Arkib

Archive for the ‘Akhlaq’ Category

Nasihat-nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya

Oktober 20, 2009 Ahmad Nizam Tinggalkan komen

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa kisah2 tentang Luqmanul Hakim ini ialah kisah yang diceritakan di dalam AlQuran dan AlHadith. Dan ianya adalah sebagai pengajaran akhlaq kepada kita semua, bukan hanya untuk anak Luqman. Semoga mendapat manfaat bersama …….

1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Read more…

Riyak – Syirik yang terkecil

Oktober 3, 2009 Ahmad Nizam 3 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Riyak / menunjuk-nunjuk adalah antara perangai manusia yang sukar dikesan dengan pancaindera luaran , melainkan mudah dikesan dengan pancaindera dalaman (hati). Walaupun begitu kita tidak digalakkan untuk memandang buruk kepada orang lain dan menuduhnya riyak, bahkan kita sendiri yang mesti memperingati diri kita agar JANGAN bersikap riyak dalam apa soal pun terutamanya dalam hal-hal agama dan amal ibadat.

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat.  (Iaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.  orang-orang yang berbuat riyak.” Surah Al maa’un : Ayat 4 – 6

Riyak berasal dari perkataan arab iaitu ‘ro’a’ yang bermaksud melihat. Maka riyak pula bermakna memperlihatkan.  Dan dalam istilah Islam pula bermakna menunjuk-nunjuk dalam melakukan sesuatu amalan, beramal kerana mengharapkan sesuatu balasan duniawi, yang dilakukan secara tidak ikhlas dan penuh kepalsuan.

Riyak berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riyak agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara.  Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Riyak terbahagi kepada dua iaitu Riyak Khusus dan Riyak bercampur.

Riyak khusus ialah berkehendakkan manfaat dunia semata-mata dari amalan yang dikerjakan, manakala Riyak bercampur ialah berkehendakkan manfaat dunia dan  akhirat.

Mengikut qaul (kata-kata) yang terpilih, tiada kadar tertentu terbatalnya pahala akibat riyak itu. Yang jelas, riyak itu mengakibatkan pahala tidak diterima, ditolak terus atau dikurangkan pahalanya.

Read more…

Syarah Al Hikam – 1: Perbuatan zahir dan suasana hati

September 30, 2009 Ahmad Nizam 1 comment

SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH BERKURANGAN HARAPANNYA (SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA KESALAHAN.

Imam Ibnu Athaillah memulakan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan.

Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu. Amalan tidak menjadi perantaraan di antaranya dengan Tuhannya. Orang yang seperti ini tidak membataskan kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk kepada perbuatan manusia. Allah s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan sesuatu. Apa sahaja yang mengenai Allah s.w.t adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan. Oleh kerana itu orang arif tidak menjadikan amalan sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah s.w.t atau ‘memaksa’ Allah s.w.t berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan Allah s.w.t berada di hadapan dan perbuatan makhluk di belakang. Tidak pernah terjadi Allah s.w.t mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau sesuatu.Sebelum menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat dengan amalan dirinya, baik yang zahir mahu pun yang batin.

Read more…

Petikan kisah-kisah Nabi Isa / Yesus a.s di dalam Ihya’ Ulumuddin

September 17, 2009 Ahmad Nizam 3 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Berikut ambe cuba kutip kisah2 dan kata2 nasihat dari Nabi Isa / Yesus a.s  yang terdapat dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam AlGhazali.  Sememangnya kisah berkenaan Nabi Isa a.s amat banyak diceritakan oleh Imam Ghazali di dalam kitab2 besar beliau.  Digabungkan lagi kisah2 di dalam hadith dan AlQuran, sememangnya Nabi Isa a.s merupakan contoh akhlak terpuji yang patut diikuti oleh kita juga.  Dan baginda akan kembali suatu hari nanti untuk menegakkan Tauhid , mematahkan salib-salib dan menghapuskan Dajjal.

Agama yang disebarkan oleh Nabi Isa a.s dulu dipanggil Nasrani berdasarkan kepada nama tempat tinggal Yesus iaitu di Nazareth. Orang2 Arab memanggil tempat itu dengan nama Nasiroh. Maka orang2 yang berasal dari Nasiroh dipanggil Nasrani.  Bermakna agama Nasrani hanya untuk pengikut2 di Nasiroh / Nazareth sahaja. Berbeza dengan Islam yang bermaksud Peace / Sejahtera. Kesejahteraan adalah untuk semua dan bukan kepada sesuatu kaum sahaja.

Nabi Isa melawat 3 golongan pemuda

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS melewati tiga orang yang telah kurus badannya dan berubah warna wajahnya. Lalu ia bertanya kepada ketiga orang itu, “Apakah yang menyebabkan kamu seperti apa yang aku lihat ini ?”

Mereka menjawab, “Takut dari neraka”

Nabi Isa AS berkata, “Menjadi hak atas Allah bahawa Ia mengamankan orang-orang yang takut”.

Kemudian nabi Isa AS melewati dari yang tiga tadi kepada tiga orang yang lain, tiba-tiba dijumpainya mereka lebih kurus dan lebih berubah warna wajahnya. Maka ia bertanya, “apa yang menyebabkan kamu kepada apa yang aku lihat ini ?”

Mereka menjawab, “rindu kepada syurga”.

Nabi Isa AS lalu menjawab, “Menjadi hak atas Allah dengan memberikan kepadamu apa yang kamu harapkan”.

Kemudian nabi Isa AS berlalu dari ketiga orang tadi dan bertemu dengan tiga orang yang lain. Tiba-tiba dijumpainya mereka itu lebih kurus dan berubah warna mukanya. Seakan-akan pada wajah mereka nampak nur (cahaya) . lalu Nabi Isa AS bertanya, “Apa yang menyebabkan kamu seperti apa yang aku lihat ini ?”.

Mereka menjawab, “Kami mencintai Allah Azza wa Jalla”

Read more…

Sombong setelah ditiup angin kus2

Ogos 4, 2009 Ahmad Nizam 15 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t…. Penyakit sombong juga adalah warisan dari Iblis sejak turun temurun. Sama dengan penyakit2 lain seperti hasad dengki, pemarah, balas dendam, batu api dan sebagainya.  Penyakit itu berjangkit bukan melalui virus, bukan seperti H1N1 sekarang ini, tetapi ia berjangkit secara yang lagi halus, sehinggakan virus pun tidak dapat melihatnya.

Sungguh sifat takabbur / sombong ini sangat tidak disukai Allah , “Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.” Surah An Nahl : ayat 23

Antara sombong yang paling dibenci ialah sombong dengan apa yang diturunkan melalui perantaraan Jibril iaitu AlQuran AlKarim. Sombong apabila tidak meyakini dan merendah2kan kandungannya yang cukup padat dengan pencerahan dan bukti2 tetapi masih mengatakannya sebuah kitab dongeng.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Apakah yang telah diturunkan Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Dongeng-dongengan orang-orang dahulu” Surah An Nahl : ayat 24

Dengan terjangkitnya penyakit sombong ini, maka akan merebak lah penyakit2 lain pula termasuk lah hasad dengki, keras hati, membuat kezaliman, melakukan fitnah dan camam2 lagi. Contoh kesombongan yang paling glamour dan paling hangat ialah sombongnya Firaun yang menjadi raja di Mesir suatu ketika dulu. Cuma yang menjadi bezanya dengan insan2 lain ialah tahap kesombongan masing2 dan sama ada sombong kuno dan sombong moden. Tetapi penyakit itu masih ada sampai ke hari ini dan tidak akan pupus hingga ke Hari Kiamat insyaAllah.

Read more…