Salaamun alaikum w.b.t……. Ramai lagi yang ingat TEORI KONSPIRASI ini hanya dibicarakan oleh orang-orang awam dan BUKANNYA para ulamak Islam. Itu lah akibatnya kalau malas mengkaji dan menggunakan akal fikiran serta tidak mengambil berat permasalahan umat Islam sedunia sekarang ini. Jika kita hanya fikir hal perut masing-masing dan nak berseronok dalam dunia ini sahaja maka big problem lah to ummah. Di bawah ini ada beberapa video yang sudah lama di Youtube tetapi mungkin masih ramai lagi yang belum menontonnya. Tetapi bersedialah dengan kamus English – Malay jika saudara tidak faham English
Perhati elok-elok tentang Syeikh Imran Hosein ini memperkatakan tentang Teori Konspirasi. Jangan jadi seperti segelintir Melayu yang merasakan kononnya sudah MAJU dan MEMBANGUN, mengutuk-ngutuk dan mempersendakan orang lain yang memperkatakan tentang KEJAHATAN kerajaan AS dan sekutu-sekutunya, tetapi sebenarnya mereka yang masih TERTIPU dengan agenda British dan sekutunya serta duduk bawah tempurung di dalam gua yang gelap pekat. Apa kehebatan yang mereka buat yang akibatkan mereka berbangga-bangga sangat dengan kemajuan tu? Puji sangat barat! Selama-lamanya lah kita akan jadi END USER kepada barangan British dan sekutunya itu jika kita semua tidak berusaha untuk membantu mereka-mereka yang mahu menegakkan HUKUM ISLAM dan HUKUM HUDUD di muka bumi ini , iaitu dengan menegakkan DAULAH KHILAFAH!
9/11 and What the future holds for Muslims – by Syeikh Imran Hosein
.
.
Hidup ini mesti ada PERJUANGAN! Jangan nak berseronok sahaja kerjanya. Melayu Islam kita ni selama ini asyik mahu menunggu sahaja sesuatu perkara tanpa mahu merancang dan membuat sesuatu untuk membantu AGAMA. Dengan alasan, kita semua sudah aman. Aman kalau penuh dengan maksiat, penuh dengan jenayah, penuh dengan korupsi, penuh dengan konspirasi jahat buat apa? Takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut untuk memperkatakan KEBENARAN, lebih-lebih lagi setelah digertak oleh orang-orang tertentu yang GILAKAN DUNIA. Takut pada orang lebih daripada takut pada Tuhan! Ih ih ih ih ih
”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad : Ayat 7
Kalau kamu masih mahu berseronok sangat atas muka bumi ini, bela nafsu serakah, sayangkan Akademi Fantasia, Mentor, Jom Heboh, artis-artis wanita seksi, pelakon-pelakon wanita seksi, dan macam-macam mak nenek lagi, maka sukar lah untuk kamu menerima kebenaran dan mengambil berat tentang hadith-hadith nabi berkenaan Dajjal yang sudah NYATA dan JELAS berlaku sekarang.
Tidak hairan lah jika ramai yang hanya suka bersembang pasal hiburan, lawak jenaka yang keterlaluan, fitnah-memfitnah sesama Islam seperti kes Anwar Ibrahim dituduh, buruk-memburuk sesama Islam, mengutuk ulamak dan sebagainya lagi daripada berbicara tentang Dajjal dan bagaimana untuk mengelakkan fitnah-fitnah Dajjal. Saya ambil contoh kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim, masih TIDAK ADA BUKTI dan KEPUTUSAN BELUM DI BUAT OLEH MAHKAMAH pun ramai orang yang menuduh dan memfitnah melulu. Adakah mereka sendiri yang MENYAKSIKANNYA dan ADA BUKTI?
Dan tunggu lah, teruslah bersifat menunggu sampai cerah. Malas berusaha untuk membangun bersama Islam. Apabila nanti berlaku apa-apa baru lah masa tu melopong dan menyesal tidak sudah ……. Walau bagaimana pun, semoga kamu diberikan petunjuk oleh Allah S.w.t , amiin ..



Mac 29, 2011 @ 19:46:56
Mahu kata saya PARANOID?? Atau apa lagi? Silakan
Mac 30, 2011 @ 00:48:41
Salam . Komen sy x kluar la pla
Mac 30, 2011 @ 00:51:21
Assalamualaikum wbt . Trima kasih ats prkngsian ilmu,info,maklumat yg bermanfaat.
