Dari Abu Zar r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: “Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seseorang lelaki yang mengerjakan suatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang ramai kerana amalannya itu?” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mu’min yang diterima secara segera – yakni ketika di dunia sudah dapat merasakan kenikmatannya. (Riwayat Muslim)
Petikan dari Kitab Riyadhus Sholihin – Bab 289
.
Maka jika ada seseorang melakukan amal kebaikan lantas dipuji oleh orang lain, itu bukan bermakna dia riya’ lagi. Segalanya bergantung kepada niat dia sendiri, sama ada dia ikhlas kerana Allah dan melaksanakan tanggungjawab / tugasnya, atau semata-mata mahu menunjuk-nunjuk sesama manusia dan bermegah dengannya.
Dan kita pula, jangan lah mudah busuk hati, sangka buruk, tak puas hati, jeles dengan amal-amal dan kejayaan orang lain. Jika tidak, saja-saja kita dapat dosa free, na’uzubillah.
.
Apa yang dikatakan sebagai Riya’?
Allah Ta’ala juga berfirman:”Mereka itu suka melakukan riya’ kepada para manusia dan tidak berzikir (ingat) kepada Allah, meiainkan hanya sedikit sekali.” Surah an-Nisa’: 142
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Allah Ta’ala berfirman: “Aku adalah yang paling tidak memerlukan kepada sekutu di antara orang-orang yang memerlukan sekutu itu. Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan dan ia menyekutukan besertaKu dengan yang selain Aku untuk mendapatkan pahalanya amalan tadi, maka Kutinggalkanlah orang itu ( tidak Kuperdulikan) dan pula apa yang disekutukan itu.” (Riwayat Muslim)
Dari Jundub bin Abdullah bin Sufyan r.a., katanya: “Nabi s.a.w. bersabda:”Barangsiapa yang memperlihatkan amalannya kerana riya’, maka Allah akan memperlihatkan -(ketidak ikhlasannya itu) dan barangsiapa yang berbuat riya’, maka Allah akan menampakkan keriya’annya itu.” (Muttafaq ‘alaih)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan yang semestinya dapat digunakan untuk memperolehi keredhaan Allah ‘Azzawajalla dengan ilmunya tadi, tetapi ia mempelajarinya itu tidak ada maksud lain kecuali untuk memperolehi sesuatu kebendaan dari harta dunia, maka orang tersebut tidak akan dapat menemui bau harumnya syurga pada hari kiamat,” Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih
Dan sambungan bacaan lanjut tentang Riya’ di tajuk Riya’ – Syirik yang terkecil
.
.
Maka usahlah kita semudah-mudahnya menuduh dan bersangka-buruk pada orang oleh kerana kita lihat orang itu seperti mahu riya’.
.
Larangan Mempunyai Prasangka Buruk Kepada Kaum Muslimin Yang Tanpa Adanya Dharurat
Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud; “Hai sekalian orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian banyak dari prasangka buruk itu sebab sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa.” Surah al-Hujurat : Ayat 12
.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda , maksudnya: “Takutlah olehmu semua akan prasangka buruk, sebab sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dustanya pembicaraan.” (Muttafaq ‘alaih)
Petikan dari kitab Riyadhus Sholihin – Bab 272



Ogo 19, 2010 @ 20:26:51
Tak buat ibadat takut dikatakan oleh org sbg riya’ juga adalah riya’.
Bimbang juga dgn riya’ ni sbb amalan yg dibuat menjadi sia-sia
Okt 29, 2010 @ 00:30:38
sekadar berkongsi pengalaman.. bilamana kita telah btaubat dr dosa yg lalu dan beribadat kpd Allah dgn sepenuh ikhlas, tetapi org2 tdekat dan yg kita sayangi menyuarakan bhwa kita beribadat dan mmbuat amalan2 baik hanyalah kerana mahu menunjuk2 dan riya’. Astaghfirullahalazim.. sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui..
Okt 01, 2011 @ 22:37:55
Saya pun amat takut dgn riyak ini.lebih-lebih lagi bila kita dah bertaubat dan cuba memperbaiki amalan.sambil itu kita menasihatkan kawan2 lain supaya cuba buat apa yg kita sudah buat kerana kita sudah rasa nikmatnya.takut bila kita bercerita tentang ibadat yg kita buat,terbit perasaan riyak.nauzubillah.
Untuk kawan2 yg selalu update status di FB hati2 supaya ayat yg kita tulis bukan tujuan utk menunjuk-nunjuk.cthnya bercerita tentang kejayaan diri sendiri dan keluarga dan tentang ibadat2 puasa atau solat terawih yg dilakukan.