Assalaamu’alaikum w.b.t……. Adakah anda tergolong dalam golongan yang masih bercita-cita untuk memakai kereta besar, rumah besar, kolam mandi besar, garaj kereta besar, handphone besar, bini besar? Maka jika segala-galanya besar dalam cita-cita anda, sila tekan brek dulu agar tidak terlajak dan tidak juga terkebelakang sangat, maka INSAF (yang terbahagi di tengah-tengah) itu adalah lebih baik.
Perhatikan terlebih dahulu ayat dari firman Allah ini yang bermaksud, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu.” Surah Al Hadiid : Ayat 20
Dari ayat itu sahaja kita sudah nampak betapa Allah memberitahu yang dunia ini hanya tempat manusia bermain-main, berfoya-foya, bersuka-ria , berhibur dan sememangnya melalaikan. Begitu juga manusia bermegah-megah dan bermewah-mewah dengan harta dan ramainya anak-pinak. Itu membuktikan sifat menunjuk-nunjuk itu tidak lekang dari diri manusia yang tidak sedar-sedar diri ini.
Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada kereta Mitsubishi Evolution
Katakan anda mempunyai sebuah kereta Mitsubishi EVO dan anda suka bergaya, menunjuk-nunjuk dan bermegah dengannya, maka tahukah anda siapa pembuat kereta tersebut? Ya , sudah tentu syarikat Mitsubishi. Dan ketahuilah, syarikat Mitsubishi adalah sebuah syarikat milik Illuminati. Dan Illuminati adalah pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama.
Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat kereta besar dunia adalah milik Illuminati termasuk lah lagi Ford, Bentley, Dodge, Chrysler, Aston Martin, Porsche, Ferrarri, Peugeot, Toyota, Land Rover, Gulf, Alfa Romeo, Lamborghini dan berbagai lagi.
Yang menyedihkan, ada juga golongan alim-ulamak yang seperti menggalakkan memakai kereta besar, dengan alasan Nabi Muhammad S.a.w dulu ketika baginda mahu pergi berperang, beliau memilih kuda yang perkasa dan cantik. Itu bertujuan untuk menggerunkan pihak musuh.
Tetapi jika kita membeli kereta Mercedes sebagai contoh, dengan tujuan untuk menggerunkan pihak musuh, itu adalah tidak masuk akal sama sekali, kerana Mercedes itu sendiri dibuat oleh Illuminati, mana mungkin kita beli kereta buatan mereka untuk menggerunkan mereka? Mungkin mereka akan jelir kita dengan lubang hidung mereka sahaja rasanya.
Maka tidak perlu lah beli kereta mahal-mahal sekadar alasan untuk melakukan sunnah, kerana ianya tidak relevan sama sekali. Lagi pula dengan membayar duit banyak-banyak kepada mereka hanya akan membuatkan kekuatan dan dana mereka bertambah sahaja.
.
Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada handphone Motorola yang canggih
Maka syarikat Motorola itu juga adalah milik Illuminati. Juga syarikat-syarikat telefon lain termasuklah Nokia, At&T, Sony-Ericsson, Apple iPhone dan sebagainya.
.
Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada alat-alat eletrik dan elektronik canggih
Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat barang-barang letrik dan elektronik adalah milik Illuminati juga. Antaranya ialah Philips, Sony, LG dan sebagainya,
.
Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada komputer yang maju dan canggih
Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat komputer dan aksesorinya juga adalah milik Illuminati seperti Intel, IBM, Dell, NVidia, Xerox, Apple dan sebagainya.
.
Jika anda menunjuk-nunjuk kerana dapat makan di KFC dan restoran makanan segera yang lain
Ketahuilah bahawa kebanyakan restoran makanan segera itu adalah milik Illuminati seperti KFC, McDonald, Burger King, Starbuck, Hard Rock Cafe dan sebagainya.
.
Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mempunyai pakaian-pakaian yang berjenama hebat
Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat pakaian dan aksesori tubuh manusia ialah milik Illuminati, seperti Nike, Pallas, Adidas, Levis, Reebok dan sebagainya.
.
Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mahir mengedit gambar dalam Adobe Photoshop
Ketahuilah bahawa syarikat Adobe itu juga milik Illuminati. Dan banyak lagi syarikat-syarikat software lain seperti Macromedia, Microsoft, AOL, Sun Microsystems, Solaris dan sebagainya. Begitu juga dengan syarikat-syarikat pembuat ‘computer games’ seperti EA (Electronic Arts), Activision, Codemasters, Disney Interactive, Nickelodeon, LucasArt dan sebagainya yang dikawal oleh mereka.
Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat-syarikat besar yang berpengaruh dan menghasilkan produk-produk canggih adalah milik mereka sama ada dari asal ataupun telah diambil-alih kemudiannya.
Maka dengan apa lagi anda mahu menunjuk-nunjuk? Tak ada apanya yang perlu ditunjuk-tunjuk, kerana dunia ini sebenarnya bukan tempat untuk menunjuk, tetapi tempat untuk menjadi hamba ALLAH yang soleh agar selamat di dunia dan di akhirat.
Kerana itulah slogan-slogan mengejar kemajuan kebendaan adalah mengarut belaka, kemajuan apa yang dikejar sebenarnya? Itulah kemajuan membela nafsu serakah manusia sahaja. Jika kemajuan yang dikejar adalah semata-mata kerana mahu tegakkan agama dan untuk membantu manusia-manusia yang susah dan menderita alangkah bagusnya. Tetapi kemajuan-kemajuan yang dikejar sekarang hanyalah berpihak kepada golongan-golongan tertentu sahaja, sedangkan yang miskin bertambah miskin, yang susah bertambah susah, yang kaya bertambah kaya dan sebagainya. Masing-masing lebih pentingkan diri sendiri dan keluarga masing-masing sahaja, tiada lagi kasih sayang sesama saudara seIslam.
Dan masih tidak nampak kah anda betapa kecanggihan-kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini dibangunkan oleh Illuminati? Kita hanya menjadi golongan yang pandai pasang dan guna sahaja, tak usah nak berlagak lah. Contoh besar, kereta Proton Malaysia, lihatlah enjin dari mana dan teknologi siapa?
Dan kemudian berlakulah kemalangan-kemalangan jalanraya yang ngeri kerana kereta bertambah laju, manusia bertambah mengejar kemajuan. Ya kejar, kejar dan kejar, akhirnya hancur lebur kereta di jalanan dengan darah bersembur-sembur, itulah agaknya yang dikejar-kejarkan selama ini. Sampai bila mahu insaf dan ditipu hidup-hidup ntah.
