Assalaamu’alaikum w.b.t……. Siapa tidak kenal dengan Albert Einstein, namanya melekat dengan dunia fizik dan menjadi ikon fizik moden. Rumus E = mc2 dianggap sebagai rumus Einstein yang dalam pandangan awam merupakan “rumus” untuk membuat bom atom. Albert Einstein memang pantas dianggap sebagai tokoh utama yang memimpin revolusi di dunia fizik.
Salah satu teorinya yang menganjak paradigma fizik berbunyi “kelajuan cahaya merupakan ketetapan alam yang besarnya bersifat tetap dan tidak bergantung kepada kelajuan sumber cahaya dan kelajuan pengamat”.
Menurut Einstein, tidak ada yang mutlak di dunia ini (termasuk waktu ) kecuali kecepatan cahaya. Selain itu, kecepatan cahaya adalah kecepatan tertinggi di alam ini. Ertinya, tidak mungkin ada (materi) yang kecepatannya melebihi kecepatan cahaya. Pendapat Einstein ini mendapat sokongan dari hasil ujikaji yang dilakukan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Michelson-Morley, Fizeu, dan Zeeman.
Di mata awam, keberadaan Einstein ini menimbulkan banyak keanehan. Misalnya, sejak dulu logik kita berpendapat bahawa jika kita bergerak dengan kelajuan v1 di atas kenderaan yang berkelajuan v2, kelajuan total kita terhadap pengamat yang diam adalah v1 + v2. Tetapi, menurut Einstein, cara penghitungan tersebut salah kerana dapat mengakibatkan munculnya kelajuan yang melebihi kelajuan cahaya. Oleh kerana itu, menurut Einstein, formula penjumlahan kelajuan yang benar adalah sebagai berikut:
Lagi
Komen terkini