Salaamun ‘alaikum w.b.t……. Mengapa ada golongan yang terlalu mudah MENUDUH orang lain sebagai WAHABI? Sedangkan yang dituduh itu TIDAK mengaku WAHABI dan NYATA bermazhab Ahlus sunnah pun. Sedangkan Wahabi yang sebenarnya MENGAKU mereka adalah WAHABI.
Kes ini samalah seperti ada golongan yang menuduh PAS sebagai puak Khawarij. Tahukah apa itu Khawarij? Secara ringkas, Khawarij itu adalah puak yang keluar menentang pemerintahan Khalifah yang MENEGAKKAN UNDANG2 ISLAM.
Tetapi kerajaan Malaysia sekarang ini menjalankan undang2 Islam ke?
Kerana itu berhati-hati lah dengan perkara2 yang menimbulkan TUDUHAN dan TOHMAHAN sesama Islam. Kaji dan siasat dulu dari pelbagai PIHAK. JANGAN hanya mendengar dari SATU PIHAK sahaja. kes mendengar dari SATU PIHAK sahaja yang boleh menjadi fanatik / ta’asub membuta tuli ni.
Sama lah kesnya jika hanya mendengar dan percaya berita dari televisyen dan surat khabar mainstream sahaja, tanpa mahu MEMBUKA MINDA mendengar dari pelbagai pihak
Jangan hanya kerana seorang ULAMAK itu mengeluarkan HUJJAH yang disangka baru terus kita melabelkan dia WAHABI. Sedangkan hujjah itu bukannya perkara BARU, tetapi perkara yang telah LAMA disembunyikan.
Ketahuilah, ilmu ISLAM yang sebenar BANYAK disembunyikan sejak dari KEDATANGAN PENJAJAH ke tanahair kita ni. Banyak yang disembunyikan dan dikesampingkan terutamanya perkara2 pokok dan penting.
Jika datang seorang ulamak melakukan TAJDID / UPDATE, tidak semestinya ulamak itu adalah WAHABI. Kita mesti FAHAM tu.
Sayangilah diri kita dan saya pesan diri saya jugak agar JANGAN mudah terjatuh ke dalam hal FITNAH orang lain dengan sewenang2nya.
Wahabi di Malaysia ni saya tak tahu sangat macam mana. Tetapi kalau kat Timur Tengah sana, mereka terang2 mengaku WAHABI. Mereka mengkasari dan menghentam rohani dan fizikal ahlus sunnah wal jama’ah. Mereka menuduh ahlus sunnah sebagai SESAT
Golongan Salafi, adalah golongan yang mahu revivekan semula pendapat2 ulamak SALAF dulu. Ada bagusnya. Cuma yang x bagusnya, dah jadi macam makin BERPUAK2 la pulak huhu.
Umat Islam kan satu, janji kita pegang pada aqidah yang benar dan ada dalil2 dan rujukan yang benar dari Muhammad S.a.w , Rasul Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir
Syeikh Muhammad Abdul Wahab tu mungkin bukan WAHABI, tetapi pengikut2 dia kemudian yang terlalu FANATIK tu yang melabelkan diri mereka sebagai WaHABI, sempena nama ayahnya Abdul Wahab. Dan Wahabi juga sebenarnya mungkin adalah antara propaganda Amerika Syarikat juga kerana pihak mereka yang biasanya melabelkan sesuatu pihak itu sebagai WAHABI. Syeikh Muhammad Abdul Wahab dulu pernah perjuangkan untuk memurnikan kembali aqidah umat di sana. Kemudian British yang banyak menuduhnya yang bukan-bukan dan mempropagandakan beliau.
Kes in jugak sama seperti kes Nabi Isa a.s. Dia tidak menyebarkan ajaran kristian seperti yang ada pada hari ini, tetapi pengikut2nya yang terkemudian yang sudah banyak terpengaruh dengan Paulus dan kerajaan Rome masa tu, dan terus menjadi sesat dari ajaran Isa a.s yang sebenarnya.
Maka, Syeikh Muhammad dan Nabi Isa a.s TIDAK BERSALAH, tetapi pengikut2 mereka yang terkemudian yang telah tersasar jauh dari AJARAN ASAL
. Dan sekiranya Syeikh Muhammad Abdul Wahab bersalah sekali pun, mengapa kita sesama Islam sekarang ini mudah sangat menuduh orang lain sebagai Wahabi / Wahhabi sedangkan orang itu tidak mengaku Wahabi dan ternyata mengikut mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah juga, dan berpegang kepada ulamak2 Salaf ahlus sunnah seperti Imam Syafi’e, Maliki dan sebagainya.
.
.
.
Bacaan berkaitan:
Adakah PAS sama dengan puak khawarij?