Dan jangan terpengaruh sangat dengan SLOGAN 1Malaysia. Singapore pun sudah lama dengan slogan ONE SINGAPORE nya. Slogan-slogan ini hanya akan menjerumus kepada One New Government atau The New World Order. Hati-hati lah dalam membuat keputusan dan merancang …….
Lihatlah , kenapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menyuruh sahabat-sahabat membina bangunan-bangunan besar?
Perhatikan, renungkan, mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menggalakkan sahabat-sahabat dan umatnya membina bangunan-bangunan besar, sedangkan sebelum zamannya lagi sudah banyak ciptaan dan binaan-binaan bangunan besar seperti yang didirikan oleh kerajaan Namrud, Firaun, Rome, Greek dan sebagainya.
Jika benar lah Islam menggalakkan membina bangunan-bangunan besar dan hebat, sudah tentu pembinaan telah rancak di zaman Nabi Muhammad S.a.w lagi kerana itu lah zaman contoh tauladan TERBAIK bagi seisi dunia terutamanya untuk umat akhir zaman. Kerana di zaman Nabi dan sahabat menjadi PEMIMPIN lah suasana di sana terlalu aman damai, bebas dari jenayah-jenayah dan masyarakat berkasih-sayang antara satu sama lain.
Tetapi kita bukan mahu mengambil contoh tauladan di zaman keemasan akhlaq dan peribadi Muslim itu, tetapi kita banyak mahu mencontohi zaman-zaman sesudah nya yang sudah banyak tercemar dan bercampur dengan pengaruh-pengaruh terutamanya pengaruh dari barat.
Dan mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak membina kereta-kereta kuda yang megah dan hebat seperti kereta-kereta kuda Firaun yang gah lagi bertatahkan emas dan perhiasan-perhiasan? Dan mengapa tidak dibuat ciptaan-ciptaan lain yang sangat canggih dan hebat lagi?
Ketahuilah, sederhana itu adalah yang TERBAIK. Modesty is the best policy. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Sebaik-haik perkara adalah yang pertengahannya (sederhana)”. Hadith Muttafaqun ‘alaih
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Jangan kamu berlebih-lebihan dalam kesenangan dan kemewahan kerana sesungguhnya hamba-hamba Allah (yang benar-benar bertakwa) itu bukanlah dari orang-orang yang suka bermewah-mewahan”. Hadith Riwayat Ahmad
Maka mengapa kita perlu kejarkan sangat kemewahan, sedangkan ianya hanya sementara dan akan hancur binasa juga nanti. Jika kita mencari harta benda banyak-banyak untuk melebihkan sedekah kita kepada mereka-mereka yang susah dan memerlukan serta membantu Islam , itu sangatlah bagus. Tetapi sayang, biasanya itu cuma diucapkan dibibir, tetapi apabila manusia mempunyai banyak harta, dia merasakan mahu menambah banyak lagi dan simpan untuk anak-beranak dia semata dan lupa bahawa manusia-manusia yang hidup susah di luar sana adalah saudara mara kita juga di dalam Islam.
.
Bacaan berkaitan :
Pemerintah-pemerintah baru dunia
Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia
Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati
Nama Osama Laden pun ada pada duit 20 Dollar Us










Dis 29, 2009 @ 22:39:21
pengajaran = jgn bangga diri…hehe.. =P
Dis 30, 2009 @ 01:25:31
Dis 30, 2009 @ 01:28:36
kesimpulannya, janganlah pentingkan harta dunia, seungguhnya harta kita yang sebenar adalah amalan kebaikan kita dan kewajipan sebagai hamba Allah…..di akhirat sana….
Pencuri/perompak, mereka boleh curi harta kita tapi mereka tidak boleh mencuri amalan kita iaitu harta yang paling bernilai di akhirat sana….!
Jan 04, 2010 @ 10:06:27
Mekah dan masyarakat arab tempatan pada 13 tahun sebelum hijrah masih terlalu ketinggalan jika dibandingkan dengan kerajaan Parsi dan Rum Timur, apalagi jika dibandingkan dengan baitul muqaddis. Manakala Madinah 10 tahun selepas Hijrah adalah terlalu singkat utk pembangunan. Jangan beri alasan yg bukan bukan saudara. Pandangan NM tentang hidup di dunia via Surah Al Hadid ayat 20 itu begitu cetek dan hanya menggambarkan mentaliti NM yang terlalu sempit tentang kehidupan, pasti bukan pandangan Allah Pencipta alam ini. Tentu sekali nikmat Tuhan boleh dinikmati sesuai dgn kemampuan dan usaha individu itu sendiri. Sederhana ? dibandingkan dgn siapa ? Standard atau kepiawaian bergantung pada purata. Kalau purata masyarakat adalah nomadics arabs , bagaimana nak tegakkan pembangunan ? Banyak harta, anak ramai adalah anugerah Allah, apa pula masaalahnya ?
Kenapa pula cemburu dgn kemampuan Illuminati? Mereka juga manusia yang bijak berniaga. Kalau kita suka produk mereka, apasalahnya kita gunakan ? Kenapa nak cemburu ? Kalau kita hebat, buatlah produk kita sendiri yg lebih baik. Dalam lain perkataan, bersainglah di dalam aspek ekonomi !.
Pemaparan islam tuan ini saya rasa amat menyedihkan, membawa umat islam kebelakang… tidak competitif langsung. Islam inikah yg dikatakan agama yg universal ? Yang dihormati dan dikagumi ?
NM tidak sempat hendak membangunkan ummah dan infrastruktur di masa hidup beliau sebagai rasul. Seputluh tahun di Madinah untuk memulakan pembangunan adalah terlalu singkat apalagi nak dijadikan contoh sepanjang zaman.
Jan 04, 2010 @ 13:13:44
Salaam. Terima kasih atas komen saudara Cobratasya. Terlebih dahulu boleh saya tahu saudara ini agama apa?
Pemikiran nabi Muhammad S.aw TIDAK CETEK wahai saudara, malah baginda berfikir jauh lebih panjang dari manusia lain, iaitu AKHIRAT, kerana baginda tahu bahawa dunia ini hanya sementara dan manusia akan pergi anytime sahaja
Saudara perlu kenal TERLEBIH dahulu siapa dia Illuminati, baru saudara boleh buat kesimpulan mahu memuji mereka atau TIDAK
Tahukah saudara, kerana Illuminati lah saudara2 Islam di Palestine dibunuh dan diseksa dengan kejam
Kerana Illuminati lah keadaan EKONOMI dunia kucar kacir, kapitalis makin kaya dan negara mundur makin kecundang
Kerana Illuminati lah banyak VIRUS2 baru tersebar, sama ada VIRUS komputer mahupun VIRUS alam nyata
Kerana Illuminati lah yang menjajah majoriti negara di dunia ini dahulu termasuklah MALAYSIA ni
Dan camam2 lagi
Dan ingatlah, agenda New World Order mereka adalah untuk mewujudkan cita2 Raja Namrud dahulu, iaiut SATU pemerintahan bagi seluruh dunia
Mahu kah anda menjadi golongan yang bersekongkol dengan Dajjal, atau membantu perjuangan Nabi Isa a.s nanti untuk memerangi Dajjal?
Dan ini semua BUKAN FITNAH, tetapi berdasarkan FAKTA yang kukuh. Sila baca tulisan2 saya berkenaan Illuminati dan saudara boleh kaji sendiri dari pelbagai sumber. Yang penting ingat, Nabi Muhammad S.a w telah memperingati bahawa akhir zaman, manusia2 yang pegang hasil bumi adalah orang2 JAHAT.
Muhammad S.a.w telah memperingatkan kita kepada DAJJAL matanya satu.
Muhammad S.a.w telah memperingatkan bahawa umat Islam akan ikut cara hidup Yahudi dan Nasrani walau sampai ke lubang biawak sekali pun
Muhammad S.a.w telah mengingatkan bahawa wilayah2 Syam akan dijajah oleh keturunan ROM. Lihatlah Iraq sudah mula dijajah, nanti satu persatu Amerika Syarikat akan jajah insyaAllah
Muhammad S.a.w telah memberitahu tentang akan turunnya Nabi Isa al masih untuk memerangi Dajjal. Dsbnyaa
Dan ingatlah, pemerintahan Islam contoh paling besar bukan di zaman nabi sahaja, tetapi juga di zaman 4 khalifah utama (Khulafa’ ArRasyidiin). Sila kira sendiri berapa tahun semuanya
Dan saya nak tanya saudara, jika kita bina bangunan besar2, kereta laju2 contohnya, apa GUNA nya kepada mereka2 yang MISKIN dan hidup SUSAH di luar sana??
Tidak nampak kah kamu itu hanya keuntungan kepada golongan2 berada yang tertentu sahaja?? itu lah nikmat DUNIA yang menipu wahai saudara
Tidak salah untuk membina kemajuan, siapa kata salah. Tetapi biar berpada-pada dan fikirkan mana yang lebih baik dari yang baik. melampau-lampau atau melebih2 TIDAK ELOK wahai saudara, sebagai contoh, jika anda banyak duit , anda akan dicemburui orang lain, dan mungkin anda akan dirompak diugut diculik dan sebagainya
Itu sebagai contoh, anda boleh fikir sendiri KEBURUKAn atau KEBAIKAN yang banyak jika melebih2 atau melampau2
Yang saya bongkarkan di atas adalah berkenaan Illuminati di mana mereka yang mempelopori teknologi di dunia sekarang ini, bukan umat Islam, bukan umat HIndu, bukan umat Kristian, bukan umat Buddha, TETAPI umat penyembah dewa dewi Babylon dan mesir dahulu
Salam damai dan semoga kita dapat berdialog secara ilmiah dengan tenang dan tidak terlalu emosi
Jan 04, 2010 @ 14:10:23
Saudara AN,
Terima kasih atas respons positif dari anda. Jarang org saya temui setenang anda. Saya suka jawapan anda,tapi tak semua saya setuju. Dan kenapa cepat sangat nak tanya asal usul saya. Tak penting. Wabaima pun saya suka dialog ilmiah dengan anda. Jawapan segera dari anda di atas itu saya sangat hargai. Boleh saudara tumpukan pada jawapan daripada kepada perihal lain ?
Boleh saudara terangkan beberapa soalan berikut ( Maaf, kerana keluar dari Tajuk Asal ) :
1. Siapa yg melantik NM(Nabi Muhammad) menjadi rasul secara rasmi?
2. Bagaimana acara perlantikan tersebut, diwaktu mana,i.e malam atau siang. Bagaimana keadaan NM masa itu, dia tidur atau sedar >
3. Siapakah saksi perlantikan tersebut.
4. Adakah NM kenal siapa yg melantik beliau itu, bagaimana cerita perkenalan tersebut.
5. Kenapa khabarnya NM takut dengan apa bila dia menerima wahyu pertama ?
Sekian, dulu, sekiranya saudara sudi, sila lah jawab. Saya sangat hargainya.
Jan 04, 2010 @ 17:44:39
Salaam. Maaf lewat jawab , ingatkan saudara terus tidak ada dah tadi. Terima kasih juga kerana anda sudi berdialog cara baik hehe, bagus2
Maaf kerana cepat tanya asal usul, itu PENTING sebenarnya, sebelum nanti banyak timbul salah faham, baik kita tahu awal2 senang. Kang tak pasal2 lari tajuk, dan saya berkata apa2 yang tidak betul pada kamu.
lagi pun Blog ini sangat biasa didatangi oleh orang2 Kristian dari PELBAGAI mazhab, kerana itu saya mesti cepat2 bertanya. Lagi pun bukan saudara seorang yang saya mesti layan kan
1 – Muhammad dilantik menjadi RASUL oleh Allah S.w.t , bukan manusia. Kisah beliau mula2 mendapat wahyu, kisah saksi2 pada mukjizat beliau, kisah2 akhlak beliau dari kecil sampai dewasa yang dibenarkan oleh para ilmuan termasuk ilmuan yang menentangnya selepas beliau menjadi Rasul pun, dan sebagainya membuktikan bahawa dia adalah RASUL Terakhir
Seorang RASUL perlu membuktikan dirinya RASUL dengan MUKJIZAT.
http://hikmatun.wordpress.com/2009/12/10/antara-mukjizat-nabi-muhammad-s-a-w-bahagian-3/
AlQuran adalah mukjizat beliau yang tidak kunjung padam sehingga ke hari ini. jika saudara belajar Bahasa Arab, saudara akan dapati kualiti bahawasanya amat istimewa, tidak ada manusia yang mampu mengarang sebegitu.
Sedangkan mengikut sejarah, Muhammad itu BUTA HURUF, ini adalah UJIAN dari Allah. Bagaimana seorang yang tidak mendapat pendidikan rasmi di sekolah2 rasmi tiba2 selepas itu dapat menyampaikan AlQuran yang bahasanya SANGAT tinggi, sehingga kini ia dirujuk sebagai KITAB BAHASA oleh sarjana2 Bahasa Arab dari orang2 Arab sendiri.
Sedikit perkongsian berkenaan keindahan Gaya Bahasa dalam AlQuran. Panjang sebenarnya jika mahu diceritakan bab ini, tetapi saya hanya bagi ceteot je sekarang
AlQuran banyak disalah tafsirkan oleh pentafsir2 Kristian dan termasuk pentafsir2 bebas sendiri hehe
Sedangkan bahasa Arab moden sekarang ini sendiri pun merujuk kepada BAHASA ALQURAN, sedangkan Nabi Muhammad S.a.w dulu buta huruf. Bagaimana sarjana2 bahasa semua boleh MERUJUK kepada seorang yang BUTA HURUF?? Itu lah antara MUKJIZAT AlQuran
Ritma2 dan lenggok bahasa Arab pun sangat indah dan cantik. Contoh ritma2 yang bagus pada ayat2 dalam Juz ke 30, bunyi2 di belakangnya sama dan seragam seperti mana sebuah sajak. Cuma yang lebihnya, isinya amat mengkagumkan dan tidak ada orang boleh cipta jalan cerita, pengajaran, hukum, sejarah, peristiwa masa depan, keindahan gaya bahasa yang SEKALIGUS terangkum itu, subhanAllah
Kalau setakat buat ayat yang mendayu2 dan berbunga2, ramai orang boleh buat. Tetapi tidak seperti AlQuran yang TOTAL PACKAGE itu.
Kalau setakat baca terjemahan dalam Bahasa Melayu, sampai bila pun tak akan nampak keindahan bahasa dalam AlQuran, kerana terjemahan2 itu adalah sesudah ditukar diformatnya, bukan dalam keadaan asli lagi. Terjemahan2 hanya untuk pemahaman mereka2 yang TIDAK FAHAM Bahasa Arab
Walau pun begitu kita ada pakar2 bahasa yang boleh membuktikan keindahan2 bahasa AlQuran itu. Dan ketahuilah , jika anda membacanya di kala sunyi, akan terasa lah suatu pengalaman yang sukar diceritakan. Kamu akan merasa BETAPA AGUNGnya TUHAN sekelian alam. kamu akan dapat merasakan apa2 perintah, larangan dan cerita2 hikmah di dalamnya dengan penuh syahdu insyaAllah
Jan 04, 2010 @ 18:01:23
2 – Selepas Muhammad menerima WAYHYU di gua Hira’ , beliau balik dalam keadaan mengggigil kerana bukan senang menerima wahyu dari Jibril itu. Lagi pun itu untuk pertama kalinya.
Khadijah kemudian melihat tanda2nya membawa dia pergi berjumpa dengan PENDETA nasrani yang bernama Waraqah bin Naufal. Waraqah itu lah yang telah memberitahu bahawa itu adalah tanda dia adalah seorang RASUL ALLAH.
Dan pada masa Muhammad masih remaja pun beliau pernah mengikuti bapa saudaranya iaitu Abdul Muthalib ke SYam. Dan pernah dijumpai oleh pendeta sebuah biara yang bernama Buhaira, dan Buhaira melihat tanda2 KENABIAN padanya iaitu antaranya ialah AWAN sentiasa mengikuti dan meneduhinya ketika berjalan di padang pasir dan ada tanda kenabian di bahagian tubuh beliau setelah dia menyelaknya
3 – Saksi beliau menjadi RASUL seperti yang saya ceritakan di atas. Ianya bukan satu perlantikan macam manusia melantik seorang RAJA hehe. Tidak ada upacara apa2, bukan seperti kisah perlantikan Yesus menjadi Tuhan oleh Raja konstantin di Persidangan Nicea. Yesus sendiri TIDAK PERNAH mengaku dia Tuhan, tetapi manusia sendiri yang melantiknya menjadi Tuhan
4 – Orang2 yang mengakui kenabian Muhammad S.a.w yang mula-mula memang dia kenal melainkan pendeta Buhaira seperti yang saya ceritakan di atas. Itu peristiwa pertama kali dia bertemu dengan pendeta Nasrani itu
5 – Nabi Muhammad takut ketika menerima WAHYU pertama kerana
- berhadapan dengan malaikat Jibril yang kita sendiri tidak tahu bagaimana rupanya yang sebenar
- Menerima WAHYU memang berat, itu seperti yang diceritakan dalam Sejarah. Kita sendiri tidak dapat menghayati apa perasaan sebenarnya kerana kita TIDAK menerima WAHYU.
- Dan sebagai manusia biasa, adalah satu perkara yang normal jika dia takut untuk pertama kalinya bertemu dengan malaikat Jibril , kerana perkara itu bukan perkara biasa.
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi”. Surah Al Ahzaab : Ayat 40
Wallahu a’lam
Jan 04, 2010 @ 20:30:21
Saudara AN,
Terima kasih di atas kesudian saudara menjawab soalan saya yg diluar ruang tajuk asal, malah menjawabnya di dalam masa yg begitu singkat sedangkan masih ramai lagi pelawat blog yg perlu dilayan.
1.Perlantikan Sebagai Rasul:
Di gua Hira Allah tidak berdialog dgn NM, maka pelantikan beliau adalah hanya satu andaian. Begitu juga Jibri, beliau tidak memperkenalkan dirinya siapa, dan tidak pula mengatakan dia utusan Allah. Tidak pula sujud kepada bani Adam yg termulia sebagai mana tunduknya para malaikat kepada nabi Adam. Diberitakan juga bahawa waktunya ialah malam hari dan NM masa itu hanya bermimpi menerima wahyu. (saya tidak sertai hadis yg berkenaan dari Aisyah).
Kedatangan seseorang dimalam hari yg gelap, di gua pulak tu. adalah sungguh misteri tanpa perkenalan diri.
5 ayat yg pertama tidak langsung menyebut nama Allah, Jibril, Muhammad mau pun perwakilan atau persaksian terhadap ketauhidan tuhan, maupun perasmian pelantikan seorang rasul yg teragung dan terakhir di dunia.
bersambung….
