Assalaamu’alaikum w.b.t……. Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf jika tajuk di atas ada menyinggung mana2 pihak. Saya di sini hanya mahu menyampaikan kebenaran, maka terpulang lah kepada anda sendiri mahu menerimanya atau tidak. Kami tidak memaksa :)

Sila rujuk Bible, Surah Matius

10:34 “Jangan kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang.
10:35 Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya,
10:36 dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya.

Menurut Bible, pernyataan di atas disampaikan sendiri melalui Yesus. Ini bermakna, pada asalnya Yesus datang ke bumi untuk membawa pedang dan seterusnya seperti apa yang dinyatakan dalam ayat2 tersebut.

Itu bukannya ayat kiasan, itu ayat yang NYATA / MUHKAM / JELAS.  Bukan MUTASYABIH / SAMAR2. Sudah jelas di situ disebutkan bahawa kedatangan Yesus untuk membawa pedang.  Berlainan sama sekali seperti mana yang dilaung2kan oleh umat Kristian selama ini iaitu Kristian adalah AJARAN KASIH semata.  Itu semua hanya agenda mereka untuk menyebarkan agama mereka. Dan ramai juga antara mereka yang mendapat BANYAK DUIT dengan menyebarkan Kristian.

Sememangnya Yesus akan membawa pedang, tetapi bukan dahulu,  tetapi akan datang insyaAllah. Yesus akan turun kembali ke Bumi ini dan akan berperang melawan Dajjal dan akan membunuhnya dengan PEDANG.

Dan mengapa perlu dikatakan ayat di atas adalah Ayat Kiasan? Sedangkan ianya JELAS dikatakan bahawa dia datang untuk membawa PEDANG.  Maka mengapa ayat2 yang menyebut Tuhan sebagai bapa itu tidak dianggap kiasan? Sedangkan ayat2 begitulah sebenarnya yang berkias. Itu baru logik.

Contoh kiasan ialah seperti kasihnya Tuhan terhadap hambaNya, seperti mana kasihnya seorang ayah terhadap anaknya. Itu baru lah namanya KIASAN.   Tetapi maksud2 yang sebegitulah yang biasanya Kristian guna pakai sebagai ayat NYATA, sehingga sanggup mengatakan ada tuhan bapa dan tuhan anak dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, adalah tidak menghairankan jika Kristian pun mengguna pakai ayat2 tersebut, kerana ajaran Kristian tersebar ke rantau Tanah melayu ini tidak lain ialah melalui PENJAJAHAN / PEPERANGAN.  Seperti mana yang saya tulis dalam

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Maka tak perlu lah saya tulis panjang tentang topik ini. Saya mahu sila saudara2 kristian menjawabnya dengan JUJUR dan BERHEMAH, bukan datang komen seperti anak2 kecil.  Dan bukan dengan menggunakan ayat2 yang tidak bersopan.

Semoga mendapat NUUR / CAHAYA dariNya.  Peace, love and justice for all :)

Bacaan berkaitan:

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

Jesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran

Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

About these ads