Muslim diberi amaran tentang ideologi yang menyimpang

9 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Berikut adalah petikan terjemahan dari ucapan mufti besar Arab Saudi iaitu Syeikh Abdul Aziz AlSyeikh ketika membaca khutbah di Arafah untuk jemaah-jemaah haji dan makmum pada solat Jumaat lalu.

Mufti besar Arab Saudi iaitu Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh, dalam khutbah di Arafah, memperingatkan umat Islam terhadap ideologi menyeleweng. Dia mendesak Muslim di seluruh dunia untuk mematuhi prinsip-prinsip sejati Islam.

“Masalah yang paling serius komuniti Muslim hadapi akhir-akhir ini ialah penyelewengan ideologi / fahaman. Orang-orang yang menyeleweng telah meninggalkan prinsip-prinsip yang benar dalam Islam dan mengambil keyakinan yang salah. Oleh kerana itu pematuhan terhadap keyakinan yang benar adalah salah satu tugas yang paling penting terhadap seorang muslim, “Al-Asheikh berkata dalam khutbahnya sebelum dia mengimamkan solat Jumaat di masjid Namira.

Al-Asheikh mengutuk operasi keganasan dan bunuh diri secara tegas. “Operasi bunuh diri telah menjadi kutukan wilayah muslim. Lelaki, wanita dan anak-anak yang tidak bersalah terbunuh dan penempatan mereka musnah, “katanya.

Al-Asheikh juga memperingatkan umat Islam untuk tidak menjadi alat di tangan musuh-musuh mereka. “Keganasan adalah cabaran yang paling berbahaya bagi umat Islam dan seluruh dunia hadapi. Ia telah mengambil pelbagai bentuk dan keadaan. Ada orang menggunakannya untuk memajukan kepentingan mereka, “katanya.

“Muslim sepanjang sejarah telah menghadapi pelbagai cabaran dan konspirasi melawannya, tetapi Islam telah keluar sebagai pemenang melawan segala cabaran seperti itu kerana ia adalah agama Allah yang ditubuhkan pada kebenaran dan direka agar sesuai dengan sifat manusia,” kata Al-Asheikh. “Musuh-musuh Islam pada zaman moden tidak berbeza daripada musuh-musuh mereka di masa lalu. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa mereka menukar strategi mereka untuk menyesuaikan dengan perubahan zaman. “

Lagi

Skandal-skandal seks gereja Roman Katolik

1 Komen

Ireland menerbitkan sebuah laporan pada hari Selasa mengatakan pihak berkuasa gereja di Dublin menutupi kes gangguan seksual kanak-kanak sampai pertengahan 1990-an.
.
Berikut ini adalah butiran dari skandal gangguan seksual lainnya yang telah menggoncang Gereja Katolik di seluruh dunia.
.
AMERIKA SYARIKAT – 2002 – Cardinal Bernard Law dari Boston meletakkan jawatan atas tuduhan dia memindahkan pendeta yang mencabul kepada jemaah gereja lain untuk menutupi skandal.
.
- Jun 2002 – Kongres Uskup Katolik US telah mengarahkan untuk menyiasat semua tuduhan gangguan seksual.
.
- Februari 2004 – Penyelidik bebas ditugaskan oleh Kongres Uskup Katolik US mengatakan sejumlah 10,667 menuduh pastor AS melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak dari 1950 hingga 2002. Lebih daripada 17 peratus daripada penuduh mempunyai saudara kandung yang juga dipercayai dianiayai. Antara Penuduh, 47 peratus mengatakan mereka telah dianiayai berkali-kali.
.
- Julai 2007, Keuskupan Agung Los Angeles bersetuju untuk membayar $660 juta kepada 500 mangsa gangguan seksual sejak tahun 1940-an dalam kesepakatan pampasan terbesar dalam jenisnya.
.
- April 2008 Pope Benedict bertemu dengan para mangsa gangguan seksual oleh para pastor selama kunjungannya ke Amerika Syarikat dalam usaha untuk menyembuhkan luka. Gereja AS telah membayar sekitar $2 bilion pada tahun penyelesaian kepada mangsa sejak skandal pertama kali terbongkar pada tahun 1992.
.

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

23 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Pembicaraan tentang Illuminati kita lanjutkan kepada memperkatakan tentang kaitan mereka dengan pemakanan dan kesihatan manusia. Perlulah diketahui bahawa Illuminati cuba untuk mengurangkan populasi penduduk dunia dengan sasaran agar hanya tinggal 4 billion manusia menjelang tahun 2050. Maka mereka akan cuba apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka itu.

Umat islam sekarang banyak kena penyakit kerana dari waktu kita lahir lagi sudah diajar dengan DADAH dan bahan kimia iaitu SUNTIKAN VAKSIN. Orang-orang zaman dahulu tak ada masalah pun tidak diSUNTIK Vaksin, tetapi zaman sekarang kecil-kecil lagi sudah di ajar dengan ubat dadah dan kimia.

Ini semua agenda Illuminati untuk merosakkan manusia-manusia selain dari pihak mereka.

