Rabun malam adalah satu keadaan di mana penghidapnya rabun semasa matahari terbenam. Ianya adalah ketidakupayaan seseorang untuk melihat pada waktu malam dan apabila dalam cahaya yang malap.
.
Sebenarnya rabun malam merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin A dalam makanan yang menyebabkan sel mata yang kering dan menghadkan keupayaan untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya.
.
Kesan sampingan yang lain termasuk kulit menjadi kasar dan bersisik di tangan dan kaki.
.
Pembentukan gigi dan pertumbuhan badan juga mendapat gangguan dan dalam beberapa kes kornea sangat kering dan legap dan membawa kepada buta.

Rabun malam pada ibu hamil juga adalah gejala kekurangan vitamin A.

.

Kaedah mengatasi rabun malam

Suplemen pil vitamin A dalam masa kehamilan, dapat menurunkan angka kematian ibu dan bayi, insyaAllah. Sebuah kajian tentang kesihatan ibu di bahagian selatan Nepal menemui bahawa vitamin A dos rendah atau beta-carotene tambahan dan bahan pangan yang banyak mengandungi vitamin A dapat menurunkan peratus kematian ibu rata-rata 44%.
.
Mereka yang menghidapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam, hati, mentega, buah-buahan, lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A. Amalkan setiap hari Insya-Allah anda dapat mengatasi masalah ini.
.

Sumber

1 – CyBerita
2 – kesrepro.info
3 – elitehealthfood.com

About these ads