Para saintis dari Universiti Exeter dan Universiti Shimane di Jepun telah membuktikan buat pertama kalinya bahawa Vitamin C amat mustahak bagi tumbesaran tanaman. Penemuan ini boleh memberi implikasi kepada agrikultur dan pada pengeluaran diet tambahan Vitamin C.

Kajian ini, yang mana telah diterbitkan online dalam The Plant Journal, menerangkan tentang enzim yang baru dikenalpasti, GDP-L-galactose phosphorylase, yang mengeluarkan Vitamin C, atau askorbat dalam tumbuhan. Vitamin C telah dikenali sebagai anti-oksidan, yang mana dapat membantu tumbuhan menghadapi ketegangan dari kemarau ke dalam ozon dan radiasi cahaya ultra ungu (UV radiation), tetapi hingga sekarang ianya tidak diketahui yang tumbuh-tumbuhan tidak boleh tumbuh tanpanya.

Professor Nicholas Smirnoff dari Universiti Exeter, ketua pengarang kajian ini berkata, “Vitamin C adalah anti-oksidan yang paling banyak dalam tumbuhan dan fungsinya masih lagi tidak begitu difahami. Dengan menemui bahawa enzim baru dienkod oleh dua gen, kami berupaya untuk membina tumbuh-tumbuhan bebas Vitamin C dan menjumpai yang mereka tidak berupaya untuk membesar.”

Penemuan ini juga mengenalpasti enzim baru sebagai kunci dalam mengawal pengumpulan vitamin C dalam respon pada cahaya. Vitamin C menyediakan perlindungan terhadap kesan sampingan cahaya merbahaya semasa fotosintesis, iaitu proses yang mana tenaga cahaya digunakan untuk menukar karbon dioksida menjadi jirim tumbuhan.

Lagi