Assalaamu’alaikum w.b.t……. Teleskop hubble dari NASA telah merakam satu foto terbaru yang berupa seperti sayap rama-rama di angkasalepas.  Ianya merupakan satu gumpalan gas yang mempunyai kepanasan lebih dari 20,000 darjah Celcius. Mak aii, kalau dah 30 darjah Celcius lebih pun kita dah tak tahan, apa lagi 20,000 ih ih ih. Dan kelajuan tersebarnya gas itu pula ialah 600,000 batu sejam.

Ia dipercayai sebuah bintang mati yang saiznya 5 kali ganda besar dari matahari, iaitu  Stellar Demise dalam Planetary Nebula NGC 6302. Ia mengeluarkan gas2 dan melepaskan aliran radiasi ultraviolet yang membuatkannya seakan menyala.  Hasilnya seumpama sebuah lukisan abstract yang amat cantik. Subhanallah, Maha Seni karyaMu ini, bukan sekadar di atas kanvas, tetapi di angkasaraya yang amat luas tidak terjangkau oleh mana2 makhluk sekalipun.  Allahu akbar …….

butterfly wings in space

Sumber : NASA

About these ads