Salaamun alaikum. Pepatah melayu lama ini sering ditanam di jiwa pelajar-pelajar sekolah. Ini agar pelajar tersebut belajar bersungguh-sungguh dan akan mendapat hasilnya ketika besar kelak.
.
Tetapi sayang, ada yang menghayatinya hanya sehingga dia tamat belajar dan mendapat pekerjaan yang bagus sesuai dengan kelulusan yang dia ada. Maka selepas itu hidupnya hanyalah ditumpukan kepada hendak bersenang-senang kerana kononnya zaman dia bersakit-sakit sudah habis.
.
Kita lupa bahawa kita sebagai hamba Allah di dunia ini tidak boleh bersenang-senang dan bermewah-mewah sangat melainkan sekadar untuk memenuhi keperluan. Biasanya, apabila banyak bersenang-senang terutamanya bersenang-senang dengan maksiat, maka akan banyaklah susah di kemudian hari nanti.
.
Kerana itulah Nabi Muhammad S.a.w menggalakkan agar kita banyak menangis dan kurangkan ketawa. Bukannya tidak boleh ketawa langsung, tetapi berpada-pada lah.
.
Rasulullah S.a.w melihat Jibril menangis dan Rasulullah S.a.w turut menangis dan berkata: “Kenapa engkau sampai menangis juga wahai Jibril sedangkan kedudukanmu begitu rupa di sisi Allah?” berkata Jibril; “Kenapa aku tidak menangis, kerana siapa tahu keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketahui, dan saya tidak tahu apakah saya tidak mengalami cubaan sebagaimana yang dihadapi oleh Iblis, sedangkan Iblis itu termasuk golongan yang dahulunya beribadat tetapi menyeleweng, dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami sama seperti Harut dan Marut”. Maka menangislah Jibril dan menangislah Rasulullah S.a.w. Lama keduanya menangis, lalu kedengaran suara dari langit; “Hai jibril! Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak sampai derhaka”. Lalu Jibril naik ke atas dan Rasulullah S.a.w meneruskan perjalanan beliau sehingga bertemu orang-orang Ansar sedang bermain-main dan ketawa-ketawa. Lalu baginda berkata: “Apakah kamu ketawa-ketawa, sedang di belakangmu Neraka Jahannam? Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, sungguh kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis, kamu tak akan makan dan minum, malah akan menuju ke tempat-tempat yang tinggi untuk memohon perlindungan Allah”.
.
Bayangkanlah, Nabi Muhammad S.a.w walaupun telah dijamin oleh Allah S.w.t masuk syurga dan tidak akan masuk neraka pun tidak pernah ketawa sejak mengetahui keadaan neraka. Ini kan pula kita yang masih tidak tahu apa kesudahannya nanti.
.
Maka dunia ini sebenarnya bukan tempat untuk bersenang lenang dan bermewah-mewah sangat, ianya hanyalah tempat persinggahan sementara untuk menguji manusia siapa yang lebih baik amalnya. “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” Surah Al Ankabuut : Ayat 64
.
Pepatah “Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” itu sesuai kepada kita semua di dunia ini sebagai hamba Allah, bersenang-senang kemudian iaitu di Hari Akhirat.
Yang menjadi masalahnya ialah Sistem British / Illuminati dulu telah mengatur corak sistem pembelajaran kita. Yang berkelulusan tinggi bergaji besar. Sedangkan kita lupa, sebuah bangunan itu bukan sahaja dibina oleh kontraktor, tetapi dibina oleh pelbagai lapisan manusia dengan kepakaran masing-masing.
.
Dari kuli hingga ke pengarah projek, semuanya berganding bahu. Maka apa relevannya dibeza-bezakan gaji dengan begitu jauh sekali, sedangkan semuanya bersusah payah dengan kaedah masing-masing? Sepatutnya hanya diberi pembahagian kerja dengan yang berkelulusan tinggi menjaga yang berkelulusan rendah, tetapi tidak semestinya yang berkelulusan tinggi itu patut diberi gaji yang jauh lebih banyak dari yang berkelulusan rendah.
.
Sistem yang diajar oleh British itu lah yang telah menyebabkan berlakunya perbezaan taraf ekonomi manusia. Yang kaya semakin kaya dan mewah, yang miskin semakin terdesak dan hidup susah. Sistem hidup manusia pun sudah tidak seimbang / balance lagi, maka ini boleh menimbulkan berlakunya pelbagai jenayah seperti rompakan, ragut, mencuri , pecah rumah dan sebagainya.
.
Kerana itu lah kebanyakan kita sudah lupa sejarah, lupa apa yang British lakukan pada kita semua dengan konsep ‘Divide and Rule’ mereka. Maka kita lahir hari ini dengan keadaan sebegini dan sudah menjadi biasa tanpa kita merasakan ada sesuatu yang tidak betul berlaku dalam masyarakat kita. Jika kita hanya pentingkan diri sendiri dan sudah hidup selesa sekarang, maka kita mungkin tidak akan dapat melihat dan menghayatinya.
.
British mengajar kita dalam tidak sedar, setelah kita mendapat kelulusan tinggi dan mendapat pekerjaan yang bergaji besar, kita merasakan bahawa segala harta yang kita cari itu adalah milik kita. Kita mula memandang rendah mereka-mereka yang berpendapatan rendah dan menganggap kononnya itu kerana mereka dulunya malas belajar dan seumpamanya.