Mac 30, 2011 @ 00:58:11
Hamba Allah: Sama2 boh. Banyak lagi video2 ceramah Syeikh Imran ni berkenaan KOnspirasi, Dajjal dan Mahdi di Youtube. Saudara boleh tengok pada related videos kat Youtube . Jazaakallahu khoir
Mac 30, 2011 @ 01:03:14
Yaa.. trima ksh . Akhir zaman ya Allah.. Tegakkan islam ya Allah.
Mac 30, 2011 @ 01:17:10
Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero
http://ibnuyaacob.com/?p=1565
Mac 31, 2011 @ 02:27:13
Salam kpd penulis..
Semoga Allah akan melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya atas usaha saudara membawa pencerahan kpd Kita golongan muda ini..
Kebanyakan kita masih tertipu dgn gambaran fizikal dihadapan mata kita dan menganggapnya suatu realiti sedangkan itu semua adalah hasil dari tangtan2 manusia utk menutup Fitrah Allah dgn gambaran Fizikal yg menipu andai mata hati kita tertutup..
Antara kelicikan Dajjal adalah menutup kebenaran sesuatu hakikat dgn gambaran kosmetik dan malangnya sifat manusia yg ramai tertarik kpd sesuatu yg Zahir akan mudah tertipu dgn rekayasa Dajjal dan pengikut2nya..Malah majoriti kita membenarkan kefasikkan menjengah hingga kedalam rumah dan disihirkan dgn hiburan dan channel Tv tanpa henti..
kesannya adalah perbuatan2 Fasik menjadi kebiasaan dan mereka yg mengambil peringatan2 Allah dan cuba menyedarkan masyarakat telah disisihkan dan diabaikan dan menjadikan dosa itu seperti makanan harian dan bakal menjadikan kita calon kpd umat yg akan digantikan dgn umat yg lain krn lalai serta lupa akan peringatan2 Allah..
Umat2 baru telah mula tumbuh di benua Eropah krn mereka mempunyai similarity Ground tantang kefahaman Islam krn memiliki kitab injil yg walaupun telah diubah,Allah masih memberikan kasih sayangnya dgn meninggalkan persoalan2 dikalangan mereka yg mahu berfikir tentang Persoalan konsep ketuhanan dan merungkai kekeliruan tentang Nabi Isa .a.s..
Ianya merupakan satu proses pencerahan lantaran begitu agresifnya Amerika utk melaksanakan kempen Peperangan atas keganasan keatas negara Islam..
Hati dan nurani mereka terpanggil utk mencari kebenaran atas paparan dan tindakan terancang Amerika yg mereka ragui dan akhirnya menyumbang kpd lahirnya umat2 baru yg cintakan Allah dan Allah mencintai mereka..
Inilah gambaran hakikat betapa Allah adalah sebaik-baik perancang dan membalas segala tipudaya..Apabila pelaksana2 Dajjal merancang utk memfitnah akan Agama Allah,Allah membalas kembali tipudaya mereka itu dgn melahirkan umat2 baru disekeliling negara Amerika dan kepentingannya..Krn itulah era Amerika sebagai kuasa dunia akan berakhir dan beralih ke Israel menjelang tahun 2020..
Monopoli kuasa ekonomi mereka sudah menampakkan tanda2 kemerosotan dan akan menjejaskan kempen ketenteraan mereka apabila ianya sampai kpd titik peralihan..
Berapa ramai yg tidak menyedari Fitrah ini dan masih lg menikamti keseronokan dunia yg dipinjamkan oleh Allah utk menguji adakah mereka masih mengingati peringatan2 dari Allah melalui Rasul dan kitabnya?
Kita adalah generasi yg akan memasuki fasa peralihan ini dan perlu bersiap utk menghadapi kemungknan perubahan keatas dunia dan akan memberi kesan kpd Suvival umat Islam di dunia ini..
Wallahualam..
Jul 08, 2011 @ 15:40:04
http://isadanislam.com/kesaksian/219-mukmin-mesir-yang-radikal-diselamatkan-oleh-isa-al-masih
Ogo 07, 2011 @ 06:39:09
salam, saya sudah melihat pada video youtube pertama ini tapi, ada satu perkara yang memusykilkan saya di awal ucapan Syeikh Imran Hosien.
Apakah saya salah dengar @ mungkin kita saudara semua terlepas dengar. seperti saya mendengar Syeikh Imran Hosien menyebut
“We prised Allah & Glorified him”
bolehkah kita menggunakan kata ganti diri untuk Allah >> HIM atau HIS ? ia biasanya digunakan untuk kata ganti diri kedua bagi lelaki(manusia)… mohon petunjuk..
Umat Seagama.