Arkib

Archive for the ‘Ilmu dan Fikrah’ Category

Muslim diberi amaran tentang ideologi yang menyimpang

November 28, 2009 Ahmad Nizam 9 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Berikut adalah petikan terjemahan dari ucapan mufti besar Arab Saudi iaitu Syeikh Abdul Aziz AlSyeikh ketika membaca khutbah di Arafah untuk jemaah-jemaah haji dan makmum pada solat Jumaat lalu.

Mufti besar Arab Saudi iaitu Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh, dalam khutbah di Arafah, memperingatkan umat Islam terhadap ideologi menyeleweng. Dia mendesak Muslim di seluruh dunia untuk mematuhi prinsip-prinsip sejati Islam.

“Masalah yang paling serius komuniti Muslim hadapi akhir-akhir ini ialah penyelewengan ideologi / fahaman. Orang-orang yang menyeleweng telah meninggalkan prinsip-prinsip yang benar dalam Islam dan mengambil keyakinan yang salah. Oleh kerana itu pematuhan terhadap keyakinan yang benar adalah salah satu tugas yang paling penting terhadap seorang muslim, “Al-Asheikh berkata dalam khutbahnya sebelum dia mengimamkan solat Jumaat di masjid Namira.

Al-Asheikh mengutuk operasi keganasan dan bunuh diri secara tegas. “Operasi bunuh diri telah menjadi kutukan wilayah muslim. Lelaki, wanita dan anak-anak yang tidak bersalah terbunuh dan penempatan mereka musnah, “katanya.

Al-Asheikh juga memperingatkan umat Islam untuk tidak menjadi alat di tangan musuh-musuh mereka. “Keganasan adalah cabaran yang paling berbahaya bagi umat Islam dan seluruh dunia hadapi. Ia telah mengambil pelbagai bentuk dan keadaan. Ada orang menggunakannya untuk memajukan kepentingan mereka, “katanya.

“Muslim sepanjang sejarah telah menghadapi pelbagai cabaran dan konspirasi melawannya, tetapi Islam telah keluar sebagai pemenang melawan segala cabaran seperti itu kerana ia adalah agama Allah yang ditubuhkan pada kebenaran dan direka agar sesuai dengan sifat manusia,” kata Al-Asheikh. “Musuh-musuh Islam pada zaman moden tidak berbeza daripada musuh-musuh mereka di masa lalu. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa mereka menukar strategi mereka untuk menyesuaikan dengan perubahan zaman. “

Read more…

Sombong setelah ditiup angin kus2

Ogos 4, 2009 Ahmad Nizam 15 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t…. Penyakit sombong juga adalah warisan dari Iblis sejak turun temurun. Sama dengan penyakit2 lain seperti hasad dengki, pemarah, balas dendam, batu api dan sebagainya.  Penyakit itu berjangkit bukan melalui virus, bukan seperti H1N1 sekarang ini, tetapi ia berjangkit secara yang lagi halus, sehinggakan virus pun tidak dapat melihatnya.

Sungguh sifat takabbur / sombong ini sangat tidak disukai Allah , “Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.” Surah An Nahl : ayat 23

Antara sombong yang paling dibenci ialah sombong dengan apa yang diturunkan melalui perantaraan Jibril iaitu AlQuran AlKarim. Sombong apabila tidak meyakini dan merendah2kan kandungannya yang cukup padat dengan pencerahan dan bukti2 tetapi masih mengatakannya sebuah kitab dongeng.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Apakah yang telah diturunkan Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Dongeng-dongengan orang-orang dahulu” Surah An Nahl : ayat 24

Dengan terjangkitnya penyakit sombong ini, maka akan merebak lah penyakit2 lain pula termasuk lah hasad dengki, keras hati, membuat kezaliman, melakukan fitnah dan camam2 lagi. Contoh kesombongan yang paling glamour dan paling hangat ialah sombongnya Firaun yang menjadi raja di Mesir suatu ketika dulu. Cuma yang menjadi bezanya dengan insan2 lain ialah tahap kesombongan masing2 dan sama ada sombong kuno dan sombong moden. Tetapi penyakit itu masih ada sampai ke hari ini dan tidak akan pupus hingga ke Hari Kiamat insyaAllah.

Read more…

Mengapa hanya biarawati sahaja yang menutup aurat dengan betul dalam Kristian sedangkan orang awam tidak?

Ogos 3, 2009 Ahmad Nizam 60 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Oleh kerana Stephen nampaknya suka berceloteh di blog ini, maka saya dengan ini ingin bertanya lagi kepada dia tentang perkara yang disebutkan dalam topik di atas. Ini kerana kita lihat rata2 mereka yang menganut Kristian, yang perempuannya langsung tidak menutup kepala / menutup aurat dengan betul.  Yang menutup kepala dan menutup aurat dengan betul hanya lah para biarawati.

Tetapi jika kita lihat penganut agama Islam, majoritinya menutup aurat walaupun mereka itu adalah orang2 awam, bukan hanya para guru agama dan ustazah.  Dan kita tahu perintah menutup kepala dan aurat2 lain itu adalah WAJIB. Sebagaimana yang diperintahkan dalam AlQuran;

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab : ayat 59

“Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur : ayat 31

Begitu juga dalam kitab Bible juga ada memerintahkan agar kepala wanita ditutup / menutup aurat, seperti dalam  1 Korintus, Bab 11:

[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menhina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

Read more…

Kesulitan ekonomi: Jawapan Islam

Disember 18, 2008 Ahmad Nizam 2 comments

Diolah oleh : Seorang sahabat

Idea hebat yang baru atau perubahan besar jarang berlaku pada waktu biasa ketika sistem berjalan licin dan manusia berpuas hati.

Pada waktu kemelut barulah tercetus perubahan besar. Kini kita dalam waktu krisis. Tiada hari yang tanpa kisah bencana kewangan.

Berita muram terbaru datang daripada industri insurans Jerman yang menjangka 200,000 perniagaan akan lingkup di Eropah dan 62,000 pula di Amerika Syarikat pada tahun depan.

Ertinya, 2009 bukanlah awal tahun pemulihan ekonomi.

Mungkin dek suasana ekonomi yang ‘menarik’, laporan dari Jerman itu serentak dengan saranan Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz Al-Asheikh, agar negara-negara Muslim membentuk blok atau kumpulan ekonomi.

Ulasan beliau sempena khutbah nya kepada tiga juta jemaah haji yang herhimpun di padang Arafah. Ucapannya ditukil media sedunia yang menyifatkan bersifat politik dan ekonomi. Hakikatnya tidak.

Read more…

Islam dan akal – Pemikir dunia, pemikir akhirat, pemikir dunia akhirat

September 14, 2008 Ahmad Nizam 4 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Manusia telah dianugerahkan akal dan fikiran, yang mana alat untuk berfikir ialah otak, bukan hidung, gigi, ketiak dan sebagainya. Ke arah manakah kita semua menggunakan otak untuk berfikir? Itu yang sepatutnya ditanya ke atas setiap individu agar kita saling bermuhasabah diri, bukan hanya muhasabah orang lain sahaja. Kerana sudah menjadi adat, manusia ni asyik nampak kesalahan orang lain semata sedangkan kesalahan diri sendiri buat-buat tak perasan. Kebaikan orang lain dia tidak nampak, malah yang nampak hanya keburukan. Dan juga ada yang hobinya pandang buruk terhadap orang lain semata, dirinya dirasakan sempurna. 

Perangai2 buruk sebegitu lah yang menyebabkan ada sesetengah manusia menganggap orang2 yang beragama kononnya juga tidak baik. Saya bagi contoh berkenaan wanita yang tidak bertudung dengan wanita bertudung. Sememangnya wanita yang bertudung itu sudah bagus kerana menutup aurat, tetapi ada yang tidak bagusnya dia tidak menutup mulutnya yang celupar. Sehinggakan wanita yang tidak bertudung melihat bahawa wanita bertudung itu pun buruk pekertinya. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Maka bagaimana wanita bertudung mahu tarbiyah dan dakwah wanita tidak bertudung? Sedangkan diri sendiri pun busuk hati, buruk mulut, suka pandang buruk pada orang lain, bermulut celupar dan suka mengumpat dan sebagainya? Wanita bertudung sepatutnya menjadi contoh bukan hanya pakaiannya tetapi yang paling penting adalah hati dan budi pekerti. Ketahuilah, bukan semua wanita yang tidak bertudung itu buruk perangainya. Ada di antara mereka itu perlu di SETTING sedikit lagi, insyaAllah dengan cara yang berhikmah akan dapat membimbingnya untuk turut sama bertudung. Kita sepatutnya kasihankan mereka dan cuba membimbing mereka dengan baik. Jika mereka tidak dengar juga maka mereka juga yang akan susah di kemudian hari nanti.

Dan begitu juga lah kepada wanita tidak bertudung. Jangan kerana segelintir wanita bertudung yang buruk perangai maka anda menghukum semua wanita yang bertudung. Anda betul2 kerugian di situ, kerana wanita bertudung sekurang2nya dia telah lepas dari dosa tidak menutup aurat. Ingatlah, dosa tidak menutup aurat amat berat seksaannya di akhirat nanti, sehinggakan ada Rasulullah S.a.w melihat hukuman yang dikenakan iaitu menggantung rambutnya dengan api neraka, na’uzubillah.  Tetapi wanita yang tidak bertudung dah lah berdosa kerana tidak menutup aurat, tidak lagi dicampurkan dengan dosa2 lain? Adakah anda boleh jamin bahawa anda tidak pernah mengumpat? Tidak pernah lalai dari solat? Tidak pernah buat dosa pada manusia lain, dan sebagainya?

Read more…