Kisah Nabi Muhammad S.a.w [Video]

8 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…… Dan ini adalah Sirah Nabi terakhir, penghulu segala nabi iaitu Nabi Muhammad S.a.w. Selawat dan salam ke atas baginda , semoga baginda sekarang berada di maqam yang terpuji seperti yang telah dijanjikan oleh Allah S.w.t, amiiin :)

Kisah Nabi Muhammad SAW part 1

Kisah Nabi Muhammad SAW part 2

Lagi

Beberapa kisah para anbiya’ a.s [Video]

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t. ….. Di sini ditambah kan dengan beberapa video kisah para nabi ……. jika ada yang tidak betul mengenai video-video ini harap bagitau yerrrrrrrrrrrrrrrr :)

Kisah Nabi Sulaiman A.S, Nabi Saleh A.S & Nabi Hud A.S. – 1

Kisah Nabi Sulaiman A.S, Nabi Saleh A.S & Nabi Hud A.S. – 2

Lagi

Kisah Nabi Musa a.s [Video]

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…… Saya rasa video-video ini bagus untuk ditonton, sebagai menghayati sirah Nabi Musa a.s. Semoga kita semakin faham dengan Sejarah Islam dan memanfaatkannya untuk masa hadapan, kerana sejarah lah yang membentuk masa depan. Jangan sekali-kali memperlecehkan dan mengabaikan sejarah. Wallahu a’lam :)


Lagi

Mengenal sejarah nabi S.a.w

Tinggalkan komen


Penyusun: Ustadz Kholid Syamhudi, Lc.

Rasulullah sebagai susuk teladan yang baik merupakan peribadi yang harus kita ketahui perjalanan hidupnya sejak beliau lahir sampai wafat. Mengetahui sejarah beliau merupakan satu kewajiban yang dibebankan kepada umat ini karana beliau adalah perantara dan penafsir Al Quran secara perkataan dan perbuatan, sehingga tidaklah mungkin kita dapat memahami ajaran agama kita tanpa mengetahui sejarah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Oleh kerana itu, kaum muslimin sejak masa-masa pertama perkembangan Islam telah sibuk mempelajari siroh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dengan merakam kejadian-kejadian yang terjadi pada beliau dan pada masa-masa beliau hidup serta bersungguh-sungguh menukil hal-hal tersebut dengan penukilan yang teliti dan akurat baik dalam buku-buku hadits dan siroh, atau buku-buku sejarah umum.

Sudah tidak diragukan lagi bahawa sejarah (siroh) Rosululloh shalallahu ‘alaihi wa sallam merupakan bidang yang sangat penting yang digeluti kaum muslimin dahulu dan sekarang, dan dengan izin Allah shalallahu ‘alaihi wa sallam senantiasa menjadi tempat perhatian kaum muslimin kerana siroh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam merupakan aplikasi konkrit dari syariat Ilahi dan penjelas hukum-hukumnya. Dan dari sini muncullah perhatian yang sangat besar dari kalangan ulama Islam untuk mempelajari, meneliti, dan menulis buku-buku dan referensi sejarah beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam.dengan macam ragam metode penulisan dan penelitian yang mereka pakai sehingga memberikan gambaran yang jelas tentang siroh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Lagi

Nabi Muhammad s.a.w.

Tinggalkan komen


25. Kisah Nabi Muhammad s.a.w.

.

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 571 Masehi di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Abdullah dalam perjalanan pulang dari Syam (Syiria) kerana berniaga. Di tengah-tengah perjalanan pulang ke Mekah maka sakitlah dia hingga wafat di Madinah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya. Sebelum nabi dilahirkan, ibunya sudah mendapat alamat tentang akan lahirnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaibah, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Dalam tahun lahirnya nabi, gabenor Abbessinia yang memerintah Yaman yang beragama Nasrani membuat sebuah gereja di ibu kota San’a. Gereja itu dibuat sebaiknya dan sebesarnya kerana maksudnya gereja itu akan dijadikan balai pertemuan negeri dan agama, untuk mengganti Ka’abah yang ada di kota Mekah. Abrahah, panglima perangnya menuju kota Mekah beserta pasukan gajahnya untuk menghancurkan Ka’abah. Di luar kota, Abrahah berhenti dan memberitahu pada penduduk kota Mekah tentang kedatangannya.

Lagi

Older Entries Newer Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 243 other followers