Cinta kerana Allah S.w.t dan tanda-tanda bahawa Allah cinta kepada seseorang hamba

3 Komen

Salaamun alaikum w.b.t……. Di bawah ini dipetik dua tajuk dari kitab Riyadhus Sholihin karangan Imam Nawawi r.a. Sebagai peringatan bersama kita tentang hubungan kita dengan Allah S.w.t. dan sesama saudara Islam kita. Adakah kita sudah cukup sayang atau cinta kepada sesama saudara Islam kita? Sebagai contoh, jika kita mengajak orang lain kepada kebaikan, adakah kita mengajak dia kerana kita sayang kepadanya atau kerana kita mahu tunjuk kita baik dan benci kepada mereka-mereka yang tidak mendengar kata-kata kita? Sehingga masing-masing mendabik dada mengatakan bahawa cara dia sahaja yang betul dan bersikap terlampau keras terhadap sesama Islam walaupun hanya berbeza pendapat dalam perkara cabang.

Begitu juga halnya dengan kekeluargaan, adakah kita lupa bahawa setiap mukmin dan muslim itu bersaudara? Maka mengapa kebanyakan dari kita sekarang ini masih lagi berpegang kepada keluargaku keluargaku, keluargamu keluargamu? Lupakah bahawa kita semua berasal dari Nabi Adam a.s dan Hawa a.s? Kita hanya bergotong royong dan bermuafakat sesama saudara apabila mengadakan kenduri dan majlis-majlis tertentu sahaja. Tetapi mengapa masing-masing tidak cuba untuk menyelesaikan masalah masing-masing sepertimana jika keluarga kita sendiri yang menghadapi masalah? Sememangnya kita sudah terdidik dari zaman dahulu lagi iaitu terkurung dengan keluarga pertalian darah yang dekat semata-mata dan terpisah dari saudara-saudara lain. Tiada lagi ukhuwwah Islamiyyah yang sebenar-benarnya.

Kerana apa?  Kerana masing-masing terlalu sibuk mengejar urusan dunia, projek sana projek sini, bisnes sana bisnes sini, mana la cukup masa untuk memikirkan tentang semua ini.  Sedangkan ramai saudara-saudara kita diluar sana yang terpinggir, tersisih dan terbengkalai.  Apa yang masing-masing kita kejar sangat di dunia yang sementara ini sebenarnya?

Lagi

Semoga Malaysia dan Indonesia dapat berbincang dengan aman dalam menangani krisis

15 Komen

Salaamun alaikum w.b.t……. Krisis Malaysia dan Indonesia melanda lagi dan tidak habis-habis dengan masalah berebut perairan dan wilayah. Saranan yang dibuat oleh Ketua Umum Partai Persatuan Pembangunan di Indonesia iaitu Suryadharma Ali amatlah bagus, iaitu agar kedua-dua belah pihak cepat berunding dan menentukan batas wilayah di antara kedua negara ini.

Amatlah sedih di lihat ada protes-protes liar di kedutaan Malaysia di Indonesia. Sehinggakan ada penunjuk-penunjuk perasaan yang membakar , memijak dan meludah bendera Jalur Gemilang ,  melaung-laungkan “ganyang Malingsia”, serta ada juga yang melempar bungkusan najis manusia ke dalam pagar kedutaan.  Itu sudah menunjukkan satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia, akan tetapi amatlah diharapkan agar rakyat Malaysia jangan melakukan perkara yang sama seperti itu. Sebaiknya kita bersabar dan menyelesaikan perkara ini dengan tenang dan aman.  Biarkan pihak-pihak berkuasa berunding dengan baik dahulu.

Kita mesti sedar juga bahawa ada pihak-pihak luar yang akan mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan lagi permusuhan antara Malaysia dan Indonesia, terutamanya melaga-lagakan sesama Muslim. Tidak mustahil ini juga adalah salah satu dari agenda mereka. Kerana itu lah saya menyeru agar kita semua bersabar, berdoa banyak-banyak ke hadirat ilahi agar suasana ini tidak menjadi semakin tegang. Dan semoga pihak-pihak berkuasa dapat berbincang dengan elok dan menyelesaikan krisis ini secepat mungkin.  Dan diharapkan agar jangan lah ada  suatu pihak melakukan provokasi yang boleh menambahkan lagi semaraknya api yang sedang membara.  :)

Lagi

Mengapa terlalu mudah melabelkan orang lain sebagai Wahabi?

