Sejarah ibadat haji di Malaysia

1 Komen


Catatan awal menyatakan Sultan Mansur Shah berhasrat ke Tanah Suci tetapi mangkat sebelum dapat menunaikannya
.
IBADAT haji di negara ini dipercayai bermula sejak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 13. Namun, catatan sejarah yang jelas mengenai perkembangan haji di negara ini sukar diperoleh secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya.
.
Dipercayai orang Melayu yang berkemampuan dan terbabit dalam aktiviti pelayaran ialah kelompok terawal menunaikan haji, namun tiada catatan atau apa-apa penunjuk aras mengenainya ditemui.
.
Pengamal perubatan Portugis, Tom Pires mencatatkan dua pemerintah Melaka ada menyatakan hasrat ke Makkah iaitu Sultan Mansur Shah yang memerintah dari 1456-1477 Masihi atau 860-881 Hijrah dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488 Masihi/881-893 Hijrah). Namun, kedua-duanya tidak dapat meneruskan niat mereka kerana mangkat.
.
Dalam catatan itu, Tom Pires menjelaskan kedua-dua pemerintah sudah membuat persediaan, termasuk menyediakan emas yang berganda jumlahnya dan mempersiapkan kapal untuk pelayaran menunaikan haji.
.
Catatan Tom Pires bagaimanapun, tidak boleh dianggap sebagai rekod terawal berkaitan pelayaran masyarakat Melayu menunaikan haji ke Makkah kerana ibadah haji itu sendiri adalah satu kewajipan yang dilaksanakan umat Islam..
.
Catatan yang tidak kurang penting mengenai jemaah haji dari Kepulauan Melayu ialah perjalanan ilmuwan Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali pada 19 Masihi (13 Hijrah).
.
Tok Kenali berasal dari Kelantan melanjutkan pengajian agama beliau di Makkah ketika berusia 18 tahun. Dicatatkan beliau mengambil masa enam bulan untuk sampai ke Makkah. Tok Kenali kemudian mengambil keputusan menetap di Makkah bagi menuntut ilmu, di samping menunaikan umrah dan haji.
.

Kajian Kristologi: Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 2

18 Komen


Assalamu’alaikum w.b.t….  Bersambung lagi kita dari topik pertama iaitu Sejarah kemasukan Kristian di Kepulauan Melayu – Bahagian 1.  Sekarang ini kita memasuki bahagian 2 nya dan kita akan terus menjurus kepada sejarahnya di Tanah Melayu / Malaysia dan akan diterangkan mengenai beberapa iman-iman asas dalam Kristian, yang mana iman-iman itu begitu berlawanan dengan apa yang diajar oleh para nabi dahulu dan sudah tentulah ianya bukan ajaran Yesus tetapi ajaran Paulus yang telah banyak menokok tambah dan merosakkan ajaran Yesus.

Terpautnya gereja Roman Katolik dengan tradisi purbakala hanya merupakan satu segi sahaja. Gereja itu juga sebahagiannya di bawah pimpinan alim-ulamak Amerika, merancang untuk masa depan. Gereja ini memberikan perhatian yang besar terhadap latihan2 jabatan pendeta2 peribumi  dan memberikan perhatian yang khusus terhadap pendidikan Roman Katolik.

Orang2 Melayu di Malaysia hampir semuanya dari awal sudah tidak menerima ajaran Kristian itu malah hanya menerima ajaran Islam. Lebih-lebih lagi hanya ajaran Islam yang lebih sesuai dengan masyarakat Melayu yang rata2 nya berbudi bahasa dan berakhlak tinggi dari dulu. Cuma sekarang ini kita lihat ramai juga orang Melayu telah murtad dari Islam dan memeluk agama Kristian, kerana terdedahnya kepada pelbagai budaya dan pengaruh  yang tidak elok di negara kita. Ditambah lagi dengan kejahilan, dan tiada nya usaha umat Islam sendiri untuk mempertahankan umatnya dan menegakkan Hukum Islam. Dakwah2 umat Islam pun tidak sehebat dakwah yang dilakukan oleh umat Kristian. Itu yang perlu diperhatikan dengan sebaik mungkin oleh umat Islam kita sekarang.  Siapa yang silap?  Kita sendiri yang silap kerana tidak berminat dengan dakwah dan masing2 menjaga tepi kain masing2 sahaja.

Meskipun banyak terdapat pertentangan dan perselisihan pendapat di dalam dunia Kristian sendiri, namun perasaan persatuan mereka masih ada. Sebagaimana yang terbukti dalam peristiwa yang berlaku dalam tahun 1961, pada persidangan Dewan Gereja2 Sedunia di New Delhi.  Wakil2 dari gereja2 bukan Roman Katolik dari seluruh dunia telah berkumpul bersama2, sementara gereja Roman Katolik telah mengirimkan pemerhati2 dan dalam tahun 1962, satu pertemuan sidang atau Konsili Gereja Roman Katolik sedunia telah diadakan di Rome, Italy, dengan dihadiri oleh kaum Kristian yang bukan Roman Katolik sebagai pemerhati dan tetamu.

Persatuan ini telah ternyata dalam kata2 yang tegas iaitu ‘Iman Kristian’. Persatuan itu adalah suatu persatuan dalam Kristus. Di dunia barat, yang dengan kuatnya dipengaruhi oleh agama Kristian, sistem tarikh didasarkan kepada tahun2 sebelum dan selepas kedatangan Yesus / Nabi Isa a.s. Menurut istilah yang tradisional , tiap2 tahun dikatakan sebagai tahun Masehi atau tahun A.D (Anno Domini).

Lagi

Kajian Kristologi: Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

55 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kita semua telah sedia maklum tentang agama Kristian. Tetapi adakah kita mengetahui susur galurnya yang menyebabkannya tersebar ke rantau ini? Setiap sesuatu itu ada sejarahnya yang tersendiri dan sesuatu proses pembelajaran tidak akan lengkap tanpa mengetahui sejarahnya terlebih dahulu. Jika anda belajar teknologi maklumat pun anda mesti belajar sejarah bermulanya IT, begitu lah dengan agama Kristian, untuk kita lebih memahami Kristian maka perlulah dipelajari sejarahnya. Sepertimana umat Kristian ada mempelajari tentang Islam melalui ilmu Islamologi, begitu juga lah seharusnya umat Islam mempelajari tentang Kristian melalui ilmu Kristologi.

Sebelum itu perhatikan ayat2 ini dalam Kitab Bible , Surah Matius

10:34 “Jangan kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang.
10:35 Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya,
10:36 dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya.

Menurut Bible, ayat diatas disebut sendiri oleh Yesus. Ini bercanggah sama sekali seperti apa yang selalu dikatakan oleh mereka, iaitu Yesus datang membawa kasih. Sedangkan dalam kitab tersebut menyebut Yesus datang membawa pedang, memisahkan orang dari ayahnya dan sebagainya. Ini bererti perintah peperangan di situ.

Lagi

Hukum Islam telah dijalankan di zaman dahulu di Tanah Melayu

20 Komen


Salaam alaikum w.b.t… Tahukah anda bahawa HUkum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.

Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. HUkum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

Lagi

Parameswara daripada pelarian menjadi sultan

10 Komen


 

 

Oleh Nasron Sira Rahim

Kedudukan Melaka lebih strategik daripada Temasik mudahkan kapal dagang Timur, Barat berlabuh

 

PROFIL: Sultan Iskandar Syah
Nama sebelum Islam:
Parameswara
Tahun lahir: 1344
Tahun meninggal: 1424 (80 tahun)
Sumbangan: bekas putera Srivijaya di Palembang (Indonesia), bekas pemerintah Temasik (Singapura), pengasas kerajaan Melaka dan Sultan Melaka pertama.

Lagi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 242 other followers