Assalaamu’alaikum w.b.t……. Berikut ambe cuba kutip kisah2 dan kata2 nasihat dari Nabi Isa / Yesus a.s  yang terdapat dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam AlGhazali.  Sememangnya kisah berkenaan Nabi Isa a.s amat banyak diceritakan oleh Imam Ghazali di dalam kitab2 besar beliau.  Digabungkan lagi kisah2 di dalam hadith dan AlQuran, sememangnya Nabi Isa a.s merupakan contoh akhlak terpuji yang patut diikuti oleh kita juga.  Dan baginda akan kembali suatu hari nanti untuk menegakkan Tauhid , mematahkan salib-salib dan menghapuskan Dajjal.

Agama yang disebarkan oleh Nabi Isa a.s dulu dipanggil Nasrani berdasarkan kepada nama tempat tinggal Yesus iaitu di Nazareth. Orang2 Arab memanggil tempat itu dengan nama Nasiroh. Maka orang2 yang berasal dari Nasiroh dipanggil Nasrani.  Bermakna agama Nasrani hanya untuk pengikut2 di Nasiroh / Nazareth sahaja. Berbeza dengan Islam yang bermaksud Peace / Sejahtera. Kesejahteraan adalah untuk semua dan bukan kepada sesuatu kaum sahaja.

Nabi Isa melawat 3 golongan pemuda

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS melewati tiga orang yang telah kurus badannya dan berubah warna wajahnya. Lalu ia bertanya kepada ketiga orang itu, “Apakah yang menyebabkan kamu seperti apa yang aku lihat ini ?”

Mereka menjawab, “Takut dari neraka”

Nabi Isa AS berkata, “Menjadi hak atas Allah bahawa Ia mengamankan orang-orang yang takut”.

Kemudian nabi Isa AS melewati dari yang tiga tadi kepada tiga orang yang lain, tiba-tiba dijumpainya mereka lebih kurus dan lebih berubah warna wajahnya. Maka ia bertanya, “apa yang menyebabkan kamu kepada apa yang aku lihat ini ?”

Mereka menjawab, “rindu kepada syurga”.

Nabi Isa AS lalu menjawab, “Menjadi hak atas Allah dengan memberikan kepadamu apa yang kamu harapkan”.

Kemudian nabi Isa AS berlalu dari ketiga orang tadi dan bertemu dengan tiga orang yang lain. Tiba-tiba dijumpainya mereka itu lebih kurus dan berubah warna mukanya. Seakan-akan pada wajah mereka nampak nur (cahaya) . lalu Nabi Isa AS bertanya, “Apa yang menyebabkan kamu seperti apa yang aku lihat ini ?”.

Mereka menjawab, “Kami mencintai Allah Azza wa Jalla”

Nabi Isa AS lalu berkata, “kamu orang muqarrabiin. kamu orang muqarrabiin. kamu orang muqarrabiin (orang yang dekat dengan Allah S.W.T).

Pesan Nabi Isa a.s berkenaan harta

Nabi Isa AS berkata kepada murid-muridnya, “sesungguhnya harta memiliki tiga malapetaka; pertama apabila harta itu diperolehi dengan jalan yang tidak halal, maka muridnya bertanya, “jika ia diperolehi dengan cara yang halal?” Nabi Isa as menjawab, “ia akan di pergunakan di jalan yang tidak halal”, muridnya pun kembali bertanya, “seandainya ia dibelanjakan dengan jalan yang halal?” Nabi Isa pun mengatakan, “menjaga ia (agar tidak tersalurkan di jalan yang haram) akan menyibukkan si pemiliknya dari berzikir kepada Allah SWT.”

Akibat sifat Ujub pada diri sendiri

Dan diriwayatkan pula sesungguhnya ada pencuri pada masa bani Israil, dan ia telah merompak selama empat puluh tahun. Maka datanglah Nabi Isa AS sedangkan di belakang beliau ada pula seorang ahli ibadah di kalangan bani Israel dari golongan hawariyyin, Maka berkatalah pencuri itu dalam hatinya, “Ini adalah Nabi Allah dan di samping beliau ada sahabatnya yang ahli ibadah. Jika aku turun bersama mereka, maka aku menjadi ketiganya dari mereka.