Jan 04, 2010 @ 21:17:41
Begini wahai Cobratasya, kenabian nabi Muhammad S.a.w bukan PERLANTIKAN kerana tiada manusia yang melantiknya. Ianya bukan seperti jawatan2 menteri yang dilantik oleh rakyat dan sebagainya.
Melain kan setelah Islam memerintah, maka dilantiklah Nabi Muhammad menjadi PEMIMPIN pertama mulai saat itu, kemudian diteruskan oleh pemerintahan2 Khilafah
Sememangnya wahyu pertama , Muhammad bukan berdialog secara langsung dengan Allah. tetapi wahyu2 kemudian ada 7 bentuk penerimaan WAHYU yang diterima dan antaranya ialah secara langsung dari Allah S.w.t
Jibril sememangnya memberitahu dia dihantar oleh ALLAH S.w.t, itu sudah JELAS wahai saudara
Ini maksud WAHYU yang diturunkan yang paling awal
“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku,
Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui Pena,
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Surah Al ‘Alaq : Ayat 1 – 5
Waktu itu bukan MIMPI, penerimaan WAHYU ketika Muhammad bertapa di gua Hira’ adalah dalam keadaan JAGA. Kenapa Muhammad bertapa? Ianya bukan bertapa seperti orang menuntut ilmu kebal dan sebagainya hehe
Tetapi waktu itu keadaan di Mekah amat teruk, dengan maksiat2, peperangan saudara,
penyembahan berhala, wanita2 dijadikan alat seks, pesta2 minum arak, pembunuhan bayi2 perempuan hidup2 dan sebagainya
Maka Muhammad S.a.w selalu pergi mengasingkan diri dan menjauhi dari keadaan itu. Serta banyak renungan2 yang dibuat. Lebih kurang kisah perenungan Nabi Musa dahulu, dan renungan2 Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Musa a.s menerima WAHYU 10 Commandments ketika beliau sorang2 di atas gunung
5 ayat pertama TIDAK MENYEBUT nama ALLAH? adakah AlQuran ada 5 ayat sahaja? hehe. Permulaan penerimaan wahyu itu sebagai INTRO wahai saudara. Walaubagaimana pun telah disebut dengan jelas tentang perutusan dari TUHAN itu , “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,”.
Jan 04, 2010 @ 22:06:18
”HIDUP INI ADALAH KEYAKINAN DAN PERJUANGAN,
DAN PERJUANGAN MUKMIN YANG SEJATI
TIDAK AKAN BERHENTI
KECUALI KEDUA TAPAK KAKINYA
TELAH MENGINJAK PINTU SYURGA”
(Imam Ahmad Bin Hanbal)
Jan 04, 2010 @ 22:31:17
Dengan demikian pelantikan NM sebagai rasul di Gua Hira tidak berlaku.
Di rumah NM, isterinya Khadijah berjaya menenangkan NM dari ketakutan. Ketakutan NM di malam tersebut sangat tidak prophetic in nature kerana nabi2 lain seperti Isa, Musa , Daud dan Ibrahim adalah lebih grand walau pun mereka hanyalah rasul untuk kaum masing-masing. Setelah NM dan Khadijah mendapat khidmat nasihat dan pendapat dari Waraqa Naufal dengan secara tidak langsung NM diiktiraf sebagai rasul.
Pengiktirafan dari seorang kristian bernama Waraqa ini diterima oleh NM maka ianya merupakan mercu tanda bermulalah era agama Islam disebarkan.
Sepatutnya NM sudah bersedia untuk menerima wahyu sekiranya benar Buhaira telah memaklumkan tanda2 kenabian kepada beliau. Ujian kerasulan melaui pelantikan ternyata samar.
2. Mukjizat ”
Al Quran dengan terang menerangkan NM tidak mempunyai sebarang mukjizat. Pengakuan oleh NM juga terdapat di dalam Quran. Mukjizat2 yg saudara AN berikan itu entah apa kebenaran dan dari mana datangnya, dan ianya tidak langsung mmemukau kepercayaan orang kafir Quraish, apalagi orang yahudi di Madinah.
Jan 04, 2010 @ 23:02:20
Ketakutan itu sama seperti Musa a.s takut setelah membunuh orang dengan tidak sengaja, dan ketika dia jatuh pengsan setelah mendapat petanda dari Allah di atas Gunung Thursina
“Dan Tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman langsung kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada-Mu.” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya, nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Tatkala Tuhannya menampakkan diri bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka Setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.” Surah Al-A’raaf : Ayat 143
Dan juga seperti nabi2 lain. Akan tetapi adakah ketakutan itu seperti kamu tengok orang2 TAKUT hantu dalam filem? hehe. Ketakutan ada tahap2 nya saudara, bohonglah jika seorang manusia walau pun Rasul mempunyai perasaan TIDAK TAKUT langsung lebih2 lagi kepada TUHAN
Apa tah lagi Nabi Muhammad S.a.w ketika menerima Wahyu pertama, dia belum lagi menjadi RASUL ketika itu. Itu baru hanya permulaan
Lihatlah sejarah dia kemudian setelah dia menjadi RASUL, nescaya kamu tidak akan menjumpai manusia yang berwibawa seperti dia, sehinggakan ilmuan2 barat sendiri mengaku KEWIBAAN Muhammad S.a.w , dan dia pernah berada pada kedudukan nombor satu dalam senarai tokoh2 besar dunia
Bagaimana mungkin seorang yang tidak belajar di pusat2 pendidikan rasmi boleh menjadi TOKOH nombor satu dunia?
Seorang yang BUTA HURUF , kini ajarannya dianuti dan diikuti oleh orang2 yang ada pHD, master dan sebagainya.