Wujudnya golongan yang suka mengkafirkan dan menuduh orang lain sesat
.
.



Okt 17, 2010 @ 04:23:35
Salam,
Kalau nak dibangkitkan soal ini. PAS tidak dilayak digelar penyelamat Islam atau mendabik dada mengaku ingin menegakkan daulah islamiah.
PAS sebuah parti politik. Setiap gerak kerja dan tingkah-laku semua berpaksikan politik. Dan kadangkala, saya khuatir adakah PAS mempergunakan agama untuk kepentingan kuasa dan diri?.
Sebagai contoh, dahulu (sebelum wujud BA dan PR) PAS menolak/mengharamkan kerjasama bersama parti bukan islam dan melabel parti pemerintah (UMNO/BN) sebagai kafir kerana membuat perikatan bersama MCA dan MIC. Tetapi, pada 1999 dan 2008 PAS menelan kembali ludahnya dengan membuat perjanjian bertulis bersama DAP – Parti yang terang-terang menolak Islam.
Dengan itu, apakah PAS layak digelar parti islam? sedangkan mulut dan perilaku tidak menampakkan ciri-ciri Islam yang baik. Mencerca dan berdoa supaya pemimpin pecah perut, adakah itu yang disyariatkan dalam Islam?
Tetapi kerajaan Malaysia sekarang ini menjalankan undang2 Islam ke?
Kenapa tidak ditanya hal ini kepada PAS?. Adakah ia telah melaksanakan hukuman hudud, qisas dan ta’zir terhadap penjenayah di 2 negeri (Kedah dan Kelantan) yang berjaya dikuasainya?
Jangan beri jawapan spekulasi dan copy-paste dari internet. Kalau benar PAS bersungguh ingin melaksanakan perkara ini, kenapa tidak dicabar kerajaan pusat bahwa PAS ingin meguatkuasakan undang-undang syariah di 2 negeri berkenaan. Tetapi yang peliknya, isu royalti pula yang dibawa.
====================================================
Mesti tuan fikir, saya ini anti-Islam, agen-UMNO, anti kepada hukum Tuhan atau cyber-trooper BN. Tetapi ingatlah, PAS tidak layak melabelkan dirinya “penyelamat” Islam dan mendakwa kerajaan pusat itu kejam, batil, kafir, tidak cukup islamik dan sebagainya cacian.
Kerana, kata-kata itu sebenarnya secara perlahan-lahan kembali semula kepada PAS.
- Sy lihat blog ini bnyak memaparkan kisah-kisah Illuminati dan seangkatanya, tetapi tidakkah tuan sedar “rakan seperjuangan” PAS mempunyai lambang mata di panjinya.
Okt 20, 2010 @ 00:50:10
Wahai Ali..
Semua keputusan PAS secara rasmi adalah melalui Majlis Syura Ulama’ berdasarkan nas Al-Quran dan Hadis..
Jika benar tuduhan tuan bahawa “PAS menolak/mengharamkan kerjasama bersama parti bukan islam dan melabel parti pemerintah (UMNO/BN) sebagai kafir kerana membuat perikatan bersama MCA dan MIC”.. Sila huraikan dari siapa tuan mendapat berita tersebut.. adakah dari pimpinan atasan PAS.. keputusan Majlis Syura PAS.. dari Berita Hairan atau TV3Suku… Sila huraikan adakah itu pendirian PAS secara seluruhnya atau itu pandangan peribadi..
Kesatuan BN adalah berasaskan Assabiyyah Perkauman – UMNO utk Melayu, MIC untuk India – dan MCA untuk Cina..
Sedangkan Kesatuan BA adalah berdasarkan parti pelbagai kaum yang tidak memilih kaum apa untuk menjadi ahlinya. PAS sendiri bukan parti untuk melayu sahaja tetapi utk semua orang ISLAM tidak kira dari kaum apa. PKR terbuka untuk semua kaum. DAP sendiri mempunyai ahli dari kalangan India dan Melayu. PAS juga berkerjasama dengan PKR dan DAP untuk menjatuhkan kerajaan zalim BN. PAS tidak pernah berlembut dengan DAP untuk bab HUDUD.
Ambil perhatian bahawa PAS telah melaksanakan hukum HUDUD di Terengganu ketika memenanginya pada tahun 1999. Kemudian apabila BN merampas semula Terengganu, hukum Hudud telah sedia ada di Terengganu tetapi mereka tidak mahu menjalankannya.
Negeri-negeri PAS perlukan perkenan Sultan untuk meluluskan undang-undang Islam kerana agama Islam di bawah kuasa Sultan.
Sultan Terengganu telah meluluskan Hudud di Terengganu sewaktu PAS memerintah dari 1999 hingga 2004.
Sultan di Kelantan selama 20 Tahun PAS memerintah Kelantan, tidak meluluskan undang-undang Hudud. INSYA-ALLAH selepas pertabalan Sultan baru Kelantan, Sultan Muhammad V ini, undang-undang HUDUD bakal dilaksanakan dengan perkenan Sultan.
Jadi.. orang UMNO/BN lah yang telah menolak hudud sedangkan hudud telah sedia ada di Terengganu tetapi mereka yang tidak mahu melaksanakannya.
WAHAI ALI.. Fikir2 lah semula apa yang UMNO/BN dah buat kat Malaysia ni sejak British bagi kuasa kat UMNO/MCA/MIC untuk memerintah Malaysia sejak lebih 50 Tahun yang dulu.. MANA USAHA MEREKA UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM!!
Walaupun PAS ada zaman jatuh dan bangkitnya.. tetapi PAS tetap dinasihati dan pimpin oleh golongan Cendekiawan dan Ulama Islam yang fakih dan fahim dalam bidang agama Islam. Tidak seperti BN yang sentiasa dipimpin oleh pemimpin-pemimpin sekular.
Wassalam
Okt 17, 2010 @ 22:12:22
Salaam . Terima kasih di atas komennya.
Saudara mengatakan di atas PAS pernah MENGKAFIRKAN UMNO dulu. Boleh berikan itu KENYATAAN siapa?? Yang saya tahu, tidak pernah pun orang2 PAS yang saya kenal MENGKAFIRKAN UMNO, tetapi memberi contoh jika melakukan suatu itu menjadi KAFIR ada lah.
TUDUHAN mengatakan PAS mengkafirkan orang itu sebenarnya datang dari orang2 UMNO sendiri, itu saya sudah maklumi lama dah
MULUT dan PERILAKU PAS? Mulut dan perilaku siapa yang saudara maksudkan?? Jika hanya segelintir orang2 PAS berkelakuan OVER dan seumpamanya, adakah kamu menghukum semua orang PAS begitu?
Itu sama seperti orang2 barat yang NON-MUSLIM melihat sebahagian perilaku MUSLIM yang teruk. Maka adakah orang MUSLIM itu teruk??
Tentang HUKUM HUDUD, tahukah kamu jika kerajaan Kelantan melaksanakannya HUKUM HUDUD itu MENYALAHI undang2 negara sekarang? Tahukah kamu kita TIDAK boleh menderhaka kepada PEMERINTAH tetapi hanya boleh menasihati dan mengikut cara yang telah dibenarkan (seperti melalui PILIHANRAYA sebagai contoh)
Yang menjadi masalahnya KERAJAAN PUSAT yang TIDAK MAHU melaksanakan HUKUM HUDUD. PAS bukan memegang MALAYSIA sekarang ini tetapi hanya sebahagian negeri. Tak kan saudara tidak maklum akan hal ini?
PAS sudah banyak kali mengajak pemimpin2 BN untuk BERDEBAT di khalayak ramai, di dalam televisyen dan seumpamanaya. Tetapi tidak nampak kah kamu pelbagai ALASAN diberikan oleh PEMIMPIN sekarang??
Takut sangatkah untuk berdebat tentang HUKUM HUDUD??
Saya tahu tentang logo KEADILAN. Ada kemungkinan juga ada pengaruh dari Illuminati dan mungkin juga secara KEBETULAN, Saya bukan sokong sangat KEADILAN tu.
Tetapi cuba baca tulisan saya berkenaan LOGO dacing dalam BN dan logo UMNO dan banyak lagi logo2 yang ada di MALAYSIA kita ni dalam link di bawah, di bahagian ruangan KOMEN
http://hikmatun.wordpress.com/2010/03/13/kaitan-simbol-coat-of-vatican-dengan-simbol-simbol-illuminati-lain/
Okt 17, 2010 @ 22:15:58
Mari ambe copy and paste balik la di sini tentang apa yg ambe tulis kat link tu
Pernahkah anda terfikir tentang logo UMNO yang mempunyai palang antikrist??
2 bilah KERIS yang membentuk palang seperti ANTIKRIST
Logo berwarna MERAH
Okt 17, 2010 @ 22:16:39
Logo ini pula menunjukkan keris dalam bulatan seperti matahari
Bahagian atasnya juga berwarna MERAH
Okt 17, 2010 @ 22:17:58
Di bawah ini adalah ULANGAN kepada komentar saya yang lama di blog ni, agar sama2 kita fikir-fikirkan
Bendera PKR?? Mungkin ada kaitan, dan mungkin tidak. Mesti dikaji balik siapa pembuat bendera tu dan siapa yang suruh??
Lagi pun bukti masih kurang walaupun bendera PKR terang2 seperti logo Illuminati
Lagi pun bagi saya, sesama Islam agar berhati2 sebelum menuduh saudara kita sendiri, apatah lagi suatu perkara yang masih belum ada BUKTI2 yang kukuh
Jika sekadar persamaan logo Illuminati, mari saya bongkarkan rahsia logo DACING / ALAT PENIMBANG dalam Barisan Nasional / BN
Sebenarnya logo dacing yang dipakai itu juga dipakai oleh Freemason. Dan jika anda perhatikan betul2, dua dacing itu berbentuk seperti dua PIRAMID yang dilihat dari pandangan PERSPEKTIF
Dalam Black Masonry, simbol itu digunakan oleh Grand Inspector Inquisitor commander
Dalam Mesir kuno, ‘pair of scales’ atau ‘DACING’ digunakan sebagai LAMBANG keseimbangan yang sempurna terhadap keadilan perkara2 ketuhanan
Dan banyak lagi yang anda semua boleh mengKAJInya …….
Manakala lambang Negara Malaysia / Jata negara juga dipengaruhi oleh British / Illuminati / Keluarga Merovingian. Sampai ke hari ini kita masih guna, sampai x cuba nak buat lambang baru yang tak ada lukis gambar BINATANG ke apa
Yang atas sekali tu dikatakan sahaja bintang, tetapi bukan bintang tu, MATAHARi tuu
Ianya seperti simbol yang mereka gunakan iaitu Coat of Arms
Dua ekor binatang mesti ada di tepi kiri kanan dan perisai Daud di tengah. Untuk lebih banyak lagi tentang Coat of Arms , sila baca di sini
http://hikmatun.wordpress.com/2009/10/26/kenali-pasukan-dajjal-dan-simbol-simbol-mereka-bahagian-2/
Saya sudah lama juga memerhati tentang perkara ini, tetapi belum cukup BUKTI untuk membuat RUMUSAN
Walaubagaimana pun saya masih TIDAK MENUDUH sesiapa berkenaan soal ini. Kerana yang PASTI , kita semua umat ISLAM dipermain2kan oleh Illuminati agar bertelagah dan tuduh menuduh sesama sendiri
Semoga kita dapat celik, kembali kepada ISLAM yang sebenar dengan mengguna ALQURAn dan HADITH sebagai sumber HUKUM UTAMA, dan kenali siapa MUSUH Islam yang sebenar yang sedang melaga2 kan kita
Peace, love, happiness and justice for all
Okt 17, 2010 @ 22:20:03
Bandingkan sudut PERSPEKTIF piramid gambar logo BN ini
Dengan gambar PERSPEKTIF piramid ini
Bermakna ada 2 buah PIRAMID dalam LOGO BN
INGAT!!
Malaysia di JAJAH oleh BRITISH suatu ketika dahulu. Dan salah satu keluarga Illuminati ialah KERABAT DI RAJA BRITISH yang dikenali sebagai ‘The Merovingian’
Pengaruh mereka dari dulu lagi BERLELUASA di Malaysia ni …….
Okt 19, 2010 @ 20:52:15
Tuan, parti pemerintah pun ada kepincanganya.. dan tidak terkecuali PAS. Kita semua tidak ma’sum! Dan tidak terlepas dari melakukan salah dan silap.
Yang ma’sum hanya Rasullullah s.a.w dan nabi-nabi pilihan Allah s.w.t.
Maka, jangalah hanya nampak keburukan dan kecelaan org lain sahaja. Muhasabah diri dan kenali diri dahulu.
Wasalam.
- Ali
Okt 20, 2010 @ 00:27:52
Salam alaik ya ali,
Sememangnya parti pemerintah mempunyai kepincangan..
Tetapi parti pemerintah yang tidak pernah mempunyai usaha untuk menegakkan Islam dalam pemerintahan setelah memerintah selama lebih 50 Tahun.. itu bukan kepincangan.. itu adalah keengganan untuk menegakkan agama Islam dan wajar ditukarkan dengan parti yang lebih serius dalam menegakkan dan membela agama Islam..
‘Keburukan seseorang boleh didedahkan untuk menyelamatkan orang lain dari terjebak dalam keburukannya’.
Dis 17, 2010 @ 16:49:04
Assalamualaikum . . .
Kepincangan yg berlaku atas diri sendiri.
Faktor utama tolak Islam. Sedarlah wahai umat manusia, hanya Islam yang mampu mengembalikan kesejahteraan dan perpaduan ummah. Tampuk administerasi sekarang perlu digulingkan. Pemerintah Islam sebenar harus dilantik. Semoga kita terus diredai dan dirahmati Allah. I <3 Islam