Beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith tentang mencari rezeki yang berkat

5 Komen

Panduan dari AlQuran

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

“Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132

“(Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.” Surah Huud : ayat 52

“dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui.” Surah An-Nur : ayat 32

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” Surah Al Baqarah : ayat 268

Lagi

Beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith tentang mencari pasangan hidup

3 Komen

Salaamun alaikum w.b.t……. Kita tidak boleh berputus asa untuk mencari isteri solehah atau suami soleh. Biar pun sudah banyak kali kita gagal dalam menyintai seseorang dan berniat untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup kita dunia dan akhirat.  Biar pun kita pernah bercerai setelah berkahwin dan mengalami kegagalan-kegagalan lain yang seumpamanya. Perkahwinan adalah suatu yang dituntut di dalam Islam kerana ianya adalah satu perkara yang mulia , banyak hikmahnya dan sudah bermula dari dalam syurga dulu lagi. Berikut adalah beberapa panduan dari AlQuran dan AlHadith untuk mencari pasangan hidup agar kita dapat bahagia di dunia dan di akhirat insyaAllah.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” Surah An Nahl : Ayat 72

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

.

Panduan dari AlQuran

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” Surah Ar-Ruum : 21

Lagi

Sel darah putih mengejar bakteria

Tinggalkan komen

Berikut adalah video tentang sel darah putih (neutrophil) dalam tubuh manusia sedang mengejar bakteria (Staphylococcus aureus) yang dirakamkan oleh David Rogers dari Universiti Vanderbilt. Video ini sudah dirakamkan bertahun yang lepas, cuma saya ingin kongsikan di sini bagi sesiapa yang masih belum melihatnya :)   SubhanAllah …….
.

.

Bencana sebagai balasan daripada Allah

9 Komen

Oleh : Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz.

Apabila tiba musim hujan, langit akan mencurahkan airnya. Air pun mula melimpah di sana sini. Sehingga mengakibatkan banjir di tempat-tempat tertentu. Apabila musim kemarau melanda, bumi pun menjadi kering kontang.

Di sebalik kejadian yang dianggap lumrah oleh manusia ini, ada satu persoalan yang perlu difikirkan bersama. Mengapakah apabila tiba musim hujan, langit mencurahkan airnya tanpa henti-henti sehingga berlaku banjir besar yang memusnahkan segala-galanya. Akibatnya juga manusia yang tidak berdosa pun menjadi mangsa dan binatang ternakan turut mati.

Mengapakah juga musim kemarau yang berlaku berlarutan hingga segala parit dan anak sungai menjadi kering? Sementara itu langit langsung tidak menurunkan airnya dalam masa yang agak lama, panas membakar hingga tanaman dan tumbuhan di dunia musnah. Akibatnya manusia hidup dalam kehausan dan terseksa.

Pernahkah kita terfikir mengapakah apabila berlaku musim hujan di sana sini pada waktu yang sama ada kawasan yang kering kontang tanpa hujan? Orang ramai di kawasan itu pula hidup dalam kehausan kerana kemarau panjang terjadi secara tiba-tiba. Apakah ini juga dianggap sebagai lumrah?

Sebenarnya apabila banjir sudah sampai kepada had bahaya atau kemarau pula berlarutan sehingga bumi menjadi kering kontang, atau terjadinya kemarau di musim hujan maka hal ini tidak boleh lagi dianggap sebagai perkara biasa. Hal ini adalah musibah, bala bencana dan keburukan, lebih-lebih lagi apabila sampai tahap merosakkan dan memusnahkan jiwa dan harta benda.

Lagi

Duit elektronik , duit rahsia yang digunakan oleh Illuminati untuk kepentingan mereka

70 Komen

Salaamun alaikum w.b.t……. Berikut ini adalah antara petikan perbincangan saya sebelum ini di suatu tempat lain, bukan di blog ini.

Contoh duit BANK yang wajib mesti ada dalam akaun tu , kalau tak akaun akan diclose, biasanya sekurang2nya mesti ada rm10 kan? Maka nampak di situ senang2 BANK dah dapat duit free. rm10 hanya sedikit kalau nak kira. Tapi kalau sejuta orang buka akaun kat BANK tu, dah jadi berapa dah tu?

Duit tu pn dah terlalu memberikan keuntungan pada BANK. Nama dah sistem yang direka oleh Freemason, kerja cekik darah orang :)

Kita benar2 sudah dijauhkan dari kehidupan natural yang sebenar. Kita skrg banyak bergantung kepada mesin, hanya pandai membeli makanan tetapi tidak pandai menanam untuk menghasilkan makanan seperti zaman dahulu.

Dengan itu kita semakin terikat dengan SISTEM yang dicipta oleh Illuminati ini. Apa lagi sekarang ini duit pun dijadikan dalam bentuk elektronik, seperti kad kredit, kad debit, bank, paypal dsbnya. Yakin kah kita akan dapat semua duit kita dalam bank nanti? Simpanan kita itu kita hanya dapat lihat nombornya dalam buku akaun atau akaun di internet dan ATM.

Lagi

Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers