Nombor Fibonacci bukti kukuh adanya Tuhan yang Mencipta

1 Komen



.

Nombor Fibonacci adalah salah satu sistem pernomboran alam. Mereka tidak hanya muncul dalam pertumbuhan arnab, tetapi di mana-mana di alam ini. Dari tatacara daun pada tanaman, hinggalah kepada struktur di luar angkasa. Banyak bunga yang berkaitan dengan nombor Fibonacci. Beberapa darinya mempunyai satu pedal. Tiga pedal lebih umum seperti bunga lili dan ‘iris. Beberapa mempunyai 5 pedal seperti buttercup, mawar liar, Larkspur, dan columbines. Beberapa mempunyai 8, 13, 21, 34, 55 dan 89. Semuanya adalah turutan nombor Fibonacci. Bahkan beberapa biji benih buah-buahan cenderung kepada nombor Fibonacci.
.

Bukti AlQuran adalah dari Tuhan pencipta alam ini

Tinggalkan komen


Bukti AlQuran adalah dari Tuhan pencipta alam ini

Dalam Quran Ada bbrp perkataan yg diulang dgn bilangan yang menarik. Antaranya :

Day (Hari) – 365 kali
Days (Hari2) 30 kali
Moon (Bulan) 12 kali

Lagi

Rahsia Mekah dan nombor 1.618

1 Komen


Rahsia Mekah dan nombor 1.618, subhanAllah …….

1) Nisbah 1.618 ni memang sudah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk kerana rekabentuk yang menggunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. Itulah sebabnya nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emas atau Purata Emas.
.

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

24 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Saya sudah lama menulis tentang perkara ini, tetapi saya tulis dalam Bahasa Inggeris di blog lain. Saya ingatkan telah menulisnya dalam Bahasa Melayu, rupa-rupanya belum. Saya cari-cari tidak jumpa. Maka saya cuba lah tulis kembali tentang semua mahkluk bertasbih memuji Allah S.w.t.  Semoga saudara-saudara agama lain pun mendapat pengajaran darinya insyaAllah :)

Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk.  Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.

Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk  iaitu  ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti  Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares  dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1

Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.

Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain?  Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.

Lagi

Sarang lebah dan keajaiban AlQuran

5 Komen


Oleh : Abd Al Mun’im AI Hefni

Ayat‑ayat tentang lebah dalam Al‑Qur’an Al‑Karim tidak lain adalah ren­tetan petunjuk tentang keajaiban ilmiah. Mukjizat Al‑Qur’an masih terus dikisahkan dan ilmu dari waktu ke waktu menyingkapkan kepada kita tentang berbagai mukjizat tersebut. Maha benar Allah dengan firman-Nya:

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tentang bukti‑bukti kebesaran kami dan dalam diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa sesungguhnya Al‑Qur’an adalah kebenaran.”(QS 41:53)

“Kami telah menurunkan kitab kepadamu yang menjadi penjelasan terhadap segala sesuatu, rahmat dan khabar gembira untuk umat Islam” (QS 16:89).

Fakta dan ayat‑ayat ini betul‑betul diyakini oleh para pendahulu kita dan ilmu menyingkapkan kepada kita salah satu segi keajaiban ilahi dan keajaiban Al‑Qur’an dalam ayat‑ayat ini. Auf bin Malik bin Abi Auf al‑Asyja`i r.a. telah beriman dengan Al‑Qur’an Al‑Karim dan dengan semua yang dibawanya. Diriwayatkan, bahawa ketika pada suatu waktu ia sakit kepadanya ditanyakan, apakah ia akan dirawat, Ia menjawab:

“Beri saya air kerana Allah telah berfirman: “Dan kami telah menurunkan air yang banyak manfaatnya dari langit …… “(QS 50:9). Beri saya madu kerana Allah SWT telah berfirman: “…Di dalamnya terdapat kesembuhan untuk manusia…” (QS 16:69).

Kemudian ia mengatakan supaya diberi minyak zaitun kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

“Dari pohon zaitun yang banyak manfaatnya.” (QS 24:35)

Semua permintaannya ini lalu dikabulkan. Ia mencampurkan semua itu dan meminumnya, lalu ia sembuh. Di dalam Al‑Qur’an Al‑Karim yang oleh banyak orang dipelihara dalam dada, di samping yang ada di depan kita sekarang, banyak terdapat kebaikan.

Lagi

Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 255 other followers