HUKUM WANG DIVIDEN DAN BONUS ASB

3 Komen


Isu :

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’(Fatwa) Negeri Selangor telah menerima surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti berikut :

1.1. Adakah wajib dikeluarkkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB.

1.2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah Suci Mekah.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.
Lagi

BINATANG YANG HALAL DAN HARAM

20 Komen


Oleh: Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir
Dewan Pengajian Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Pendahuluan:

Risalah ini adalah jawapan kepada suatu soalan yang dikemukakan kepada penulis di Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Perai. Ia mengandungi beberapa dalil yang digunakan oleh para ulama bagi menyokong pendirian mereka berhubung halal atau haram memakan benda-benda tertentu khususnya yang berkaitan dengan jenis haiwan. Ia hanya disebut secara ringkas dan tidak dibuat nota kaki berhubung sumber-sumber rujukan. Tujuannya ialah untuk mengelakkan dari risalah ini menjadi terlalu panjang.

Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan.

Lagi

Ulama mahu amalan kongsi raya dikaji semula

Tinggalkan komen


IPOH 13 Jun – Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di sini meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Lagi

LETAK KALUNGAN BUNGA, BERDOA, TAFAKKUR, BACA SAJAK DI TUGU PERINGATAN ADALAH HARAM

2 Komen


1) Fatwa Mufti Pulau Pinang – Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

2) Fatwa Mufti Pahang – Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Lagi

Perkahwinan sebelum Islam batal apabila memeluk Islam

Tinggalkan komen


Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah

SAYA kini menetap di India untuk urusan perniagaan. Saya memeluk Islam pada November 2005. Masalahnya sebelum saya memeluk Islam, saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Pengislaman saya tidak diketahui oleh seorang pun ahli keluarga.

Sebelum saya memeluk Islam lagi saya dan isteri tidak hidup bersama selama empat tahun (sejak tahun 2002). Kami sentiasa tiada sefahaman dan saya bertekad untuk ke luar negara bagi mengembangkan perniagaan.

Lagi

Older Entries Newer Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 210 other followers