Assalaamu’alaikum w.b.t……. Berikut saya kutip dari beberapa tuduhan yang telah dibuat oleh saudara Josua terhadap AlQuran yang mulia dalam posting yang bertajuk Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzina dalam AlQuran . Saya bahagi-bahagikan tuduhannya satu – persatu dengan diselangi dengan jawapan saya terhadapnya.

TUDUHAN PERTAMA

ini adalah percanggahan dalam Al-Quran.
1. Tentang zina
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” (QS. 17 Al Israa -perjalanan malam hari- 32)
“Perempuan perempuan yang berzina dan laki laki yang berzina deralah masing masing seratus kali. Dan janganlah kamu belas kasihan kepada keduanya….” (QS. 24 An Nuur -cahaya- 2)
Laki laki yang berzina tidak nikah melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak menikahinya melainkan laki laki yang berzina atau laki laki yang musyrik. Dan demikian diharamkan atas orang orang mukmin. (QS. 24 An Nuur-cahaya- 3)
bertentangan dengan:-
Dan orang orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri isteri mereka atau budak budak yang mereka miliki sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela” (QS. 23 Al Mukminun – orang yang beriman- 5,6)
Dan orang orang yang memlihara kemaluannya kecuali terhadap isteri isteri mereka dan budak budak yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela” (QS. 70 Al Ma’ariij -tempat naik- 29-30)
” … Kawinilah wanita wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, jika kemudian kamu tidak dapat berlaku adil, maka kawinilah seorang saja, atau budak budak yang mereka miliki.” (QS. 4 An Nisaa -wanita- 3)
“Kamu boleh mengganti siapa saja yang kamu kehendaki, juga boleh menggauli perempuan yang telah kamu cerai, maka tidak ada dosa bagimu.” (QS. 33 Al Ahzaab -golongan yang bersekutu- 51)

JAWAPAN

Tentang ZINA, mana PERTENTANGANNYA??

Tidak ada pertentangan wahai saudara, itu semua adalah bahagian2 HUKUM. Maka cuba beritahu apa pertentangannya??
Tentang ayat “Kamu boleh mengganti siapa saja yang kamu kehendaki, juga boleh menggauli perempuan yang telah kamu cerai, maka tidak ada dosa bagimu.” (QS. 33 Al Ahzaab -golongan yang bersekutu- 51)
Ayat sebenarnya berbunyi begini

“Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendampingi sesiapa yang engkau kehendaki, dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagi mu melakukannya ……. ” Surah Al Ahzaab : Ayat 51

Maksud sebenar  “mereka yang telah engkau jauhi itu” bukan BERCERAI seperti mana orang2 BERCERAI KAHWIN sekarang ini

Jauhi di situ iaitu nabi tinggalkan / jauhkan dari tempat tidur.  Ia berkenaan dengan kejadian masa itu dimana ada isteri2 nabi Muhammad S.a.w cemburu dan meminta tambahan BELANJA

Maka Nabi Muhammad telah meninggalkan mereka sehingga sebulan. Oleh kerana isteri2 nabi takut diceraikan oleh nabi, maka mereka pergi memujuk nabi

Selepas itu turunlah ayat itu yang MEMBERI KEIZINAN kepada nabi Muhammad untuk menggauli mana2 isteri-isterinya itu

Itu bukan perkataan CERAI seperti mana TALAQ dalam kahwin seperti sekarang ini

Kisah itu merujuk kepada kisah Nabi Muhammad S.a.w dengan isteri2nya

Perkataan ‘‘azalta’ / عَزَلۡتَ di dalam ayat itu bermakna ‘ yang kamu jauhi / tinggalkan

Dalam Englishnya set aside BUKANNYA divorce

Sedangkan CERAI bagi kahwin dalam bahasa arab bermakna ‘Talaq’

SEBAB itu lah mesti FAHAM BAHASA ARAB dengan betul dulu baru boleh terjemah ayat AlQuran dengan baik

.

TUDUHAN KEDUA

2. tentang kadar hari Tuhan
Para Malaikat dan ruh-ruh menghadap kepada Tuhan dalam sehari kadarnya 50 ribu tahun. (QS. 70 Al Ma’arij – tempat naik- 4)
Bertentangan dengan:
“Dan mereka meminta kepadamu disegerakan azab, dan Allah sekali kali tidak menyalahi janjiNya. Dan sesungguhnya satu hari disisi Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun dari apa yang kamu hitung.” (QS. 22 Al Hajj – haji- 47)
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian naik lagi kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun. (QS. 32 As Sajdah -sujud- 5)

JAWAPAN

Tentang KADAR HARI

Saya telah jawab soalan ini TAHUN LEPAS dah hehe

.

TUDUHAN KETIGA

3: Tentang membunuh
“. Bunuhlah dirimu!Hal itu lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu,maka Tuhan akan menerima taubat.” (QS. 2 Al Baqarah -sapi betina- 54)
Bertentangan dengan:
“…. Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang kepadamu.” (QS 4 An Nisaa – wanita – 29)

JAWAPAN

Tentang MEMBUNUH, di bawah ini ayat penuhnya

“Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana kamu telah menjadikan anak lembu (sebagai sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu, maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. ” Surah Al baqarah : Ayat 54

Ayat itu menerangkan kata-kata Nabi Musa terhadap umatnya yang telah MEMBUAT PATUNG LEMBU dan menyembahnya. Sila rujuk kitab-kitab Tafsir

“Bunuhlah dirimu “ di situ adalah Nabi Musa menyuruh kaumnya mengHUKUM BUNUH manusia-manusia yang telah SYIRIK itu, jika sekiranya mereka tidak mahu KEMURKAAN yang lebih besar dari ALLAH.

Maka orang2 BERIMAN mengHUKUM bunuh terhadap orang2 MUSYRIK itu.

Ianya sama jika Nabi Musa sendiri membunuh mereka, kerana kamu semua pun tahu Nabi Musa a.s berperang membunuh orang2 MUSYRIK dan KAFIR

.

TUDUHAN KEEMPAT

4.Tidak ada paksaan dalam Islam
“Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)”. (QS. 2 Al Baqarah-sapi betina- 256)
Bertentangan dengan:
“Maka hendaklah berperang di jalan Allah orang orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat ….” (QS. 4 An Nisaa -wanita- 74)
“Orang orang beriman berperanglah di jalan Allah dan orang orang kafir berperanglah di jalan thoghut (setan), Sebab itu perangilah pengikut pengikut setan…..” (QS. 4 An Nisaa -wanita- 76)
Maka perangilah di jalan Allah, tidaklah engkau dibebani melainkan kewajiban atas dirimu sendiri. (QS. 4 An Nisaa -wanita- 54)
” ….. Maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka dimana saja kamu dapati.: (QS. 4 An Nisaa -wanita- 91)

JAWAPAN

Ya confirm, TIDAK ADA PAKSAAN dalam Islam.

Sila perhati Surah AnNisaa’ itu baik2

“Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperolehi kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar.


Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdo’a: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau”. ” Surah An Nisaa’ : Ayat 74 – 75

Perintah perang TURUN ketika itu di MEKAH kerana umat Islam telah dizalimi, dianiayai, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh PEMIMPIN2 dan MUSYRIKIN2 Mekah. Saya telah berpuluh kali menerangkan perkara ini dalam Blog ini, bahawa umat Islam bertindak MEMPERTAHANKAN DIRI pada ketika itu setelah TURUN perintah ALLAH

Islam bukan seperti penjajah2 dulu kala yang MENYEBARkan KRISTIAN dengan menakluki tanah2 orang lain tanpa belas kasihan, merampas tanah orang lain dan memaksa orang peluk agama Kristian. Itu HAKIKAT sejarah dulu

Tetapi umat Islam di mekah itu hanya bertindak setelah DISERANG terlebih dahulu

Kerana INGAT, Nabi Muhammad telah berpesan kemudiannya kepada kita semua yang BERMAKSUD , “Wahai manusia! Jangan kamu bercita-cita bertembung dengan musuh, mintalah daripada Allah keselamatan. Namun jika kamu bertembung dengan mereka juga, kamu hendaklah sabar (tetap jangan berganjak).”


Maka selagi tidak diserang, Islam melarang umatnya MENYERANG orang lain. Mudah sahaja untuk memahaminya tu :)

“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawanlah dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorang pun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong,

kecuali orang-orang yang meminta perlindungan kepada sesuatu kaum,yang antara kamu dan kaum itu telah ada perjanjian (damai) atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa keberatan untuk memerangi kamu dan memerangi kaumnya. Kalau Allah menghendaki, tentu Dia memberi kekuasaan kepada mereka terhadap kamu, lalu pastilah mereka memerangimu. Tetapi jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangi kamu serta mengemukakan perdamaian kepadamu maka Allah tidak memberi jalan bagimu (untuk melawan dan membunuh) mereka.

Kelak kamu akan dapati (golongan-golongan) yang lain, yang bermaksud supaya mereka aman daripada kamu dan aman (pula) dari kaumnya. Setiap mereka diajak kembali kepada fitnah (syirik), merekapun terjun ke dalamnya. Kerana itu jika mereka tidak membiarkan kamu dan (tidak) mahu mengemukakan perdamaian kepadamu, serta (tidak) menahan tangan mereka (dari memerangimu), maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemui mereka, dan mereka lah orang-orang yang kami berikan kepadamu alasan yang nyata (untuk menawan dan membunuh) mereka. ” Surah An Nisaa’: Ayat 89 – 91

Semua di atas adalah peristiwa PEPERANGAN Umat Islam melawan Musyrikin Mekah. Kaitannya sama seperti yang saya telah berikan di atas

Dan lihatlah selepas ISLAM menang dan menjadi pemerintah di sana, Nabi Muhammad TIDAK PERNAH memaksa semua orang PELUK ISLAM

Bahkan memberi peluang kepada mereka beribadah cara mereka, mereka TIDAK DIZALIMI sedikit pun

Orang2 Yahudi, Nasrani, masih ada di situ, bahkan pernah perbicaraan dalam MAHKAMAH tentang kes seorang YAHUDI dan Islam, maka orang YAHUDI itu yang menang kes, kerana orang Islam tadi tidak CUKUP BUKTI

Maka di mana PAKSAAN dalam Islam??

Berperang itu bukan PAKSAAN, tetapi PERINTAH yang turun dari ALLAH untuk membela diri dan menghapuskan berhala2 setelah umat ISLAM sendiri diseksa dan dibunuh oleh MUSYRIKIN2 itu.

Mahu tahu PAKSAAN? Paksaan adalah seperti PENJAJAH2 dahulu kala datang menjajah MALAYSIA dan menyebarkan Kristian. Maka itu lah PAKSAAN yang NYATA dan JELAS dalam SEJARAH.

Datang ke tanah orang , paksa orang, bukan mereka membela tanah mereka sendiri. Adakah MAlaysia dan Indonesia ni tanah asal tempat tinggal Portugis , Belanda dan British??

.

TUDUHAN KELIMA

5.Tentang pembunuhan Isa
Isa tidak dibunuh melainkan diangkat (QS. 4 An Nisaa -wanita- 157-158)
Bertentangan dengan:
Isa lahir, telah wafat, dan bangkit hidup kembali (QS. 19 Maryam 33)

JAWAPAN

Tentang PEMBUNUHAN ISA

Sila baca dengan teliti ayat2 Suci AlQuran ini

“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali (hari kiamat). Surah Maryam : Ayat 33

Ayat itu BUKAN menerangkan tentang Isa a.s BANGKIT KEMBALI di dunia ini, tetapi ianya menerangkan secara UMUM kehidupan seorang manusia iaitu manusia LAHIR, MENINGGAL dan kemudian BANGKIT di HARI KIAMAT

Maknanya KEHIDUPAN ISA / YESUS sentiasa SEJAHTERA di dunia dan akhirat. Allah sentiasa memberi kesejahteraan kepadanya dan membantunya dari orang2 yang ingin membunuhnya.

Buktinya??? Sila baca ayat2 sambungannya

Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya.

Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka hanya berkata kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia.

Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah Dia oleh kamu sekalian. Ini adalah jalan yang lurus.

Maka berselisihlah golongan-golongan (yang ada) di antara mereka. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir pada waktu menyaksikan hari yang besar.

Alangkah terangnya pendengaran mereka dan alangkah tajamnya penglihatan mereka pada hari mereka datang kepada Kami. Tetapi orang-orang yang zalim pada hari ini (di dunia) berada dalam kesesatan yang nyata.

Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara telah diputus. Dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman.” Surah Maryam : Ayat 34 – 39

Lihat ayat yang menyebut peringatan tentang hari penyesalan, Itulah HARI KIAMAT.


Maka penceritaan di atas adalah secara umum bagi kehidupan di DUNIA dan AKHIRAT, tidak ada kaitan dengan Isa bangkit dari KUBUR selepas disalib. Nahi he

.

TUDUHAN KEENAM

6.Orang Kristian kafir
Orang kristen kafir; karena berkata: “Allah mempunyai anak.”…. (QS. 2 Al Baqarah -sapi betina- 116)
Bertentangan dengan:
Orang Kristen di atas orang kafir sampai hari kiamat (QS. 3 Ali Imraan -keluarga Imraan- 55)

JAWAPAN

6 – Orang kristian KAFIR

Hehe, ayat AlQuran itu bukan menyebut orang Kristian di atas orang KAFIR wahai Josua. Sila baca ayat sebenarnya di bawah

“(Ingatlah), ketika Allah berfirman: “Hai ‘Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Aku lah kembalimu, lalu Aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya”. ” Surah Aali Imraan : Ayat 55

Orang2 yang mengikuti Yesus ialah orang2 yang BETUL2 mengikuti ajarannya, seperti beberapa golongan umat Nasrani pada awal ajarannya dulu dan juga golongan Hawariyyun

Kamu sekarang ini bukan mengikut Yesus, kamu UCAP dengan mulut sahaja kamu ikut Yesus, tetapi HAKIKATnya banyak ajaran dalam Kristian sekarang ini ialah AJARAN PAULUS

Masih tidak nampak bahawa PAULUS itu seorang yang pandai BERPURA-PURA ya? Masih tidak nampak lagi dia seorang yang pandai MENYUSUN kata2 kerana dia belajar FALSAFAH YUNANI / Greek kuno??

Dan dikuatkan hujjah bahawa umat Kristian sekarang telah JAUH menyimpang dari ajaran Yesus kerana Yesus mengajar agar menTAUHIDkan ALLAH, Tuhan itu Esa. Tetapi umat Kristian mengikut Paulus, iaitu Allah Trinity, 3 dalam 1

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”, padahal Al-Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.

Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. “ Surah Al Maa’idah : Ayat 72 – 73

…….

“Katakanlah, “Hai Ahli kitab, apakah kamu memandang kami salah, hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, sedang kebanyakan di antara kamu benar-benar orang yang fasik?” Surah Al Maa;idah : Ayat 59

TUDUHAN KETUJUH

7.Tentang anak Nuh
Anak Nuh, berenang ke gunung waktu air bah dan tenggelam ….” (QS. 11 Huud 42-43)
Bertentangan dengan:
Nuh berdoa, doanya berkenan kepada Allah, maka diselamatkan beserta keluarganya. (QS. 21 Al Anbiyaa -nabi nabi- 76)

JAWAPAN

7 – Tentang anak NUH

“Dan bahtera itu belayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya, sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir”.


Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Nuh berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan,” Surah Huud : Ayat 42 – 43

Perhatikan baik2 ayat di atas, Dan Nuh memanggil anaknya , BUKAN disebut Dan Nuh memanggil anak-anaknya


ANAKNYA di situ bermaksud SEORANG sahaja, bukannya RAMAI

Sebagaimana kita ketahui, anak nabi Nuh bukan hanya seorang. Ayat di atas menunjukkan Nabi Nuh MENYERU anaknya yang KAFIR iaitu Qan’aan


Sedangkan anak2 Nabi Nuh yang beriman ialah Sam, Ham, dan Jafits.

Dan ayat Surah Al Anbiyaa’ itu bermaksud seperti di bawah

“Dan (ingatlah kisah)Nuh, sebelum itu ketika ia berdo’a, dan Kami memperkenankan do’anya, lalu Kami selamatkan dia beserta pengikutnya dari bencana yang besar.” Surah Al Anbiyaa’ Ayat 76

Di situ bukan disebut KELUARGANYA, tetapi PENGIKUT2 nya. Walaupun begitu, pengikut2 nya termasuklah anak2nya yang BERIMAN iaitu Sam, Ham, dan Jafits.

Tetapi “AHLAHU” di situ jika menurut pengertian bahasa mempunyai perkataan seerti juga. Ia bermaksud juga “AHLI KELUARGANYA”, tetapi pengertian di situ ialah ” AHLI PENGIKUTNYA”

.

TUDUHAN KELAPAN

8.Orang dapat diselamatkan dari neraka
Orang dapat diselamatkan dari neraka…. (QS. 19 Maryam 72)
Bertentangan dengan:
Orang kafir penghuni neraka kekal di dalamnya. (QS. 2 Al Baqarah -sapi betina-:39)

JAWAPAN

8 – Orang dapat diselamatkan dari neraka

“Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.” Surah Maryam : Ayat 72

Sila baca elok2 ayat di atas, Allah menyelamatkan orang2 bertaqwa, tetapi orang2 ZALIM dibiarkan dalam neraka

Orang2 bertaqwa yang DIHUKUM itu BUKANNYA orang2 KAFIR, atau MUSYRIK, tetapi adalah manusia2 yang DOSA nya lebih BANYAK dari PAHALA nya ketika di dunia. TETAPI, imannya tetap “Tiada Tuhan MElainkan ALLAH”

Maka jika DOSA lebih banyak dari PAHALA, maka akan diseksa dahulu di dalam NERAKA, sehinggalah semua DOSA nya terampun insyaAllah

“Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Surah Al baqarah : Ayat 39

Ini berlainan dengan orang2 KAFIR termasuklah yang MENDUSTAKAN ayat2 AlQuran. Maka kerana kesombongan MEREKA di dunia ini TIDAK MAHU MENERIMA KEBENARAN, maka hukumannya adalah KEKAL di dalam neraka


Soal SYURGA dan NERAKA adalah HAK ALLAH, tiada siapa yang dapat MENGHALANG. Cuba lah kamu BERKUMPUL seluruh MAKHLUK sekali pun, nescaya TIADA SIAPA yang dapat MELAWAN KUASA ALLAH

Maka hentikanlah MENYEMBAH MAKHLUK, hentikanlah mengatakan Yesus itu TUHAN, kerana “TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH”!!

Marilah menuju KEJAYAAN di akhirat, semoga kamu beroleh PETUNJUK dan mendapat CAHAYA ISLAM. Itu untuk KESENANGAN hidup kamu di akhirat nanti juga. Saya hanya menjalankan TUGAS saya dan simpati pada kamu wahai Kristian. Sedarlah

.

TUDUHAN KESEMBILAN

9.Tentang minuman keras
Minum khamar dan minuman keras atau arak adalah dosa besar (QS. 2Al Baqarah -sapi betina- 219)
Bertentangan dengan:
Di syurga akan diberi minum khamar dan arak secukup-cukupnya, (QS. 83 Al Muthafifiin -orang yang curang-: 25)

JAWAPAN

9.Tentang minuman keras

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfa’at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa’atnya”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan”. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,” Surah Al baqarah : Ayat 219

Memang, HUKUM di dunia ini arak adalah HARAM kerana ia memabukkan dan banyak MENDATANGKAN KEBURUKAN dari KEBAIKAN

Itu adalah HUKUM di dunia, di syurga nanti apa lagi guna HUKUM?? Di syurga adalah tempat PEMBALASAN di atas semua HUKUM di dunia ini. Maka di sana tiada HUKUM lagi


Lagi pun, SAKIT, CEDERA, PERGADUHAN, BERAK, KENCING, KENA KERJA untuk dapatkan duit dan sebagainya SUDAH TIDAK ADA di syurga. Syurga adalah tempat bersenang-lenang sebagai BALASAN perbuatan baik dan IMAN yang SEMPURNA terhadap ALLAH di dunia ini

Syurga adalah tempat BALASAN yang menunjukan MAHA Pengasihnya ALLAH terhadap HAMBA-HAMBAnya yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH

“Mereka minum dari khamar murni yang dilak (tempatnya),” Surah Al Muthoffifiin : Ayat 25

Dan ayat di atas menunjukkan KHAMAR yang MURNI. Kamu sudah minum air itu?? Kamu tahu ia MABUK atau TIDAK??

Maka di mana percanggahannya?? Khamar murni itu bukan untuk penghuni BUMI ini, tetapi di SYURGA

Keindahan di SYURGA TIDAK DAPAT DIBAYANGKAN

Jika kamu melihat sesuatu yang PALING indah di dunia ini, itu seperti SAMPAH sahaja di SYURGA <– kiasan

Jika kamu melihat seorang wanita YANG PALING CANTIK dalam dunia sekarang ini, tetapi jika dibandingkan dengan bidadari-bidadari dan wanita-wanita syurga nanti, maka wanita dunia tadi adalah yang PALING HODOH sekali. Menunjukkan betapa cantiknya BIDADARI dan WANITA2 syurga

.

TUDUHAN KESEPULUH

10. Al-Quran itu bukanlah perkataan setan
Al-Quran itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk…. (QS. 81 At Takwiir -menggulung- :25)
Bertentangan dengan:
Jin jin berkata -di dalam Al-Quran Surah Jin.. (QS 72 Al Jin 14)

JAWAPAN

10. Al-Quran itu bukanlah perkataan setan

“Dan Al-Qur’an itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk,” Surah At Takwiir : Ayat 25

AlQuran adalah FIRMAN ALLAH 100% , dan ALLAH menceritakan dalam pelbagai konteks ayat. Sama dengan Allah menceritakan apa yang disebut oleh Isa .a.s . Allah juga menceritakan apa yang disebut oleh FIRAUN. Dan macam2 lagi

Sama lah dengan Allah menceritakan kepada Muhammad tentang apa yang disebut oleh Jin2 itu

Sila lihat ayat Surah Al Jin itu

“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. ” Surah Al jin : Ayat 14

Lagi pun jin2 yang berkata2 itu ialah jin-jin yang sudah BERIMAN dengan ALLAH dan menerima ajaran Muhammad.

Cuba kamu buka AlKitab kamu ini

Matius 4:1 Kemudian daripada itu, lalu Yesus dibawa oleh Roh masuk ke padang belantara supaya dicobai oleh Iblis.

4:2 Setelah sudah Ia puasa empat puluh hari empat puluh malam lamanya, kemudian laparlah Ia.

4:3 Maka datanglah pencoba itu serta berkata kepada-Nya, “Jikalau Engkau Anak Allah, suruhkanlah segala batu ini menjadi roti.”

4:4 Tetapi jawab-Nya serta berkata, “Telah tersurat: Bahwa bukannya dengan roti sahaja manusia akan hidup, melainkan dengan tiap-tiap firman yang keluar daripada mulut Allah.”

4:5 Kemudian daripada itu Iblis itu pun membawa Yesus ke negeri suci, lalu ditaruhnya Dia di atas bubungan Bait Allah,

4:6 serta berkata kepada-Nya, “Jikalau Engkau Anak Allah, jatuhkanlah diri Engkau ke bawah, karena telah tersurat: Bahwa Ia akan berfirman kepada segala malaekat-Nya dari hal-Mu, maka mereka itu akan menatang Engkau di tangannya, supaya jangan terantuk kaki-Mu pada batu.”

Nampak di situ Iblis berkata2 dalam AlKitab??

“Jikalau Engkau Anak Allah, suruhkanlah segala batu ini menjadi roti.”


“Jikalau Engkau Anak Allah, jatuhkanlah diri Engkau ke bawah, karena telah tersurat: Bahwa Ia akan berfirman kepada segala malaekat-Nya dari hal-Mu, maka mereka itu akan menatang Engkau di tangannya, supaya jangan terantuk kaki-Mu pada batu.”

Jelas ayat2 di atas adalah DIALOG2 yang disebut oleh IBLIS terhadap YESUS

Maka adakah kamu Josua mahu MENGATAKAN bahawa AlKitab itu ayat Iblis??

Hehe Josua Josua, adakah kamu terlalu terdesak sehingga terpaksa mencari bahan2 dari Ali Sina yang langsung TIDAK MASUK AKAL seperti ini?

Kembalilah kepada FITRAh, insaflah dan sedarlah wahai saudara2 Kristian :)

.

Bacaan berkaitan:

Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

Pendedahan bekas Paderi Kristian & Mubaligh Hindu

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Berhati-hatilah terhadap pendakyah Kristian yang memutar belit maksud AlQuran dan Al Hadith

Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Paulus menggunakan perkataan ‘bodoh’ sedangkan Bible sendiri melarang menyebut bodoh

Bible menyebut bahawa Yesus datang bukan untuk membawa damai tetapi pedang

Kita semua akan mati dan dibangkitkan dari mati di akhirat kelak, maka adakah kita ini Tuhan?

Kristian agama rasis sedangkan Islam agama universal

Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzina dalam AlQuran

Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala

About these ads