Maka turunlah pencuri tersebut dan hendak menggabungkan diri dengan mendekati sang hawariyyin dengan cara menghina dirinya sendiri dan memuliakan sang hawariyyin dengan berkata pada dirinya sendiri, ‘orang sepertiku tidaklah pantas berjalan berdampingan dengan orang yang ahli ibadah ini’. Dan sang hawariyyin merasa sesuatu dalam dirinya dan ia berkata dalam hatinya, ‘orang jelek ini berjalan di sampingku….

Maka ia merapatkan dirinya dengan Nabi Isa AS dan berjalan di samping Nabi Isa AS sedangkan si pencuri tetap berjalan di belakangnya. Maka Allah Ta’ala memberikan wahyu kepada Nabi Isa AS, “Katakan kepada keduanya agar mereka mengulang semua amal mereka kerana sesungguhnya telah terhapuslah semua amal mereka sebelumnya. Adapun hawariyyin telah terhapuslah amal baiknya disebabkan ia ujub kepada dirinya sendiri. Dan adapun yang satunya lagi, juga telah terhapuslah keburukannya disebabkan ia telah menghinakan dirinya sendiri”. Maka Nabi Isa AS mengkhabarkan kepada keduanya hal akan tersebut dan pencuri itu menggabungkan diri dengan beliau AS dan dijadikan dia sebagai sahabatnya.

Hakikat dunia

Nabi Isa a.s berkata, “Janganlah kamu jadikan dunia sebagai tuhan. Maka dunia akan mengambilmu sebagai hamba. Simpanlah barang simpananmu pada orang yang tidak menyia-nyiakannya. Kerana orang yang memiliki simpanan dunia dikhuatiri akan merbahaya padanya.  Sementara orang yang memiliki simpanan Allah tidak dikhuatirkan bahaya padanya”.

Isa a.s berkata , “Barangsiapa membangunkan sebuah rumah di atas ombak, maka itulah dunia. Janganlah kamu mengambilnya menjadi tempat tinggal”. Dan katanya pula, “Wahai para pengikutku (Hawariyyun) , rela lah dengan dunia yang hina, tetapi agamu selamat, sebagaimana ahli dunia rela dengan agama yang hina, tetapi dunianya selamat”.

Marah kepada dunia

Ada orang yang mengatakan kepada Nabi Isa a.s, “Ajarilah kami suatu ilmu yang akan disayangi kami oleh Allah di atas ilmu itu.” Lalu Isa a.s menjawab, “Marah lah dunia, nescaya kamu akan disayangi oleh Allah Ta’ala”.

Agenda Iblis terhadap umat Nabi Isa a.s

Diriwayatkan bahawa, ketika Nabi Isa bin Maryam a.s dilahirkan, datanglah syaitan2 kepada Iblis. Mereka katakan bahawa berhala2 telah tersungkur kesemuanya.

Jawab Iblis, “Ini tentu ada perkara baru yang terjadi di negerimu. Lantas Iblis terbang ke sebelah barat dan timur dari bumi ini, tetapi tidak mendapati apa2. Akhirnya Iblis bertemu Isa a.s telah lahir dengan dikelilingi oleh para malaikat. Iblis lantas kembali kepada syaitan2 komplotnya dan berkata, “Kelmarin telah dilahirkan seorang nabi. Tidak ada seorang perempuan pun yang hamil atau melahirkan anak yang tidak aku datangi, kecuali orang ini.

Sesudah malam ini, tinggalkan soal penyembahan berhala tetapi datangilah manusia (Bani Adam) dari jurusan sifat tergesa-gesa dan keringanan.

Penutup

Teramat banyak lagi sebenarnya kisah2 dan kata2 nasihat dari Nabi Isa a.s / Yesus yang terkandung dalam kitab Ihya’ Ulumuddin. InsyaAllah nanti akan saya sambungkan lagi jika ada kesempatan. Setakat ini dahulu yang saya dapat berikan. Baca elok2 ya  :)

Bacaan berkaitan:

Petikan kisah-kisah Nabi Isa / Yesus a.s di dalam AlQuran

About these ads