Salaamun alaikum w.b.t……. Pada 3 September yang lalu, dalam akhbar Mail Online di Britain, saintis paling terkenal Britain iaitu Prof, Stephen Hawking telah membuat kenyataan bahawa alam semesta ini sebenarnya bukan diciptakan oleh Tuhan, tetapi ianya terjadi dari tiada dan lebih kepada satu hukum dalam Fizik. Di dalam buku provokatif tulisannya mengatakan , “modern physics left no room for a Creator – and that science could explain the origins of the universe”.
Katanya lagi , “‘Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing”. Dia menegaskan bahawa kejadian alam semesta ini berlaku dengan spontan. Dan tidak perlu melibatkan penciptaan semua ini dengan Tuhan. Prof. Stephen Hawking nampaknya sudah lupa kepada kenyataan beliau sendiri pada tahun 1988 dahulu, di dalam tulisannya yang bertajuk ‘A Brief History Of Time‘ , iaitu “If we discover a complete theory, it would be the ultimate triumph of human reason – for then we should know the mind of God”.
Dia yang suatu ketika dahulu pernah mengakui kewujudan Tuhan, kini membuat kenyataan yang bercanggah dengan fakta lamanya pula. Dan agak ramai juga yang menyokong kenyataan terbaru beliau ini, terutamanya mereka-mereka yang ateist , anti-Kristian dan anti-religion. Kenyataan professor ini adalah satu tamparan yang hebat ke atas umat Kristian dan juga umat-umat agama lain yang mempercayai kewujudan Tuhan termasuklah umat Islam.
Professor itu juga telah membuat kenyataan bahawa ada kemungkinan wujudnya hidupan lain di planet-planet lain. Kenyataan nya ini berbaur Illuminati dan saya amat yakin, ada pengaruh Illuminati di dalamnya. Sama ada dia sendiri dipengaruhi oleh Illuminati, atau ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan ke atasnya dan mempermainkannya.
Antara kenyataan Professor ini tentang alien ialah , “‘We only have to look at ourselves to see how intelligent life might develop into something we wouldn’t want to meet.
‘I imagine they might exist in massive ships, having used up all the resources from their home planet.
‘Such advanced aliens would perhaps become nomads, looking to conquer and colonise whatever planets they can reach.”
Kenyataan-kenyataan beliau itu seperti seorang yang sedang bermimpi atau seorang kanak-kanak yang berimaginasi bukan-bukan akibat dipengaruhi oleh filem-filem sains fiskyen. Dia menambah lagi bahawa peluang manusia untuk melangsungkan kehidupan pada masa akan datang ialah dengan berpindah dari Bumi ini dan pergi ke planet-planet lain. Professor ini nampaknya sudah jauh lari dari kenyataan dan berada di alam khayalannya sendiri. Tetapi oleh kerana dia seorang professor, maka ramailah yang akan terpengaruh dengan kata-katanya.
Kasihan sungguh membaca kenyataan-kenyataan Professor Stephen Hawking ni. Saya hanya doakan agar dia mendapat hidayah dan akan mengeluarkan kenyataan yang rasional di masa akan datang, amiin …….



Sep 05, 2010 @ 02:38:49
Beliau lupa, siapa cipta graviti
Sep 05, 2010 @ 05:27:15
makin hari makin menakutkan sdh dunia ni…..
Sep 05, 2010 @ 05:48:00
Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan.
Sungguh beruntung orang yang menyucikannya ( jiwa itu).
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.
Asy-Syams (8-10)
Sep 06, 2010 @ 07:21:38
Si Profesor itu lupa kalau yang membuat hukum alam semesta itu adalah Allah SWT
Sep 06, 2010 @ 09:25:40
tak padan dengan senget prof tu, dok x caya tuhan lagi, banyak2 lah insaf prof hawking, lagi cerdik lagi x kenal tuhan, itu lah manusia yang lagi bodoh…harap ada profesor ja …harap diberi hidayah oleh allah, dah ramai manusia di eropah masuk islam…ameennn
Sep 17, 2010 @ 04:11:06
sudah jelas profeser walaupun pandai..genius tpi tak berakal..setuju..krn ALLAH MENCIPTAKAN ALAM MEMBUKTIKAN KEWUJUDANNYA UNTUK ORG ORG BERAKAL..
Sep 27, 2010 @ 14:54:54
Mana ada benda jadi sendiri,jangan anggap bila ada prof didepan nama semua cakapnya betul. Umat Islam tak akan percaya kerana kita ada asas yg kuat tentang Allah yg maha pencipta.Dia senget itu pun Allah yg buat, bukan jadi sendiri.
Sep 27, 2010 @ 23:21:13
Profesor Stephen Hawking -> kebodohan yg tulen melalui kecerdikan yang kabur.
Okt 04, 2010 @ 13:08:19
Apa boleh buat dia seorang manusia.Kita sentiasa buat kesilapan.Tapi pasti dia akan sedar juga akan kesilapannya suatu hari nanti.Jikalau tidak pun itu apa boleh buat.Ini adalah masalah yang sentiasa orang saintis alami iaitu mahu percaya atau tidak akan agama sebab saya sendiri belajar berkaitan dengan bidang ini pun boleh terfikir perkara ini ( kalau belajar lebih mendalam ).Harap dia menyesallah.Saya ingin tambah apa yang berlaku dengan professor itu tiada kaitan dengan agama melainkan pemikiran manusia yang sudah mendalam tentang hukum sains ( menurut batas akal manusia ).Tapi saya tidak tahu jikalau dia menghina mana-mana agama secara bertulis atau terbuka.
Okt 04, 2010 @ 22:23:57
Salam semua. Prof Stephen Hawking is a guy with a brain that does not know how to use or to make a proper statement. i mean, everything that we see, feel and hear through out our daily life. theres always a creator.that create day n night is Allah.he just want to makes other people confuse tht already have religion. i have one good question for him, ( if you say everything hppns in spontaneous, who create that spontaneous reaction?) (what makes you so sure that you right?).
theres so many question that we can ask him until he cannot answer.
Okt 05, 2010 @ 10:25:03
KUFUR NIKMAT,GOLONGAN YNG DI MURKAI DAN GOLONGAN SESAT YNG NYATA
Okt 23, 2012 @ 03:07:47
Hi there to every one, for the reason that I am truly eager of
reading this blog’s post to be updated daily. It contains good data.
Lucie
Feb 16, 2013 @ 10:21:35
prof ni tak tahan duji.kalau tak ada Allah ciptakan udara tak sempat gaknya nak buat komen mati terduduk,budak yg faham tenteng tuhan 100 x prof
dari orgni….utk ustz dmanakah di tempatkan orang yg tak percaya tuhan
tlg ulas,d akhirat nanti