tanglong lagi?  Wanita2 Mesir ni pergi shopping tanglong di pasar  di Kaherah, Mesir untuk digunakan di bulan Ramadhan.    (AP Photo/Ben Curtis)

egyptian man makes dessert

Membuat manisan yang dikenali sebagai ‘kunava’ di Kaherah, Mesir.  (REUTERS/Asmaa Waguih)

crescent moon behind mosque

Bulan sabit di belakang Masjid King Hussein Bin Talal, Amman, Jordan.  (REUTERS/Muhammad Hamed)

child stands among worshippers

Budak kecil comel lote ni duk berdiri kat celah2 orang solat berjemaah di Masjid Al Maerkaz Al Islami, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.   (REUTERS/Yusuf Ahmad)

boy holds candy as he reads quran

Sayang betul dia ngan gula2nya tu yerr huhu. Budak kecil ni mengaji sambil memegang gula2 di tangannya di Amman, Jordan.  (REUTERS/Ali Jarekji (JORDAN RELIGION SOCIETY IMAGES OF THE DAY)

a man takes a nap between prayers

Pakcik yang kurang upaya ini melelapkan diri seketika di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan.   (REUTERS/Adrees Latif)

A man prays at Sunni mosque

Ayah tua sedang berdoa ke hadirat ilahi di sebuah masjid Sunni, Baghdad, Iraq.   (AP Photo/Karim Kadim)

a boy sells dates

Manyaknya kurma dia, kasi la kat abang sebakul!  Budak ni jual kurma di Amman, Jordan.   (AP Photo/Mohammad abu Ghosh)

Sumber :   Boston.com

About these ads