Maka semakin tinggilah jurang perbezaan pemikiran dan ekonomi manusia. Status dan darjat mula terhasil tanpa disedari. Kita semakin lupa bahawa harta pencarian kita itu adalah rezeki dari Allah bukan semata-mata agar kita dapat bersenang-lenang, tetapi di dalamnya ada tanggungjawab-tanggungjawab besar yang harus dipikul. Di dalam harta kita masih ada harta orang lain sebenarnya yang bermandi peluh bekerja untuk kita atau menjalankan projek kita.
.
Adakah kita merasa senang jika kita mempunyai banyak harta tetapi di sekeliling kita masih ramai mereka-mereka yang miskin dan kesempitan hidup? Atau adakah kita merasa senang hati jika kita sama-sama berkorban untuk menyenangkan orang-orang yang susah agar sama-sama senang seperti kita? Apa yang si kaya fikir agaknya ya, sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri sebelum kita disoal kemudian hari nanti.
.
.
~Neezhom~
.
Like this:
Be the first to like this post.
Mei 07, 2010 @ 17:55:29
kita telah dibius & didoktrin sejak kecil lagi melalui media massa (TV) & keadaan persekitaran yg tidak sihat menyebabkan kita lalai.
Skrg ni lagi hebat dimana TV menyiarkan hiburan melampau spt AF, mentor dan mcm-mcm lagi menyebabkan Umat Islam selama-lamanya sentiasa lalai.
Mei 07, 2010 @ 18:52:49
Hiburan melampau tak habis2, hidup untuk berhibur semata agaknya huhu.
Masalah bab kaya miskin lagi, biasanya kawan2 sendiri pun, bukannya nak tolong atau bantu kawan yang susah dan kesempitan ekonomi, tetapi nak berlagak dan menunjuk2 pulak aku la ada itu dan ini. Kononnya dia seorang yang hebat dapat memiliki itu ini. Sedangkan kawannya melopong sahaja tengok dia.
Adakah kita mencari harta semata2 kerana nak menunjuk2 sesama kawan dan berlagak tak habis-habis? kemudian merendah2kan dan menghina pula kawan yang kesempitan hidup dan tidak memiliki kerja yang hebat dan harta yang banyak, ih ih ih.
Mei 07, 2010 @ 22:49:06
zaman materialistik, semua nak berbangga dgn keduniaaan. Kerohanian ditinggalkan
Mei 07, 2010 @ 23:43:20
Yg peliknya, manusia berlaku sombong di atas dunia. Jika difikirkan, bumi ini seolah sebutir pasir jika dibandingkan alam semesta yg amat luas yg dipenuhi dgn bertrilion galaksi . Manusia ibarat bakteria atau virus , sangat kecil tp masih berlagak sombong.
Mei 08, 2010 @ 00:29:15
Sombong pasal lupa diri, perasan, tiada belas kasihan pada orang lain, bla bla, kerana asyik dengan pujuk rayu syaithon
Maka kena ingat-mengingati sokmo lah kerja kita, jika tidak masing2 akan hanyut ke laut mana ntah.
Galaksi mungkin lebih dari trillion lagi, tak terbilang, wallahu a’lam.
Penyakit hati manusia memang banyak sangat, lepas dari sombong, ada dayus pulok, lepas dari dayus ada riya’ pulok, lepas dari riya’ ada hasad dengki pulok, kemudian buruk sangka, busuk hati, pendendam tak tentu pasal, tamak haloba dan camam2 lagi laaa
Maka setiap diri ni kena jaga diri molek2 lah, pasal Nabi Muhammad S.a.w pun sudah tidak ada, dan dia tidak boleh mengelakkan kita dari fitnah Dajjal dan pujuk rayu syaithon. Cuma dia telah tinggalkan panduan2 dan ilmu2 yang berguna, maka kita lah pulok mengambil iktibar darinya atau tidak
“kuu anfusakum wa ahliikum naaro” …….
Mei 26, 2010 @ 22:06:46
Takut betul bila baca tafsir Al-Quran nii, bimbang jika kita tergolong salah seorang dr kalangan mereka ni,yg mintak balik ke dunia.
Surah As-Sajdah
12]
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
[13]
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.
[14]
(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.
Jun 16, 2010 @ 18:25:01
pelik mlihat realiti hiburan zaman sekarang..
terutamanya di kalangan melayu sendiri yg leka dan berlumba-lumba utk mengejar hiburan.
Jul 01, 2010 @ 20:20:01
mohon utk copy ye
Ogo 28, 2010 @ 06:38:16
salam. baru-baru ni saya baru terbaca artikel pasal conversation antara seorang bishop dengan rakyat malaysia di vatican. lepas tu, memang saya bersungguh2 nak kasi kawan2 saya baca artikel tu tapi sbb panjang sgt, diorang taknak baca. saya cuma nak diorang dapat kesedaran tentang cara hidup kami yang terlalu pentingkan keduniaan, tapi diorang macam tak ambil berat. lepas baca artikel tu, Alhamdulillah, saya terbuka hati dan saya cuba untuk berubah untuk luruskan balik jalan hidup saya yang dah lama bengkok ni. saya suka artikel saudara ni sebab memang exactly macam apa yang saya nak sampaikan kt kawan2 saya, dan jugak rakan-rakan Islam yang lain. Jadi, saya mintak izin copy artikel ni untuk letak dalam blog saya ye..
Ogo 28, 2010 @ 18:05:56
Wa’alaikumussalaam w.b.t……. Silakan wahai Hijrah. Tulisan2 dalam blog ni adalah untuk sharing belaka. Jika ada salah dan silap harap maafkan lah ya, kerana kita semua tidak lari dari melakukan kesilapan. Semoga mendapat manfaat darinya, amiin