Arkib

Posts Tagged ‘hukum hudud’

Ke arah menegakkan Hukum Islam di muka bumi ini

September 15, 2008 Ahmad Nizam 1 comment

Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Tidakkah kita perasan bahawa setiap hari ada sahaja kes2 jenayah yang dilaporkan di dalam televisyen dan media2 lain? Dari sekecil2 kes hinggalah kepada sebesar2 kes, dan bermacam kes2 jenayah pelik pun sudah berlaku sekarang.  Maka masih sukakah anda dengan undang2 yang ada sekarang ini? Masih sukakah anda dengan undang2 buatan manusia yang tidak sempurna itu?  Sedangkan telah ada undang2 ciptaan pencipta kita Yang Maha Bijaksana.

Adakah anda mahu menunggu hingga tiba giliran anda, keluarga anda terlibat dengan ancaman2 jenayah baru anda mahu berubah?  Atau anda tetap tidak mahu berubah walaupun sentiasa terancam keamanan anda?  Atau anda mahu tunggu dibicarakan di Mahsyar nanti? Tidak mahukah anda merasakan satu undang2 tegar yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan masyarakat keseluruhannya insyaAllah?  Itulah dia undang2 Islam yang telah dijamin oleh Allah S.w.t akan keamanan dan kestabilan nya.

Khilafah

Allah mengisytiharkan kepada malaikat apabila hendak mencipta nabi Adam, manusia pertama yang lahir daripadanya makhluk manusia seluruhnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku ciptakan di atas bumi itu makhluk (manusia) bagi menjadi khalifah”.  Surah Al Baqarah : Ayat 30

Para ulamak menghuraikan khalifah itu dengan maksud menegakkan agama Allah (Islam) dan mentadbir urusan dunia dengannya (Islam) Bermula daripada urusan pembangunan diri manusia dengan Islam, Iman dan Ihsan, sehinggalah pembangunan kebendaan yang menjadi keperluan manusia, seperti makanan, pakaian, bangunan, teknologi dan sebagainya. Semuanya itu berada dalam batas sempadan memelihara hubungan dengan Allah di atas sifat hamba kepadaNya, juga hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan sesama manusia, serta hubungan makhluk di bumi yang diamanahkan ke atas manusia untuk mentadbirnya. Bahkan juga hubungan dengan alam ghaib yang baik (para malaikat) dan bermusuh dengan makhluk jahat (iblis dan syaitan).

Read more…

Allah maha Hebat, hukumNya adalah yang terhebat

Julai 25, 2008 Ahmad Nizam 7 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t….  Perhatian : Jangan lupa saksikan video2 forum hudud di bawah yaa.  Masih lagi kesinambungan dari memperkatakan tentang keagungan HUkum yang diturunkan oleh Allah S.a.w melalui lisan nabi Muhammad S.a.w. Dan kali ini saya mahu mengajak anda berfikir adakah mengakui dan mahu menjalankan Hukum ALlah itu adalah hanya termasuk dalam hal Syariah. Ini kerana masih ramai yang memperkatakan bahawa Hukum Allah hanya termasuk dalam soal Syariah / Feqah. Dan yang paling penting lagi, masih ramai yang tidak mengakui bahawa Hukum Allah adalah hukum / law / undang-undang yang paling hebat dan relevan sehingga ke hari kiamat.

Sememangnya tajuk hukum hudud dan qisas terdapat dalam pelajaran feqah / syariah. Tetapi kita mesti tahu juga, kesemuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kalau kita hanya mengamalkan syariah tetapi tidak mempunyai pegangan / aqidah, ibaratnya seperti kosong juga. Sama seperti kita beriman dengan rukun-rukun iman, tetapi tidak melaksanakan secara feqahnya, maka 2 kali 5 la tu. Iman tanpa Islam tidak diterima, begitu juga Islam tanpa iman, kedua-duanya saling berkait rapat dan mesti teguh belaka.

Terlebih dahulu mari kita fikir, beriman dengan AlQuran adalah termasuk dalam salah satu rukun iman. Adakah beriman dengan AlQuran itu adalah semata2 mengatakan aku sudah beriman dan percaya kepada AlQuran, sedangkan kandungannya kita tidak akui dan terima kesemuanya? Maka adalah hukum hudud, qisas dan lain-lain ternyata terkandung dalam AlQuran dan banyak kali diulang-ulang, tetapi mengapa kita masih menyisihkannya?  Alasan-alasan mereka yang menyisihkannya telah banyak saya berikan dalam artikel-artikel yang saya tulis pada masa lalu, anda boleh menyemaknya sendiri di blog ini.

Kita mengatakan Allah Maha Bijaksana, tetapi mengapa kita mengatakan HUkum Penjajah lebih relevan dari Hukum Allah sekarang ini? Kononnya Hukum Allah tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan moden ini. Tidak nampakkah kita ianya melibatkan soal aqidah kita?  Jika kita mengatakan Allah itu Maha Bijaksana, bermakna sepatutnya kita juga mengatakan semua perintah Allah itu adalah amat Bijaksana dan relevan sepanjang masa sehingga ke hari kiamat. Mengapa relevan hingga ke hari kiamat?  Kerana Islam sudah sempurna termasuklah undang-undang yang diperintahkan agar kita melaksanakannya.

Read more…

Abu Bakar r.a beritahu agar jangan taatinya jika dia menyeleweng

Julai 1, 2008 Ahmad Nizam 1 comment

Asssalaamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuh ……. Sememangnya sudah diketahui umum bahawa Saidina Abu Bakar As-siddiq r.a  adalah sahabat Nabi Muhammad yang menjadi khalifah pertama dalam Islam. Di sini saya tidak mahu menceritakan sejarah beliau tetapi untuk menguatkan hujjah-hujjah yang lepas berkenaan dengan kepemimpinan dalam Islam.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.a.w adalah nabi terakhir dan sudah tentulah baginda tidak akan mengengkari perintah-perintah Allah dan melakukan maksiat. Akan tetapi sahabat-sahabat baginda tidak terlepas dari dosa walaupun dosa kecil kerana mereka bukan maksum,  hanya Nabi Muhammad S.a.w yang ma’sum, ok jelas di situ.

Dan kita pernah dengar hadith

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Maka barangsiapa yang menjumpai itu (perpecahan umat) hendaknya dia berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah para kholifah yang menunjukkan kepada kebaikan dan mendapat petunjuk, gigitlah Sunnah ini dengan gigi geraham” [HR Tirmidzi 2600 dan lainnya dishahihkan Al-Albani lihat Silsilah As-Shahihah 6/610]

Nampak bahawa kita mesti berpegang pada sunnah Rasulullah S.a.w dan juga sunnah para sahabat. Bermakna kepada Saidina Abu Bakar pun kita mesti berpegang kepada kata-katanya kerana dia adalah pewaris nabi. Maka Saidina Abu Bakar r.a pernah berkata;

Setelah Abu Bakar memuji Allah, “amma ba’du, para hadirin sekalian, sesungguhnya aku telah dipilih sebagai pimpinan atas kalian dan bukanlah aku yang terbaik, maka jika aku berbuat kebaikan maka bantulah aku. Dan jika aku bertindak keliru maka luruskanlah aku. Kejujuran adalah amanah, sementara dusta adalah satu pengkhianatan. Orang yang lemah di antara kalian sesungguhnya kuat di sisiku sehingga aku dapat mengembalikan haknya kepadanya insyaAllah. Sebaliknya siapa yang kuat di antara kalian maka dialah yang lemah di sisiku hingga aku akan mengambil darinya hak milik orang lain yang diambilnya. Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah akan timpakan kepada mereka kehinaan, dan tidaklah suatu kekejian tersebar di tengah suatu kaum kecuali azab Allah akan ditimpakan kepada seluruh kaum tersebut. Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku. Sekarang berdirilah kalian untuk melaksanakan solat semoga Allah merahmati kalian.”  (Al Bidayah wan Nihayah – Imam Ibnu Katsir, dan ia mengatakan sanad itu sahih)

Read more…

Pemerintahan khilafah VS New World Order

April 28, 2008 Ahmad Nizam 6 comments

Salaam alaikum w.b.t……. Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam , nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.

Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah “Teori Konspirasi” (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah gerakan kumpulan Freemason, Jews , Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Tata Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.

Kenyataan tentang New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia waktu itu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush (ayah kepada presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush) , telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk “Toward a New World Order” yang bermaksud “Ke arah Tata Dunia Baru”.

Read more…

Nak tunggu sampai bila lagi?

April 8, 2008 Ahmad Nizam 5 comments

Salaam alaikum w.b.t….. Adalah benar sekali dakwah yang mula-mula sekali adalah dakwah kepada tauhid. Bermakna aqidah terlebih dahulu perlu ditekankan dan diberi kefahaman sebelum menjalankan syariat. Dan ini diajar dan ditunjuk sendiri oleh baginda Rasulullah S.a.w. Ya betul, hamba pun bersetuju , hamba tidak menyanggah sedikit pun.

Tetapi cuba lah kita fikirkan, Islam berkembang di Malaysia kita ini sudah berapa puluh tahun? Baru sebulan dua ke? Sampaikan orang2 bukan Islam pun sudah amat mengenali perkataan Tauhid sekarang ini dan ada yang faham serba sedikit tentangnya. Maka rasionalnya, kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan syariat ALLAH aka HUKUM ALLAH? Ulamak-ulamak dari dulu lagi telah berdakwah bermula dengan Tauhid. Maka kita telah buat semua ajaran nabi itu. Tinggal sekarang kita perlu laksanakan syariat ALLAH sahaja.

Tiada alasan dah sebenarnya sekarang untuk tidak menjalankan HUKUM ALLAH secara beransur-ansur. Ada sesetengah pihak atau jemaah yang masih lagi mahu menumpukan kepada dakwah Tauhid. Ya betul, ajarlah Ilmu Tauhid kepada semua orang. Perkenalkan lah ilmu Aqidah dengan mendalam. Tetapi kena ingat, kita sudah menerima Islam sudah berpuluh tahun dan Ilmu tauhid sudah lama diperkenalkan walaupun sekarang ini masih ramai yang tidak faham betul-betul.

Maka kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan HUKUM ALLAH? Nak tunggu sampai 100% rakyat Malaysia faham Tauhid dulu baru nak jalankan?

Kita perlu ingat, semasa zaman nabi dan sahabat jalankan Undang-undang ALLAH, waktu itu masih ramai sangat lagi orang-orang musyrikin dan bukan Islam. Tetapi tetap HUKUM ALLAH boleh ditegakkan. Maka apa lagi alasan kita sekarang untuk tidak secara perlahan-lahan menegakkan HUKUM tersebut? Sedangkan Hukum ini adalah untuk keamanan, untuk membasmi jenayah dari terus banyak berleluasa. Yang islam wajib ikut, yang bukan Islam diberi pilihan sama ada mahu ikut atau tidak. Kita tidak boleh memaksa mereka.

Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai umat Islam di Malaysia ini murtad belaka dulu?

Read more…