Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Saya sudah lama menulis tentang perkara ini, tetapi saya tulis dalam Bahasa Inggeris di blog lain. Saya ingatkan telah menulisnya dalam Bahasa Melayu, rupa2nya belum. Saya cari2 tidak jumpa2 huhu. Maka saya cuba lah tulis kembali tentang semua mahkluk bertasbih memuji Allah S.w.t. Semoga saudara2 agama lain pun mendapat pengajaran darinya insyaAllah
Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.
Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil2 makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar2 makhluk seperti matahari dan bintang2 lain yang lebih besar seperti Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1
Konsep ATOM, di mana Elektron dikelilingi oleh Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet2 mengelilingi matahari dalam sistem suria kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.
Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.


Assalamu’alaikum w.b.t….. berikut adalah artikel dalam Bahasa Inggeris. Di bawah nanti akan menyusul terjemahannya dalam Bahasa Malaysia. Selamat membaca 
ambe 

Komen terkini