10 Komen

Salaamun ‘alaikum w.b.t……. Mengapa ada golongan yang terlalu mudah MENUDUH orang lain sebagai WAHABI? Sedangkan yang dituduh itu TIDAK mengaku WAHABI dan NYATA bermazhab Ahlus sunnah pun. Sedangkan Wahabi yang sebenarnya MENGAKU mereka adalah WAHABI.

Kes ini samalah seperti ada golongan yang menuduh PAS sebagai puak Khawarij. Tahukah apa itu Khawarij? Secara ringkas, Khawarij itu adalah puak yang keluar menentang pemerintahan Khalifah yang MENEGAKKAN UNDANG2 ISLAM.

Tetapi kerajaan Malaysia sekarang ini menjalankan undang2 Islam ke? :)



Kerana itu berhati-hati lah dengan perkara2 yang menimbulkan TUDUHAN dan TOHMAHAN sesama Islam. Kaji dan siasat dulu dari pelbagai PIHAK. JANGAN hanya mendengar dari SATU PIHAK sahaja. kes mendengar dari SATU PIHAK sahaja yang boleh menjadi fanatik / ta’asub membuta tuli ni.

Sama lah kesnya jika hanya mendengar dan percaya berita dari televisyen dan surat khabar mainstream sahaja, tanpa mahu MEMBUKA MINDA mendengar dari pelbagai pihak ;)

Jangan hanya kerana seorang ULAMAK itu mengeluarkan HUJJAH yang disangka baru terus kita melabelkan dia WAHABI. Sedangkan hujjah itu bukannya perkara BARU, tetapi perkara yang telah LAMA disembunyikan.

Lagi

Sesuatu yang disangka sebagai Riya’, tetapi sebenarnya bukan Riya’

3 Komen

Dari Abu Zar r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: “Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seseorang lelaki yang mengerjakan suatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang ramai kerana amalannya itu?” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mu’min yang diterima secara segera – yakni ketika di dunia sudah dapat merasakan kenikmatannya. (Riwayat Muslim)

Petikan dari Kitab Riyadhus Sholihin – Bab 289

.

Maka jika ada seseorang melakukan amal kebaikan lantas dipuji oleh orang lain, itu bukan bermakna dia riya’ lagi.  Segalanya bergantung kepada niat dia sendiri, sama ada dia ikhlas kerana Allah dan melaksanakan tanggungjawab / tugasnya, atau semata-mata mahu menunjuk-nunjuk sesama manusia dan bermegah dengannya.

Dan kita pula, jangan lah mudah busuk hati, sangka buruk, tak puas hati, jeles dengan amal-amal dan kejayaan orang lain.  Jika tidak, saja-saja kita dapat dosa free, na’uzubillah.

.

Apa yang dikatakan sebagai Riya’?

Allah Ta’ala juga berfirman:”Mereka itu suka melakukan riya’ kepada para manusia dan tidak berzikir (ingat) kepada Allah, meiainkan hanya sedikit sekali.” Surah an-Nisa’: 142

Lagi

Terburu-buru adalah sifat syaitan

Tinggalkan komen

Rasulullah S.a.w. bersabda: “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” Riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan

Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah S.a.w bersabda : “ Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” Hadith Riwayat Tirmizi

Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” Hadith Riwayat Muslim.

Sifat terburu-buru yang tidak elok ialah apabila ianya mengundang kesusahan dan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Biasanya ia disebabkan oleh sifat tidak sabar, emosi, lekas marah, malas, tamak dan seumpamanya.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud, “Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 37

Walaubagaimana pun, bersikap tenang tidak semestinya sehingga menjadi terlalu lambat dan lembab dalam membuat sesuatu. Tetapi kadar pertengahan itu adalah yang terbaik, sesuai dengan hadith nabi yang bermaksud , “Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya”. Hadith Riwayat AlBaihaqi

Maka untuk mencari ukuran terbaik bagaimana sifat yang harus kita contohi, sudah tentulah ada pada diri Nabi Muhammad S.a.w. dan para sahabatnya. Firman Allah S.w.t yang bermaksud , “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (Iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Surah Al Ahzaab : Ayat 21

Wallahu a’lam :)

Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers