Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kisah ‘the Little Mermaid‘ yang betul2 wujud telah berakhir apabila dia telah meninggal dunia pada  usianya 10 tahun. Shiloh Pepin , kanak-kanak istimewa yang telah mengalami kecacatan sejak lahir yang dipanggil sirenomelia (sindrom duyung) telah meninggal di Pusat Perubatan Maine pada Jumaat lepas.

Shiloh Pepin the mermaid girl

Sirenomelia ialah keadaan dari lahir yang amat jarang berlaku, di mana kaki mereka yang mengalaminya bercantum antara satu sama lain. Telah ada beberapa kes yang mana pesakit Sirenomelia yang bertahan hidup diberikan rawatan pembedahan memisahkan kaki mereka. Akan tetapi ianya tidak dapat dilakukan terhadap Shiloh Pepin kerana saluran darah di bahagian kakinya telah bersilang-silang antara satu sama lain.

Akibat dari sindrom ini, Pepin hanya mempunyai sebelah buah pinggang yang berfungsi, tidak ada usus besar, tidak ada alat kemaluan, kerana bahagian kakinya bercantum dari pinggang hinggalah ke bawah.

Sumber –  AP

About these ads