Mengejar kemajuan kebendaan semata adalah antara agenda Illuminati

27 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Adakah anda tergolong dalam golongan yang masih bercita-cita untuk memakai kereta besar, rumah besar, kolam mandi besar, garaj kereta besar, handphone besar, bini besar? Maka jika segala-galanya besar dalam cita-cita anda, sila tekan brek dulu agar tidak terlajak dan tidak juga terkebelakang sangat, maka INSAF (yang terbahagi di tengah-tengah) itu adalah lebih baik.

Perhatikan terlebih dahulu ayat dari firman Allah ini yang bermaksud, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu.” Surah Al Hadiid : Ayat 20

Dari ayat itu sahaja kita sudah nampak betapa Allah memberitahu yang dunia ini hanya tempat manusia bermain-main, berfoya-foya, bersuka-ria , berhibur dan sememangnya melalaikan. Begitu juga manusia bermegah-megah dan bermewah-mewah dengan harta dan ramainya anak-pinak. Itu membuktikan sifat menunjuk-nunjuk itu tidak lekang dari diri manusia yang tidak sedar-sedar diri ini.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada kereta Mitsubishi Evolution

Katakan anda mempunyai sebuah kereta Mitsubishi EVO dan anda suka bergaya, menunjuk-nunjuk dan bermegah dengannya, maka tahukah anda siapa pembuat kereta tersebut? Ya , sudah tentu syarikat Mitsubishi. Dan ketahuilah, syarikat Mitsubishi adalah sebuah syarikat milik Illuminati. Dan Illuminati adalah pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat kereta besar dunia adalah milik Illuminati termasuk lah lagi Ford, Bentley, Dodge, Chrysler, Aston Martin, Porsche, Ferrarri, Peugeot, Toyota, Land Rover, Gulf, Alfa Romeo, Lamborghini dan berbagai lagi.

Yang menyedihkan, ada juga golongan alim-ulamak yang seperti menggalakkan memakai kereta besar, dengan alasan Nabi Muhammad S.a.w dulu ketika baginda mahu pergi berperang, beliau memilih kuda yang perkasa dan cantik. Itu bertujuan untuk menggerunkan pihak musuh.

Lagi

Nabi Musa a.s berperang dan membunuh orang-orang musyrik

5 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Selalu kita dengar tuduhan-tuduhan dari umat Kristian bahawa “Nabi Muhammad S.a.w adalah seorang PEMBUNUH, maka dia bukanlah seorang nabi”. Mereka membandingkan dengan idola mereka iaitu Yesus kristus yang TIDAK PERNAH membunuh manusia. Sedangkan mereka lupa sesuatu iaitu Nabi Musa a.s dulu juga pernah berperang dan MEMBUNUH orang-orang musyrik.

Maka adakah mereka mahu mengatakan Nabi Musa a.s itu seorang PEMBUNUH?  Sudah tentu mereka tidak berani kerana Nabi Musa a.s adalah nabi yang dikurniakan kitab Taurat yang diguna pakai oleh mereka juga di dalam AlKitab. Maka mengapa jika Nabi Muhammad S.a.w berperang melawan musyrik maka mereka sewenang-wenangnya menuduh Muhammad sebagai PEMBUNUH?

Sedangkan apa yang Nabi Muhammad S.a.w lakukan adalah sama seperti Nabi Musa a.s lakukan.  Maka jika Muhammad kamu boleh katakan dia seorang PEMBUNUH, mengapa kamu tidak mengatakan Nabi Musa a.s pun seorang PEMBUNUH?  Jika kamu menuduh Muhammad S.a.w adalah PEMBUNUH, itu sama seperti kamu menuduh Nabi Musa a.s juga PEMBUNUH.  Dan mengapa kamu masih mengguna pakai Taurat (yang ada sekarang ini bukan lagi kandungan asal)? Tidakkah kamu merasa malu kerana memakai Taurat di dalam Perjanjian Lama dan memasukkannya ke dalam AlKitab dan menamakannya sebuah kitab suci?

Lagi pun Muhammad S.a.w dan umat Islam bukannya memulakan PEPERANGAN, bukannya memulakan MENYERANG sesiapa, tetapi perintah berperang adalah datangnya dari Allah S.w.t setelah umat Islam diseksa, dibunuh dengan kejam dan yang penting untuk membasmi PENYEMBAHAN berhala dari muka bumi ini. Dan mereka juga berjuang di tanahair sendiri menuntut keadilan, bukannya berangkat menyerang negara atau tempat lain. Nabi Muhammad dan umatnya memerangi orang-orang MUSYRIK sama seperti Nabi Musa a.s dan umatnya memerangi MUSYRIK dahulu.

Lagi

Antara mukjizat Nabi Muhammad S.a.w – Bahagian 3

18 Komen

Mukjizat sebelum menjadi RASUL

- Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.

- Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

- Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.

- Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”

Lagi

Percanggahan-percanggahan NYATA di dalam BIBLE / AlKITAB

397 Komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bible atau AlKITAB sememangnya terkenal dengan percanggahan-percanggahan yang terNYATA JELAS dan BANYAK. Amat berbeza sekali dengan hujjah-hujjah yang mereka bawa kononnya ayat-ayat AlQuran juga ada percanggahan. Setelah dibincangkan maka terNYATA itu bukan percanggahan tetapi hanya pentafsiran meleset manusia-manusia yang TERDESAK.

Jika anda tidak percaya, maka sila bawakan percanggahan-percanggahan yang kamu rasa ada dalam AlQuran dan mari kita bincangkan secara teliti dan ilmiah, bukan datang menuduh tanpa BUKTI dan terlalu mengikut EMOSI.  Terima lah KEBENARAN walaupun ianya pahit untuk ditelan.  Tulisan saya bukan untuk menghina sesiapa, tetapi kerana perasaan tanggungjawab dan kasihan-belas saya untuk menyedarkan anda semua dari tipu-helah kerajaan ROME dan Yahudi yang telah menyeleweng dari ajaran asal dahulu kala yang hanya gilakan kuasa di dunia sampai ke hari ini.  Mereka itulah satu puak yang dinamakan Illuminati.

Semoga kamu beroleh PETUNJUK dari ALLAH S.w.t dan kembali kepada FITRAH.  Jika kamu sudah kembali kepada FITRAH dan menjadi ISLAM (menyerah diri sepenuhnya kepada ALLAH) maka kamu ibarat KAIN PUTIH yang masih belum tercatat DOSA, sedangkan KEBAIKAN-KEBAIKAN kamu selama ini di dunia sudah dikira oleh TUHAN Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sungguh BERUNTUNG lah orang-orang itu, subhanallah.

Percanggahan-percanggahan dalam AlKitab / Bible

1 – Yesus mesti merasai sengsara , kemudian bangkit dari mati TIADA disebut dalam Perjanjian Lama sedangkan Lukas mengatakan “Adalah tersurat bahwa Kristus wajib merasai sengsara, kemudian bangkit pula dari antara orang mati pada hari yang ketiga;”

Lagi

42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman

5 Komen

42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya’allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa

1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Ertinya:

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan

Lagi

Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers