Assalaamu’alaikum w.b.t……. Ada banyak video banjir di Youtube tetapi yang ini rasanya patut ditonton oleh semua orang kerana kelajuan airnya jauh lebih dasyat dari banjir yang melanda di Malaysia. Biasanya banjir di Malaysia kita ini hanya tenggelam kereta dan motor, tetapi tidak sampai kelajuan airnya begitu deras hingga dapat menghanyutkan pelbagai kenderaan berat termasuk van , jeep dan kenderaan-kenderaan besar lain, subhanallah.

Sememangnya kebelakangan ini kejadian banjir asyik melanda Mekah , sedangkan dulunya kawasan padang pasir ini jauh sekali untuk disinggahi banjir. Ini semua ada hikmahnya dan menjadi pelajaran bagi mereka-mereka yang mahu berfikir.  Dengan kedatangan banjir ini juga merupakan penyebab kepada tanah arab yang tandus ini insyaAllah akan kembali menjadi subur, ditumbuhi padang rumput dan muncul sungai-sungai.

“Tidak akan datang hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” Hadith Riwayat Ahmad

”Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” Surah Al-A’raaf : Ayat 96

”Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang rugi. Dan apakah belum jelas bagi orang-orang yang mempusakai suatu negeri sesudah (lenyap) penduduknya, bahawa kalau Kami menghendaki tentu Kami azab mereka kerana dosa-dosanya; dan Kami kunci mati hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (pelajaran lagi)?” Surah Al-A’raaf : Ayat 97-100

About these ads