Ketika beliau bertemu Buhaira, dia masih lagi terlalu muda, waktu remaja, dan bukannya BELIAU diminta menjadi RASUL atau berharap menjadi RASUL
Beliau terkenal dengan Amanah, jujur dari kecil lagi, dan merupakan seorang yang amat dihormati kerana AKHLAQnya sangat tinggi oleh sesiapa sahaja termasuk MUSYRIKIN MEKAH sendiri
2- Bila masa pula AlQuran mengatakan Muhammad tidak mempunyai MUKJIZAT?? Sila berikan ayatnya, tak perlu main agak2 sahaja saudara hehe
Mukjizat2 yang diberikan itu termaktub dalam Sejarah Islam karangan ulamak’ lama dan juga ada ditulis oleh sejarawan2
Musyrikin2 Quraisy ramai yang tidak terpukau kerana adalah perkara biasa, sejarah para RASUL menyebutkan bahawa memang akan WUJUD kaum2 yang menentang RASUL ALLAH. Biasa lah kan, syaitan ada di mana2 dan sentiasa menghasut
Sumpah Iblis untuk MENYESATKAN anak2 Adam dari JALAN KEBENARAN walau dengan apa cara sekali pun
Maka tidak hairan lah Nabi Nuh a.s dulu dikecam oleh umat sendiri walaupun dia sudah menunjukkan MUKJIZATnya
Tidak hairan umat Nabi Musa a.s pun ada yang membangkang nya dan berpaling tadah
Tidak hairan walaupun Yesus / Isa AlMasih telah menunjukkan MUKJIZAT yang banyak, malah masih dituduh sesat oleh umat dia sendiri iaitu orang2 Yahudi
Maka lagi lah tidak HAIRAN jika Muhammad S.a.w pun diuji dengan keadaan yang sama.
“Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan hari akhirat.
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja kepada mereka, sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Dan di antara manusia ada yang berkata, “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”, padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta.
Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab, ” Sesungguhnya Kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.” Surah Al baqarah : Ayat 4 – 12
Jan 04, 2010 @ 23:15:53
“Maha Suci Tuhan yang Menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat), dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” Surah Al Mulk : Ayat 1 – 2
Jan 04, 2010 @ 23:29:58
Ssudara AN,
Quran sebagai mukjizat ? Hmm , NM sendiri tak tahu Quran peninggalan beliau tu mukjizat. Anggapan ini dibuat oleh orang islaam sediri yg hendak buktikan NM ada jugalah satu mukjizat. Gaya bahasa yg indah ? Ya.. semua orang memihak pada keindahan bahasa sendiri. Tapi bukan keindahan bahasa itu yang menunjukkan kehebatan firman Allah. Bahasa melayu pun indah juga : contoh pantun Melayu, tanyalah semua orang melayu..pasti kata hebat dan sedap.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Sudah lama saya mencari
Mana nak sama AN seorang.
tapi..bila diterjemah ke dalam bahasa lain.. hilang keindahannya..seperti berikut:
Two Three runaway cats.
Its not the same as the striped cat
Two three i can always find
But not as the same to only AN.
Kan buruk bunyinya.. walau pun makna tak lari…kan..?
hehehe..
Apa yg saya nak katakan ialah Quran itu bila ditulis dalam bahasa lain maka ianya tidak seindahmana.. tapi makna dan maksud ayat2 tu lah yg penting. Susunan ayat yg tidak menentu kalu. Cerita berubah tiba tiba serta kekadang tergantung ayatnya..dan terpaksa pula penterjemah meletakkan kata kata tambahan utk memperelok dan memperbaikinya. Isi kandung pula hanya sejarah cerita nabi2, cerita cabaran hidup NM dan hukum hakam berkaitan pada masa itu serta kisah kedahsyatan hari kiamat dan akhirat. Sejarah dan masa depan didalam Quran bukanlah perkara yang belum diketahui manusia di Timur Tengah. Jadi tidak sehebat mana mukjizat Al Quran itu jika dibandingkan dgn the bible atau Veda ,yang lebih luas dan rinci penyampaiannya. Sedangkan kitab2 sebelum Quran tidak pun dianggap sebagai mukjizat nabi2 berkenaan. Ini belum diperjelaskan kontroversi dan kontradiksi yg wujud dalam quran lagi.
Buta huruf NM bukan bererti beliau tidak kenal huruf dan tak tau baca atau menulis. Ianya hanya bermaksud NM tak pernah membaca kitab2 mana mana agama sebelum beliau mengaku kerasulannyan. AN masa darjah 2 dah pandai menulis dan membacakan? Mustahil NM yg dijaga dan dipimpin Allah serta dikelilingi oleh literates like Ali, Khadijah, Abu Bakar, Umar, Zaid Amr Aisya dan ramai lagi Quranic scribers ..tidak tau membaca sehingga umur beliau 63 tahun.
NM menggelarkan dirinya rasul terakir maka NM menjadi rasul terhebat sepanjang zaman dan pada masa yg sama bermakna Jibril tidak lagi menyampaikan wahyu kepada sesiapa selepas 633 CE sehingga kiamat dan Allah sudah tidak lagi berbicara dgn manusia. Mohon penjelasan saudara AN.
Jan 04, 2010 @ 23:55:53
Saudara AN,
Bukankah Allah yang menentukan segala?. Bukankah semua perancangan kehidupan dan kejadian sudah termaktub di dalam kitab induk Lauh Mahfuz? Jadi kenapa Allah mengugut makhluknya sendiri dan mengapa Allah juga menyesatkan makhluknya sendiri? Dari ayat2 Quran yg saudara An lakarkan di atas, menunjukkan Allahlah yg menyesatkan manusia, Allah juga yg mengancam manusia, dan Allah juga yg menguji manusia. Dalam pada itu para rasul pula diberi kemaafan walau pun mereka gagal menarik keimanan manusia, kerana Allah lah yg menyesatkan mereka. Kemudian Allah pula menuduh manusia memperdayakan Nya..
Sungguh mengelirukan. Lepas ni tentu AN akan tempelkan pula ayat Quran yg mengatakan jenis orang yg masih tak faham2 faham ni..kan..?
Jan 05, 2010 @ 00:25:40
Allah tidak menyeksa sebelum datangnya PERINGATAN dari para RASUL
“Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran.” Surah Thaaha : Ayat 128
“Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): Bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?” Surah As Sajdah : Ayat 26
“Dan kami tidak mengazab sebelum kami mengutus seorang rasul” Surah Al Israa’ : Ayat 15
Dan beberapa ayat lain lagi yang menunjukkan bahawa Allah tidak TERUS mengunci mati hati seseorang itu melainkan TELAH DATANG peringatan dan keterangan2 terhadap mereka. Maka bagi manusia2 yang sombong dan tidak mahu menerima peringatan, maka kita lihat mereka akan semakin BENCI dengan peringatan2 dari ALLAH, semakin memusuhi AlQuran
Maka dengan itu lah HATI mereka sebenarnya semakin TERKUNCI dari kebenaran dan mereka TIDAK DAPAT melihat lagi mana yang BENAR dan mana yang BATHIL
Walaupun mereka tinggal di kawasan yang banyak sejarah di mana Allah telah memberi azab kepada orang2 kafir dan musyrik dahulu kala dan MENYELAMATkan orang2 beriman, tetapi itu juga TIDAK DAPAT menjadi pelajaran bagi orang2 yang TIDAK MAHU menggunakan akal fikirannya dan lebih mengikut NAFSU buruk, selera dan kepuasan peribadi semata
Kerana itu jika seseorang itu IKHLAS merenungkan ayat2 dari ALLAH, IKHLAS mencari kebenaran dan cuba berfikir balik, maka insyaAllah dia akan mendapat HIDAYAH
Berlainan jika seseorang itu TIDAK PERNAH mendapat peringatan2 dari Rasul, ataupun seperti seorang yang tidak sampai seru Islam padanya. Itu insyaAllah akan dimaafkan kerana Allah itu Maha pengampun
Begitu juga orang2 yang baik dan ikhlas hati, insyaAllah suatu masa nanti dia akan dapat HIDAYAH kepada Islam, walaupun tiada orang lain yang tahu. Syurga adalah milik Allah, hanya dengan rahmatNya sahaja manusia akan diterima
Islam datang bukan utk MENYUSAHkan, tetapi Islam datang agar manusia dapat hidup BAHAGIA dan TENANG dengan sentiasa mengingati pencipta dan beribadah kepadaNya
Islam datang menghapuskan diskriminasi terhadap kaum wanita seperti di zaman Jahiliyah dahulu
Islam datang memberi panduan CARA HIDUP yang terbaik agar TIDAK TERLAJAK dan TERBABAS melayan HAWA NAFSU manusia yang sentiasa mengajak manusia ke arah MAKSIAT
Islam datang menyeru PEACE, jangan berlaku ZALIM sesama manusia, dan yang paling penting JANGAN MENYEKUTUKAN ALLAH dengan sesuatu apa pun
Allah itu ESA, Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH
Jan 04, 2010 @ 23:58:15
Hehe, saya telah jelas kan di atas, nak buat bahasa indah siapa2 pun boleh buat
tetapi ayat yang mengandungi sekali gus sejarah, undang2, peristiwa akan datang, pengajaran, peringatan terangkum bersama bukan suatu perkara biasa wahai saudara
Lebih2 lagi penjelasan SAINTIFIK di dalam AlQuran menepati kajian sains masakini, sedangkan dulu belum ada kajian2 seperti contohnya Teori big Bang, matahari juga bergerak pada paksinya, kejadian air dari luar atmosfera, kejadian air hujan dan sebagainyaa dijelas kan dengan ringkas tetapi padat dalam AlQuran
Bagaimana mungkin seorang yang BUTA HURUF dapat mengarang suatu yang berbentuk ILMIAH begitu?
tentang Undang2, sejarah di zaman Muhammad telah membuktikan sejak Islam memerintah, kejadian JENAYAH boleh dikatakan langsung tidak ada, hanya sekelumit jika ada pun
Ini kerana HUKUMAN2 yang diperintah kan oleh Allah S.w.t adalah yang paling sesuai dan insyaAllah akan ditakuti oleh kita untuk melakukan jenayah
Lihat di Arab Saudi yang mengamalkan HUKUM POTONG tangan bagi pencuri, maka amat susah mahu dijumpai kejadian2 mencuri, meragut dsbnya. Sebuah kedai jika ditinggalkan begitu sahaja utk tuannya pergi solat ke masjid langsung TIDAK ADA masalah. Tidak perlu dikunci kedai pun tak apa
Cuba kat tempat kita pekedai tinggalkan kedai dia tanpa kunci, nescaya licin lah barang2 di kedainya nanti huhu
Dan sila semak sendiri KADAR JENAYAH international, Qatar dan Arab Saudi adalah 2 negara paling RENDAH KADAR JENAYAH
http://gulfnews.com/news/gulf/qatar/qatar-has-one-of-the-lowest-crime-rates-in-the-world-1.555867
Dan sila lihat sendiri negara2 mana yang TOP 10 kadar JENAYAHnyaa hehe
http://www.mapsofworld.com/world-top-ten/countries-with-highest-reported-crime-rates.html
Itu belum lagi dilaksanakan Undang2 Islam sepenuhnya lagi tu di Arab Saudi sana
Cobratasya mengatakan
AlQuran bukan ayat tergantung wahai saudara, tetapi susunan Bahasa Arab lain dengan bahasa Melayu.
Kemudian tentang TAFSIR AlQuran, ketahuilah bahawa pentafsir2 AlQuran dulu bukan mentafsir mengikut pemahaman sendiri, tetapi mereka berhujjah dengan Ayat AlQuran lain yang menerangkan ayat tersebut, atau juga diambil hadith2 yang menjelaskan tentang ayat tersebut
Kerana Alhadith antara lain juga adalah penjelasan lebih lanjut kepada AlQuran. maka jika terdapat tambahan dalam kurungan dalam Bahasa Melayu itu, bukannya masing2 pandai2 letak tetapi sudah dirujuk pada hadith nabi sendiri , bermakna maksudnya TETAP dari RASUL ALLAH, bukannya kami pandai2 cipta sendiri
Jan 05, 2010 @ 00:12:20
Salam,
Saya cuma nak cakap blog ni sangat bagus,informative, sensasi dan mcm goreng pisang panas:) Goreng pun sodap!
Jan 05, 2010 @ 00:40:14
Salaam. Terima kasih daun pokok hati-hati, lain kali singgahlah lagi
Baarokallahu lakum …….
Jan 05, 2010 @ 00:13:48
Tentang Bible, sila baca sendiri kesan dari campurtangan TANGAN2 manusia yang tidak bertanggung jawab
http://hikmatun.wordpress.com/2009/10/07/ayat-ayat-porno-dalam-bible-dan-kaedah-larangan-berzina-dalam-alquran/
http://hikmatun.wordpress.com/2009/12/08/percanggahan-percanggahan-nyata-di-dalam-bible-alkitab/
http://hikmatun.wordpress.com/2009/10/08/kristian-menciplak-ajaran-buddha-dan-penyembah-berhala/
Cobratasya mengatakan
Muhammad diisytihar buta huruf sebelum dia menjadi RASUL, walaupun begitu sejak dari Jibril sendiri mengajarnya, itu mungkin tidak boleh dikatakan BUTA HURUF lagi
Bermakna, ianya bukan SEMATA2 karangan MUHAMMAD, tetapi merupakan WAHYU yang disampaikan secara langsung dan juga dengan perantaraan Jibril a.s , kerana mana mampu seorang yang asalnya BUTA HURUF untuk mengarang sebegitu??