Begitu juga dengan pengambilan pil-pil dan ubat-ubatan moden. Tidak perlu beri contoh lain, ubat antibiotik pun banyak KEBURUKAN nya. Contohnya jika demam kita makan antibiotik, maka ubat itu bukan sahaja membunuh kuman yang tidak elok, tetapi MEMBUNUH kuman-kuman yang menjaga / mengimunisasi tubuh kita.

Memang biasanya cepat sembuh jika menelan antibiotik, tetapi penyakit tidak sempat keluar dari tubuh kita, menyebabkan ianya TERPERAP di dalam badan. Kotoran-kotoran yang terperap itu lah yang menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam badan dan dapat memunculkan berbagai penyakit lain pula kemudian harinya. Maka jika demam, tidak perlulah kita hendak CEPAT SEMBUH, kerana demam ialah proses MEMBUANG TOKSIK / RACUN dari dalam badan. Kerana itu lah keadaan badan kita menjadi tidak seimbang ketika demam.

Dan begitulah dengan pil-pil dan ubat-ubatan moden yang mengandungi DADAH dan BAHAN KIMIA itu, semuanya AGENDA Illuminati. Pihak mereka sendiri tidak makan ubat-ubat ini melainkan makan makanan yang SEGAR dan organik sahaja.

Lagi

Bawang putih dan bawang merah boleh mencegah Selsema Babi?

2 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sememangnya pelbagai penyakit muncul di dunia ini akibat perbuatan manusia-manusia sendiri. Allah S.w.t izin belaka manusia nak buat jahat atau baik, tetapi tunggu sahajalah nasib di akhirat nanti jika kita selalu sangat suka buat jahat. Dan mengikut kajian juga banyak virus yang keluar dari dulu sampai sekarang adalah ciptaan pihak Illuminati kerana mahu memupuskan populasi manusia di dunia. Akan saya jelaskan panjang lebar lagi insyaAllah dalam post akan datang berkenaan Illuminati dan kesihatan manusia insyaAllah.

Sekarang ini kita tumpukan dahulu kepada penyelesaian kepada penyakit Swine Flu / Selsema Babi yang disebabkan oleh Virus H1N1.

Laporan terbaru dari AFP menyebut bahawa askar-askar Moldova disuruh memakan bawang putih dan bawang merah dalam diet harian mereka untuk menghindari Swine Flu (Selsema babi). 24 orang dari 6,500 askar Moldova terkena jangkitan virus H1N1 sejak dua minggu lepas.

“Kami telah memperkenalkan tambahan 25 gram (satu aun) bawang merah dan 15 gram bawang putih dalam catuan sehari-hari mereka, ” ketua doktor kementerian pertahanan, Sergiu Vasilita memberitahu AFP.

Fakta penting: Dianggarkan bahawa setiap tahun antara 250,000 – 500,000 orang meninggal kesan dari flu! Memang benar, jadi ingatlah ini dalam perspektif anda. Apa yang nampaknya lebih mungkin adalah bahawa perhatian tambahan terhadap selsema babi hanya membawa perhatian kepada apa saja tentang bentuk flu/selsema boleh dilakukan.

Lagi

Minuman ringan buah-buahan berperisa arak

19 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Laporan berita dari Harian Metro hari ini mengatakan di pasaran sekarang ada minuman-minuman ringan yang diletakkan 5% alkohol di dalamnya, yang mana kadarnya lebih kurang dengan alkohol yang ada dalam satu tin minuman keras bir. Berikut adalah kandungan berita dari Harian Metro.

Luaran nampak seperti minuman ringan biasa, namun ia sebenarnya minuman berperisa arak yang kini menjadi kegilaan remaja terutama di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Mendedahkan perkembangan membimbangkan itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N V Subbarow, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati minuman itu mengandungi alkohol 5.5 peratus.

Menurutnya, ramuan arak yang ditin dan dibotolkan itu menggunakan pewarna seperti warna oren, epal dan campuran buah tropika bagi menarik perhatian pembeli membelinya dengan harga antara RM5 hingga RM12 sebotol.

“Ibu bapa terutama mereka yang beragama Islam perlu memberi perhatian serius kerana peratusan alkohol dalam minuman ringan ini melebihi kandungan (alkohol) yang terkandung dalam setin ‘beer’ iaitu 5 peratus saja.

“Kajian yang dilakukan CAP mendapati lebih 50 peratus murid dan pelajar sekolah kini menyukai minuman ini. Lebih serius ia mudah didapati di pasar raya mini dan kedai serbaneka.

“Pejabat CAP dihujani panggilan daripada golongan ibu bapa yang risau dengan penjualan minuman ringan itu kerana ada di antaranya mendakwa anak-anak mereka berasa pening lalat selepas meminumnya,” katanya di Balai Berita di sini, semalam.

Selain itu, pihak CAP turut mendapat aduan daripada pihak sekolah yang mengatakan segelintir murid dan pelajar membawa minuman ini ke sekolah untuk tujuan mengadakan jamuan hari jadi.

Lagi

Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers