Gossip oh gossip

3 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……  Gossip dalam dunia artis sudah zaman berzaman sebati dengan penduduk negara kita. Dan agaknya masih ramai yang tidak mengetahui makna gossip itu. Jika kita merujuk kamus, gossip itu antara maknanya ialah ‘berceloteh, bisik-bisik, mengumpat…’ . Dan jika kita melihat kepada gossip-gossip yang dilemparkan terhadap artis atau sesiapa sahaja yang diletakkan atas nama gossip, biasanya bukan mengatakan perkara yang baik-baik, malah sebaliknya.

Kalau sebelum ini gossip biasanya boleh dibaca dalam majalah-majalah hiburan, akhbar , radio dan television tetapi dengan perkembangan sains dan teknologi sekarang, gossip sudah mula menular melalui handphone dan internet. Yang melalui handphone lagi haru, siap ada servis melanggan gossip artis yang berbayar. Semata-mata untuk mendapatkan gossip-gossip hangat yang terbaru, is is is

Mengapa kita perlu mendidik masyarakat dengan gossip?  Mengapa kita perlu menghebohkan keburukan-keburukan orang lain secara peribadi? Adakah artis itu bukan manusia? Adakah artis dan sesiapa sahaja yang digossipkan itu tidak mempunyai maruah, hati dan perasaan? Adakah semata-mata kita mahu ikut style Hollywood? Kerana gossip-gossip tentang artis ini bermula dari sana dan semakin menular ke seluruh dunia hasil dari ajaran mereka.

Kalaulah gossip tu sentiasa bercakap hal-hal yang elok tu lain la sikit. Ini biasanya akan diperkatakan tentang hal-hal yang tidak elok dan menjatuhkan maruah seseorang. Adakah ini caranya kita mendidik masyarakat kita? Perkara ini mesti difikir-fikirkan dan dipertimbangkan semula. Budaya gossip / mengumpat semakin berleluasa melalui media-media massa dan ini secara tidak sedar mengajar masyarakat kita menjadi manusia yang suka mengumpat dan memperkatakan keburukan orang lain, na’uzubillah.

Ada perkara yang kita boleh sebarkan / mengumpat yang dibolehkan dan beritahu orang lain demi kesejahteraan bersama. Tetapi menyebar sembarangan cerita-cerita buruk tentang peribadi orang lain tidak akan membawa kesejahteraan sebenarnya malah semakin mengajar kita untuk suka membuka aib dan memburukkan orang.

Mengumpat yang dibolehkan dalam Islam

4 Komen


Salaam alaikum w.b.t.. berikut ini adalah petikan dari kitab Riyadhus Sholihin karangan Imam Nawawi yang menjadi panduan kepada semua umat islam berkenaan dengan mengumpat yang dibenarkan dalam Islam. Sila baca dengan teliti dan fahami baik2. Jazaakumullahu khoirol jazaa’

Ketahuilah bahwasanya mengumpat itu dibolehkan kerana adanya tujuan yang dianggap benar menurut pandangan syara’ Agama Islam, yang tidak akan mungkin dapat sampai kepada tujuan tadi, melainkan dengan cara mengumpat itu. Dalam hal ini adalah enam macam sebab-sebabnya:

Pertama: Dalam mengajukan pengaduan penganiayaan, maka bolehlah seseorang yang merasa dirinya dianiaya apabila mengajukan pengaduan penganiayaan itu kepada sultan, hakim ataupun lain-lainnya dari golongan orang yang mempunyai jabatan atau kekuasaan untuk menolong orang yang dianiaya itu dari orang yang menganiayanya. Orang yang dianiaya tadi bolehlah mengucapkan: “Si Fulan itu menganiaya saya dengan cara demikian.”

Kedua: Dalam meminta pertolongan untuk menghilangkan sesuatu kemungkaran dan mengembalikan orang yang melakukan kemaksiatan kepada jalan yang benar. Orang itu bolehlah mengucapkan kepada orang yang ia harapkan dapat menggunakan kekuasaannya untuk menghilangkan kemungkaran tadi: “Si Fulan itu mengerjakan demikian, maka itu cegahlah ia dari perbuatannya itu,” atau Iain-Iain sebagainya. Maksudnya iaiah untuk dapat sampai guna kelenyapannya kemungkaran tadi. Jadi apabila tidak mempunyai maksud sedemikian, maka pengumpatan itu adalah haram hukumnya.

Lagi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 211 other followers