Orang2 pada ketika itu kebanyakannya tidak perlu belajar menulis, kerana DAYA INGATAN mereka sangat hebat. Lihat sahaja cara pemakanan mereka, bukan macam kita sekarang yang makan bercampur macam2 bahan kimia yang membuatkan otak kita BENAK, lambat dapat menghafal dan memahami sesuatu dan sebagainya
Muhammad mengatakan dia adalah RASUL terakhir dengan JELAS
”Bukanlah Muhammad itu bapa salah seorang laki-laki di antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi” Surah Al Ahzaab : Ayat 40
Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad pernah bersabda,
“Bandingan antara aku dan nabi-nabi sebelum aku ibarat seorang yang membina rumah. Dia membina dengan baik dan cantik, tetapi ada sekeping batu bata yang masih belum diletakkan di satu sudut. Kemudian orang ramai mengelilingi rumah itu dengan kagum melihatnya, lalu mereka berkata, “Mengapakah tidak diletakkan batu bata ini.” Nabi Muhammad berkata lagi, “Akulah batu bata itu dan aku adalah penutup segala Nabi.” Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Rasulullah S.A.W juga bersabda dalam hadith lain: “Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku”. (Tirmizi, Kitab-ur-Rouya, Bab Zahab-un-Nubuwwa; Musnad Ahmad; Marwiyat-Anas bin Malik).
Bermakna tiada lagi RASUL selepas Muhammad S.a.w. Islam adalah sesuai untuk umat akhir zaman hingga ke Hari Kiamat nanti, tidak perlu ditokok tambah lagi
Dan munculnya banyak nabi2 palsu mudah sahaja di kesan, kerana telah NYATA kenyataan Muhammad bahawa beliau nabi terakhir, sedangkan jika wujud lagi rasul2 baru kononnya, kebanyakan mereka menggunakan kitab AlQuran juga, maka itu sudah PASTI tidak masuk akal sama sekali
Sedangkan nabi2 dulu termasuk Yesus sendiri TIDAK PERNAH mengatakan bahawa dia adalah RASUL TERAKHIR. Yang ada dikatakan ialah seperti awal dan akhir, alfa dan omega, itu semua REFER kepada Allah itu, Dia lah yang Awal dan yang Akhir , bukan Yesus itu sendiri
Dan nabi pernah bersabda juga yang bermaksud, “Ulamak itu adalah pewaris nabi”. Maka kita sudah ada banyak ulamak sekarang yang menyambung kerja2 dakwah para nabi, TIDAK TERMASUK saya la, saya bukan seorang ulamak lagi hehe. Saya hanya sang kancil jika dibandingkan dengan Ulamak2 lain
Jan 05, 2010 @ 13:26:16
Perhatikanlah sedikit antara contoh2 peribadi Muhammad S.a.w
Kisah nabi keluar rumah kerana URUSAN NEGARA kemudian balik lewat malam
Ada saudara pernah dengar seorang SUAMI menjaga hati isteri sampai begitu sekali dan tidak mahu MENYUSAHKAN isterinya??
Kisah Nabi Muhamad dengan yahudi buta yang selalu mengutuk dan menghinanya
- Nabi Muhammad S.a.w ketika beliau hendak meninggal dunia, TIDAK MENINGGALkan harta apa2 pun melainkan beberapa barangan buruk yang sudah tidak berharga. Maka di mana kamu dapat mencari seorang PEMIMPIN sebuah NEGARA yang TIDAK MENGUMPUL harta seperti itu?
Dan sebagainya lagi kisah2 hidup Muhammad yang saudara boleh baca dan kaji dari tulisan2 Muslim dan sejarawan yang diakui sendiri, bukannya dari tulisan pembuat2 FITNAH
Jan 08, 2010 @ 22:56:03
Asalamualaikum
setiap makluk yang dicipta tuhan pasti bemanafaat.
Orang bukan Islam dicipta untuk memperbanyakkan benda
orang Islam dicipta untuk mempekayakan jiwa
kehidupan dunia adalah jiwa dan raga.
Jan 09, 2010 @ 00:28:18
Wa’alaikumussalam w.b.t……. dan orang musyrik dicipta untuk menyekutukan Tuhan, pembunuh diciptakan untuk membunuh orang, perogol untuk meremukkan hati ibu dan bapa, dan camam2 lagi. Begitu kah wahai Pakcik Li00??
Jan 09, 2010 @ 19:36:40
Agama Islam pencetus ketamadunan barat yg hidup di zaman gelap..kerana terkonkong oleh agama kristian.
Jika tiada Agama Islam maka pihak barat tidak boleh maju spt sekarang. Byk ilmu-ilmu diambil dr Orang Islam di zaman dahulu & ditafsirkan kpd bahasa mereka & dikembangkan sehinggala dilihat seperti hari ini.
Tugas Umat Islam ialah mengislamkan kembali ilmu-ilmu yg sedia ada iaitu mengembalikan semua penemuan-penemuan baru & ilmu-ilmu kpd mengenali pencipta.
Tidak salah jika kebendaan dicari untuk jalan agama, tetapi jika hanya utk mencari dunia sahaja itulah yg salah.
Feb 27, 2010 @ 18:22:14
salam…i berpendapat cobratasya ini bukan muslim kot…or klo muslim mungkin dia dah terlalu banyak kajian sampai tak dapat membuat penilaian yang benar….nauzubillah..
Feb 27, 2010 @ 18:23:20
Dearest fren,if u have time please surf this link http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=related
its up to u…u r the one who will decide…but im here spreading the link because deep inside my heart i do know that u r good enuff to know and handle the truth…it has enlightened me in so many ways before but just recently i have the guts to spread it out…
dont accept everything that u watch…if u have any enquiries then u have to read and investigate…read back ur Qoran then Insya Allah it will be much clearer and vivid..may Allah bless us all..i have good intention,for ur own sake n mine too..im not perfect,being a human n muslim im less than perfect..but i want Allah`s blessing throughout my life…hope i will become a true genuine muslimah one day…insya Allah…n i pray that u shall be as well…